The cutest handbage ever :)

Saturday, December 25, 2010
yaiikkss! exited gila bila handbag dah sampaiiii. wuhuuu dah lama wa cari handbag ni sebab sangat comel. before ni wa ada pernah nampak kat kedai accesories, tapi tak ingat kat mana. ada juga jumpa kat alamanda tapi more quality leather dia. actually bukan real leather lah. mahal dalam RM60++. tapi tak nak beli sebab wa pernah jumpa lebih murah.

so, ternampak kat The Long Sleeve Closet blog. RM35 each and ada 4 warna yang available iaitu pink, beige, chocolate dan merah. and wa beli yang merah. wuuhhuuu, rambang mata nak ambil yang mana. beige pun cantik tapi wa dah ada lain warna beige. tapi esoknya, sekali nampak orang lain jual promotion RM29.90 je! ok, tak boleh menyesal. hehe malah nak beli lagi. ish, tahan tahan!!!




Do you have muffin top belly ?

Wednesday, December 22, 2010
anda tahu, dekat badan kita pun ada muffin. bukan muffin kenny rogers tapi muffin top. apa tu? pernah tak tengok muffin? bila dia masak, dia akan terkeluar sedikit dari bekas dia kan. haa macam ni. ok, tak nak lah tunjuk yang real punya kan. agak memalukan hehe.


ok, burukkan. macam tu la if ada yang mengalaminya sekarang. bukan sahaja ada pada orang berisi tapi orang kurus pun ada jika pakai seluar terlalu ketat. selalunya, anda di nasihatkan untuk tidak memakai seluar yang ketat. seluar yang ketat tak baik untuk kesihatan kerana kulit memerlukan udara dan senang untuk pergerakan. pemakaian seluar yang ketat, boleh menyebabkan selulit juga terutamanya pada bahagian perut.

pernah tak tengok, perempuan pakai seluar jeans ketat naik motor tonggek tu. masa tu muffin melimpah-limpah masak. kalau dah tahu, pakai lah baju longgar sikit. ini, baju pun singkat. kita tengok pun malu. jika ada muffin top secara semula jadi walaupun tak pakai seluar ketat, itu maknanya berat badan anda meningkat! yes. saya mengalaminya. and i hate it. lepas ni kene makan jusmate5 balik. tunggu gaji!

jadi pengajarannya di sini, jangan pakai seluar ketat :)



Photoshoot Oh Photoshoot

Monday, December 20, 2010







alhamdulliah, wa di beri peluang kedua untuk provide shawl untuk photoshoot. sebelum ni pernah terima, tapi memang tak sempat nak pergi. sebab tak dapat ambil cuti on weekdays and takda orang nak teman pergi. so, this time wa try jugak cuti. even happy dengan tawaran tu, tapi agak terkilan sebab mostly stock shawl wa banyak yang outdated sedikit. means, ada yang lebih baru 2-3 design lepas design shawl wa tu. and im not ready yet. maklumlah, hari sebelumnya busy dengan kerja. balik pun malam-malam, jadi memang takda persediaan nak praktis pakai shawl.

pada awalnya, wa hanya tahu 8 cara sahaja, tapi rupa-rupanya 10 cara. tuhan je tahu masa tu nervous gila! seram sejuk masa masuk dalam studio. tudung pun bawak cukup-cukup je. sebab stock da habis. jadi ambil mana yang ada je. first-first nak pakai, terus jadi blurrrr. emm mana satu eah? memang blur gila. agaknya angin je orang lain tengok. tak ready. wa siap lukis-lukis dalam buku cara-cara pakai. takut lupa. maklumlah 10 cara.

paling bertuah, sebab model cantik Vee sangat pandai pakai shawl. macam-macam idea yang dia buat. even bantai je lilit, tapi jadi juga. terima kasih Vee dan rakan. sampai dah kering idea nak buat. fuhhh, berapa jam dok studio. dari pkul 2pm sampai 6.30pm. wa hanya pandai jual je shawl tapi pakai fesyen-fesyen ni tak berapa nak pandai hehe. selalu pakai simple je.

anyway, pengalaman yang best sebab kak aza pun peramah. abg kamera pun ok. and tak sangka jumpa ina naim kat studio. dia ada photoshoot untuk majalah pa&ma. dah 2 orang anak dah. semua ikut muka suami dia. still maintain je badan taw. selesai je cara yang ke-10 lega la sangat. tak sempat nak berbual dengan kak aza. sebab masing-masing sibuk nak tangkap gambar.

apa-apa pun wa tak puas hati dengan apa yang wa buat. and because im not ready. if ada peluang lagi lepas ni, wa sure buat yang terbaik. thank you kak aza from majalah nur. im very appreciate :)

Being as Plus Sizer

Sunday, December 19, 2010



being as Plus Sizer amat lah menyusah kan. paling seksa saat-saat nak pilih baju. tak semua baju kita boleh sarung seperti orang yang size nya normal. and sometimes, ia mengalang kita dari berfesyen. tapi zaman sekarang, ramai plus sizer yang tak kisah dan even more fashionable! the key is kita kene berani yakin dengan diri sendiri. biar apa orang nak kata. we should proud of ourself kan. we are unique!

tak semua brand yang sediakan size XXL, XXXL and so on. paling besar pun XL tapi tu pun kadang-kadang muat badan je pakai. anda pernah berada dalam situasi begini? mungkin tidak. jadi, orang comel seperti kami kadang hanya beli brand tertentu sahaja. and because we are unique, the price could be expensive too.

itu pun nak cari baju/seluar bukan sebab cantik tapi sebab ada size besar...kejam betul?! memang tak puas kalau nak shopping kalau jadi macam ni. simpan dalam hati je, bila kita pergi fitting room baju yang kita suka sangat tu, tak muat. sedih tuhan je tahu. jadi, kat mana nak cari baju yang sesuai dengan harga yang berpatutan?

1# reject shop, FOS
kat sini banyak blouse, kameja yang suits dengan size besar. kadang-kadang size L pun fit untuk yang size XL. anda design blouse dan kameja pun cantik-cantik. senang nak cari pilihan kat sini. harga mostly around RM29 - RM59. depends on the material juga. untuk yang XXL, jangan risau. selalunya, sure besar dari your own size.

2# VOIR, CheetahPlus
selalu VOIR mesti ada sale. kat sogo selalu la nampak orang kerumun kat VOIR. kemeja paling ramai orang rembat sebab murah. also their jeans pun murah. size jeans paling besar i think 38. woah, jangan risau nak cari jeans lepas ni! cheetahplus, design sangat cute and very young design. most of it, remaja beli. tapi tak salah if kita nak try kan :)

3# Nichii
siapa yang tak suka shopping kat nichii kan? meeeemmmang banyak choices. percaya atau tidak, size XXL pun ada. eventho, kita nampak kedai ni macam takda harapan untuk plus size tapi jangan takut nak masuk taw. suka gila shopping kat nichii. harga mahal sikit tapi puas. sebab banyak baju yang tendy untuk size yang besar :)

4# scarlet by jusco
scarlet sendiri ada special brand untuk plus size named scarletplus. size samapai XXXL pun ada. tapi wa tak pernah beli scarletplus sebab tak banyak yang berkenan. scarlet lebih banyak pilihan. size XXL pun ada. baju-baju kat scarlet sangat murah! paling best ada RM19 blouse/shirt. so, if anyone yang suka branded maybe tak layan brand scarlet ni :)

5# ms.read, big brown bag
mostly untuk orang yang bekerja and pertengahan umur sesuai untuk these brand. more to formal dress up and santai but a lil' bit pricey too.

memang best. wa dah dua kali beli kat sini. all kind of fashion can fits your size. don't worry. ada legging untuk XL to XXXL, belt and more.

sebenarnya ada banyak lagi tempat lain tapi ni je tempat yang wa selalu drop by. if ada yang menarik untuk plus sizer. jangan lupa share!

Mama, saya mahu ini untuk birthday saya :)

Saturday, December 18, 2010

 fantasy from britney spears


any watch that have same design

always heard many people keep talking about macarons
really wanna it!

photo by : max goh
celebrate my birhday at delicious
oh. thinking of their yummy carbonara!

the most wanted!
hahaha.


its ok if not all of them
satu pun boleh. please please :)


My First MakeOver

Sunday, December 5, 2010
it was like, hahahhaa. macam bapok kayh! but this is fun! you can try any high end make up products on your face. this is what im look like :)







www.taaz.com/makeover

who can spend for hours at the pharmacy?

Thursday, November 18, 2010
yeah totally me! haha. sure ramai perempuan pantang nampak watson or guardian mesti lama gila duduk dalam tu. farmasi sekarang mostly banyak yang ikut trend ala watson or guardian. they dont just jual ubat semata-mata tapi jual barang kelengkapan harian juga. yang paling best part kosmetik!

wa, if masuk watson kat alamanda, trus belok kanan. cosmetic section lah kan. belek-elek, tenung-tenung, calit-calit, dah puas baru pergi section lain macam shampoo or sabun mandi. personally, wa lebih suka masuk watson sebab cara dia susun barang-barang lebih tersusun dan nampak! tag dia pun cantik (huhu okayyyy boring).then, promotion lagi menarik tambah lagi ada membership card (tak sure guardian ada ke tak ) daripada collect sticker huhu. sebab kadang-kadang kad sticker hilang. so kene collect balik, sangat leceh.


hari ni saja, wa dah habis kan RM88+. wa ada ekzima, so sabun kene beli yang sensitive and dry skin. and kene pakai bio oil untuk hilang kan parut. satu botol kecik, 2 minggu boleh habis haha. tadi, pharmacist tu suggest skinlabs. lebih murah dan lebih bagus. kata pharmacist tu la. harap-harap macam tu :) sangat tension la bila ada ekzima ni. ok, lebih sebulan menunggu, barang yang di tunggu telah tiba. okay wa, stop online shopping. fokus saving duit for future k!


of course tak sabar nak try. semua barang sangat puas hati kecuali lipgloss from F21 tu. wa ingat bila apply, the colour will show up tapi tak. just glossy. the best part is, dia ada strawberry scent yang sangat sedap! just like bodyshop lipbalm tapi lagi kuat bau dia :) and paling cute, cap tu polka dot!!

Saya suka pakai bangle/bracelet

Saturday, November 6, 2010
last friday, wa pergi jalan tar cari stock shawl yang kian berkurangan. alhamdulillah, laris macam goreng pisang. terima kasih semua. wa try kekal kan harga yang murah dan berbaloi :) tak rugi kalau kita bagi harga murah pada customer. yang penting kekerapan customer beli dan loyal customer tu penting.

jalan punya jalan, teringat nak beli baju konvo. terjumpa satu butik kat semua house. memang jual semua jenis kain linen silk. rang harga RM180 up to RM500. memang puas hati, design simple dan cantik, macam wa suka. wa berkenan satu baju kurung ni, warna merah menyala! my bestie, cam tak setuju pada mula nya. once wa try. semua kata cantik. bukan nak perasan hahaha. tapi memang cantik! siapa berani pakai baju warna merah terang! tapi selalu apa yang wa minat, mesti cantik (ok perasan lagi). harga RM249 then discount jadi RM200. for me, if baju simple tak semestinya tak vouge. ececeh. yang penting, kita selesa, confident dan rase aura bila pakai. will attach the picture later.

then wa terjumpa bangle  kat kedai jual gelang hindustan. sumpah cantik (ok semua cantik). banyak sangat pilihan tapi wa berkenan yang satu ni..again, will attach the picture later :). after that pergi beli tudung kat turkuaz. harga dulu mahal, tapi sekarang murah2 kat situ. tak laku agaknya. hihi. apa-apa pun if ada membership card dapat lagi diskaun :) wa beli tudung ala ct, warna cream and ada manik2 kat bahagian kepala. suka!!

just now, browse bangle/braclet kat forever21. ush cantik gila tengok, bila nak dapat pergi forever21 ni. last time pergi tahun lepas. jauh nak pergi, kat pavilion paling dekat, sob sob.










Oh November!

Thursday, November 4, 2010
hi there, dah lama tak update. hidup semakin mencabar. blog pun di pinggir kan. baru - baru ni, wa baru restock shawl dan tudung rozita (orang kata hot!). jangan lupa singgah paradiscarf2u. alhamdulillah, rezeki semakin bertambah. cepat stok habis, dan esok nak ambil stok baru.

bulan baru, tapi gaji masih tak masuk - masuk. sangat kering masa ini. nak beli baju konvo, tapi semua tak berkenan. kat mana yang best beli baju kat KL ni? my budget under RM200 je. semua corak seakan sama. nak cari yang simple tapi fabulous! huhu mengada kan. konvo je pun, pakai jubah nanti baju RM3k pun orang tak nampak. takpe lah, baju nanti dulu. kita try makeup pulak!  so, wa try makeup ala smokey brown. heh, ok la simple je :)


oh yes, baru - baru blog wa dapat offer photoshoot dengan majalah NUR. wahhh sangat tak sangka. tapi rezeki tak menyebelahi, sebab hari yang nak photoshoot masa weekdays. (keje T_T) and then transport pun takda. so, memang frust sangat. apa-apa memang rasa bertuah sebab tak sangka pihak karangkraf meng-usha juga blog yang tak seberapa. terima kasih kak azza. next time, panggil lagi huhu.





bulan lepas wa ada order makeup dari, Forever21, NYX Smokey Pallete & Maybelline Superstay foundation. tak sabar nak tunggu sampai rumah!! yippie :)


bila..

Sunday, October 24, 2010
bila situasi tak seperti dulu
bila hati sepi selalu
bila tiada yang ambil tahu
bila orang lain lebih di ketahui

bila sms boleh di bilang dengan jari
bila hilang tiada siapa peduli
bila bersembang tiada cerita
bila orang lain lebih hangat berkata

bila diri rasa jauh
bila hari semakin rindu
bila hati mencari-cari
bilakah akan berakhir begini

yang mana satu, idaman kalbu?

Sunday, October 17, 2010
tajuk entri saja dah berlagu-lagu. hati pun mahu berlagu-lagu, andai yang di idam kan jadi kenyataan :) hari-hari browse tapi bila nak beli ni!! yang lain perlu di utamakan. handphone perlu menjadi perkara ke------ yang berapa entah. setiap bulan perlu ketepi kan duit. dalam hati, hmm handphone atau kahwin??? ahhh handphone la. tapi kahwin pun nak jugak! eiii gatal anak encik omar. tapi bila lagi nak ada saving right?

1. Nokia C3 in hot pink, RM520. 
    - sesuai untuk jangka masa pendek sebelum beli handphone lebih
      berkuasa kuda
    - spec ok, ada wifi, bla bla. ehem yang penting dia pink.




2. Blackbery Bold
    - suka sebab boleh bbm, so jimat la nak sms :)
    - if casing pink lagi suka!! 
    - $$$$$


3. I Phone 3gs @ 4
    - semua orang memang teringin nak pakai i phone kan kan
    - some people said, the system is too complicated
    - application sangat menarik, screen besar dan sangat puas
    - internet 24/7 pluss bil macam air
    - and $$$$ to0!


so, wa. yang mane satu ni? if i do have money, i grab i phone 4!!! :)

Girls can't live without..

Sunday, October 3, 2010
im bet, semua perempuan ada eyeliner in their collection. and sometimes, we cannot live without it. right? its ok, if we're not wearing any makeup but not the eyeliner. for me, eyeliner memang penting sebab bukan sahaja nampak mata  big and bold but also looks stunning. trend terkini memakai eyeliner semakin ramai di ikuti. espeacially yang mata sepet, memang di galakkan pakai eyeliner haha. 

eye liner cukup membantu tampak kelainan wajah seseorang. contoh macam ni, nampak tak dengan eyeliner sahaja, mata nampak lebih berseri. huhu


so, now i wanna share something that i really love. pengalaman before ni, wa start pakai guna pencil eyeliner which is from Maybelline/ Revlon Colourstay. easy to apply, kering, creamy, tapi senang nak smudge even waterproof and tak kemas. so, bila dah banyak revolusi produk kecantikan semakin menjadi-jadi, the products are getting more easy and practical. gel eyeliner antaranya. wa pernah try Stila smudge pot and its really amaaaazing. non-smudge at all! memang hebat Smudge pot ni. tapi gel eyeliner memang leceh sebab kene apply guna brush. agak kekok nk gunaa eyeliner brush tapi lama-lama biasa la :)

past 2 years, wa dah cuba pen eyeliner which is quite interesting. for me, its better than gel eyeliner and liquid eyeliner yang basah dan leceh. this brand in2it bukan lah brand yang gah di pasaran, tapi its good when its work! its only RM19.90 at watson. easy to apply, cepat kering, and if you nak buat wing pun senang :)

if you can see, darii kiri 2 pen eyeliner tu older version. and the latest, yang paling baru wa beli sebelah kanan sekali, paling nipis dan runcing. its different and i hope its work well like before :) so, if you tak pernah try pakai eyeliner, dont afraid to try!

Kehilangan Adik Tersayang

Wednesday, September 29, 2010
This is the saddest news for me. I cannot help it! Kucing wa mati semalam. Yang sadisnya, dia di kerjakan anjing-anjing liar. Jahanam punya anjing. Kesian comot, mesti dia takut masa tu, I wish I can be there L. Terkilan rasa tak dapat jumpa dia sebelum dia mati. Dah lebih 10 tahun dengan dia. Bayangkan dari kecik sampai dia beranak-pinak. Dan dia ibu segala ibu pada kucing yang lain.

Pagi tadi, mama call cerita. malam tadi, Mama dengar bunyi anjing kat dapur. Mama tak sedap hati sebab comot takda kat rumah. Kucing lain semua ada masa tu. Masa Mama nak tido, bunyi lagi anjing, Baba pergi tengok dengan lampu suluh tapi tak nampak apa-apa. Pagi tadi, mama pergi tengok lagi, rupa-rupanya memang Comot. Sedih nya mama kata, bulu dia dah tercabut-cabut, badan dah bengkak-bengkak. Tak tahan dengar keadaan dia, wa memang tak tahan sedih. Menangis-nangis kat office.

Aku memang benci anjing! Dari dulu lagi. Sekarang ni, adik-adik ku jangan lah keluar rumah lagi malam-malam. Jangan bersedih, sebab kehilangan ibumu. Comot, walaupun seekor kucing tapi kami dah anggap Comot sebahagian dari keluarga kami. Kucing adalah haiwan kesayangan Nabi, semoga Comot masuk ke syurga.

Masa Comot kecik dulu, dia antara yang paling tak cantik berbanding dengan adik-beradik dia yang lain. Yang lain semua gebu-gebu, muka pun cantik-cantik tapi Comot memang lain, semua kata muka Comot buruk. Bila kawan-kawan Baba nak ambil kucing, takda siapa pun pilih Comot. Takpa, kami sayang Comot. Bagi mama Comot paling cantik sebab bulu Comot paling lembut dari kucing-kucing yang pernah kami jumpa. Sumpah tak tipu. Ramai yang pegang semua kata sama. Bak kata mak encik kesayangan, “lembut bak sutera”. Mata Comot pula biru air, macam air laut. Di sebab kan Comot, anak-anak kucing yang lahir, semua cantik-cantik.

Masa kecik dulu, Comot pernah kene gigit dengan biawak. Comel nya masa tu, degil main kat luar dah kene gigit tangan. Comot rapat dengan Mama, pantang nampak Mama dia mesti duduk atas perut Mama, urut-urut Mama. Manja betul dia dengan semua orang. Bila kita hulur kaki, mesti dia datang nak menggelonsor nak baring atas kaki. Comot suka minum air kat sinki paip dapur. Dia akan tunggu selagi kita tak buka kan paip tu. Comot tak banyak kerenah. Kalau Mama nak kemas bilik atas, mesti dia ikut sama-sama. Paling kelakar dia suka bau anak tudung. Macam tak keruan dia bau-bau. 

Kalau u'all ada kucing, pasti u'all faham apa yang saya hadapi. Mungkin ada orang kata, buat apa menangis, binatang je pun mati. Terpulang lah, Dia pun makhluk tuhan yang perlu di hormati.

Comot, kami sayang comot. Jangan lupa kan kami :) Kami sentiasi ingat Comot. Love You!


p/s : Insyaallah, wa akan upload video dan gambar-gambar dari Comot kecik sampai sekarang

Family Gathering

Monday, September 27, 2010
actually kejadian ni berlaku pada minggu lepas. di mana ramai sanak saudara yang jauh mahupun dekat datang ke rumah untuk beraya beramai - ramai. maka terjadilah family gathering atau mini open house. skema gila ayat aku hari ni. special nya sebab family pakcu ada, susah nak jumpa sebab dia duduk perlis. so, bila masing-masing dah ada dekat-dekat, baba plan nak buat makan-makan. siap bersate-sate-an. semalamnya pula, kami da serang rumah pakcik di gombak jadi tiba giliran kami hari ahad..










nampak tak sate? sumpah sedap gila. we all beli kat kilang area taman bolton, gombak. sedap dari sate kajang. ishhh memang sedap. memang malam tu ramai puji sate sedap. satu batang RM0.35 je. siap sekali kuah. kita beli mentah-mentah la. baba beli sampai 500 cucuk. btw, malam tu jadi bertambah ramai sampai macam open house pula. apa-apa pun family gathering memang seronok, nak-nak kami memang rapat dengan cousins and semua makcik dan pakcik :) sporting habis! hokey, ni pula gambar sebelum mini open house rumah kami. ni kat gombak rumah pakcik, adik baba. tak banyak gambar tapi takpe yang penting makanan ada gambar haha. makan nasi tomato home made. sedap weh!




What's in your daily make up pouch?

Wednesday, September 22, 2010
actually, tengok dari blog rina, tiba-tiba terasa nak share :) suka baca blog rina sebab everything was so interesting. my favourite entry pasal oreo truffle and all about her. saya dah cuba buat oreo truffle tu tapi agak kurang menjadi haha. truffle ni agak manis bagi saya sampai saya sakit gigi :). but it was nice to share something different dari setiap tahun buat cornflakes choc je kan. hihihih 

for me, setiap perempuan mesti ada makeup dalam handbag, if bukan pouch pun at least ada lipstick/ lipbalm right? kalau dulu masa zaman universiti saya sure bawa lipgloss. wajib ada dalam bag sebab tak suka tengok bibir kering or at least lipbalm. so, sekarang bila pergi kerja, kene bawa hanbag merata-rata, nak touch up kat office lepas solat or after lunch pun senang sebab bawa makeup pouch. walaupun tiada yang sudi baca blog saya, tapi saya nak share juga hihi.


normally, ni yang wa bawa;
1) makeup pouch - penang uptown
2) maybelline compact powder
3) elianto kabuki brush
4) elianto baked marble blush
5) tia amelia foundation
6) revlon superlustrous lipstick in rose velvet ( all time fav)
7) revlon superlustrous lipgloss in cherries in the glow
8) lipice lipbalm in strawberry
9) revlon colourstay eyeliner
10) bodyshop perfume in vanilla



that's all and what's yours.

Hari Raya Extended :P

Wednesday, September 15, 2010

selamat hari raya kawan-kawan! di sini saya papar kan gambar perasaan nak raya. hehe semua blog ada gambar raya jadi saya saji kan gambar raya tahun ni. walaupun tahun ni agak sederhana, memandang kan atok nenek tak berapa sihat, raya pula jatuh pada hari jumaat (err takda kene mengena), tiada panggilan pagi raya dari orang tersayang!, baju agak sendat errr, ohhh bateri kamera kerap habis dan spoil kan mood menangkap gambar artis-artis masa raya.

tapi, ia tidak mematahkan semangat untuk beraya dengan beberapa keping gambar-gambar yang terserlah kegemokkan saya :D walaupun perkara wajib seperti tangkap gambar setiap family tergendala kerana masing-masing sudah tukar baju huhu. tahun ini juga, pertama kali nya abang sulung tiada di pagi raya bersama kerana beraya di rumah mertua. pelik hmm pelik jugak. tapi takpa sebab petang tu dia balik kampung hihi.


ok, ini lah antara gambar-gambar kami. ada lagi, tapi tak muat pulak nanti :) anyway yang rugi bateri kamera habissssss. hari raya pertama di muar amat syahdu, ramai saudara melawat nenek sebab nenek duduk bersama kami di bangi. jaid, memang orang di kampung datang nak tengok keadaan dia. atok memang rindu sangat, setiap masa dia akan suap kan nenek makan. kerepek, buah duku, bahulu, coklat errr apa saja yang dia rasa nak bagi lah. lawak pun ada tapi tu lah kasih sayang atok. semoga panjang umur :)


hari raya kedua, di melaka. kampung yang dah lama di tinggal kan. sepatutnya setiap tahun, kami akan berkumpul saudara sebelah baba bermalam di kampung melaka untuk mengemas, dan memeriah kan rumah yang uzur. tapi, rumah tu semakin uzur dan memang tak boleh nak menginap lagi. sayang betul sebab rumah tu besar dan memang seronok untuk berkumpul dengan keluarga. pokok-pokok buah pula banyak kena makan dengan beruk takda ekor (nenek jiran sebelah tu cerita). beruk apa takda ekor. babunnn kan? haha. rupa-rupanya beruk-beruk tersebut menyewa sekian lamanya. alkisah. oleh kerana, ramai yang tak balik kampung melaka, tak meriah lah kami sekeluarga beraya meronda-ronda di kampung...tapi saya masih bersyukur sebab saya masih ada keluarga :)


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI