Estee Lauder : RM200 per set?

Sunday, November 24, 2013
Sabtu lepas, pergi Sogo, nak cari barang hantaran. Instead of kain, si dia nak bagi 1 set makeup or perfume. So, it's a good time pergi Sogo musim sale krismas. Banyak sangat set-set makeup and perfume yang agak menarik offer dia.

Satu yang berkenan, set skincare Clinique, semua full-size RM250. Bila fikir-fikir kalau habis la, mahal jugak nak beli yang baru. hahaa. Then, Ann Sui buat offer 1 set limited edition Minnie Mouse. Set RM120. Hmm tak suka pula packaging dia.



Then tengok lancome set perfume and sample makeup. Size kecik-kecik je dalam around RM300++ tak berbaloi. Suddenly, SA Estee Lauder approching me. What is your budget? Hmm RM200-RM250. Ok let me show you. Terus tunjuk these two set yang memang, terganga tak sangka semurah ni.

With purchase of RM200 will get this set for RM250 only

 With purchase of RM200 will get this set for RM200 only

 RM120 only

And many more set offered. Apa yang special hari tu, without any puchase you still can get the promotion price! I think sampai isnin kot, lepas tu kene beli barang baru dapat harga promotion. Rasa nak ambil je semua. haha, memang tamak. So, it's a very good time if uolls nak cari barang hantaran masa ni, bukan kat Sogo je, mana-mana pun akan ada value set macam ni. Si dia, prefer ada perfume sekali, so mintak SA wrap sekali, Free je lagi pun. Happy hunting!


Christmas Wishlist

Wednesday, November 20, 2013
Amboi, Christmas Wishlist!
Saja je nak krismas ni geram tengok Value Set ! 
Which one your favourite!











The Checklist - E-Day

Tuesday, November 19, 2013
Few weeks left. Baru rasa macam tak cukup masa..Anyway, just nak share my checklist. Rasa gedik banyak.



For Mine
1) Baju - Done
2) Veil - DIY sangat, tapi malas sambung nak hantar kedai hehe
3) Shawl - Done
4) Kasut - perlu ke?
5) Make Up - Booked, MAC Alamanda
6) Mini Pelamin - Booked, Zaifie Zainal Creations
7) Cincin - Done
8) Bunga Tangan - Pending

Hantaran
1) Sejadah - Done
2) Blue Velvet Cake - Ordered, Putrajaya
3) Rainbow Macaron - Ordered, Scrumptious Sugar
4) Bunga Rampai - Pending
5) Kain Pasang - Done
6) Samping & Songkok - Done
7) Body Wash Set - Done
8) Chocolate - Done
9) Buah - Pending

Others
1) Bag Goodies - Pending
2) Muffin - Ordered, Putrajaya

Hunting for Bunga Tangan

Monday, November 11, 2013
Hi,
 
For now, dah 70% preparation yang dah buat. Glad it goes well. For now, wa tengah survey bunga tangan. Hehe nanti nervous boleh cover sikit kan. These are my choice. Wa tak suka bunga rose as bunga tangan...wa prefer mixed flower


Mixed with Peony
http://www.flower-arrangement-advisor.com/peony-bridal-bouquet.html

 
Non-Flower

http://thebridaldishonline.com/?p=4921
http://www.weddingbee.com/2012/11/28/faux-wedding-flower-bouquets/#axzz2kKgNEmKu

 
Baby Breath



 Paper Flower
 
http://www.primadonnabride.co.za/2013/03/alternative-bouquets.html

What do you think? Semua  favourite, tapi wa pilih Baby Breath :) paling senang nak cari last2 minit!!

Hunting for Kain Tunang

Saturday, November 9, 2013
Selepas saja minggu merisik, minggu depan pula kakak ipar ajak ke Jalan TAR, saja nak cuci mata kalau-kalau berkenan untuk beli baju atau kain bertunang. Dalam fikiran aku, memang tak terlintas lagi nak membeli itu dan ini. Masih lagi tak percaya bulan depan nak bertunang.

Sampai Jalan TAR, macam biasa, SALE memanjang. Yang best hari tu adalah hari last untuk promo pakej pengantin. Singgah di butik pertama, Gulatis. Berkenan dengan chiffon beading. Semua cantik-cantik sampai tak tahu pilih...Wa aim warna peach dan light blue. Kalau ikut memang suka warna pink, tapi dah selalu sangat orang buat..Pakej yang dia bagi RM650 dapat 4.5m kain perempuan + 5m kain lelaki + samping. Mama kata better amek pakej sebab dapat 1 set.


Butik Gulatis yang kedua pula, takda pakej tapi kain lebih ekslusif. Kalau dikira ambil 2m saja lebih kurang RM400++. Baru 2m je + lining. Tapi kain memang cantik sangat. Warna pula sesuai untuk ocassion macam dinner. Agak gelap. Mama tak suggest sebab bertunang, nak nampak sweet kan.

Last, pergi butik sebelah, mayasilk warna ala hijau petronas, memang cantik sangat dan rare untuk bertunang. Warna agak bold tapi still nampak soft. Berkenaan sangat, tapi harga pakej tanpa set lelaki saja sudah RM550 tak silap.

If korang, mana yang better? Fo sure amek yang dapat set lelaki dan perempuan kan? So, we decide to pick yang butik Gulatis pertama. Bila pilih kain, Mama prefer pakai light peach, bila SA tu kenakan dia kata nampak pucat sangat. Pilih warna hijau, pun sama. Mint green. Kuning pun sama..so punggah punya punggah, jumpa 1 kayu kain warna light blue yang beading dia tak sama macam kain ada kat situ. Rupanya,  SA kata ini bukan kain dalam pakej RM650, ini kain kira meter..and she said, I kira kain pakej untuk you. weehu, memang betul beading dia lain!

Im a happy customer then. So, lepas tu fikir pasal tailor :) 

Di Risik

Sunday, November 3, 2013
As Salam,

Lama betul saya menyepi. Alhamdulillah, hidup kini semakin indah :) Pada 12 Oktober 2013 yang lalu, saya telah dirisik oleh si dia.

Perkenalana kami selama 6 tahun telah dimulakan dengan ikatan yang direstui oleh kedua belah pihak. Syukur sangat. Bukan senang nak yakin kan ibu bapa kita bahawa si dia boleh menjadi bakal suami kita kan. Macam-macam soalan.

Masa raya, si dia datang ke rumah seorang diri, untuk menyatakan hasrat dan sambil-sambil kenal dengan parent as official. Sebelum ni saya hanya bahasakan sebagai kawan saja..Lama juga si dia boleh tahan berborak dengan Baba. Hampir pukul 10 malam baru balik. Haha it was funny. He was really confident. Sampai Baba tak tahu nak tanya apa lagi.

Lepas berbincang, datanglah rombongan meminang, ramai juga, lebih kurang 20 orang haha. Mak aih kecut perut parent saya. Cincin di pilih oleh kelaurga si dia. Alhamdulillah majlis berjalan lancar :)

And...InshaAllah kami akan bertunang pada 30 November 2013. Hope perjalanan ini lebih mudah dan diredhai. Amin.