Merenung Masa Depan

Tuesday, December 20, 2011
.......apa nak jadi ngan aku ni

Stage and Etude House e/s : Swatches

Sunday, December 18, 2011




da takda keje sebenarnya! bosan :(

Bila balik kampung..

Friday, December 16, 2011
cuti-cuti, apa yang anda buat? wa balik kampunggggg. selalu lagi balik kampung tanam jagung kan? kali ni tanam durian hahah. hari jumaat malam kami bertolak ke kampung muar dahulu. keesokkan paginya, kami bersiap-siap nak berkebun?! cangkul, batang ubi, untuk kami tanam kat kampung belah baba kat selandar, jasin melaka. kat kampung sana, baru je tebas semak samun. semenjak arwah atok dan nenek takda, kampung dah jadi rumah tinggal. jadi, mereka bercadang nak tanam pokok-pokok balik. baru-baru ni tanam kelapa sawit. jadi, kami sengaja tambah pokok ubi dan pokok buah yang lain.





on the way ke kampung, singgah pekan jasin nak beli buah-buahan untuk alas perut. nampak pula durian, kami beli 3 biji, RM35. besar-besar, durian kampung. bijinya kami nak tanam kat kampung nanti. kebetulan ada apek jual anak pokok, jadi baba beli 5 anak pokok durian musang king. satu batang RM12. memang seronok sangat!!




setiap pokok ada nama masing-masing. semua happy sebab ada pokok. nanti dah besar nak tengok tangan siapa yang menjadi. baba kata, buah durian ni, tak tau la dapat rasa ke tidak. kalau tak dapat rasa, ni untuk anak cucu nanti. insyaallah, kalau umur panjang kita rasa hasil nya ba! aminnnn :)





balik semula ke muar, kami singgah makan ke umbai, melaka. kat sini popular makanan laut dan asam pedas melaka. memang best!! dah lama tak datang sini. bayangkan lauk banyak ni untuk 4 orang makan. memang tak patut haha. tapi alhamudulillah habis :) esoknya!! pergi cuci rambut. wa dari kecik memang suka potong rambut kat cina ni. memang bagus dia potong dan murah la jugak. dia buat rebonding memang superb! kalau pergi bandar muar, singgah kedai ni!






tengahari singgah tanjung agas, makan rojak petis! wa tak minat sangat tapi ok la. kat sini makan cendol dan lai chi kang time hujan best hahaa. then, sampai kat rumah atok singgah kejap kat sungai. kat sini lah blues pasar tani! wah promote kampung :)

My Yellow Cat - Part 1

Tuesday, December 6, 2011
hampir dua bulan, kucing wa mati. kesedihan memang dirasai satu keluarga wa. tiba-tiba hari ni, rasa rindu sangat kat dia. kuning nama dia. sebab bulu berwarna kuning. simple name. haha. dulu masa dia kecik, mama nak bagi orang sebab banyak sangat kucing. masa tu ada 4 ekor. kalau termasuk dia jadi 5 ekor. sebab wa tengok dia..comelllll sangat, so pujuk mama ambil jugak. jangan bagi orang. akhirnya kami bela. bayangkan secomel ni!! gerammmmm





masa tu tak tahu nak bagi nama apa. mostly kucing yang kami bela nama sangat simple. berdasarkan warna atau fizikal. dia sangat manja dengan mama. lebih kurang anak bongsu mama. dengan mama je dia boleh di pegang. kalau dengan orang lain, cepat-cepat dia tolak badan kita. tidor dengan mama. paling comel, before tidur dia akan minta mama urutkan badan dia. sampai lentok-lentok kepala. lepas dia puas, baru die tidur. cholat suka manja kan dia. kuning suka tadah leher dia kat cholat, then cholat akan bersihkan kuning sampai puas. masa ni, bulu kuning tak kembang lagi. dia adik paling bongsu antara semua kucing, kalau nak pergi keluar, semua akan teman dia.



sikap manja dia, kadang-kadang buat kami ejek dia pondan. sebab dia sangat penakut dengan bunyi yang kuat, orang ramai dan dia sangat cepat terperanjat hahahaha. serius lawak. kalau kita tak sengaja nak kacau dia, dia akan lari masuk bilik mama. tu lah tempat persembunyian dia paling selamat. kalau orang datang rumah, memang dia kan sembunyi. sampai makanan dia pun kene hantar dalam bilik. alahaiii kuningggg. tapi sebab sayang, kami sanggup layan kerenah dia. adik bongsu la kata kan!



hobi dia, pagi-pagi ikut mama sidai kain dan siram bunga. lepas termenung kat tembok batu, tempat dia buang air, dalam pasu bunga mama atau pun dekat bunga pagar mama. memang dah tau la siapa yang berak. dulu masa mula pasang rumput carpet, tiba-tiba jumpa taik dia tengah rumput sebab dia pening tak boleh korek tanah. hahahahah lawak. lepas tu la dia cari port baru dalam pasu bunga. dan hobi paling dia suka, kacau mama. tengok mama nak menjahit dia kacau, mama nak buat bunga telur dia kacau. habis bunga telur mama dia main-main. macam mana nak buat kerja!!


nanti sambung cerita :) love you kuning. rest in peace. jumpa kita di syurga Allah dengan yang lain. InsyaAllah

Pin It

Less than RM10-RM20 per item. I just can't resist.

Saturday, December 3, 2011

1. Stage Brush Cleanser, RM16
2. Stage MonoEyeshadow in Ibliza, Casablanca, RM10 each
3. Stage LipLiner, RM6 each
4. Essence LipStain, RM 9.90
5. Essence LipGloss, RM9.90
6. Etude House Petite Darling Eyeshadow, RM6.70 (after discount)
7. Etude House Code B Eyeshadow, RM9.40 (after discount)
8. Revlon Lipstick in Pink in the Afternoon, RM19.90 (after discount)
9. Maybelline Angle Fit Concealer, RM19.90
10. Eliantio Concealer, RM15++ (i don't remember)

tell me if you want me to do a swatch! all eyeshadows are pigmented. the best thing i love to try is Essence Lipstain. Its new for me and love it! It just give you a natural lip colour :) Ok, then. enjoy your shopping on Year End Sale!! 

Relocation Celebration @ Sa Sa Mines Shopping Fair : Buy 1 Free 1





wohhh this is great!
but i've got too many makeup recently :(