Merenung Masa Depan

Tuesday, December 20, 2011
.......apa nak jadi ngan aku ni

Stage and Etude House e/s : Swatches

Sunday, December 18, 2011




da takda keje sebenarnya! bosan :(

Bila balik kampung..

Friday, December 16, 2011
cuti-cuti, apa yang anda buat? wa balik kampunggggg. selalu lagi balik kampung tanam jagung kan? kali ni tanam durian hahah. hari jumaat malam kami bertolak ke kampung muar dahulu. keesokkan paginya, kami bersiap-siap nak berkebun?! cangkul, batang ubi, untuk kami tanam kat kampung belah baba kat selandar, jasin melaka. kat kampung sana, baru je tebas semak samun. semenjak arwah atok dan nenek takda, kampung dah jadi rumah tinggal. jadi, mereka bercadang nak tanam pokok-pokok balik. baru-baru ni tanam kelapa sawit. jadi, kami sengaja tambah pokok ubi dan pokok buah yang lain.





on the way ke kampung, singgah pekan jasin nak beli buah-buahan untuk alas perut. nampak pula durian, kami beli 3 biji, RM35. besar-besar, durian kampung. bijinya kami nak tanam kat kampung nanti. kebetulan ada apek jual anak pokok, jadi baba beli 5 anak pokok durian musang king. satu batang RM12. memang seronok sangat!!




setiap pokok ada nama masing-masing. semua happy sebab ada pokok. nanti dah besar nak tengok tangan siapa yang menjadi. baba kata, buah durian ni, tak tau la dapat rasa ke tidak. kalau tak dapat rasa, ni untuk anak cucu nanti. insyaallah, kalau umur panjang kita rasa hasil nya ba! aminnnn :)





balik semula ke muar, kami singgah makan ke umbai, melaka. kat sini popular makanan laut dan asam pedas melaka. memang best!! dah lama tak datang sini. bayangkan lauk banyak ni untuk 4 orang makan. memang tak patut haha. tapi alhamudulillah habis :) esoknya!! pergi cuci rambut. wa dari kecik memang suka potong rambut kat cina ni. memang bagus dia potong dan murah la jugak. dia buat rebonding memang superb! kalau pergi bandar muar, singgah kedai ni!






tengahari singgah tanjung agas, makan rojak petis! wa tak minat sangat tapi ok la. kat sini makan cendol dan lai chi kang time hujan best hahaa. then, sampai kat rumah atok singgah kejap kat sungai. kat sini lah blues pasar tani! wah promote kampung :)

My Yellow Cat - Part 1

Tuesday, December 6, 2011
hampir dua bulan, kucing wa mati. kesedihan memang dirasai satu keluarga wa. tiba-tiba hari ni, rasa rindu sangat kat dia. kuning nama dia. sebab bulu berwarna kuning. simple name. haha. dulu masa dia kecik, mama nak bagi orang sebab banyak sangat kucing. masa tu ada 4 ekor. kalau termasuk dia jadi 5 ekor. sebab wa tengok dia..comelllll sangat, so pujuk mama ambil jugak. jangan bagi orang. akhirnya kami bela. bayangkan secomel ni!! gerammmmm





masa tu tak tahu nak bagi nama apa. mostly kucing yang kami bela nama sangat simple. berdasarkan warna atau fizikal. dia sangat manja dengan mama. lebih kurang anak bongsu mama. dengan mama je dia boleh di pegang. kalau dengan orang lain, cepat-cepat dia tolak badan kita. tidor dengan mama. paling comel, before tidur dia akan minta mama urutkan badan dia. sampai lentok-lentok kepala. lepas dia puas, baru die tidur. cholat suka manja kan dia. kuning suka tadah leher dia kat cholat, then cholat akan bersihkan kuning sampai puas. masa ni, bulu kuning tak kembang lagi. dia adik paling bongsu antara semua kucing, kalau nak pergi keluar, semua akan teman dia.



sikap manja dia, kadang-kadang buat kami ejek dia pondan. sebab dia sangat penakut dengan bunyi yang kuat, orang ramai dan dia sangat cepat terperanjat hahahaha. serius lawak. kalau kita tak sengaja nak kacau dia, dia akan lari masuk bilik mama. tu lah tempat persembunyian dia paling selamat. kalau orang datang rumah, memang dia kan sembunyi. sampai makanan dia pun kene hantar dalam bilik. alahaiii kuningggg. tapi sebab sayang, kami sanggup layan kerenah dia. adik bongsu la kata kan!



hobi dia, pagi-pagi ikut mama sidai kain dan siram bunga. lepas termenung kat tembok batu, tempat dia buang air, dalam pasu bunga mama atau pun dekat bunga pagar mama. memang dah tau la siapa yang berak. dulu masa mula pasang rumput carpet, tiba-tiba jumpa taik dia tengah rumput sebab dia pening tak boleh korek tanah. hahahahah lawak. lepas tu la dia cari port baru dalam pasu bunga. dan hobi paling dia suka, kacau mama. tengok mama nak menjahit dia kacau, mama nak buat bunga telur dia kacau. habis bunga telur mama dia main-main. macam mana nak buat kerja!!


nanti sambung cerita :) love you kuning. rest in peace. jumpa kita di syurga Allah dengan yang lain. InsyaAllah

Pin It

Less than RM10-RM20 per item. I just can't resist.

Saturday, December 3, 2011

1. Stage Brush Cleanser, RM16
2. Stage MonoEyeshadow in Ibliza, Casablanca, RM10 each
3. Stage LipLiner, RM6 each
4. Essence LipStain, RM 9.90
5. Essence LipGloss, RM9.90
6. Etude House Petite Darling Eyeshadow, RM6.70 (after discount)
7. Etude House Code B Eyeshadow, RM9.40 (after discount)
8. Revlon Lipstick in Pink in the Afternoon, RM19.90 (after discount)
9. Maybelline Angle Fit Concealer, RM19.90
10. Eliantio Concealer, RM15++ (i don't remember)

tell me if you want me to do a swatch! all eyeshadows are pigmented. the best thing i love to try is Essence Lipstain. Its new for me and love it! It just give you a natural lip colour :) Ok, then. enjoy your shopping on Year End Sale!! 

Relocation Celebration @ Sa Sa Mines Shopping Fair : Buy 1 Free 1





wohhh this is great!
but i've got too many makeup recently :(


Little Bow and Rose Pin

Wednesday, November 30, 2011

interested?
visit  my mini kedai : Paradiscarf2u!

First trial using highlighter. Not Bad

Sunday, November 27, 2011
just came back from mid valley. again, purchased stage cosmetics hahaha. i just can't help it. its cheaper. for now, 2 item for RM20. less than RM50, i've got brush cleanser, 2 mono eyeshadows, and 2 lip liner. sedih sangat bila stock lipstick dan lipgloss dah habis. back to our main topic, its about highlighter.

wa pun tak pandai nak guna highlighter pada mula nya. since, memang wa ada.. so nak cuba lah untuk lihat kesan dia. wa guna high beam from benefit. ia sejenis liquid highlighter. kalau korang takda highlighter, boleh juga gunakan shimmer eye shadow yang warna cerah. wa apply dekat hidung, atas tulang pipi, dan sikit pada dahi. bila tengok hasilnya, wahhhh i like :) tapi if pakai banyak nanti nampak muka tak natural dan berminyak pulak kan. oh! jangan lupa juga atas garisan bibir sedikit  ye :) cuba lah. good luck!

Pavlova Fever!

as you all know, zaman sekarang ni tak main dah buat pencuci mulut melayu macam kuih bakar, lompat tikam ke, bubur pulut hitam. sekarang zaman macaroon, pavlova, red velvet! gila kejam statement saya. but its true, ramai yang pandai buat desserts ni dan buat business pun ada. so, im gonna give it a try. and its.....not a very successfull :( im not a good baker.



resepi sangaatttt senang dan simple, tapi memerlukan teknik yang sangat betul dan rapi. my whipped cream tak jadi dan berketul. so sad tapi bila rasa? hmmm not bad for the first time. hihih nak sedap kan hati. haha. cuba lah kat rumah! its fun :) 

Lightbulb - a short film

Sunday, November 20, 2011


lepas tengok video ni, pasti anda teruja nak tengok selebihnya kan!
jalan cerita agak menarik dan paling best sebab redza minhat berlakon.
sebelum ni wa memang layan cerita naz dan cheryl ahmad berlakon
cerita ala-ala hantu tu. apekah tajuk dia?? tak ingat :(




source : youtube & oh bulan




Follower anda lebih 1000?? Anda layak dapat makeup free!!

Wednesday, November 16, 2011
uhhh kecewa gila tak layak dapat free gift from sigma. as you know if, kita ada ramai followers kat blog atau youtube, kita layak dapat free gift dari sigma! selain tu ada jugak point lain untuk dinilai sama ada kita layak atau tidak. blog popular macam irene nadia, hanis zalika tu memang layak sangat haha. oh btw if korang punya blog ramai follower try la masuk program ni. jangat takut, it's free! and normally macam biasala, if kita masuk ni kita kene cerita pasal produk-produk ni. dan untung juga, kita dapat komisyen macam nuffnang tu.

haaaa bukan senang orang nak bagi makeup free. dan produk ni memang popular kat US. brush dia comparable dengan MAC dan lebih banyak variety dan cheaper than MAC.  selain brush, produk lain macam eye shadow pun ada. ohh banyak sangat cakap, ni tengok table untuk free gift. haa lepas tengok table ni, check followers anda. tak salah mencuba kan!





My ELF Haul

Monday, November 14, 2011

stipple brush - ingat nak apply foundation, tapi tak best. mybe i can use for cream blush.
lip balm mellow mauve & nice and natural -  pigmented colour w/ bubblegum scent!
giddy gold blusher - powdery. look nice to make your cheeks glowww..not my fav!
lip matte - matte. dry. very sweet colour. just put some gloss on to make it nice






Silkygirl, Boleh Tahan!!

Friday, November 4, 2011
ni first time wa try eye shadow dari silkygirl. sebelum ni memang tak teringin nak cuba sebab ingat their eyeshadows are powdery. but, its not. tidak sama sekali and im shocked! now, im falling in love with the pallete. serius cantik warna dia. not too shimmer and to matte. just nice for daily use.




but sadly, masa wa beli bukan masa sale. so, harga dalam RM22-RM23. their green shades also nice. huhu. wa baru try pakai hari ni, and i love it more than my maybelline natural smokes quad. this is highly recommended. i dont why im didnt notice this pallete earlier haha. keep it up silkygirl! im also wearing their sugar perfume. love the scent. sweet!



im wearing silkygirl eyeshadow, giddy gold elf blusher (love the glow! it might be a lil bit powdery but i think it never let me down. very nice glow!) w/ light pink essence cosmetics blusher, topshop eyeliner, revlon glow mascara, and my favourite part, mellow mauve lip condition from elf (memang cantikkan, w/out lipstick)! notice tak bawah mata wa sebelah tu macam bengkak?! huhu tak tahu lah kenapa. tapi dah lama macam tu. ok lah girls, exited nak tunjuk my elf haul nanti :)

Bandung Yuk! : Food

Wednesday, November 2, 2011
hai ladies, so kali ni wa nak tunjuk gambar-gambar tempat makan sepanjang di bandung. kat sana selalunya orang kita ni pilih dua jenis masakan yang popular kat sana. kalau kita pakai agen, tempat makan selalunya mesti dah ditempah awal. so datang-datang, tunggu hidang je. kalau masakan padang, selalunya dia akan letak banyak lauk sampai penuh meja. so, kalau lauk kita usik je yang kene bayar. tapi kalau dah pakai pakej agen, makan je lah semua lauk. kita dah bayar siap kan. memang jadi raja!! masa ni kat dynasti padang. eah tak ingat nama. tapi paling popular masakan padang kat bandung, restoran sederhana dan simpang raya.



selain tu, air jus buah kat sana memang fresh. sedappppp gila. sebab kat sana buah-buahan murah sebab tu diorang buat jus tak berkira. macam kat sini, air je banyak. kat sana pekat yang amat. setiap hari minum jus!!! paling best jus avocado, strawberi, durian belanda! recommended!





masakan sunda pula, terkenal dengan ikan talapia goreng, sambal ijoooo (hijau). ikan talapia tu kami panggil ikan terbang hahah sebab...haa tengok gambar nanti. antara makanan lain, macam ayam penyet, tauhu goreng dan tempe. ok la masakan dia, macam kita makan kat restoren ayam penyet. paling popular tempat makanan sunda macam kampung daun, dapurku, stone cafe..maybe banyak lagi tapi ni yang wa pernah pergi. kat sana restoren dia memang cantik-cantik. deko ala nusantara kan. memang tenang je dengan air pancut, sungai, pokok-pokok hijau. memang lupa la kerja kat ofis tu hahha!










nak tau lagi tempat menarik?? tunggu next entri. shopping time !