nu.shoppu : Affordable MakeUp Organizer Online Shop

Tuesday, January 28, 2014
Salam, 

Introducing..


Yup, better version and proper.
nu. - is my name Nurul, shoppu - is shop/store in Japanese.
I'll take this challenge to cater affordable makeup organizer to you
And InshaAllah, many more product will be coming soon.

Please support us!
IG @nushoppu
Email : nu.shoppu@gmail.com
Whatsapp : 012-366 0408

For your information ;
Currently available two products in our tiny shop.
They are Readystock and Pre-Order (ETA 1 week)



Thank you so much for your support.

My Giveaway will be ending soon!!!!
Do you want a liptick holder as additional gift ???
Please say yes at the comment below :)
Don't forget to follow @nushoppu
Invite your friends to join okayy



Mini Pelamin Zaifie Zainal

Saturday, January 25, 2014
Almost 2 months jadi tunangan orang, ada beza? Still tak percaya haha. Btw, I'm happy to share my mini pelamin masa tunang haritu. Actually memang dah lama aimed kat design Zaifie Zainal, simple dan glam gitu huhu. Wa suka design yang banyak glass dan simple.

Contoh yang Wa minat ;

Pelamin Saiful Sin

 Pelamin BeautyMe Wedding
www.facebook.com/beautyilmi

Pelamin Umie Aida

Sekali google jumpa Pelamin Zaifie Zainal ! Terus berkenan ! Terus whatsapp Kak Zai dan tanya harga. Alhamdulillah pelamin promo katanya. RM500. Harga asal bawah RM1k, tak ingat pula. Memang dalam bajet Wa. Itupun dia kata, stand depan tu dan lampu tak masuk. Terus setuju dan bayar deposit. Lega sangat. Btw, Zaifie Zainal selalu masuk Raikan Cinta, hosting by Hanis Zalikha. If korang follow IG or Facebook, memang banyak yang cantik2, plus baju dia memang design terkini. Gubahan hantaran dia memang cantik!!! Senang berurusan ZZ dan sangat cepat. Even hanya dalam telefon je. Tak pernah jumpa pun. And tak masuk butik. Wa bertunang hari Sabtu, Khamis dia pasang, Isnin die bukak. Team dia ramai, tak sampai 30 minit dah siap. Kalau ada rezeki, kahwin nanti nak continue lagi :)


Dan ini gambar bila transform dengan tema yang kita nak. dia akan tanya apa tema, dan warna bunga. Wa tanya juga baju biru ok ke kalau warna bunga pastel purple and blue, dia kata ok. Nanti kat resit dia akan tulis semua details. Tapi uols still kene cek okay. Tapi bila sampai terkejut tengok bunga dark purple..dan bukan pastel. Hmm risau sangat tak cantik. Bila hari tu berlangsung, tangkap gambar Alhamdulillah, warna baju tak tenggelam, sebab bunga tu dah bold. Hehe terserah pada yang pakar kan. Puas hati sangat, dan ramai yang puji ! :)))








Okay jumpa next entry,
Btw, jangan lupa join my beauty giveaway !! Klik gambar sebelah kanan ni.
Will end soon tau, jangan terlepas, Prize memang best.

Shaklee Free Postage untuk area Bangi, Serdang, Kajang, Putrajaya !!
PM me for cheaper price darling !

Lipstick Holder RM24 free postage
Will add more design soon :)

Da..

Lipstick Holder available here !

Sunday, January 19, 2014
Salam Ladies,
Ramai cari lipstick holder untuk lipstick yang bersepah-sepah kat vanity korang kan.
InshaAllah tak perlu cari merata lagi.

It's available here!
For now 12-slots je yang ada.
InshaAllah, I will add more design. I'm super exited.


RM24 only - including postage
Whatsapp : 012-3660408


Good Food, Fiance' and Family (3F)

Happy Weekend ! Best kan cuti :) Apa yang uols buat? Alhamdulillah, my parent pergi umrah pada 15 Januari yang lepas. Wa tak dapat pergi sebab office tak cukup orang, ramai sangat cuti bersalin. Humm maybe next time right. Semoga dipermudahkan semuanya. Selamat pergi dan balik. Well, Mama dah pandai ber'whatsapp'. Banyak gambar Mama share. Pandaiiiii dah :) hehe.

And 15 Januari juga hari jadi si dia. Yup, mine 20 Januari hehe. How do we celebrate? Nothing fancy about birthday celebration. Selalunya, spend a day together. Makan special sikit, borak-borak, and hadiah. But this year, makan-makan. Hadiah later haha. Esoknya, we celebrate at Tony Roma's Pavilion. Ramai suka makan ribs TR ni. Tapi, biase je, what i love makan sini Cajun Shrimp and Fried Mashrooms memang recommend. Cukup makan ni saja. Tak payah makan berat-berat. Tapi kami tewas. Celebration lah katakan.

Cheeeeesy, udang and salad !


Pina Colada, Cajun Shrim, Ribs and Lamb Chop

Pasangan itu

Gambar TR tu kelmarin tau. And harini melantak lagi. Apa nak jadi dengan kami. We need to diet. Haha. Memang patut ada gambar "We love together and get fat together". We had a late lunch today. Tak tahu pulak ada Murni kat Bukit Jalil. Wa order Nasi Goreng Padprik. Si Dia, Nasi Goreng Beckham. Air die best! Pink Panther ada rasa strawbery, laici hmm tak ingat dia blend ape lagi. Yang pasti memang recommend. Portion memang banyak. Selalu makan nasi padrpik, minta buat pedas tapi yang dapat kuah sos tambah air. Memang susah nak dapat padprik sedap. But this one, memang pedas dan bukan SOS okay. Yang pasti daun limau ngan serai kene ada. Baru jadik padprik tu! Harga memang okay sebab tengok portion dia banyak.  Tengok kat review, Air Sweetheart macam best !!!! hehe next time bebeh.


For dinner, we had a coffee. Just a nice chit chat, then balik rumah :) Siapa duduk Bangi, or area situ..sure tahu Bangi Gateway. Kalau dulu orang Bangi asyik pergi PKNS dan Warta. Sekarang dah ada new attraction, Bangi Gateway. Dia dekat dengan tol exit Bangi. Suasana ala-ala Sunway Giza. Amboi. Banyak kedai tudung (ada satu kedai jual tudung murah gila kat depan Burger King) dan tempat lepak. Jangan terkejut ada Jaya Grocery. Selalu juga makan kat Fresco, cafe dalam Jaya Grocery tu. Paling sedap Macaroni Cheese, Salad dan Latte dia. Tak try lagi pasta kat situ. Beli barang sikit, stock up skin treatment. Ok pas ni nak diet. Bye.




Happy Weekend!

Nak tengok Wa kurus? + Testimoni

Friday, January 17, 2014
This picture was taken 3-4 years ago. LOL. I'm gaining too much weight every year. Well I will put a picture for 2014 which is on my wedding day hahaha. Hope to lose some weight ! Berat paling ringan masa Form 3, 46kg and start naik lepas tu sebab makan nasi kawah asrama walaupun hari-hari Wa pergi riadah dan marathon 2 padang sekolah setiap minggu (siapa sama cam Wa? Sepp sikit) Form 5 about 55kg and start naik tahun 2008 dalam 55-60kg. Malu nak besarkan gambar. Wink :)




Alhamdulillah harini nak share something yang buat Wa teruja. Wa terima satu reaksi positif daripada Bos hehe. Jangan main-main. Kali pertama bila dapat tahu Wa member Shaklee, dia berminat nak tanya tentang Omega. As you all know, Omega memang bagus untuk kesihatan. Dia banyak sangat tanya, at the same time, is the process of learning. Which is sebelum ni, kita buat tak endah pasal kebaikan supplement. Itu pendapat masing-masing kan :) Kita yang pilih, mana yang baik untuk badan kita. Yang best, dia beri anak dia makan Omega-3 ni. Umur 7 tahun dan 15 Tahun. Omega-3 bagus untuk kecerdasan kanak-kanak. Bukan untuk dewasa saja! Omega-3 is the best supplement for the whole family :)

Kebaikan Omega ;
Omega-3 telah terbukti penting dalam mengurangkan serangan penyakit jantung, angin ahmar, kanser, kegemukan, penentangan insulin, kensing manis, asma, artiritis, lupus, kemurungan, skizofrenia (penyakit mental) gila meroyan, penyakit Alzheimer dan pelakuan hiper aktif (ADHD) di kalangan kanak-kanak

So, at first dia kata Omega-3 (brand lain) dia ada lagi, tapi sebab baca banyak great things about Omega-3 Shaklee, dia exited nak beli tambahan pula bila jumpa Omega-3 ni dalam set kurus. Selepas tu, dia mengadu kat Wa nak ringan kan badan, ada tak yang boleh detox? dan tambah tenaga. Sebab balik kerja rasa tak bertenaga. Nasib Wa tak key in order dia lagi. Memang kebetulan, Wa pun suggest dia ambil 1 set kurus. Selain Omega boleh mengurangkan kadar kolestrol, lemak..Alfalfa membantu menyingkirkan melalui najis. dan pengambilan Alfalfa memang menggalakkan pengambilan air yang banyak. Untuk tambahan tenaga, minum ESP 3 kali sehari dan membantu kurang kan kadar perut lapar. InshaAllah, jika berdisiplin, bukan berat badan akan turun, kesihatan juga bertambah baik. Sebab itu ramai yang ambil set :)


Ini apa yang Bos whatsapp tadi, dia baru consume 1 minggu dah rasa perubahan ;



Ini dari customer Wa sendiri, iaitu Bos sendiri. Walaupun dia belum timbang, tapi kalau dah 1 minggu pun dah rasa badan selesa, InshaAllah boleh turun. Badan pun rasa fresh! Tak perlu terburu-buru. Proses yang ambil masa, tak bermakna ia tak berkesan ! :) For those who asking, yes I am currently taking Skincare Set which is Vitamin C + Vitamin E and planning to add ESP soon. Kulit + Kurus. Haha kahwin punya pasal kan. Wa eczema, plus kulit kering, and I'm gaining some weight after stop my diet routine. Duh..8-10kg hilang and gained huaaaa my mistake. Wa akan share lagi. Oh ini bukan obses tapi kita cuba kita rasa dan kita kongsi. Peace !

Dah join Giveaway ?! 
Cepat masuk, simple and easy :)
+
Great Deal !
ESP - RM136 + Free Postage + Free Shaker
Set Kurus Bajet Alfalfa/Herbalax + Leicthin - RM90 
Terhad kepada 10 orang 
Istimewa jika anda bagi yang ingin tambah susu, kuruskan badan, kecantikan kulit!
Whatsapp : 012-3660408
Email : azwa.shaklee@gmail.com



Veil Tunang RM10 : Swarovski + Halfmoon

Thursday, January 9, 2014
Phew, hectic day. Three days straight stay sampai malam kat office. Penat sangat sampai rasa tak mampu lagi nak buat kerja. Sedikit hiburan hati bila cek bonus Shaklee! Taklah banyak macam orang lain yang serius buat business ni. Atas kehendak kawan-kawan yang nak beli and Wa pun nak try, senang jadi ahli. Member happy, Wa happy. Alhamdulillah, sales almost RM1k. Ni pun sebab ramai kawan yang memang dah lama consume, aku je kedek-kedek baru nak cuba. InshaAllah, siapa berminat tu, boleh bagi harga best. Kita ni nak cuba, tapi tengok harga tak kena bajet, tak jadi nak cuba. Berbaloi ke cuba? Persoalan biasa, jadi, for me if first timer boleh PM, InshaAllah boleh bagi harga percubaan :) Jangan obses sangat yop! Relax sudah, buat research dulu. Tanya kawan, paling utama, nasihat doktor. InshaaAllah !

Back to the topic. Veil. Apakah veil? Ni dah macam karangan pulak. Just nak share pasal veil tunang yang lepas. Ada cerita sebelum ni beli sampai 4 helai jenis shawl halfmoon sebab nak matching warna baju. Susah nak cari dusty blue. Bila dah dusty dia nampak macam kelabu pula. Merata cari kat Bangi, akhirnya jumpa kat Jalan Tar, RM10. Puas hati, pejam mata je. Tak payah jahit manik. Sebab before ni beli plain, gigih gila tampal manik guna gam tembak, gara-gara malas jahit. Memang hari-hari tanggal haha. Impian terlaksana bila pergi survey kedai tampal manik Swarovski (sangattt) kat Warta. Jumpa satu kedai memang khas tampal manik, cari la yang dah siap susun just tekap kat shawl nanti. Ini lah hasil nya !

If tergantung camni lah rupanya

Manik tu sedia ada

Nampak tak beza warna?

Manik yang tampal

Kebetulan sangat jumpa warna yang kena manik ni, habis punggah kedai. Berapa? Agak menangis dengar RM60 tak silap, tapi bagi kurang dalam RM50 camtu. Veil punya pasal, memang bantut sikit pemikiran. Kenapa tak sewa? Hmm takda masa nak survey, masa tu memang suntuk sangat masa nak cari. Ada je benda lain. Pasni sumpah taknak DIY bagai ni, beli siap senang. 


Nampak sedikit di situ

Dah join Giveaway ?! Tengok Entry Lepas
Cepat masuk, simple and easy :)
+
Harga Member !
ESP - RM136 + Free Postage + Free Shaker
Set Kurus RM90 - Alfalfa/Herbalax + Leicthin
Terhad kepada 10 orang 
Istimewa jika anda bagi yang ingin tambah susu, kuruskan badan, kecantikan kulit!
Whatsapp : 012-3660408
Email : azwa.shaklee@gmail.com




My 2nd Giveaway : Happy New Year

Wednesday, January 1, 2014
Selamat Tahun Baru semua! 

Alhamdulillah masih bernafas di bumi Allah selama 26 tahun. Few days lagi I'm getting 27 years old! Damn hard to be a January babies. Haha thanks Allah for this life. So, It's new year and my birthday soon. I'm giving this beauty essentials to my awesome readers. Oh actually, this is my second. Remember my first giveaway was Stage Lipgloss ? But this time, more than that. Barang-barang ini kebanyakkannya Wa dapat hadiah masuk contest, beli barang masa sale, dan tak pakai-pakai. Daripada membazir simpan je, biarlah kita sedekah :) 

Most of them my favourite! Body Shop Banana Shampoo dah discontinued kat Malaysia, if ada keluar pun masa Sales, if I'm not mistaken, I bought this little guy 5 bottles. Gila. Love the smells. Macam letak pisang dalam rambut. Next, Etude House Lucidarling LipGloss, Wa beli backup masa sale, Wa ada dua lipgloss ni. Cantik bila kita pakai dengan nude colour lipstick! Smells like peach and lychee I guess. Then, Maybelline Color Tatoo yang popular seluruh dunia. Bad to the Bronze, I bought this for the giveaway :). Stila Smudge Pot, pun best tapi sebab warna grey, Wa tak pandai guna, selain Eyeliner, boleh guna sebagai eyeshadow base... warning ni ye, eyeliner ni memang kental!! and lastly my ultimate favourite lipstick everrrrr, Revlon Colourstay in Velvet Rose. I had 3 of these. Now, you can have one. You will love it! 


Tarikh Tutup : akan diberitahu.

Apa yang perlu buat ?
  1. Jawab Soalan ! Bila tarikh pertunangan Wa?
  2. Follow Blog dan Instagram @wakdingding
  3. Sebarkan giveaway ini dalam pelbagai cara, terpulang! Blog, Instagram, FB, Tweeter and letak link giveaway ni. Pilih salah satu. Lagi banyak, lagi tinggi peluang!
  4. Leave at the comments below, for all above syarat-syarat
  5. Jangan lupa Link Blog WaA untuk entry GA ni :)
Contoh ;

Hi Azwa,
  1. Your E-Day : ??/??/2013
  2. WaA (Your Following Name) & @wakdingding (Your Instagram)
  3. Link : Http://wakdingding.blogspot.com/2nd giveaway (Link from your blog/fb/instagram/tweeter) 

Senang je :) Goodluck!