Pergi nya seorang sahabat

Tuesday, March 30, 2010

Malam semalam wa terima sms dari nombor tak di kenali. apabila membacanya..wa ingat salah orang agaknya ni. tak kenal. tetapi setelah 2 kali meneliti nama di dalam sms tersebut. ARWAH Nurul Anis Nabila Umar. Innalillah. Kawan semasa saya praktikal dulu. Kami memang akrab. Dia bagaikan adik saya. Bergosip bersama, pergi site bersama, buat jahat bersama, curi tidor bersama, curi-curi pergi site masjid besi bersama, merajuk bersama, gelak bersama, beli baju bersama. terlalu banya kenangan selama 6 bulan prakrikal di Perbadanan Putrajaya.

Arwah seorang yang manja, manis dengat senyuman, perangai seperti budak-budak kadang2 buat saya ketawa, berani, takut2 pun ada tapi masa nak jumpa supervisor sebab minta saya temankan. Sering bawa saya jalan dengan kereta tunangnya (masa tu belum berkahwin) walaupun tiada lesen. Exited betul dia bila sudah pandai bawa kereta. Pening kepala tunang dia haha. Indah betul kenangan tu. Pada hari perpisahan kami, setelah cukup 6 bulan saya praktikal, arwah menghadiahkan saya cawan yang ada gambar kami berdua. terharu betul saya, sebab lepas tu kami tak kan berjumpa lagi kerana saya akan sambung semester 6 di uitm sarawak. sedih dan sayu sangat tambah2 lagi, tiada hadiah yang saya bagi pada dia cuma pelukan seorang sahabat. 

bila anis kahwin, saya tak sempat menghadirinya kerana ada saudara meninggal. tapi saya bersyukur, dia telah menjadi isteri yang baik. anis, tak sangka nya kamu pergi sekelip mata. sebelum ini pernah dua kali terserempak pada tahun lepas. pertama die setesen erl bandar tasik selatan, sempat juga bergossip hehehe. kemudian berjumpa di temuduga terbuka die peresint 18 putrajaya. masa tu die pregnant. pucat muka dia berratur nak temuduga. suka betul dia cerita. saya akan merindui kamu sahabat

lelaki di mata perempuan

Friday, March 5, 2010

macam-macam cerita bila dengar kawan2 kita cerita pasal bf mereka and pengalaman2 kawan2. bila dengar kesimpulannya, lelaki semua nya sama! siapa setuju?? yea, i pon setuju. kenapa? percaya atau tak 2 bulan awal hubungan pasangan tu cuma bahagia sementara, selepas 2 bulan masing2 buat hal masing2. mula lah perangai bukan masa hangat bercinta dulu keluar.

  1. dulu, i janji setiap malam i call u. sebab i tak boleh tido if tak dengar suara u. sekarang, dengar suara pon da menguap. telefon bila perlu. or bila nk mintak gf topup. or bila takde duit. siapa melaui situati begini, sila angguk!
  2. dulu, u nak pergi mane2 i sanggup teman. jauh pon i sanggup pergi. sebab i tak nak u susah. i risau, nanti u kene kacau/culik. sekarang, bila nak mintak teman. jauh la, minyak mahal sekarang. ala i dah jnji dengan kwn i nk main futsal. kalau dulu gf la segala2 nya. sanggup cancel janji ngan kwn untuk keluar ngan gf.
  3. dulu, masa bercinta sms bergunung2. caring sampai nak pergi toilet pon kene bagitaw. balik dari toilet kene sms. sekarang, bila gf mengadu kenapa tak sms. u ni takkan semua benda i nk tanya. u da besar, pandai2 la jaga diri sendiri.
  4. dulu, bf ikot je ckp gf dia. i tak suka la u monyok2. u cakap je ape u nak i buat, i sanggup buat hanya untuk u. sekarang, u ni degil la. nape susah sgt nak dengar ckp i. sekarang gf kene dengar cakap. if tak dengar cakap, abes la kene maki. bila gf suruh, banyak btol alasan.
  5. dulu, cepat minta maaf. tak sanggup tengok gf terluka. sekarang, salah i ke? nape i yang mintak maaf. its not my problem. then tinggal kan sms, dengan tiada rasa bersalah. arghh! benci lelaki macam tu. ego!
  6. sila tambah jika anda rase, anda mengalami situasi yang sama..
 kesimpulan : lelaki bila nak tackle perempuan, semangat dia kalah gunung everest. tapi bila dah dapat apa dia nak, layan pon suam-suam kuku. takde ke lelaki yang ikhlas zaman sekarang ni?