The winner is....

Sunday, April 24, 2011

The winner is...




tahniah:)

email your details at aznuad@yahoo.com

Penangguhan pengumuman pemenang

Friday, April 22, 2011
salam,

wa mintak maaf kerana tidak sempat nak meneliti semua peserta lagi

nenek wa baru meninggal 3 hari lepas.

insyaAllah ahad ni wa umum kan pemenang


Al-Fatihah untun arwah

Adik manis yang menyertai My First Giveaway!

Monday, April 18, 2011
 Adik manis yang menyertai giveaway :)

Desperate Mama
Schenna Haziana
Finievoilet
Shah Aein
Cik Sara Aspalela
MummyHaza
Nureen
Aya Ariel
Sitinurkhijah
Fadzillah Kamarudin
Nana
Fieda
Cikanna
Cempakakuning
Efipurpleshine
Jeeha
Azzah
Mrs. Asida
Lyci
Syima Emi
Hezrina83
Elyzatul Nastaysah
Adeq
Adna Madhiha
Nadiah
Meaow Cattt
Thegiveawaystuff
Eita
Fatma Ct
Marish Sha
Lya Mama Asha
Eb Ezrin
Fyda Ibrahim
 kesemua ada 33 adik manis. sesiapa nama yang tertinggal sila beri tahu :)
pemenang akan di umum kan tak lama lagi!!!

Adakah anda sudah MenDURIAN?

Saturday, April 16, 2011
yeahhh saya sudah!!! semua tahu kan, durian kini telah menjelma. ramai kata ni bukan musim durian, tapi wa pelik nape durian berlambak je. awal-awal keluar ni, mahal lah durian. sekilo rm6 paling murah wa tengok kat pasar malam. selonggok rm10 memang tak banyak jumpa. tunggu lah masa tengah banyak durain, semua jual selonggok rm10. hahahah seronok-seronok

berbalik kepada pangkal cerita, ahad yang lepas, kami satu pejabat bercadang ingin mencari durian. tunjang utama cerita ini berpunca dari bos projek kami. memang exited semua orang sebab nak pergi jauh cari durian. maklumlah lepas tengok 360 kat tv3 tu terus semua mengidam durian. kami bertolak seawal 9 pagi dan tiba di stesen petronas sebelum masuk exit bentong untuk berehat dan menunggu.. sebab kereta bos kami rosak. hmm dugaan pertama.


tunggu punya tunggu, tak kunjung tiba. maka kami pun bertolak dahulu. dalam perjalanan ke raub, macam-macam yang kami nampak. seperti histeria melihat banyak gerai jual durian!! mana tak histeria, dalam kepala lapar pulak tu! kami telah menjumpai durian di merata-rata tempat termasuk lah dalam bakul makcik ni. hehehheh




banyak lagi gerai, tapi ni je yang sempat tangkap. selepas itu kami tiba di pekan err tak sure bentong atau raub. yang pasti kami menunggu pula, orang yang bertanggungjawab membawa kami ke lata jerum untuk bermandi-manda sambil makan durian. wah! hebat betul bunyi. maaf gambar wa tiada sebab wa kelihatan gemok di sini hahaha XD



selepas puas menunggu kami pun tiba di lata jerum. tempat mandi sangat best gila, air sejuk nak mampuih. tapi sayang, tempat rekreasi ni tak berjaga langsung! bayangkan tandas semua rosak dan tiada air. malah, seperti dah bertahun tak diguna kan. wa memang pantang pergi tempat yang tiada kemudahan tandas macam ni. maklum la, perut wa cepat memproses. apetah lagi selepas makan durian. maka, wa bersama teman-teman yang mempunyai niat yang sama, pergi mencari tandas yang berdekatan. sanggup pergi naik kereta, dalam hati, doa-doa jumpa tandas surau atau masjid. kalau dah kata hutan lipur, memang susah lah nak jumpe :( nasib tak jauh dari situ, ada tempat air terjun yang berhampiran mempunyai tandas :). fuhh lega beb. baru lah lega nak makan durian dan ikan bakar!







baju hijau tu bos wa, project manager. sangat sempoi dan kadang-kadang anoyying di pejabat. hahaha XD pukul 6.30 petang baru dia sampai, setelah kami nak bersiap sedia nak balik. kereta rosak punya pasal, kami tunggu sehingga die selesai makan dan mandi sungai. nasib tinggal sabiji durian untuk dia. sorry bos XD memandang kan durian tak mencukupi dan tak puas makan, kami pun bercadang nak singgah gerai durian bila otw balik. dalam perjalanan, ada motorsikal accident depan kereta kami, nasib kami tak langgar dia. kami pun hantar dia balik ke rumah. nasib hanya cedera ringan. selepas tu, kami pun terus kan misi mencari. maklum lah hampir pukul 9 lebih, banyak gerai yang dah tutup. tiba-tiba terjumpa satu gerai durian yang berkilauan di hujung jalan!!!! banyak lori durian berhenti wooo. kami pun terjah!





murah !! sekilo rm2 tapi kene pandai pilih lah. kami pun berebut, masukkan durian dalam bakul masing-masing. satu bakul pula untuk makan beramai-ramai kat gerai tu. perhhhh memang heaven!!!! tip top durian yang bos pilih. anyway takda gambar tengah makan durian, sebab wa sedang menikmati :)))


Hari ni last untuk join Stage Lipgloss Giveaway!!

Thursday, April 14, 2011

salam !

alhamdulillah, ramai juga berminat join giveaway :)

pening juga, wa nak pilih siapa.

pada tepat pukul 12 malam, maka tempoh untuk join akan tamat.

so, wa akan umum kan pemenang pada 20hb nanti.

senarai para perserta akan wa beri kan esok, insyaAllah.

thank you girls !


sayang ketat-ketat!

Boyfriend Tag

Friday, April 8, 2011

jawapan ni di tulis oleh si dia semalam. kelakar pulak bila baca. overall ok, just ada jawapan yang die tak dapat jawab and wa pun tak ingat jawapan tu haha.


BOYFRIEND TAG



ABOUT HERSELF
1. What is her full name? Nurul adhwa binti omar (betul)
2. Where did she lived? Bangi (betul)
3. How many members of her family? 3 (betul)
4. And she is number? 3 (betul)
5. Birth of Day ? 20011987 (betul)
6. Do you like her, they way she is? YES (thank you)
7. What do you wish her to be? Arkitek (hmm cita-cita ku)
8. Do you think she is beautiful? YES (thank you)
9. And what part do you think she is beautiful? Eyes (really? haha)

HER FAVOURITE
1. What is her favourite drinks when she met you? Tembikai or Air buah  (betul)
2. Waht is her favourite restaurant? Delicious (betul)
3. What is her favourite food of all? Cabonara (betul)
4. What is her favourite colour? Black (nope. i love pink)
5. If she spend her money? What kind of things she love to buy? Makeup  (betul)
6. Is she shoppaholic? Yes (betul)
7. What is her favourite song with you? I DONT KNOW (i suke bila u nyanyi kat i fantasia bulan madu hehe)
8. What kind of dress she like to wear? Simple dress (betul)
9. What is her last wishes? Soh belikan lipstik (betul)  

LOVE STORY
2. Where do you meet at first time? Times square kenny rogers (nope alamanda)
3. What she wores at that time? Selekeh nak mampus,tapi gua wat rilex je (haha. whatever! )
4. How do you know her? Sosial networking (betul)
5. What is your first impression about her? Bijak (mestilah betul haha)
6. When is your love declaration? 24 MAY(betul)
7. Did you think she is the one? Yes (me too hee )
8. Do you think she love you so? YES(betul) 
9. Your favourite location to meet up? anywhere
10. Your favourite restaurant? Starbucks
11. Your favourite activities when your dating? BORAK2 (betul)


MARRIAGE
1. Do you think, you want to marry her? YES
2. When? TAHUN DEPAN (really?? )
3. Do you want children with her? YES
4. How many girls/boys? 2 g 2 b tgk rezeki allah nak bg ape
5. What is your dream wedding? Atas kapal
6. What is your dream after wedding? Dok rumah goyang kaki kira duit


LAST
1. Last text message to her? A round 1215am
2. Last called her? Petang tadi
3. Last gift? Lama dah xigat (sedih la!)4. Last kiss? Haram kiss2
5. Last yell at her? X INGAt
6. Last fight with her? Dah lama xgaduh
7. Last time her cried 2 tahun lepas kot (salah!)
8. Last dating 2 weeks back (betul)9. Last you say that you love her Setiap hari (betul)

HAVE YOU EVER
1. Dated someone twice? NO
2. Been cheated on her YES
3. Lost someone special? NO
4. Been depressed? NO
5. Been cried because of her? YES
6. Why?
7. Lie? YES
8. Had more than one boyfriend/girlfriend at one time? NO
9. Is there one person you want to be with right now? YES.


thank you dear :)

 on our 1st ann :)

Favourite of The Month - April

Thursday, April 7, 2011
credit to nyx malaysia unofficial

Skin Lab
Neutrogena Fine Fairness Cleanser
Tia Amelia Krim Kecantikan
NYX blush in Pinched


Love! Love! Love!

On Sugar better than Blogspot ??

pernah dengar On Sugar ?

dulu wa pernah register on sugar. best on sugar ni sebab kita boleh tahu perkembangan fashion, entertainment, food, health, interior design dan macam-macam lagi. yang paling best pop sugar memberi input dengan cara yang chic and fun ! masa zaman belajar dulu, wa suka main-main suai padan baju dengan handbag, heels etc. memang best sebab kita macam buat majalah fashion kita sendiri.

so, sekarang wa baru nk active balik setelah 3 tahun tak bukak haha. wa baru tahu yang on sugar boleh buat blog. interesting juga :) post entry pun friendly facebook and twitter user. erm tapi tak boleh letak nuffnang la agaknye. wa pun tak pasti. on sugar pun ada money maker, lebih kurang cam nuffnang. maybe malaysia tak meluas lagi sebab ramai guna blogspot (senang nak guna). wa pun tak habis godek lagi. jom godek sama-sama!


p/s : wahh ramai betul yang join giveaway ! banyak yang wa tak sempat tengok lagi :) btw thanks. jangan lupa ikut instruction, nanti takut ada yang out of the list. good luck ladies!


Hayden Penettier

Sunday, April 3, 2011








doink?!

Erti Sahabat

Saturday, April 2, 2011
wa bersyukur sebab mempunyai kawan-kawan yang baik dari sekolah, univerisiti sampai kerja. mereka sentiasa berada disisi wa di saat susah dan senang. sampai saat ni, wa tak pernah lupa kenangan kita! tetiba i miss my school days so bad :(

bila wa masuk kerja, ini lah kawan-kawan yang sentiasa membantu wa. maklum lah orang baru kerja. banyak benda tak tahu. kami sangat rapat, if ada masalah semua datang tolong nak selesai kan. and even my lady boss pun sangat kamceng dengan kami! she will teach you from A to Z. hari sabtu yang lepas, kami plan nak pergi job fair tetapi singgah the mall sebab ada adidas clearance sale! errr wa tak berapa minat sangat la sebab wa bukan peminat sukan. tapi memang murah (erm takde lah murah sangat). paling tak percaya, wa drive kereta pergi KL. memang muka wa ni, muka penakut! tapi berkat sokongan kawan-kawan yang sentiasa sabar dengan penakut wa ni, berjaya beb :) korang memang best! bawah ni gambar masa nak pegi lunch. 

selama ni, wa tak pernah tahu pun ada medan hang tuah kat atas ni. hahahah. makan kat sini sangat anoyying, sebab masuk-masuk je ramai pelayan-pelayan kedai makan promote kedai masing-masing. pernah tak korang menyampah, bila orang paksa-paksa dan bising-bising suruh makan kat kedai diorang. perhhh, memang sakit hati. suka hati lah nak duduk mana kan? then, bila duduk kat meja makan, sekali 5 orang ambil order minum ? what??? gila ape?? wa tak recommend sangat la korang makan sana sebab mostly bukan 1 malaysia jual. you know what i mean.
 



rabu lepas pula, ada sambutan hari jadi budak ofis. walaupun tak seberapa tapi meriah. sebab kami semua macam keluarga. serius, memang diorang ni sempoi. tak kisah lah, hang eksekutif atau kerani, kami semua sama :) cume big boss (the ceo) tak ngan kami ^3^. wa jadi ranger beli kek dan kfc. comel la, semua dapat seorang satu kotak. hehe.






semalam, mengidam durian. bila dah kata semangat kawan-kawan, ada je kawan dalam kesusahan, semua datang tolong! dengar je wa mengidam, semua pakat nak beli durian ramai-ramai kat pasar malam! sayang korang, selalu buat wa terharu T_T. apa lagi, buat rombongan semata-mata nak beli durian untuk wa. kami pun buat lah kenduri!!! tak puas la makan, sebab kene share. kalau boleh aku nak makan sorang-sorang hahahah!! (evil laugh)