Kehilangan Adik Tersayang

| On
2:35 PM
This is the saddest news for me. I cannot help it! Kucing wa mati semalam. Yang sadisnya, dia di kerjakan anjing-anjing liar. Jahanam punya anjing. Kesian comot, mesti dia takut masa tu, I wish I can be there L. Terkilan rasa tak dapat jumpa dia sebelum dia mati. Dah lebih 10 tahun dengan dia. Bayangkan dari kecik sampai dia beranak-pinak. Dan dia ibu segala ibu pada kucing yang lain.

Pagi tadi, mama call cerita. malam tadi, Mama dengar bunyi anjing kat dapur. Mama tak sedap hati sebab comot takda kat rumah. Kucing lain semua ada masa tu. Masa Mama nak tido, bunyi lagi anjing, Baba pergi tengok dengan lampu suluh tapi tak nampak apa-apa. Pagi tadi, mama pergi tengok lagi, rupa-rupanya memang Comot. Sedih nya mama kata, bulu dia dah tercabut-cabut, badan dah bengkak-bengkak. Tak tahan dengar keadaan dia, wa memang tak tahan sedih. Menangis-nangis kat office.

Aku memang benci anjing! Dari dulu lagi. Sekarang ni, adik-adik ku jangan lah keluar rumah lagi malam-malam. Jangan bersedih, sebab kehilangan ibumu. Comot, walaupun seekor kucing tapi kami dah anggap Comot sebahagian dari keluarga kami. Kucing adalah haiwan kesayangan Nabi, semoga Comot masuk ke syurga.

Masa Comot kecik dulu, dia antara yang paling tak cantik berbanding dengan adik-beradik dia yang lain. Yang lain semua gebu-gebu, muka pun cantik-cantik tapi Comot memang lain, semua kata muka Comot buruk. Bila kawan-kawan Baba nak ambil kucing, takda siapa pun pilih Comot. Takpa, kami sayang Comot. Bagi mama Comot paling cantik sebab bulu Comot paling lembut dari kucing-kucing yang pernah kami jumpa. Sumpah tak tipu. Ramai yang pegang semua kata sama. Bak kata mak encik kesayangan, “lembut bak sutera”. Mata Comot pula biru air, macam air laut. Di sebab kan Comot, anak-anak kucing yang lahir, semua cantik-cantik.

Masa kecik dulu, Comot pernah kene gigit dengan biawak. Comel nya masa tu, degil main kat luar dah kene gigit tangan. Comot rapat dengan Mama, pantang nampak Mama dia mesti duduk atas perut Mama, urut-urut Mama. Manja betul dia dengan semua orang. Bila kita hulur kaki, mesti dia datang nak menggelonsor nak baring atas kaki. Comot suka minum air kat sinki paip dapur. Dia akan tunggu selagi kita tak buka kan paip tu. Comot tak banyak kerenah. Kalau Mama nak kemas bilik atas, mesti dia ikut sama-sama. Paling kelakar dia suka bau anak tudung. Macam tak keruan dia bau-bau. 

Kalau u'all ada kucing, pasti u'all faham apa yang saya hadapi. Mungkin ada orang kata, buat apa menangis, binatang je pun mati. Terpulang lah, Dia pun makhluk tuhan yang perlu di hormati.

Comot, kami sayang comot. Jangan lupa kan kami :) Kami sentiasi ingat Comot. Love You!


p/s : Insyaallah, wa akan upload video dan gambar-gambar dari Comot kecik sampai sekarang
Be First to Post Comment !
Post a Comment

EMOTICON
Klik the button below to show emoticons and the its code
Hide Emoticon
Show Emoticon
:D
 
:)
 
:h
 
:a
 
:e
 
:f
 
:p
 
:v
 
:i
 
:j
 
:k
 
:(
 
:c
 
:n
 
:z
 
:g
 
:q
 
:r
 
:s
:t
 
:o
 
:x
 
:w
 
:m
 
:y
 
:b
 
:1
 
:2
 
:3
 
:4
 
:5
:6
 
:7
 
:8
 
:9