Bandung Yuk! : The Haul

Saturday, October 29, 2011
semua tahu kan bandung adalah destinasi percutian yang paling best bershopping! siapa tak pernah pergi, better go :) kali ni dah masuk dua kali wa pergi. this time, nak shopping baju kahwin abang wa. tapi sambil menyelam minum air. fyi, bandung memang banyak factory outlet. macam kat sini, FOS. tapi kalau kat sana memang banyak gila. berderet sepanjang jalan. and everytime masuk, memang rambang mata. just name it brand apa nak. zara, h&m, topshop, burberry, guess, armani, polo, etc. famous kat sana rumah mode. ok, nanti wa akan update tempat-tempat yang wajib korang lawat di bandung dan banyak lagi pasal bandung.

so, apa kata kita cuci mata dulu!










actually ada lagi barang kecik-kecik tapi malas nak snap. telekung pun lupa nak snap huhuh. wa just tak puas nak shopping kain sebab wa tak dapat banyak cotton. cotton sangat murah! i wish i can get more kain cotton untuk jual :( so sad. then, pilihan baju sangat banyak, kan best kalau kurus. hahaha banyak gila baju okayyy. kalau kurus, memang wa tak cukup duit la nak shopping kot. lepas ni nak pergi bandung, pergi pasar baru dan rumah mode je cukup! bandung lagi yuk!! tunggu next entry post pasal tempat makan ok :)

Happy Birthday Baba :)

Sunday, October 23, 2011
semalam hari jadi baba wa yang ke 59 tahun. kami semua doakan baba di kurniakan kesihatan yang berpanjangan dan panjang umur :). kami sekeluarga pergi makan kat flamming steamboat sunway. kalau korang tak pernah pergi, memang elok lah cuba makan kat sini. memang best. for me, makan steamboat ni takdalah sedap mana, tapi sebab seronok. banyak pilihan makan seafood dan buffet. jadi seronok bila kita datang makan ramai-ramai. flamming steamboat antara yang best sebab pilihan dia banyak. im getting fat..fat and fat :( god, i need diet for my brother's wedding!!!! help me out

ok. tak ayu pun dalam gambar ni. this is me! for real haha


 abang ijan and tunangannya, kak ima.


 abang kemal dan kak hanim  (my very very gila kakak ipar haha, love u)

kak linda dan mama




sorry takda gamba sebelum, tapi semua gambar selepas haha

my parent :) happy birthday baba!

SIGMA Affliate Program

Saturday, October 22, 2011
Pernah dengar tak  SIGMA BEAUTY. Produk yang paling famous dari SIGMA ni adalah, brush dia yang sangat lembut dan comparable dengan MAC. Kalau anda rajin tengok Youtube, ramai yang dah guna brush makeup SIGMA ni. Antara sebabnya, lebih murah, berkualiti dan banyak jenis brush.  So, wa ambil kesempatan ni nak bagitau mengenai SIGMA Beauty Affliate Program!

Kalau anda selalu tengok kat blog, kadang-kadang ramai yang buat giveaway produk SIGMA ni especially brush dia dan yang paling baru ada yang buat giveaway eye shadow pallette dia yang baru release. Apa yang best tentang program ni, kita akan dapat benefit melalui komisyen, free gift, dan lain-lain. Kita akan dapat 10% komisyen untuk pembelian yang dibuat atas link kita dan 1% akan dapat dari sub affliates (means, kalau ada kawan2 yang register affliates under kita). Kalau klik pun dapat! Ala macam nuffnang la jugak hehe. Jangan risau kalau takda paypal, SIGMA akan bagi komisyen melalui store credit :)












JOM SERTAI SEKARANG


ehem dapat free gift kalau kita sertai program ni tau!!!

Friend's Wedding : Zali & Husnil

Monday, October 17, 2011
salam, semalam hari ahad wa pergi wedding kawan kelas wa masa degree kat uitm. kami memang rapat dan suka buat havoc kat kelas. kelas paling bising, memang kelas kami. semua lecturer tau hahaha. and they miss us really bad :) bila jumpa, dah jadi macam reunion pulak. maklumlah umur sedang 24-26 tahun ni, masing-masing dah ada kerjaya masing-masing. ada yang da bertunang and tunggu nak kahwin. pada yang belum nampak bumbung masjid tu, soalan cepucemas wajib ada. haaaa kau bila nak kahwin??!!

memang rindu dengan kawan-kawan. ada yang da jadi lecturer, engineer, eksekutif, project manager macam-macam. semua dah berjaya. masing-masing bawak pasangan. aiiii bercinta masa belajar kan. memang seronok. semoga tuhan panjang kan jodoh :) aminnnnnnn. gambar ni tak ramai yang ada sebab ramai dah balik. yang ni ramai budak masa wa diploma kat sarawak and sama kelas masa degree. macam adik beradik dah kami.





tahniah zali dan pasangan. tak sangka kau dah kahwin. dalam kelas perangai cam budak-budak. hahaha, tengok-tengok kau kahwin dulu. semoga berkekalan di akhir hayat. ni la member buat jahat sama-sama :) selalu tumpangkan wa pergi kelas dan balik. lepak makan sama-sama, tiru sama-sama, group sama-sama hahah. zaliii ohhh zalo :)

KLCC, Soap&Glory, Scrub etc

Saturday, October 15, 2011
haiii, today was a wonderful day with my sayang. he encourage me to drive, as im not a brave driver especially going to KL. what a shame. orang KL tak pernah drive pergi KL. ahahaha. for him, wa kuatkan hati. yes, berjaya. and i got myself Soap&Glory Flake Away :)) boleh ke macam tu. hahahah. at least, i got something yang boleh hilang kan stress. ahhhhh girls always like that kan. it cost only RM39. and the smell like soo nyummyy. and the scent still on my back hand until now. seriously, i want to get the entire range. ohh love love love. hahaha gila. cepat la habis bodyshop body scrub, nak rembat scrub soap&glory pula. since, whem im addicted to body scrub? heeeee cepat habis tauuu. nak rajin-rajin pakai.


i get my revlon, benefit and essence blusher last week. so, here's the picture. currently, im in love with my revlon colourstay foundation (warm golden). trust me, its stay on until 9 hours. ni ikut pengalaman wa lah, da pakai hampir seminggu. if pakai blusher, wa selalu pakai lepas apply foundation and before pressed powder. so, blusher tu pun akan stay juga. i will show my picture lepas balik dari klcc..


i had a great time with my sayang sebab dah lama tak jumpa macam ni. so, exited dia lain sikit. dah lama tak jejak KL, last jumpa pun kat KLCC jugak tapi before puasa. for lunch, wa teringin nak makan carbonara kat delicous. so, singgah kat duo resident before balik rumah. punyalah banyak dia pesan. sampai tak habis makan. tamak gila. plusss, he's on diet. hehehe (yeke?)






ohhh just forget about our fat face.. haha. just look at our plate. slurpppppp. tapi wa frust sikit sebab pavlova dia tak sedap. sedap lagi kawan wa buat. tersangat biskut pavlova dia hahah. not recommended. overall just okayy. this is my makeup bila da sampai rumah. still stay on my skin. ok dalam camera agak tak berapa nampak. but you can see, ada pink glow sikit on my cheeks and coral lips andddd eyeshadows too.



 bye!

Minggu yang ENAK!

Wednesday, October 12, 2011
salam, alangkah seronoknya kalau hari-hari begini. actually, we had a good time together bila tambah ahli keluarga lagi. bakal kakak ipar hehe dan juga kak linda, kawan wa masa degree shah alam. die pula kerja memang dekat dengan rumah wa. so, its ok if dia duduk rumah dan teman wa. lagipun my family memang comfortable dengan dia. rajin, peramah pandai ambil hati my parents. 

after kak linda habis belajar kereta, kitorang singgah makan cendol depan hitachi bangi. alaaa yang dekat tempat area orang jual pokok-pokok bunga tu. haaa memang sedap. try la, melayu yang buat bukan mamak. ada macam-macam laksa, rojak, hmmm tu je yang wa tau hehhee.



then for dinner, pergi kat wadi hana. wadi hana memang famous kat bangi. boleh di katakan semua sedap. even wa tak pernah la rasa semua tapi, most of their customer satisfied. try rojak dia, sedap. kali ni kitorang nak rasa western food dia. even dia dah bukak branch specified for western food je, tapi kami bersungguh nak order. mine, carbonara (my favourite all the time) tapi tak berapa nak mengancam. wa still suka yang dekat delicous punya! hehehhe bila wa rasa yang ni, dia banyak sangat cheese sampai sakit tekak makan. actually branch wadi hani ni western dia lagi murah dari yang branch italian wadi hana tu. and presentation dia biasa ja.







sorry gambar agak kuning. tapi makan tetap mengiurkan hehe. mashed potatoe dia best ada cheese. sedap :) pasta yang lain ok la, not bad. wa paling suka yang second last picture ni, dia masak guna olive oil je. apatah nama dia. actually masa ni sambut birthday abang wa sekali, sambil tu bekenal-kenalan dengan bakal kakak ipar. maklumlah, tak sempat kenal sebab orangnya busy :)

Stress : Tender

Tuesday, October 4, 2011
uhhhhhhh. ingat tempat kerja baru hilang sikit tekanan. rupanya tekanan lain pulak datang. biasalah mana-mana tempat kerja pun ada tekanan kan. ofis lama, tekanan pada bos dan binik nye. kalau nak buat kisah, memang boleh buat senetron. kerja stress mana pun, member dan my lady boss tetap ada bagi support. tapi bila dah masuk campur big bos and binik nye, memang berbulu la. ramai yang tak tahan dan cabut je. termasuk lah wa, antara orang yang terakhir yang meninggalkan. so, puas la hati dia bila tiada orang kat ofis tu.

berbalik pada ofis baru, ni stress lain plak. dulu kalau buat tender satu team. kini, keseorangan. memang gila la, kalau 4-6 tender dalam satu masa. memang tak memang tangan la wa. dengan engineer yang macam-macam perangai tu. buat kerja wa ni jadi kerja last minit. alih-alih im the one who responsible if tender lambat hantar. memang hebat untuk jadi orang yang paling awal tahu tender dan paling akhir tengok tender. 

walaupun gaji wa sikit dari engineer yang bijak tu, tapi tanggungjawab besar dari diorang. eh mana aci kan?! so, if diorang lambat bagi harga and prepare document diorang, wa juga yang dipersalahkan. ish ish, memang tak adil. its not easy nak compile kerja orang. if orang tu punctual, memang senang la kerja wa. yang paling tak boleh bla sekali kalau masuk tender eP (ePerolehan), government tender memang banyak under eP. dah la kene upload each document dalam tender. then kene plak buat kadang sampai 5-6 copies! bayang kan satu tender tu, nak kene buat dua bahagian. bahagian A dan bahagian B, and each set kene buat 5 salinan. do your math! berapa fail i need to prepare for them.

patutlah ramai yang resign duduk kat tempat wa ni hahahaha. now i know. dulu wa banyak buat claim, costings and quotation. tender tu just a part of it. but now, lain. baru wa sedar wa tak sesabar ni. buat tender kene sanggup hadapi tekanan, rushing, rajin, teliti, komited anddddddd very tidy. hahaha, im not that type. semua tu bukan wa. tapi tu proses pembelajaran in different way kan. it can change your life style dari lembab ke super pantas. yeah really. kadaang-kadang wa kene stay kat ofis untuk siapkan tender. bukan susah sebenarnya, tapi banyak kerja remeh dan teliti. bila nak teliti, it takes long time to be PERFECT.


Please Grow II

Sunday, October 2, 2011

remember my tiny pokok durian? dah sebulan lebih, sekarang dah ada daun. wa tak ada masa lagi nak pindah kan kat kawasan lapang. sebab rumah wa da penuh pokok bunga mama. aduhhh mana nak tempatkan kau wahai pokok durian. dah ada 2 adik pulak tu..
 

Open House 2011 : Late Update

Saturday, October 1, 2011
tahun ni rumah buat open house kecil-kecilan dan buat kenduri doa selamat untuk pertunangan abang. selepas waktu solat jumaat, orang surau datang rumah dan buat bacaan yaasin sikit. penuh rumah dengan orang sekitar taman juga. baru nak kenal jiran. kalau tak memang tak kenal kan. majlis bermula sampai malam. wa hanya jemput kawan-kawan rapat saja. tu pun tak ramai yang dapat datang. family rapat mostly datang sebelah malam sebab ada special kambing panggang huhu!! yang paling best my ex officemates ramai datang and my ex bos. dia memang best. layannnn je. kitorang ni dah macam anak dia dah. pada siang hari, makanan untuk tengahari ada nasi dan lauk. oh! nasi beriyani pun ada.





memang penuh rumah laaaa. sampai ke kolam. seronok sangat jumpa saudara-mara sebab masa ni je lah diorang dapat datang rumah kan. time tak raya, susah nak datang hahah. adat la tu. tengok diorang seronok betul makan kan?





so, bawah ni gambar my ex officemates. memang rapat gila macam adik beradik. mana nak dapat budak satu ofis yang satu kepala. susah senang sama-sama fikir. memang best kerja sana tapi sebab ada masalah yang amat lah dikesali kami semua berpecah buat haluan masing-masing. insyaallah, kalau ada rezeki kita dipertemukan dalam syarikat baru cheewahhhh. selalu kita dengar kan officemate cam celaka. hahah, tapi bukan kami. kami sepakat :) i love your girls. terima kasih kerana membantu, dan kita akan kekal jadi sahabat!! thanks juga pada our bos. susah nak cari bos macam puan, yang jaga nak anak buah macam anak sendiri. ajar kami, menjadi pekerja yang bagus!!!




and me, as usual :)

oh rose velvet on my lips hehe