Hari Raya Extended :P

Wednesday, September 15, 2010

selamat hari raya kawan-kawan! di sini saya papar kan gambar perasaan nak raya. hehe semua blog ada gambar raya jadi saya saji kan gambar raya tahun ni. walaupun tahun ni agak sederhana, memandang kan atok nenek tak berapa sihat, raya pula jatuh pada hari jumaat (err takda kene mengena), tiada panggilan pagi raya dari orang tersayang!, baju agak sendat errr, ohhh bateri kamera kerap habis dan spoil kan mood menangkap gambar artis-artis masa raya.

tapi, ia tidak mematahkan semangat untuk beraya dengan beberapa keping gambar-gambar yang terserlah kegemokkan saya :D walaupun perkara wajib seperti tangkap gambar setiap family tergendala kerana masing-masing sudah tukar baju huhu. tahun ini juga, pertama kali nya abang sulung tiada di pagi raya bersama kerana beraya di rumah mertua. pelik hmm pelik jugak. tapi takpa sebab petang tu dia balik kampung hihi.


ok, ini lah antara gambar-gambar kami. ada lagi, tapi tak muat pulak nanti :) anyway yang rugi bateri kamera habissssss. hari raya pertama di muar amat syahdu, ramai saudara melawat nenek sebab nenek duduk bersama kami di bangi. jaid, memang orang di kampung datang nak tengok keadaan dia. atok memang rindu sangat, setiap masa dia akan suap kan nenek makan. kerepek, buah duku, bahulu, coklat errr apa saja yang dia rasa nak bagi lah. lawak pun ada tapi tu lah kasih sayang atok. semoga panjang umur :)


hari raya kedua, di melaka. kampung yang dah lama di tinggal kan. sepatutnya setiap tahun, kami akan berkumpul saudara sebelah baba bermalam di kampung melaka untuk mengemas, dan memeriah kan rumah yang uzur. tapi, rumah tu semakin uzur dan memang tak boleh nak menginap lagi. sayang betul sebab rumah tu besar dan memang seronok untuk berkumpul dengan keluarga. pokok-pokok buah pula banyak kena makan dengan beruk takda ekor (nenek jiran sebelah tu cerita). beruk apa takda ekor. babunnn kan? haha. rupa-rupanya beruk-beruk tersebut menyewa sekian lamanya. alkisah. oleh kerana, ramai yang tak balik kampung melaka, tak meriah lah kami sekeluarga beraya meronda-ronda di kampung...tapi saya masih bersyukur sebab saya masih ada keluarga :)


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

No comments:

Post a Comment