Etude House Sale!

Tuesday, May 31, 2011

shopping time ! tadi pergi alamanda dengan mama. wa ambil cuti sehari. saja nak spend time dengan mama :) best shopping dengan mama sebab selalu kalau nak beli baju, orang yang wa percaya nak mintak opinion adalah mama. macam biasa wa mesti pergi nichii !! banyak gila baju tapi nak cari size banyak habis :( promoter kata sale maybe sampai raya. alhamdulillah boleh pergi lagi hahaha. sebab banyak lagi baju yang diorang tak key in lagi. but anyway ada butik baru kitschen?? how to spell. wa ada dapat fashion vip event invitation sempena opening store kitschen. wa tak dapat pergi sebab wa balik kampung. so, pass la dekat kakak ipar. butik ni lebih kurang macam nichii. fashion baju die not bad :) harga paling mahal wa tengok RM69 to RM79 tapi tu yang wa jumpa lah.

so, round-round jumpa etude house. ada SA tu dok promote last day kata kan! wa pun singgah. before ni wa pernah pakai BB Cream dia saja. now, ada lagi half. promotion gila-gila, beli 1 BB Cream dapat Free one! tapi sebab ada lagi, wa tak beli la. lagi pun if habis wa nak try BB Cream lain. anyway wa tak berapa minat sangat macam e/s dan blusher dia sebab terlampau berkilat-kilat. yelah korean cosmetics selalunya memang banyak shimmer. shimmer dia ni macam over sket. emm mungkin perasaan wa kot. so, wa just pick up matte e/s. warna cantik :) bila balik je. kenapa la wa asyik beli warna yang hampir sama! haha bosan. same thing happen dengan stage wa hari tu. lepas ni wa patut berhati-hati. nasib la RM9.90.  then,  wa try nak beli lipgloss dia. warna cute-cute je! sumpah! you should try. memang cantik, 50% okkkk!!!

Maybelline Stylish Smokes in Emarald

Wednesday, May 25, 2011



hahah it doesn't show up in my camera. lagi pun wa pakai tak pekat.

enjoy!

4 years ago.

Tuesday, May 24, 2011
jika 4 tahun yang lepas....dia ada trick nak kenal wa, dengan tuduh wa ceroboh friendster dia. zaman dulu friendster popular kan. which was so funny bila dia kesian, yang wa beria katakan bukan wa buat friendster dia (ala-ala kene hack). yang lawak tu, my email tiba-tiba ada kat page dia. wa memang percaya habis bila dia kata, orang lain yang hack friendster dia. dia pun konon-konon simpati, suruh wa check account freindster dan email. haha memang kene hack sebab password pun tukar. yang bestnye, awal-awal pagi pergi lab computer beratur nak cek account. lepas setel tukar password. mula la saat kami ber-sms :)






i thought, after habis masalah wa. dia pun tak contact wa. but obviously, he's keep sms me all the time. eh mamat ni, lain macam je. lepas peristiwa hack tu asyik sms je. tu la yang fikir. yang lawak tu, setiap malam call. nampak sangat la nak masuk line. hahha budak-budak la kata kan masa tu. after 6 months kawan, he wanted to be more than a friend. pada mula nya wa ragu-ragu sebab wa masih lagi sedih masa tu. tapi bila dia non-stop calling me every single night, and give me suprises on our birthday. he came along with her mother to kuching just want to celebrate our birthday together :) he's on 15 january and mine on 20 january.

after that moment, im trying to know him better and get more seroiusly in our relationship. tahun demi tahun, dugaan demi dugaan. tiada orang yang bercinta tiada dugaan. kalau takda, bosan lah kan haha. bukan mintak, but sometimes any relationship ada pasang surutnya. perangai dia, more alike my dad. dia cerewet, sometimes annyoing, kuat membebel, dia tak suka wa buat kerja 2x or ada kerja senang tapi buat kerja susah. then he will be pot pet pot pet. dia tak suka ikut wa shopping, tapi dia suka wa ikut dia shopping. unfair kan haha. dia pandai motivate wa, dia suka bercakap, dia suka kucing :) dia pandai layan budak (sebab dia banyak anak buah).

he's not manja. so, kadang-kadang a lil bit boyish. he's not romantic at all. what kind of boring bf. hahah never mind, wa dah biasa. but sometimes, he can made me smile dengan apa yang dia buat :) awww memang susah dia nak jadi romantik, tapi bila sekali dia buat, terus cair. i remember, when he stop by kat gerai jual barang ben10. dia beli buku warna untuk anak buah dia. dia hampir kene langgar van sebab nak selamat kan kucing. depan mata wa je. nasib both of them selamat. dia pernah datang jumpa wa kat shah alam every night just because dia tak nak wa cakap kat dia, dia tak pernah nak jumpa wa masa wa study kat uitm dulu. hahhha kelakar. dulu wa selalu bebel sebab dia tak pernah nak melawat wa kat uitm. sekali dia datang setiap hari, sampai wa tak terlayan nak jumpa. then he laughed at me back and said, lepas ni jangan sebut lagi i tak pernah datang shah alam. hehhe.

dia pernah bagi wa gelang kaki, masa wa teringin nak pakai. dia selit hadiah tu dalam handbag wa, masa wa pergi toilet. masa balik, dia call and suruh cek dalam handbag. ada kotak kecil warna silver with a tiny card wrote by him. klcc..i love you sayang. the handwritting memang serabai. rush la katakan. thank you dear, i will not forget. even we don't have many memorable time, tapi wa syukur sebab kami dapat bertahan selama 4 tahun..kami tak pernah gaduh lama-lama. paling lama pun satu hari..memang takda harapan lah nak merajuk lama-lama haha. yang paling tak dapat lupa, after 1 year, baru dia bagitau yang dia rancang kejadian hack tu untuk berkenalan dengan wa. imagine that after 1 year baru wa tahu tu taktik dia. sebab?? if u tau masa tu mesti u tak layan  i. so if after 1 year. confrim la u milik i. hahhaha (he's evil laugh). 

anyway, happy 4th dear! insyAllah, tuhan panjangkan jodoh kita. amin.

Scrub Away!



wa terus teruja bila desperate mama buat entry pasal body shop sale. memandang kan wa tengah cari body scrub, wa pun tak lepas peluang nak pergi body shop. most of their skin care discount from 10% to 30% je. tak banyak. make up wa tak berapa nak berkenan sebab yang paling utama sekarang wa nak body scrub. memang sesuai sangat guna sebab kulit wa memang kering.

seperti biasa, before wa beli, wa mesti tengok kat youtube atau review dari mana-mana web. senang kita nak plan yang mana kita patut beli. ada dua dalam kepala wa sebenarnya. satu shea body scrub dan cocoa body scrub. wa survey ramai kata shea butter bagus. tapi bau dia agak pelik sikit la. macam bau kacang or.. i don't know. just weird scent. bila pergi body shop, SA tu recommend cocoa body scrub plak. both are for very dry skin. tapi dia kate bau lebih wangi lagi. huhu wa pantang ada bau-bau vanilla atau manis-manis.

oleh kerana baby oil wa dah habis, wa pun nak try make up remover body shop cleansing lotion. make up remover ni lain dari yang lain sebab menggunakan formula lotion. so, memang tak berminyak lah lepas cuci make up. and sangat lembut gila-gila. memang sesuai untuk kulit yang kering macam wa. but it doesn't do a great job for removal the make up. baby oil lagi bersih la if nak remove. but i love it. it makes my skin soft :) the price only rm35 below after discount.
cepat pergi body shop sale. end on this 12 jun !!

Finally, Recieved :)

Sunday, May 22, 2011




dah lama wa usha quad e/s ni. ramai youtubers yang gebang-gebang betapa bagus dan berbaloinya beli quad e/s ni.bagi wa, nyx smokey pallete wa lebih soft and pigmented. tapi quad e/s ni not bad jugak :) wa order 2 bulan yang lepas tak silap. lama jugak tunggu, ni pun ada 3 barang lagi yang tak sampai :( kalau dulu quad e/s ni lain sedikit susunan warna dia. semua sama rata, tapi kali ni lain. wa rasa rugi sebab yang paling banyak bahagian base. i think, base tak banyak yang kita nak apply sangat. so here's the swatches. taken from this blog :)



 enjoy!

My Young Uncle's Wedding

fuhhh penat betul hari ni. attend wedding my dad punya counsin. he's still young :) kira dah pangkat bapa saudara lah dia ni. wedding kat MBSA, shah alam. perhhhh, memang cantik betul pelamin dia. simple and sweet. pihak lelaki pakai turqoise dan perempuan pulak maroon. wedding photographer dia memang peramah. memang tabik lah kat dia. rugi tak mintak kad dia tadi. bayang kan dia handle sorang-sorang wedding tu. selalu photographer kan datang bawak team. die relax je. he's chinese. memang peramah habis. suka gila tengok die snap gambar. selalu kita tengok photographer tak berani nak approach orang kat meja.. pandai snap je. mamat cina ni, semua meja dia pegi, and tanya i dah tangkap gambar you tak ? kalau takda mari i tangkap gambar. with his smile dan keramahan dia, orang pun takda lah malu kan. wa sampai 3x dia datang meja and snap our picture. ahahaha. lu memang bagus la bro. tapi lagi mantap if dia bawak lagi seorang. agak berlari-lari jugak dia tadi.

pelamin cantik gila :) hish, kahwin nanti nak buat camni lah. aduhh berangan aku ni. huhu. enjoy the pictures!











My new Stage e/s :)

Thursday, May 19, 2011

Souvinersfrom Sabah

Sunday, May 15, 2011


maaf lambat update. tak habis-habis lagi cerita sabah hahaha. so, ini lah barang-barang yang wa beli dari sabah. kebanyakkan untuk kawan-kawan wa beli keronsang je. 1 set macam dalam kotak tu, paling murah boleh dapat RM8. mostly diorang jual RM10-RM12. cantik, tapi semua kedai jual keronsang lebih kurang sama je. subang pearl yang plain tu RM5 je. ada akak tu jual subang ni 3 pasang RM12. tapi wa tawar dapat RM10. yang best tawar tu dapat pearl besar. if not pearl kecil je dia bagi. satu pasang lagi pearl hitam wa sudah bagi dekat kawan. so, subang pearl diamond dalam kotak tu RM12 kalau tak silap. kat pasar malam tu banyak jual gelang pearl. tapi wa tak minat yang fancy-fancy sangat. so, wa pick up yang classic pearl je. RM16 saje! nasib wa sebab dapat pearl yang bulat-bulat semua. sebab selalunya, mesti tak sama size or ada yang cacat-cacat sikit. keronsang kecil tu diorang jual 3 biji RM10, tapi wa dapat cari orang yang jual 4 biji RM10. pengajarannya kat sini, nak beli kene survey-survey dulu :) nanti menyesal.


sampai je airport klia, wa singgah kat victoria's secret. kawan wa pesan beli body mist. terkejut wa, bila tengok harga murah!! before ni if beli kat online dalam RM50. sekarang harga dia RM42 je. salesman tu cakap sekarang tengah clearance. so, wa beli 3 botol dan dapat free sample minyak wangi escada and lacoste pink. both are my favourite perfume! anyway body mist yang wa beli ni bau more to coconut and vanilla. which is swwwweeeeeeeetttt scent. wa memang suka bau-bau sweet macam vanilla, musk, cookies, sugar, cinnamon memang wangi !! ok la till then, bye :)

Happy Mother's Day

Monday, May 9, 2011


siapa yang tak sayang mak :) wa nak ucapkan selamat hari ibu kepada mama wa. you are the best evetho, mama dapat anak perempuan yang degil tapi sayang tak pernah kurang hihi. wa rasa mama adalah contoh terbaik dari segala segi.

macam-macam cabaran yang mama terima dari wa kecil sampai sekarang. waktu wa kecil, wa selalu admitted kat hospital sebab serangan asma. mama juga, yang jaga wa di hospital dan terpaksa cuti berhari-hari. kalau wa demam pun mama ambil cuti. wa ni memang selalu sakit masa kecil-kecil dulu. kalau dulu, wa nak barbie call je mama tengah hari tu. balik kerja mesti mama bawa balik barbie. it's true, she did everything for me. just name it.

dua tahun mama jaga arwah nenek, memang mencabar kesabaran mama. mama seorang anak yang baik. mama jaga nenek penuh kasih sayang. dalam pada masa yang sama, mama tak lupa jalan kan tanggungjawab seorang ibu di rumah. walaupun kadang-kadang mama penat jaga nenek, mama tak sempat makan dan masak untuk diri sendiri.. tapi bila kami semua balik kerja mesti makanan malam tetap tersedia. wa tahu mama penat sangat-sangat, tapi mesti dia masak juga.

mama, seorang ibu mertua yang sporting. mama rapat dengan kakak ipar. kalau jumpa mesti ada je benda nak kongsi cerita. mama dah anggap kakak ipar macam anak sendiri. bagi wa, masakan mama memang sedap. semua anak akan cakap masakan ibu adalah terbaikkan hahaha. tapi memang betul, if wa duduk kat rumah sewa, masing-masing akan cakap, eh mak aku masak macam ni, mak aku masak cam tu. masing-masing bangga kan cara masakan masing-masing.

wa tak dapat bayangkan kalau berpisah dengan mama. kalau mama takda seminggu dekat rumah, kucing wa pun dapat kemurungan. bukan saja kami. hahaha. betapa kosong nya hidup kalau tiada mak. masa wa kat sarawak, wa bukan jenis telefon mama setiap hari. tapi mama selalu telefon wa. and  walaupun mak kita semua suka bebel tapi bila satu saat kita tak dengar bebelan tu, kita rasa rindu. betul :)

so, selamat hari ibu !!!

Suka dan Duka Bulan April Part 2 - Sabah Trip

Wednesday, May 4, 2011

2 minggu  kemudian, wa buat persiapan untuk ke Sabah pada 26hb. tiket dah lama booking seawal bulan 3 lagi. kalau nak di ikut kan hati, memang berat je tak nak pergi, tapi ba kate dah booking, pergi je lah. kesian pula kat mama, tinggal kat rumah. wa ambil cuti 5 hari, hahahah ramai kate kenapa cuti lama sangat?? takpe lah, nak holiday sekali sekala. banyak tempat-tempat menarik yang kami tak pergi. takde masa, bayangkan 5 hari tu, kami keluar hotel dari pukul 10 pagi sehingga pukul 12 malam baru pulang ke hotel. budget kami ke sana hanya rm350 termasuk semua kecuali duit shopping hehe. 4 orang tau pergi ni.

Hotel
kami banyak refer internet untuk dapat hotel yang murah. kami booking melalui booking.com kerana harga lebih murah 3 malam kalau tak silap wa, dalam rm110 ++. ok la not bad ada 3 katil single. lokasi hotel sangat strategik sebab boleh jalan kaki je. penat la jugak nak jalan tapi area town jugak la. sebelah dbkk je. nama hotel Pantai Inn. kat sini banyak hotel budget, jangan risau kebanyakkan hotel memang murah, ikut lah budget kita.

Kereta
kami sewa kereta gen2 berharga rm100 sehari. murah gila sebab ni harga member-member. condition ok lah tapi agak semput naik gunung hahaha. di nasihat, anda cek la condition kereta ni, sebab kita nak jalan jauh-jauh kan.

Jalan-jalan
if korang jenis adventure memang banyak tempat menarik kat sini. mat salleh ramai datang sebab diorang suka cycling, jungle tracking, climbing dan macam-macam lagi. sukan lasak lah senang cakap. tapi kami semua tak minat. paling lasak kami pergi, naik kereta daki ke kundasang dan ranau. tempat-tempat yang wa lawati :)












































kalau nak cerita memang banyak sangat !!! banyak lagi gambar tapi ni je yang wa boleh tunjuk setakat ni. yang paling rugi wa xdapat pergi ialah 3 pulau yang cantik, tak silap nama dia pulau manukan, pulau sapi dan pulau....hmm tak ingat.

Shopping
kat KK memang banyak juga shopping complex, tapi if holiday kita bukan nak pergi shopping complex kan. banyak jugak yang standard. ada times square lagi huhuh. paling best beli mutiara kat night market. memang murah-murah. tapi lebih elok anda kenal jenis mutiara dulu before kene tipu. mutiara ada 2 jenis air masin dan air tawar tak silap. berbeza dari segi bulat, kilat dan ketahanan. before beli tanya-tanya lah dulu. memang murah lah kalau nak beli cenderahati. if di pasar filipina, lebih mahal tetapi lebih berkualiti. kebanyakkan sama dengan night market juga. harga lebih mahal sedikit. paling penting pandai tawar menawar :) nak seafood?? berlambak gila. if nak yang fresh pergi lah pasar pagi. wa pergi pukul 4 nak beli udang harimau. rm60 sekilo. besar la jugak. lebih kurang size tapak tangan. if nak yang frozen lebih senang, tapi mahal la jugak. rm78 sekilo dan besar gila. size piring cawan pun ada!!! memang best lah. lobster banyak gila jual.

Makanan
sepanjang kami di Sabah, kami tak boleh sangat terima kalau makanan yang order-order ni. maklum lah selera kita lain. memang tak rasa lah. pedas tak masin tak. hahha plain je rasa. ada juga tempat makan yang menarik. lagi best if ada kenalan orang sabah yang bawa. wa banyak habis kan masa makan fast food and seafood. seafood wa makan kat pasar filipina dan tanjung aru. ada seorang makcik ni jual murah gile 6 cucuk udang size m rm12 saja. orang lain 1 cucuk rm5. memang setiap malam kami dok makan kat makcik tu. kepak panggang and bontot ayam memang bersepah lah kat sana. heaven!!!! if naik minum try la jus avocado :) sangat sedap k. tapi bandung punya avocado lagi best lah hahaha. paling best nak before pergi airport kami singgah nak beli air dulu takut kempunan hahaha. and kakak tu bagi FREEEEEEEE :)

wa nak pergi dengan family lepas ni!!! XD