Topshop + Sephora !

Sunday, June 26, 2011
sempena GLC open day, wa meringan kan tulang untuk hadir ambil peluang drop resume. banyak company yang besar dan kebanyakkan mempromosi company masing-masing. ramai yang datang hanya nak ambil goodies, peraduan, macam-macam. sorry tak ambil gambar, sebab camera tak bawak. paling best booth TM sebab ada yang berpeluang memang iPad2. bertuah lah badan. 

alang-alang ke KLCC, wa singgah topshop sebab kemaruk nak beli eyeliner :) pluss, terlebih beli pulak sebab godaan warna-warna natural eye shadow topshop. very pigmented! RM36 kalau tak silap. harga-harga dia agak berbaloi dengan kualiti dia. eyeliner kohl dia memang cantik. wa suka warna biru dia, memang sumpah lawa. tapi beli warna hitam. very smooth and creamy :) better than maybelline of course. haha. goodbye maybelline.




this colour in shade tarnish. golden brown. shade ni more likely macam stila golightly. tapi stila more to gold undertone. topshop more to brown. both are pretty :) sorry my camera cannot focus. wa seboleh nak beli warna yang natural. haha. just love it! next time, nak try ambil shade in potion and pen liner :) lepas tu wa pergi sephora, best nye, i wish i can have more money to buy all stuff in sephora. haha tamak. kalau boleh nak beli kedai. now, i can see closer, make up yang tak wujud kat malaysia sebelum ni.

too faced  natural palette sangat cantik, urban decay pun! soap and glory( betul ke nama dia), memang harga paling berpatutan. body shop lagi mahal kot. packaging dia memang cantik, tapi berkesan atau tak tu, kita tak tahu. first time tengok make up semua ni, rupenya size dia kecik je. nampak dalam video or gambar macam besar. baru ku tahu :) orang jakun memang macam ni. maaf.


Ayam Berdiri atas Meja Makanku!

lama betul tak update! im quite busy now, sebab beberapa peristiwa yang berlaku kat office. ala tsunami la jugak. dan menyebab kan diri ini tidak begitu stabil dari segi emosi. oleh kerana itu, masalah boleh di lupakan dengan bersama keluarga dan kesayanganss.

semalam, we had a great window shopping kat alamanda untuk cari persiapan merisik abang ijan keesokkan harinya. wahhh, sale rupanya! panjang leher sekejap, tapi poket agak kempis waktu ini. sempat jugak rempat 1 kemeja ala blouse kat reject shop. tempat kegemaran ku! dah aim beberapa helai untuk ku rembat nanti selepas dapat gaji kahkahkah. malam tu, baba belanja makan kat seksyen 1, bangi. berdekatan pasar basah. satu insiden berlaku, ada kereta kelisa melanggar kucing :( tak sanggup nak tengok kucing tu putus nyawa. ya Allah, tuhan saja yang tahu betapa seksa nya kucing tu. menggeletik dia atas jalan. subhanAllah. aku benci lihat binatang yang teraniaya terutama kucing.

rasa nak menangis. tapi tahan je. sampai je kat restoran tu, terus order berduyun-duyun menu. memang tak ingat la. seronok makan satu family. tak lama lagi tambah lagi kak ipar :) ramai la keluarga nanti.





ok ayam tu nampak cam kejam tapi lawak hahahah. sedap sebab ayam roasted dengan sos butter, madu and lemon!! memang best :) ikan siakap masak stim lemon pun sedap. selamat mencuba!

Dinner at Little White Cafe

Thursday, June 9, 2011
first time lalu, memang tertarik dengan kedai ni. gaya santai ala inggeris memang menarik! siapa sangka pemilik kedai ini berbanga melayu?! yang best nye, menu dia pun ada kelas tersendiri. all juices atau cake yang menggunakan buah semua dari real fruits bukan dalam tin. kira fresh la makanan dia. i had dinner with my sayang. actually for our anniversary yang agak lama tertangguh. masing-masing busy but then we made it :) very simple dinner. just to spend time together. tiada apa yang istimewa, cukup hanya dapat jumpa dan makan bersama.






deco memang cantik. dari luar sampai dalam. suasana macam dalam rumah. makanan dia semua western. dessert pun kelas! masa ni macarons dah habis. wa pernah beli siang, itu pun tinggal berapa ketul je. laku gila. macarons dia besar dari yang biasa jual. RM4 sebiji. agak mahal juga. red velvet cake RM13.90 one slice. cheese dia tak rasa sangat. and i think kedai kat shah alam wa makan tu lagi sedap. wa makan spaghetti carbonara. for me quite ok. tak muak. sometimes, orang buat terlalu banyak cheese and cream. so rasa muak bila makan. RM22++ sepinggan. makanan di sini agak mahal. mungkin sebab sesetengah bahan dia asli dan fresh or imported. wa pun tak pasti.






enjoy!

Wordless Wednesday !

Wednesday, June 8, 2011

 

Kenduri Kahwin Orang Melaka memang syok!

Monday, June 6, 2011
biasa lah, cuti sekolah. hampir setiap minggu ada majlis kahwin. hari sabtu sahaja ada 3 majlis kahwin nak hadir. ahad ada satu majlis. alhamdulillah, dapat datang. cuma ada 1 kat pahang tak dapat datang. pernah tak pergi kenduri kahwin kat melaka?? haaaa ayah wa selalu dapat undangan dari orang melaka sebab asal dari melaka. yang best kalau pergi kenduri kat sana, mesti lauk dia best punya.

antara hidangan yang paling best masak asam pedas daging tetel. sedap bukan mainnnnnn. memang popular la kat sana. tapi kenduri yang wa pergi ni tak buat pulak. cendol pulak antara menu wajib kat melaka! cendol melaka memang best tak ingat la. santan ngan gula melaka dia memang cukup sedap. tak sempat nak tangkap gambar semua tapi lauk paling best kenduri wa pergi ni jarang orang lain buat. ayam panggang madu!! menu terbaru agaknya :) ni pelamin kat melaka. simple and nice.


next, pergi kenduri dua pupu. kat bistro maeps. simple je, tapi memang suka dengan dress pengantin dia. yang best nya jumpa tunang ashraf muslim. sweet je muka :) sopan orangnya. patut la ashraf muslim terpikat.





lepas tu berkejar ke majlis di putrajaya. kawan ayah wa masaa kat ofis lama. tema sangat sweet ok!! purple and pink. memang wa suka sangat!


lawa kan!