[Review] Mac Velvet Teddy vs Essencse XXXL Longlasting in Soft Nude

Wednesday, December 30, 2015
As Salam, lama juga post ni terperam, entah bila nak publish. Seperti yang ada di entry yang lepas, Wa ada buat makeup haul. Setelah sekian lama tidak melaburkan dan menghiburkan diri dengan makeup. Ramai yang suka dengan MAC Velvet Teddy, seluruh dunia kot dan most of MAC counter ada yang sold out. Katanya..haha.

Untuk makluman ini lipstick pertama Wa dari MAC. Memang teruja sangat, khabarnya shade ni memang natural! My lips but better kata makeup guru. Pada asalnya swatch kat tangan, memang warna kegemaran, ala nude lebih kepada brown based. Bila apply kat bibir, agak sedikit wash out warnanya. Hmmm agak kecewa sikit lah. FYI die jenis matte, which is Wa rasa tak kering. Memang suka sangat texture matte dia. Tak kering macam sesetengah brand. So, untuk mengurangkan warna yang agak pudar tu, Wa kene topup sikit dengan lip gloss lain.


Di sebelah kiri liptick, adalah lip gloss ala matte. Texture lipgloss ni memang tengah hot! Boleh dikatakan semua brand dah keluarkan benda yang sama cuma formula agak berbeza. Wa suka brand dari NYX, Bourjois dan Essence! Macam Wa pernah mention sebelum ni, Essense antara brand yang paling murah dan berkualiti! Tak percaya boleh beli masa ni harga dia RM10++ tak berapa nak ingat tapi ada promo. Actually ada lipgloss ini boleh dikatakan hampir sama warna dia dengan MAC Velvet Teddy bila dah apply kat bibir, you cannot tell which one is! Jadi, siapa-siapa yang nak bajet rendah tapi kualiti dan warna sama boleh lah beli Essence Lipgloss (Matte) in Soft Nude. Wa suka sangat dengan texture dia seakan mousse. Contoh bila apply kat tangan, nampak beza sikit tapi tak banyak sebenarnya. 


Ni Wa cuba tangkap gambar masa outdoor lighting, memang nampak macam tak pakai lipstick, masa ni Wa topup Essense Lipgloss. Memang natural je dan Wa suka kombinasi kedua lippies ni! Wa beli MAC Lipstick ni dekat Personal Shopper, dia duduk di Labuan. Bagus service dia, dan tak ambil charge yang terlebih2. Paling syok bila PS tu dah macam kawan-kawan je borak. You all boleh tengok kat IG dia @adlinahizan lepas ni nak try beli Mehr! Ada beberapa shade yang Wa nak cuba sebab tengok kat YT huhu antaranya MAC Syrup! Apa favourite shade MAC lipstick anda?



Muhammad Ziyad Youssef : 3 Bulan, Mula Memegang, Tak Nak Buai, Angkat Kaki, Cukur Rambut, Air Liur, Baby Carrier Lazada

Thursday, December 17, 2015
Masuk 3 bulan anak Mama. Alhamdulillah makin bijak! Perangai makin banyak. Sekarang pandai nak menggemgam. Tapi tak kuat lagi. Tarik baju, tarik rambut, pegang soft toy tapi masih terlepas. Suka sangat angkat kaki. Kalau tergedik-gedik tangan kaki semua sama naik. Tengah tidur pun angkat kaki haha. Comel. Sekarang ni nak tidur pun dah tukar perangai. Tak nak tidur dalam buai, kasi susu sambil tu peluk kuat-kuat rapat kat badan. Dah habis susu, dia sembam muka kat badan kita untuk tidur. Yang lawak, dia cari tempat sedap nak sembam. Celah2 tu la dia nak sorok muka! Sedap bau kot tak pun sedap lembut kain. 


Mengamuk nak tidur tu pasti. Tapi sekali menjerit, sampai nak keluar anak tekak. Nak bagi susu tak boleh lambat masa tengah malam. Bersedialah nak dengar gong berbunyi. Tidur makin kurang jam. Kalau dulu lebih kurang pasti dalam 2 jam. Sekarang 20 minit- 30 minit paling lama 1 jam. Masa berjaga memang aktif nak bermain, yang pasti bangun mesti tersenyum simpul dulu :) Oleh kerana Ziyad agak lambat cukur rambut. Sebab masa dia baru lahir tu, orang tua minta cukur lambat katanya ubun lembut takut sejuk. So fikir dalam 2 bulan macam tu kami nak cukur. Nak tunggu aqiqah lambat lagi. InshaAllah bulan 2 tahun depan. Dah lah lahir-lahir rambut cecah bahu, takkan nak tunggu tahun depan! Lagipun memang tak elok sangat simpan lama, kotor kata orang. Rambut dalam perut lagi. Elok cukur dalam 7 hari patutnya. Sunat.

Kesian tengok dia panas, tambah lagi kurap susu tu. Wa rasa makin dia menggatal pipi tu. Wa pun ambil keputusan nak botakkan kepala dia masa checkup 3 bulan. Wa cuti half day. Mama pula tolong carikan salon yang biasa cukur rambut baby. Sesetengah orang, hantar kat kedai mamak je. Ada yang terima. Mama jumpa salon di Bangi dalam FB. Punyalah exited pergi nak cukur, cari punya cari kedai. Jumpa dekat Seksyen 1 belakang pasar. Hm tengok salon ke bukan salon ni. Macam rumah. Rupanya owner duduk dalam salon patut lah nampak macam bukan salon. Bersepah dan nampak tak kemas. Rasa tak bersih je. Tengok kawasan nak basuh rambut tu, dengan ada kain baju sidai-sidai. Alamak memang bad impression! Tapi dah datang langsaikan saja. Bila dia keluarkan toto dan bantal, Wa dengan Mama dah lain muka. Agak geli pula. Nasib Wa bawa bantal baby. Cuba toto tu tak dapat elak. Cara dia cukur macam tak kemas dan kelam kabut. Ingatkan ada ketam tapi guna manual saja. Redha je lah, tapi memang comot sangat. Oleh kerana dia kata ni pelanggan yang paling kecil, dia pun tak tahu nak letak harga berapa. Last sekali dia minta RM15 haha. Amekau. Memang kami pulang dengan rasa tak puas hati.

Last pergi salon tu, memang tak berkenan tengok. Balik rumah suami sambung cukur bagi licin. Sebelum ni nak buat sendiri, tapi tak berani. Sebenarnya boleh je. Sekarang ni semakin menjadi air liur dia. Memang basah je baju. Nak kena beli bip kat dia. Yang ada cuma 2 saja. Tu pun rasa tak bersih pula pakai 2-3 hari kan. Mesti hari-hari nak tukar. Ya Allah gugur la rambut jangan cakap. Macam nak botak kepala ni. Sekarang ni minum susu dah tambah ke 4oz. Kalau dulu 3oz tak habis, sekarang ni kene buat lebih sebab dia suka minum half then sambung lagi habiskan dalam masa terdekat. Pergi checkup nurse buat test. Dudukkan dia, tegak tak tulang belakang, berdirikan dia tegap tak tapak kaki dan kaki, menyiarapkan dia tegak tak kepala, if semua ok maknanya normal. Cucuk kali ke-3 Alhamdulillah baby tak demam. Rupanya nurse tak bagi tuam! Takut ada jangkitan kalau tuam. Orang lama, balik cucuk di kasinya tuam. Huhu sekarang ni banyak percanggahan dengan orang lama. Cara orang lama lain, diorang tak faham guna secara perubatan. Diorang faham secara pengalaman. Tapi lain orang lain cara dan pengalaman. 

Sebab tu bila kita juma doktor, semua benda tak boleh buat. Padahal, itulah yang orang tua kita suruh buat. Kita ni ikut jelah. Maklumlah anak pertama, serba serbi tak tahu. Sekarang berat dah 5kg. Mulai sekarang kena menabung nak beli steam and blender untuk baby food bila dia 6 bulan nanti. Teringin nak beli brand Beaba! Btw beg Skip Hop pun tak beli-beli lagi haha. Mama menabung lagi Ziyad, sabar ye. Nak barang mahal je Mama ni. Bukan apa, tak tahan tengok barang baby. Plus, beg tu memang dah aim masa Ziyad dalam perut lagi tahu! Lazada ada sales menggila baru-baru ni. Wa sempat juga beli baby carrier. Murah saja dalam RM150. Nak travel senang bawa dalam kereta, kami pula tak beli stroller lagi. Jadi fikir kalau nak masuk restoran mudah sikit bawa baby. 


Stroller memang penting. Seksa juga takda stroller. Pada mulanya kami nak tunggu expo baby baru-baru ni. Kat KLCC, tapi hampa brand stoller yang ada satu saja. Itu pun ramai betul complaint pasal exhibitor banyak merapu. Bukan jual barang baby! Abang Wa dah pergi pagi-pagi buta nak pergi, sekali abang Wa call kata tak payah pergi, tak menarik. Terus padam niat nak beli stroller. Agak frust sangat. Wa memang minat nak beli stroller Quinny Zapp Extra 2.0. Brand ni paling Wa suka bab-bab nak lipat stroller selain Baby Zen Yoyo. If yang murah, Wa ada minat juga Sweet Cherry!

Kurap Susu (Ruam)

Tuesday, December 8, 2015
Masa Ziyad umur 1 bulan lebih, mula timbul kemerehan dekat pipi kanan. Pada mula tompok kecil saja dan kemudian menjadi semakin besar sehingga penuh di pipi kanan. Tak lama lepas tu, timbul pula di pipi kiri dan sama juga ia semakin memenuhi pipi. Semakin lama menjadi merah jika berpeluh atau pun Ziyad mula mengosok pipi. Selalunya dia akan menggosok pipi dalam tidur. Memang dia ralit sangat dan Wa tahu ia sangat gatal! Pada mula memang Wa tak berani nak sapu apa-apa krim atau pun ubat. Bila dah berjangkit ke sebelah pipi, terdetik dalam hati, I need to do something!





Masa checkup 1 bulan, nurse bagi nasihat untuk lap dengan air suam setiap kali minum susu dan sebelum tidur. Kurap susu terjadi apabila ada kesan atau lebihan susu yang tidak dibersihkan. Kulit baby memang sensitif terhadap benda yang tidak bersih. Senang saja kena jangkitan. Jadi tak perlu ubat atau krim katanya. Jadi Wa pun ikutkan, tapi lama-lama memang menjadi-jadi. Kesian tengok dia nampak rimas dan gatal. Lepas tu ruam hampir berjangkit di dagu dan juga area dahi dekat dengan anak rambut. Antaranya tips yang pernah Wa cuba ;

1) Susu Ibu
Kakak ipar ada beritahu tips yang berkesan dengan anaknya dan rasanya tips ni memang ramai yang guna. Sapukan susu ibu pada ruam tersebut. Wa memang cuba sapukan, dan nampak semakin kering..tapi agak lambat sikit nak hilang kesemua ruam.

2) Sebamed + Bedak Alken



Petua ni dari anak buah mertua. Setakat ni memang berkesan dengan anak dia dan jagaan dia. Mertua akan mandikan dengan sabun Sebamed untuk baby dan sapukan bedak tu buat macam bedak sejuk dan tepekkan pada ruam tadi. Pada mulanya nampak berkurangan, tapi Wa perhati bila panas dan berpeluh dia jadi balik ruam.

3) Aloe Vera + Herbal Essential Shaklee
Mak Wa ada juga tanya-tanya kawan di FB, ramai yang suggest sapukan krim Aloe Vera memandangkan krim ni semula jadi. Beli kat Watsons je krim Aloe Vera. Boleh dikatakan setiap jam sapukan pada ruam. Alhamdulillah ruam nampak kurang dan tak merah. 

4) Krim Elomet



Almaklum, Wa memang pengguna Elomet sekian lama. Masa nak beli yang baru, ada juga tanya pharmacist, dia kata boleh sapukan pada bayi cuma sapuan tipis saja. Btw, krim ni makin kecik! Harga masih sama. Hanya dengan sapuan 2 kali saja, ruam terus kering dan baik. Sememangkan krim Elomet ni sangat bagus until eczema atau kulit gatal2 berair. Kalau pakai memang kering. Lepas nampak dah surut tu, Wa tak apply lagi krim ni kat Ziyad. Wa continue pakaikan Aloe Vera saja.

Ibu-ibu kat luar sana, apa tips anda?

Makeup Haul

Saturday, December 5, 2015
Rasanya last beli makeup masa lepas kahwin. Betul-betul beberapa hari selepas nikah. Pergi check-in dekat Impiana Hotel KLCC, jalan-jalan dekat Sephora KLCC lepas kan gian. Masa nak kahwin ikat perut, mana beli makeup! Haha. Kira reward lah lepas nikah. Memang puas sangat. Tapi menyesal jugak beli Stila In The Light Palette. I shoud get Too Faced Chocolat Bar or Urban Decay Naked Palette ! Tak sempat nak share apa Wa beli. I've got Stila In The Light Pallete, Stila Eyeliner (love!), Tart Blusher (Holiday Collection), some NYX Lip Cream, and Urban Decay Naked Foundation. Memang bahagia :)

So, for long long time Wa dah lama tak membeli makeup. I think because of masa pregnant langsung tak berminat nak bermakeup. Memang simple habis kalau keluar! Only applied my Kheil's Ultra Moisturizer, Urban Decay Naked Foundation and Revlon Lipstick atau memang bare face je! Masa pregnant pun rasa tak minat pasal makeup ni. Now, I'm back! This is my collective haul.




1) Tarte Holiday Set : Light of the Party
Masa tengok palette ni memang jatuh hati terus. Sebab warna natural of course. Plus, harga dia memang berpatutan! Bayangkan ada banyak pilihan warna eyeshadow, blusher, highlighter, mascara dan brush harga RM199. Cuma agak bulky, eye shadow dia memang buttery dan cantik.

2) Tarte Holiday Set : Lipstick
Lipstick ni size mini. Texture dia moist dan warna memang natural tapi tak long lasting.

3) theBalm : Mary-Lou Manizer
Dah lama nak beli highlighter ni, I think 2-3 years back kot. Wa beli kat Personal Shopper, harga dia RM68 sahaja. Btw, she is very wonderful PS! Recommended.

4) MAC Lipstick in Velvet Teddy
This is my very first MAC lipstick. Kesian kan. First time dapat, bau dia memang bau best! Oh jakun. Velvet teddy ni warna lebih kurang macam Essense Long Lasting Matte in Soft Nude. Bila apply, agak pucat sikit tak berapa sesuai dengan kulit Wa. So, kene topup sikit dengan lipgloss pink sikit.

5) Essense Long Lasting Matt Lipgloss in Soft Nude and Coral
Murah! Memang murah dan agak setanding dengan brand lain yang berada dalam farmasi. Matte texture dia macam foam. Dan tak berat. Berbanding dengan NYX, ia lebih pekat dan padat texture dia.

6) Loreal Matt Magique BB Essense in R2
Currently Wa pakai UD Naked foundation lepas Bourjois dah habis. So rasa agak membazir haha. Wa selalu pakai if nak keluar jalan-jalan. If pergi kerja or dekat-dekat selalu pakai BB Cream or Bourjois. So, nak cari Garnier BB Cream dah habis kat Watsons. Nampak lah Loreal ni, Wa memang suka jenis watery texture. So, I decided to try. Kat Watsons around RM39, lepas beli tengok kat Guardian, it's only RM31-RM32 !! What a day.

7) Catrice Eyeliner
This is one of the brand yang agak murah juga macam Essense. Kualiti dia memang setanding jenama brand yang mahal. Berkenan betul dengan eyeshadow tapi tahan je sebab rasa dah banyak. So, Wa beli eyeliner since mine dah habis. Hopefully best! Wa suka eyeliner brand Stila dan Maybelline Masterliner. So far memang the best for me.

p/s : I'm letting go my preloved makeup and clothing. Come and visit me at carousell! @aznuad