[Review] Tropical Herbs Baby Oil Amway

Thursday, October 29, 2015
Baby Oil (60ml) - Price Range RM27-RM30


As Salam, harini Wa nak share sikit pasal minyak baby. Rasanya kebanyakkan ibu-ibu banyak yang menggunakan minyak baby untuk elakkan kembung pada bayi masing-masing. Untuk Ziyad, Wa dah pernah cuba tiga jenis minyak. Yang pertama minyak telon. Minyak Telon memang sangat biasa digunakan, sama juga seperti Minyak Yu Yee. Minyak Yu Yee agak panas sedikit dari Minyak Telon pada pendapat Wa. Dan bau agak kuat compared to Minyak Telon. Which is Minyak Telon bau agak hapak sikit. Wa memang tak berapa suka. Kedua-dua minyak ini bagus untuk hilangkan angin. Tetapi, Wa lebih suka dengan Tropical Herbs Baby Oil dari Amway ni.

Kenapa? Wa perasan setiap kali lepas Wa sapu kat perut, dada, belakang badan dan kaki Ziyad..tak lama lepas tu dia kentut berdas-das. Paling Wa suka bau minyak dia wangi. Tak kuat sangat berbanding dengan Minyak Yu Yee. If rasa kat tangan, boleh rasa berangin je tapi tak berapa kuat sesuai untuk baby. Nak hampir 2 bulan pakai rasa macam tak luak pun. Wa selalu guna setiap kali lepas mandi dan tukar pampers Ziyad. Alhamdulillah Ziyad jarang kena kembung. Boleh kira berapa kali saja. Sebab dah tengok minyak ni serasi dengan Ziyad, minyak lain tu memang dah tak pandang lagi hehe. Walapun agak mahal dari minyak yang lain, tapi sangat berpuas hati. Bukan ke kita rasa bahagia bila tengok anak kita tersenyum tanpa kembung perut :)

Wa dapat minyak ni masa berpantang, Mama belikan satu set berpantang dari Amway. Memang bagus set pantang tu sebab dia dah siap semua bahan-bahan mengikut jadual yang dia bagi. Dari pilis, ubat herba, minyak urut, minyak bayi, pembersih wanita, mandian herba dan juga percuma bengkung! InshaAllah ada rezeki Wa akan review set berpantang Amway. Selain dari set berpantang Amway, Wa juga amalkan vitamin dari Shaklee. Btw, minyak ni boleh dibeli secara berasingan dengan set pantang.

Description
Is wind bringing your baby down? Provide soothing relief to your baby’s wind problem and colic the natural way. Tropical Herbs Baby Oil’s all-natural formulation, without artificial menthol, methyl salicylate and camphor, helps to relieve wind and colic for infants while reducing bloating in the stomach area. Blended using high-grade essential oils, it also cools baby’s skin, maintains healthy circulation and provides instant relief to gripping spasm. Use it daily and chase those blues away!
All-natural blend of high-grade essential oils: 
  • Peppermint Oil (Mentha piperita oil) - Known for various therapeutic properties: Soothes and cools, Has antibacterial effects, Relieves colic, nausea, gripping pain and wind.
  • Eucalyptus Oil (Eucalyptus globulus oil) - Known for antiseptic qualities.
  • Nutmeg (Myristica fragrans oil) - Stimulates blood circulation to skin around the abdominal area.
  • African palm oil (Elaeis guineensis oil) - Used as herbal remedy for rheumatism.
  • Clove (Eugenia caryophyllus oil) - Traditionally used as antiseptic and anaesthetic.
If ada sesiapa yang berminat nak buat pembelian boleh DM kat IG @wakdingding  

Muhammad Ziyad Youssef ; 1 Bulan, Checkup di KK Bangi

Sunday, October 25, 2015
Hari Pertama 
Alhamdulillah, dipermudahkan semasa bersalin even ada rasa perit sedikit tapi syukur semuanya selamat. Hari pertama bawa baby balik selepas Maghrib, sampai di rumah macam biasa baby tidur. Di kala malam, menangis lah Ziyad. Memang tak keruan kami sebab tangisan dia macam kena tampar! Kuat sangat. Bagi susu badan tak mahu (sebenarnya bukan tak mahu, tapi dia perlukan masa) Masa tu kalut, sua tak nak terus MIL angkat nak dodoi bagi pujuk hilang menangis. Bila fikir balik, patut masa minggu pertama tu, Wa patut duduk di tempat sunyi dan ambil masa dan sabar susu kan dia. I think this way akan berjaya. But you know, first time mom. Kalut!

Fresh from oven

Selepas beberapa jam..


Hari Ketiga
Ia berlarut selama 2-3 hari. Kemudian, campur susu. Sementara baby nak pandai menyusu, Wa bagi susu formula. Until now, Ziyad masih tak fully bf. Dia tak pandai nak mintak direct latch selalu. Wa kena masukkan puting dan dia akan marah! Sampai la kalau dia dapat position puting yang sesuai, baru dia mula hisap dan senyap. Setiap masa akan bergaduh nak susu kan dia. Silap masa awal, Wa mudah mengalah, nurse pun ada pesan..biar baby menangis. Susukan juga! Tapi orang tua, tak nak tengok baby menangis lama-lama..pasti diangkat dan dodoikan supaya diam. Ia berlarutan sehingga satu bulan, baru dia pandai direct latch. Itu pun secara paksa. Jika Wa tak paksa, memang dia tak mahu menyusu badan. Syukur, Ziyad mudah dijaga. Tidur dan bangun setiap dua jam pada malam. Bagi susu dan terus tidur. Mudah sangat. Siang pula tidur, susu dan begitulah rutin. Berak pada malam hari. Pada hari ketiga ni tali pusat Ziyad dah gugur. Cepat sangat. Wa cuma sapu ubat hospital bagi sahaja.


Hari Ketujuh
Memang takda rancangan nak bercukur hari ketujuh, inshaAllah ada rezeki akan buat majlis aqiqah dan cukur jambul. Pada harini ketujuh juga di sunatkan untuk memberi nama. Nama di beri Muhammad Ziyad Youssef B Mohd Nasri. Suami berikan nama Ziyad iaitu kelebihan. Memang ada juga nama-nama lain tapi Wa tertarik nama Ziyad. Youssef @ Yusuf pula sempena Nabi Yusuf. Di harapkan Ziyad dapat mencontoh kelebihan dan sifat yang ada pada Nabi Yusuf. Memang Wa suka nama Yusuf cuma ejaan tu kami ambil dari nama seorang qari. Moga-moga besar nanti cekap membaca Al-Quran.



1 Bulan
Bagi bulan pertama, ada checkup di KK untuk ibu dan anak. Sampai di KK Bangi pukul 9, punya ramai sangat orang. Tak pernah letak buku sampai bertimbun-timbun dalam bakul. Seperti biasa ibu punya checkup macam masa pregnant ada cek HB, BP, berat, urine. Paling seronok tengok berat turun hehe. Dari 92kg hari mula checkup mengandung dan last bersalin 106kg. Kini kembali kepada 92kg! Hehe ingat dah 80kg sebab ramai perasaan susut sangat berat. Happy! Selepas tu nama baby di panggil untuk cek fizikal pula. Nurse timbang Ziyad sudah naik 1kg dari 2.5kg kepada 3.5kg. Yang lain-lain ukur kepala dan panjang baby. Kemudian tunggu giliran bilik nurse lain pula untuk cek baby perut, pusat etc dan tanya beberapa soalan. Jika buka lampu, baby ada silau tak? Dah mula senyum ke? dan lain-lain. Paling berdebar masa nak cek luka epi. Alhamdulillah nurse kata dah cantik, takda bukaan dan sembuh sempurna. Selepas tu nurse nak cucuk baby. Sepanjang di KK, Ziyad behave sangat. Dia diam saja, merengek sikit bagi susu dan diam. Lepas cucuk pun jerit sekejap pastu tidur balik.



Then tunggu giliran jumpa doktor, doktor cek fizikal semua. Masukkan jari dalam mulut baby pastu tengok gerak mata kat lampu torchlight etc. Semua ok, just Wa ada tanya berkenaan kerak susu kat lidah dengan nafas Ziyad berbunyi. Doktor kata cuci dengan handtowel basah dan sapu pada lidah. Lendir pada baby tu normal lepas doktor cek paru-paru ok. Lendir lebihan daripada selepas lahir tu..air ketuban. Dalam umur 3 bulan akan beransur hilang. Kemudian balik. Appointment seterusnya untuk baby bulan depan dan untuk ibu jika ambil perancang dan pap smear!

Inspirasi Bilik Tidur Bajet dengan IKEA

Sunday, October 18, 2015
Siapa yang tak berangan nak shopping di IKEA? Kalau boleh satu rumah nak beli barang IKEA haha. As for now, Wa stay with MIL di Kajang and akan balik di Bangi once awhile bila dah ada Ziyad. Susah juga nak ulang-alik every weekend kan bila dah ada baby. Barang saja dah penuh satu kereta. We plan to change our bedroom furniture and interior sikit since ada baby. So selesa sikit nak duduk bertiga dalam bilik. Our bedroom agak kecil dan perlukan ruang untuk storage yang banyak. Maklumlah baju suami saja penuh satu almari, which mine satu bahagian kecil saja haha. If kat Bangi, baju Wa saja dah penuh tiga almari. Sigh!

Katil
Leirvik RM299

  • Oleh kerana ruang tak luas, Wa nak letak penjuru bilik.

ChestdrawerMalm RM299

  • Wa nak letak sebelah katil. Untuk letak baju harian, undergarment, dan baju baby



Mirror
Kolja RM59
  • Sesuai letak atas chestdrawer. Terus jadi meja makeup hehe. Jimat space!

Round Mirror

Square Mirror

Lampu Tidur
Knubbig RM29.90
  • Letak atas chestdrawer tadi memandangkan tiada side table


Langsir
Murgrona RM149
  • Memandangkan furniture warna putih dan plain, Wa suka kan langsir yang ceria dan bercorak!
Karpet
Hulsig RM59



Open Rack
Algot Rm295

  • Nak letak sebelah almari. Untuk baju kerja selepas gosok, boleh letak tuala, stokin etc





Almari
Aneboda RM199
  • Letak depan kaki katil



Baby Cot
Sniglar RM179
  • Sebelah pintu masuk, ada ruang kosong. 



Wall Shelves
Ekby RM29.60


Lack RM199
  • Boleh letak sebelah baby cot. Nak letak barang yang senang ambil seperti kunci, wallet, etc




Jadi jumlah semuanya, RM1,826.20. Kena kumpul lebih kurang dua ribu untuk complete kan bilik idaman. Kumpul sikit-sikit beli sikit-sikit dulu. En.Suami semangat tak?! hehe

Product QuantityIn stock?Price
LACK
RM199
EKBY ÖSTEN / EKBY STÖDIS
RM59.20
SNIGLAR
RM179
ANEBODA
RM199
ALGOT
RM295
HULSIG
RM59
KNUBBIG
RM29.90
MURGRÖNA
RM149
KOLJA
RM59
LEIRVIK
RM299
MALM
RM299
Total price 

Stock balance is updated everyday.
Local stock selection may vary and prices differ from online prices.
RM1,826.10

Ikhtiar Merawat Bayi Demam Kuning

Saturday, October 17, 2015
Kebanyakkan kelahiran, boleh di katakan mesti ada yang kena demam kuning. Zaman mak-mak dulu demam kuning ni jarang berlaku. Sebelum discharge dari wad, seperti Wa cerita dalam entry lepas..nurse ada serba sedikit cerita berkenaan penjagaan ibu dan bayi selepas bersalin. Oleh kerana Wa berdarah O, nurse kata besar kemungkinan bayi akan terkena demam kuning. Antaranya mengenai demam kuning. Antara perkara yang di larang buat seperti yang di nasihatkan ;

  • Jangan jemur di cahaya matahari, cahaya pada masa kini sangat bahaya pada manusia. Boleh terkena kanser kulit. Malah udara juga tidak sihat, amat bahaya bagi bayi.
  • Jangan amalkan jamu. Di dalam tempoh selepas bersalin amat tidak digalakkan makan jamu. Ini kerana herba dan ramuan yang ada mungkin dapat menaikkan lagi bacaan kuning. Di sarankan makan vitamin sudah memadai dan makanan yang sihat. Jika mahu amalkan juga jamu, makan selepas sebulan.
Memang betul tanda bayi kuning, bayi akan sentiasa tidur dan akan kurang menyusu. Kita perlu kejutkan sekerap mungkin dan berikan susu ibu untuk elak/kurangkan kuning. Berlainan dengan Wa, setelah dua hari tak dapat minum susu, jika dapat pun jumlah amat sedikit kerana puting buta masa tu..Wa dah nampak muka Ziyad kuning. Memang gelabah sangat tambahan lagi risau sebab susu masih tidak banyak. Selepas peristiwa di beri konsultansi oleh nurse KK, berkobar perah susu. Pagi, petang dan malam asyik pam saja susu untuk beri pada Ziyad. Memang struggle pam! Direct BF belum pandai lagi, jadi memang dah biasakan Ziyad dengan botol.



Pada mulanya bacaan 12. Agak tinggi doktor kata, jika atas 13, mungkin akan ditahan hospital. Ada beberapa parent yang concern bagi beberapa petua untuk kurangkan kuning. Antaranya ;

  • Minum jus kurma
  • Mandi daun inai campur halba
  • Mandi bunga tahi ayam
  • Mandi herba cina
  • Minum air anggur hitam
Balik saja dari KK Bangi, suami dan mertua gigih mencari jus kurma untuk Wa. Pada keesokkan hari, nurse KK datang melawat di rumah, dia nampak daun inai. "Mak cik nak buat apa daun inai ni? Kalau nak buat mandi bayi memang tak boleh ye..sebab air dia kuning!" Terencat sikit niat nak mandikan Ziyad. Mertua kata kita cuba ikhtiar, cuba sikit dulu. Pada masa yang sama, memang struggle sampai tertidur pam susu. Satu hari ada juga dalam dalam 4-5oz, memang sedikit tapi dengan harapan kuning akan turun.

Keesokkan nya ambil darah turun kepada 10 dan selepas 3 hari, keputusan turun kepada 8. dan hari seterusnya checkup seminggu selepas itu 3. Memang cepat! Apa-apa pun kita ikhtiar, yang paling penting susu ibu tu memang kena bagi banyak selain dari ikhtiar lain :)

Pengalaman Pertama Menyusukan Bayi

Wednesday, October 14, 2015
Beberapa minggu sebelum melahirkan Ziyad, Wa dah mula tengok di Youtube cara-cara menyusukan bayi dengan betul. Paling Wa tertarik ialah video bayi yang bergerak sendiri mencari putting ibunya selepas beberapa saat dilahirkan. Masa skin to skin moment. Ajaibnya bayi tak perlu di ajar. Dia sendiri akan mula mencari dan menghisap susu pertamanya. Bila orang kata, dia tak pandai menyusu, rupanya memang sifat semula jadi selepas lahir dia pandai menyusu. Cuma kita perlu perbaiki mengikut keadaan.

Selepas beberapa jam melahirkan Ziyad, dek kerana tiada nurse yang bantu Wa untuk menyusukan Ziyad plus masa tu macam takda orang yang ada. Nurse pun letak saja baby dalam basinat tu tanpa minta Wa susukan. Kita yang keletihan ni memang tak terfikir, lama juga dalam 3-4 jam baru Wa minta nurse beri Ziyad pada Wa. Dalam Youtube, kebanyakkan baby akan letak diatas badan dan terus disusukan. Masa menjahit tu di lekakan ibu sebentar dengan moment indah bersama bayi kita. Masa Wa cuba susukan Ziyad, dia langsung tak buka mulut, seolah tak lapar. Layan tidur lagi ada. Nurse pun tolong picitkan untuk keluarkan susu. Ada nampak satu mata susu. Memang sikit. Nurse kata nanti cuba lagi. Wa pun pegang Ziyad dan tunggu masa lagi. Cuba lagi tapi hampa.  Doktor pesan takut baby dehydrate.

Sampai di wad, Wa rehat sekejap dan ambil lagi peluang untuk susukan. Alhamdulillah dia mula menghisap. Tapi agak payah sebab puting agak pendek. Asalkan di hisap, Wa berdoa agar dia dapat susu pertamanya. Susu yang paling berharga untuk semua bayi. Lepas susukan, dia sambung tidur. Sekejap sangat menyusu, dalam hati risau sangat dia lapar. Sehingga sebelum keluar Wad, Wa masih cuba susukan dia, tapi masih lagi tak berjaya. Dengan tak selesa, katil yang tinggi, sakit jahitan, tiada orang yang bantu..memang agak stress. Paling Wa terkilan, ada nurse yang datang, " Puan tahukan cara nak susukan bayi? ", " Puan kami di sini tak mandikan bayi, puan tahukan cara nak mandikan bayi? ". Hmm rasa terkilan sebab Wa rasa tak perlu tanya, tahu atau tidak memang patut nurse tunjuk ajar cara yang betul. Paling penting nurse ada bersama waktu nak susukan bayi sehingga berjaya.

Balik dari hospital, masih cuba susukan. Macam biasa dia hanya hisap sedikit saja. Dengan puting yang pendek memang susah nak berikan susu. Masa tu tak pandai lagi nak bagi dia susu. Hari-hari cuba keluarkan puting tapi nampak tak berhasil. Susu pun masih tak banyak lagi. Kesian sangat. Sudahnya hampir 2 hari Ziyad tak dapat susu dengan kenyang. Wa dah mula resah malam tak boleh tidur sebab dia lapar. Takkan tak nak bagi susu! Wa mula cadangkan bagi susu formula sementara susu Wa banyak. Tambah pula, Ziyad dah mula nampak kuning! Memang gelabah sangat. Nurse yang datang cek pun kata kuning. Dia beri borang untuk cek kuning. Macam-macam Wa tanya pada kawan-kawan, mostly suggest stanby susu formula. Pada malamnya kakak ipar Wa datang tolong ajarkan dan urut juga. Dia belikan nipple shield, tapi tak berkesan sebab puting terlalu besar, Ziyad pula tak berapa nak hisap.

Bila terjadi perkara sebegini, ibu mana yang tak sedih. Kalau boleh nak beri susu sendiri secara ekslusif. Tapi apakan daya. Susu pun tak keluar. Ibu mertua minta mak bidan datang untuk urut. Memang dah mula membengkak, sebab susu tak keluar. Mak bidan urut, baru lah keluar 2-3 mata susu. Itu pun di picit habis. Sakit tahu. Keesokkan harinya, pergi ke KK Bangi cek kuning. Memang tinggi kuning Ziyad. Nanti Wa share amalan nak turunkan kuning ikut pengalaman Wa. Ibu juga perlu berjumpa nurse dan doktor untuk pemeriksaan selepas bersalin. Wa mengadu pada doktor susu tak keluar banyak. Kata mak bidan, puting buta mata. Doktor minta jumpa nurse berpengalaman. Cuba teka nurse buat apa? Dia ajar dimana cara nak picit supaya keluar susu. Kawasan aerola perlu di tarik keluar dan kedalam bukan putingnya. Sekali dia urut dan picit, mengalir-ngalir susu. Terus terang rasa sebak sangat. Nurse tu bagi semangat dan nasihat. Puting pendek bukan sebab anak tak boleh menyusu!



Rasa bersemangat semula. Antara nasihat nurse tu beri yang buat Wa bersemangat ;
  • Set dalam fikiran, susu itu ada dan cukup untuk bayi
  • Sebelum susukan, basahkan puting dengan susu ibu supaya bayi bau susu ibunya
  • Urut dan picit bahagian aerola untuk keluar kan susu, bukan tarik puting
  • Puting pendek bukan penyebab tak boleh susukan anak
  • Susu akan keluar dengan banyak jika kerap beri anak susu
  • Walaupun susu sedikit, atau tiada, kerapkan bagi susu. Ia akan bantu pengeluaran susu ibu dan puting nanti
  • Sokongan keluarga memang penting. Kuat kan hati, pekak kan telinga jika dengar kata-kata negatif. Set fikiran awak, awak nak susukan anak awak.
Memang tak boleh lupa nurse tu cakap. Keluar saja bilik, berkobar-kobar balik nak perah susu. Nurse bagi syringe untuk sedut susu yang keluar jika masih sedikit. Sampai kat rumah, mula lah sesi memicit. Keluar susu sehingga tadah dalam tupperware. Inilah susu kuning tu. Wa masukkan dalam syringe dan beri pada Ziyad.  Even terlambat, Wa harap dia dapat juga rasa masa hari pertama dan kedua yang lepas. Wa yakin dia dapat even sikit. Lega rasa dapat bagi. Kemudian, Wa mula beri susu direct, agak susah sikit. Mama sampai kena tarik puting dan suakan dengan mulut Ziyad, lega dia minum walaupun tak sempurna caranya. Bila tak dapat memang dia mengamuk. Stanby juga susu formula. Selepas tu, Wa mula pam. Alhamdulillah susu mula banyak dan sebab pam puting mula ada.

Pam 1 jam dapat juga 1-3 oz. Walaupun tak banyak tapi memadai bagi Wa untuk beri dia minum susu ibu. Memang tak cukup. Sukarnya menjadi ibu baru untuk terima pelbagai kata-kata yang kita mudah tersentuh. Yang kadang-kadang kita rasa teruknya kita sebagai ibu bagi susu formula pada anak kita. Wa memang stress, sedih dan down sangat masa tu. Kalau boleh hari-hari nak menangis. Yalah orang berpantang mana elok nak beremosi dan menangis. Tapi ada tak orang fikir sebelum nak berkata-kata. Tak ada pun orang fikir, yang ada cuma kata-kata tak bagus beri susu formula, kenapa tak susukan sendiri, kenapa tak bagi susu ibu, kenapa bagi susu fomula, puting takda, puting pendek, dia takda susu, susu sikit, susah, kesian baby dannn kenapa kenapa kenapa. Siapa yang tak nak beri yang terbaik untuk anaknya? 



Mental kena kuat. Itulah perlunya sokongan suami dan keluarga. Jika tiada sokongan ini, memang ibu akan jadi gila. Betul lah rasanya boleh jadi gila. Sakit bersalin pun tak habis lagi, inikan kena pula kutuk sebab bagi susu formula. Pedihnya. Sehingga satu tahap jika Wa seorang diri, Wa menangis sendiri. Rasa semua risaukan bayi berbanding ibunya. Walaupun nurse ada pesan, tempoh berpantang ini penting untuk ibu. Pentingkan kesihatan ibu, anak tak menyusu banyak takpa sebab perutnya memang kecil dan tak perlu susu yang banyak. Cukup diberi mengikut apa yang dia mahu. Mama hari-hari akan pesan, beri susu even dia tak pandai hisap lagi. Cuba dan cuba. Tahu tak, dah usia 3 minggu baru Ziyad pandai menyusu direct! Sabar lah bakal ibu, usaha pasti berjaya. Kata-kata perangsang dan sokongan suami memang penting. Bukan tengok je kepayahan isteri. Selamilah hati isteri, share bebanan tu bersama. Wa akui, berat sangat tekanan tu. Sampai hidung pun berdarah fikirkan masalah.

Nak jadi ibu kena kuat! 

Pengalaman Bersalin di Hospital Putrajaya - Part 2

Sunday, October 4, 2015
Sambungan...



Kira-kira 10 min menunggu, nurse panggil untuk masukk ke LR. Baring atas katil bersalin. Hmm keciknya katil ni, muat ke? Haha musykil sebab kita ni badan besar. Doktor pun datang bersama nurse-nurse. Cek-cek apa patut, masukkan air pastu ada tanya-tanya, tak ingat la pula apa. Pecah kan air ketuban. Lepas tu rasa lega sangat. Tapi tak sampai 5 minit, sakit menggila datang. Then tinggal kan sekejap. Tak lama suami masuk. Masa tu, sakit da tahap 9/10. Zikir pun dah tak ingat dalam kepala. Mengerang kesakitan je. Dalam 10 minit macam tu tahan sakit. Suami pula duduk macam blur haha. Sambil tu dia tanya-tanya sakit ke sakit ke. Wa rasa dia pun tergamam tengok keadaan Wa yang agak teruk tu haha. Tetiba rasa meneran-neran. Eh eh nak keluar dah ke baby? Nak teran tu macam automatik rasa nak teran. Tahan lagi, mana pergi doktor dengan nurse ni ?? Wa minta suami panggil sebab rasa tak tahan sangat. Rasa teran tu menjadi macam nak membuang air besar. Tambah lagi rasa macam rambut-rambut gitu.

Berlari-lari la nurse tadi. Rasa macam lawak pun ada. Macam pasukan sorak tolong bagi semangat tapi nurse-nurse ni memang pro sangat. Dalam serius buat kerja, memang bagi layan baik sangat. "Puan, rasa nak teran tu teran ye!" "Puan ni gas untuk tahan sakit, sedut kuat-kuat ye, jangan sedut kerap sangat takut pening nanti" Doktor cek laluan, dah 8cm. Maka, aku pun teran la sambil aduhhh aduhhh sampai nak menangis huaaaaaa macam tu haha. Ada seorang nurse kecik ni, "Puan jangan menangis puan, puan nak jadi mak kena kuat semangat" Masa tu bukan nak menangis, tapi tengah tahan sakit. Macam-macam bunyi keluar hehe. "Puan tak nak bersalin normal ke puan, sabar sikit ye puan" Paling kesian nurse-nurse ni agak susah nak tolong sebab kaki asyik nak kepit je, kaki besar jadi ruang tak banyak T_T susah sikit la nak buat kerja. Sampai nurse pasang tempat letak kaki tu hehe.

Sedut gas tu memang bagi khayal, plus rasa sakit tu kurang dan tak rasa sangat. Sampai nurse banyak kali remind, jangan sedut laju-laju. Wa sedut punya la laju sebab takut rasa sakit. Teran punya teran, datang hero nurse berbadan besar tolong. Dia bagi siku kuda-kuda dia kat perut, untuk bantu cepat bersalin mungkin. Masa tu tak cukup nafas rasa!!! Masa nurse gunting epi pun tak rasa sangat, rasa panas je. Tapi teran jugak panjang-panjang. Yang penting teran tu bagi panjang hehe. Kejap je rasa, tetiba baby keluar. Wa rasa dalam 15 min juga bertarung. Lepas baby keluar legaaaa yang amat. Hilang rasa sakit. Nurse tunjuk kat suami jantina, dan letak atas Wa sekejap sementara nurse nak mula cuci dan proses jahit. Ingat kan sakit tadi tu dah lega. Nak menjahit tu tuhan je tahu seksa. Lepas baby dah dibersihkan, ditimbang, dia tunjuk sekali lagi jantina kat Wa. Doktor dan nurse bertungkus lumus nak handle luka bersalin Wa. Nurse kata agak banyak perlu di jahit untuk luka dalam. Wa pun tak dapat bayangkan.

Berkerut muka nurse-nurse menjahit. Wa banyak darah yang keluar. Nak bersihkan agak lama, kemudian jahit dalam 1 jam. Lama kan? Nurse kata daging nipis, sebab tu bukaan pun cepat dan nak jahit memang susah sebab kerap putus. Benang tak lekat. Doktor tanya "Awak tak makan sayur ke? Pedas makan tak?" Wa memang takda masalah makan sayur dan pedas. Memang makan. Tapi Wa kuat minum berais! Betul orang kata, masa mengandung jangan minum ais, daging rapuh sangat. Seksa masa menjahit. Jadi, memang merasa lah. Masa jahit suami diminta keluar. Gas tu dah jadi sahabat sejati. Rasa sangat jarum menjahit tu even dah letak bius T_T ohhh masa tu fikir bila lah nak habis ni. Seksa dari bersalin tadi. Darah jangan cakap lah. Lepas settle nurse masukkan tampon.

Lama juga nak tunggu doktor datang cek jahitan. Suami dipanggil dan minta azan dan iqamat. Masa ni la baru sempat tengok muka baby. Alhamdulillah sempurna semuanya. Lepas tu, suami balik sebab kena tunggu esok pagi untuk datang ke wad. Doktor pun datang cek jahitan. Bila dia keluarkan tampon, rasa mengalir darah keluar T_T. Doktor siap jolok-jolok lagi nak cek jahit tu kukuh ke tak. Mak aih sakit kot. Dah kata banyak jahit di jolok laaa lagi. Nurse kecil yang banyak bagi nasihat tadi selalu ingatkan supaya jaga kebersihan dan tukar pad selalu. Dia takut ada jangkitan sebab luka dalam. Air milo yang dia buat pun tak lalu nak minum, minum air kosong je. Lapar tu memang rasa tapi memang tak lalu. Lepas cek jahit, doktor kata boleh proceed ke wad. Cek baby pun ok.

Dari pukul 3 pagi sampai pukul 7 pagi Wa duduk dalam LR tunggu di bawa ke wad berisiko rendah. Seorang nurse datang minta suami settlekan bayaran. Yang pelik, tak fikir ke suami dah balik, takkan nak kena datang balik semata nak bayar. Tunggu la masa pagi nanti. Tapi nurse berkeras kata, if tak settle Wa takkan di hantar ke wad dan LR perlu digunakan. Call suami, memang dia mengamuk lah. Patient lain ada GL, jadi diorang boleh proceed ke wad dahulu. Tunggu punya tunggu lupa nak susu kan baby. Nurse kecil tadi tolong angkat kan baby, Wa rasa nurse lupa nak minta susukan baby sebab LR memang penuh masa tu, jadi nurse memang menghilang lepas settle kes Wa. Baby hisap sekejap saja. Susu keluar sikit sangat.  Then kami tertidur. Nurse kecil datang kejutkan sebab ambulan dah sampai. Dia kata takpa suami datang kemudian bayar. Sabar je. Napa lah nurse tadi kejam sangat, if suami duduk jauh macam mana. Nak-nak memang suami dah tanya siap-siap perlu settle kan apa-apa ke sebelum balik. Semua kata takda apa, boleh balik dulu.

Turun katil dan berjalan sedikit keluar LR, aduhai takut sangat. Rasa sakit jangan cakap, ketat je rasa. Nurse sediakan kerusi roda. Tapi paling tak tahan nak angkat kaki naik ambulans. Tinggi jugalah. Kena pula tunggu beberapa patient lain, ada dua lagi untuk naik bersama. Aduh lama tunggu. Dengan tak selesai lagi, pangku baby lagi. Wa rasa, paling teruk kena jahit memang Wa hari tu T_T. Sampai di wad, Wa dapat bilik master sekali bilik air. Dalam pukul 8 pagi suami datang lepas settle kan bil. Semua sekali, RM380. Kos bersalin normal adalah RM300 dan kos wad untuk satu malam adalah RM80. Wa sempat tidur sekajap itu pun tak berapa lena. Baby tidur lena, tak berjaga-jaga. Wa ada juga kejut untuk menyusu, even susu tak bape nak keluar. Gigihkan juga, baby cuba menyusu dan Wa yakin dia dapat rasa walaupun sikit. Nurse ada suntik BCG masa kat sini. Sebelum keluar wad, doktor perlu cek keadaan ibu dan baby. Doktor cek balik jahitan, ya di jolok lagi. Sakit ya ampun. Doktor lelaki pula. Nurse minta patient buang air kecil untuk tahu jika masih berfungsi. Nak kencing punya takut sampai tahan-tahan nak keluar.

Sarapan, makan tengah hari dan minum petang tak berusik. Lapar sangat tapi tak berselera. Hampir nak Maghrib discharge. Sebelum tu dapat ceramah percuma dari nurse berkaitan dengan penjagaan baby dan ibu lepas bersalin. Memang bagus dan ramah. Dia siapkan semua dokumen untuk buku checkup anak, borang-borang discharge, borang untuk buat surat beranak dan ubat. Overall, Wa memang respect nurse-nurse yang handle bersalin. Diorang sangat bagus dalam kerja, dan banyak bagi semangat. Cakap pun still control professional dan beretika. Nurse kecil tu memang Wa tak boleh lupa, sebab dia paling banyak beri semangat dan nasihat kat Wa. Dari mula bersalin sampai lepaskan Wa dalam ambulans. Dia temankan Wa dalam ambulans sampai patient lain sampai. Memang bagus, dia nak kita selesa dan dia tau kita sakit! Tu yang penting. Seorang lagi nurse badan besar yang menyiku tadi haha, tu pun tak boleh lupa. Dia sangat tegas dalam masa sama melayan keluarga pesakit dengan ramah. Siap bawa tunjuk baby keluar kat family Wa. Kemudian nurse kat wad berisiko rendah. Nurse paling banyak tips, tak lokek share ilmu. If layan dia 1 jam tak habis. Overall semua bagus.



Terima kasih nurse-nurse dewan bersalin dan doktor. If takda nurse-nurse ni tadi, rasanya proses tak berjalan dengan lancar. 


Pengalaman Bersalin di Hospital Putrajaya - Part 1

Friday, October 2, 2015
Alhamdulillah, Wa dah selamat bersalin pada 6 September 2015 iaitu hari Ahad di Hospital Putrajaya. Seperti yang uols tahu, Wa patut bersalin pada 4 September 2015 dan juga disebabkan belum ada tanda bersalin, Wa dah siap dapat temujanji untuk induce. Impian termakbul kerana dapat pengalaman melahirkan secara normal. Pada mulanya, Wa plan nak bersalin di Hospital Serdang, tetapi oleh kerana sedang renovate, Wa try and error la juga di Hospital Putrajaya hehe. Kalau boleh tak nak bersalin di Hospital Kajang haha.

Terima kasih tuhan kerana permudahkan urusanku. Wa mula sakit bersalin hari Jumaat malam. Ya masa lepas Wa pergi checkup untuk air ketuban bocor. Pukul 10 malam macam tu tengah tengok tv, rasa sengal-sengal di pinggang lebih kurang rasa senggugut. Rasa sikit sangat, macam rasa tak rasa. Masa tu hanya terdetik, mungkin sebab duduk di kerusi sofa tak selesa. Sempat lagi cakap dengan suami mengidam nak Pisang Goreng Cheese Jakarta, kat Restoran Kelisa, Bangi. Pengaruh tengok iklan kat FB haha. Rasa tak selesa tu, Wa diamkan saja sebab memang tak fikir pun tu mild contraction.

Sehinggalah terjaga dari tidur pukul 9-10 pagi macam tu. Sakit senggugut tu makin kerap dan makin terasa. Masa ni memang terdetik mungkin ni contraction! Yang paling pasti sebab nurse cakap sakit tu sakit dari pinggang sampai ke belakang rasanya. Confirm, sakit pun makin kerap. Cakap dengan suami tapi Wa masih lagi boleh bertahan sebab tak sakit. Just macam period pain biasa. Sehinggalah Wa cuba untuk tidur sebelah petang, just take nap sebab rasa penat..memang tak boleh lena. Wa cakap dengan suami, this time rasanya tak boleh tunggu. Memang kena pergi hospital harini juga. Suami berkeras nak pergi beli pisang goreng yang Wa mengidam tu. Wa tak sedap hati sebab takut tak sempat haha. Sebab sakit makin kerap jadi 5 minit.

Pukul 6 macam tu suami keluar beli, siap sempat pergi jogging. Bertuah betul. Wa turun cakap dengan parent, nak pergi hospital tunggu suami balik. Sebab rasa makin sakit. Sakit tu kalau kira sekala 4/10. Still ok lagi. Wa call suami minta balik cepat. Balik rumah sempat juga merasa pisang goreng. Sedap panas-panas, tapi apakan daya. Contraction tu dah hapuskan keinginan nak makan haha. Sempat makan 3 keping je. Suami nak ambil mak mertua di Kajang, jadi parent Wa suggest untuk hantarkan ke hospital, jadi nanti jumpa di sana.

Tepat pukul 7 petang, keluar rumah. Rasa macam tak sempat sangat tunggu Maghrib. Maklumlah, anak pertama takda pengalaman. Jadi tak pandai nak agak masa. Sampai saja, macam biasa masuk Observation Room, nurse cek air kencing, BP dan CTG. Masa ni nurse tanya berapa kerap sakit dan berapa lama. Tak lama kemudian, doktor datang cek laluan. Ku sangkakan "mulut itik" lagi, tapi kali ni jari doktor seluk. Mak ai, dalam betul dia seluk sampai rasa bukaan tu. Doktor kata da buka 2cm. Lama juga tunggu dalam bilik tu, rupanya server down. Nurse nak register masuk dalam wad tapi penuh, jadi dia masukkan di hospital risiko rendah dekat Presint 8. 

Di sana, Wa bertuah dapat bilik kosong. Oleh kerana Wa tiada masalah kesihatan kecuali berat badan berlebihan, doktor suggest untuk masuk wad sana. Orang selepas-selepas Wa ramai yang di tolak ke Hospital Kajang atau KL sebab LR penuh, wad pun penuh! Lepas tu, bila da cukup bukaan, baru dihantar ke Hospital Putrajaya kembali untuk bersalin. Merasa lah naik ambulans. Jadi nurse minta duduk di ruang menunggu sementaran ambulans datang ambil. Masa nak pakai panties, Wa perasan ada tanda darah dan lendir. So, tunggu dengan family kat luar agak lama juga. Masa tu sakit dah tahap 6/10. Setiap kali sakit, badan dah tak boleh tegak menahan sakit. Muka dah tak boleh senyum. Mama tenangkan Wa gosok-gosok belakang. Agak lega sangat. Mak mertua bagi air selusuh. 

Setibanya ambulans, ada lagi seorang patient sama macam Wa dah buka 2cm, tapi relax gila. Siap makan roti dan minum air kotak slurppp slurppp bunyi. Relax betul minah ni. Apa tangkal dia pakai haha. Rupanya dah anak kedua. Sampai di sana, suami dan family Wa tunggu kat parking. Jumpa sekejap salam-salam. Sedih pula rasa. Wa minta suami tunggu di parking sehingga dibertahu untuk bersalin, kerana jangkaan Wa bersalin dalam masa terdekat. Sampai di wad dalam pukul 10-10.30 malam. Di sini, tak boleh ada orang teman dalam wad. Jadi keseorangan lah kita menahan sakit.



Masuk di wad, wad di rumah apartment. Jadi dalam satu 1 unit, ada 3 bilik. Memang tak boleh tidur lah malam tu tahan sakit sorang-sorang. Nurse minta tukar baju dan terangkan beberapa peraturan wad. Pukul 11 malam, suami Wa datang beli roti dan air untuk alas perut. Lega sekejap ada suami datang. Tunggu punya tunggu sakit, adoiii dah jadi skala 8/10 rasanya. Memang tak boleh baring. Menonggeng kat katil haha. Nurse kata doktor akan cek setiap 2-3 jam, tapi kalau tak tahan boleh panggil. Wa pun tak tahu masa tu nak panggil ke tak. Teragak-agak sangat. Sakit tu menjadi-jadi lepas Wa minum air selusuh. Pastu nurse datang, "Puan saya tengok puan macam tak tahan je, saya panggil doktor ye". Doktor lelaki muda pula tu.

Wa ni dah la pemalu, masa tu dah tak fikir malu dah. Sekali dia seluk, dah 4cm. Dia bagi sekali ubat buang air. Aduhai benci betul benda tu. Terus masuk bilik air membuang. Tak banyak pun. Tengok pad makin banyak darah T_T. Kemudian doktor masukkan jarum kat urat tangan untuk masukkan ubat nanti masa bersalin. Terus whatsapp group family minta stanby sebab dah ready nak ke hospital dalam pukul 12 malam macam tu. Dalam 12.30 malam sampai di hospital. Duduk dalam ambulan sikit je bontot kat kerusi sebab sakit sakit tahan sakit haha. Ambulans bawa pun relax je, alamak aih. Rasa nak tercabut dah pinggang. Masa tu family tak sampai lagi. Sempat jumpa husband sekejap sebelum masuk LR. Sementara LR di bersihkan, tunggu kat luar duduk. Duduk pun dah tak betul. Sakit nurseeeee tak boleh nak duduk dah rasa. Haha dalam hati sebab ada nurse tegur, tengok Wa duduk hujung kerusi macam nak jatuh....

Sambung entry seterusnya..KLIK SINI


Pregnancy Update 40 weeks : Pengalaman Checkup Air Ketuban Bocor

Sambungan cerita..

Sampai sahaja di Hospital Putrajaya, terus menuju ke Dewan Bersalin. Kaunter pendaftaran agak sibuk dengan pendaftaran dan kes-kes bersalin. Jangan lupa bawa buku merah. Agak lama di kaunter, sebab nurse settle kan kes pendaftaran yang terdahulu. Ada saja gangguan bila nak daftar nama. Akhirnya ada seorang nurse bantu untuk daftar dalam sistem. Bila dah key in, nurse print out sticker untuk record dan keluar kan buku temujanji kecil. Selesai daftar, nurse panggil masuk ke Observation Room untuk doctor check selanjutnya.

Masuk saja dibilik, nurse minta tanggalkan panties dan check air kencing, bacaan BP dan berat. Ada 4 katil di sediakan untuk pantauan. Alhamdulillah masa masuk Wa dapat katil kedua. Ada dua kosong. Sebelah Wa ada patient yang juga suspect air ketuban bocor. Bila baring, nurse buat semakan jantung bayi iaitu CTG. Sementara tunggu untuk cek keputusan CTG, ada patient baru masuk yang dah menjerit-jerit sakit. Aduh aduh aduh. Nurse pula pening nak daftarkan patient ni sebab takda buku merah agaknya dan dia Orang Asli. Yang gerunnya dia buat patient lain diam seribu bahasa sebab kami juga gementar! Dek kerana raungan kesakitan contraction dia, Wa fikir macam mana la  bila aku nanti hehe. Kemudian bila dia menjerit kuat, nurse cek, dah full bukaan die. Terus bergegas ke LR dengan pantas.

Sambungan selepas tu.. Nurse pun tanya la soalan-soalan. Bila, pukul berapa, air macam mana, sakit tak etc. Then ada doktor muda datang tanya soalan. 'Puan kejap lagi kita cek laluan ye'. Wa angguk saja. Tak lama lepas tu, ada senior doktor datang dengan doktor muda tadi bersama nurse. 'Puan kita nak cek laluan ye, proses agak kurang selesa. Tapi kita harap puan bertenang'. Ok masa tu Wa dah fikir macam-macam. Sekali dia keluarkan "mulut itik" memang scary. 'Er doktor, besar betul ye benda tu' Doktor pun gelak saja. 'Maaf ye Puan, kami harap puan tak melawan. Minta puan angkat kaki dan buka kaki luas-luas ye'. Huhu mula lahhhh..memang tak selesa sebab doktor akan cari laluan  di perineum. Bukan sikit tapi dalam, dan doktor akan masukkan sesuatu untuk tengok sample untuk cek air apa yang keluar. Keputusan yang Wa dapat, negatif air ketuban. 

Doktor kata itu adalah air selain air ketuban, errrrr. Macam keputihan. Wa agak pelik juga, sebab berwarna coklat dan ia adalah air jernih. Tapi akur saja keputusan doktor. Bukaan pun tiada, jadi doktor minta balik. Doktor bagi temujanji, untuk induce jika belum bersalin lagi iaitu 9 Septermber. Sebenarnya agak lega sebab nama dah register di Hospital Putrajaya, pastu dapat pula temujanji hehe. Dalam fikiran takut-takut kena tolak ke hospital lain. Bila dengar induce, orang kata better jangan induce sebab ia lebih sakit! Maklumlah, sakit bersalin yang terpaksa.