My Little Sister, Cholat

Tuesday, March 29, 2011


her name was Cholat. kenapa? sebab dia warnaa chocolate :) she is so adorable dan manja dengan wa. dia pernah hilang setahun and come back dekat rumah lama wa kat putrajaya. memang tuhan nak tunjukkan jodoh kami, masa tu mama nak ambil surat kat rumah lama and suddenly die lari dari jauh nampak mama. masa tu satu family happy! cholat is back after one year. serius, kami dah fikir dia memang takkan balik.



setiap kali nak tidur, dia akan ikut wa masuk bilik. dia memang suka tidur bilik wa  bila pagi, dia akan kejut wa, sama ada dia jilat kaki atau dia naik atas badan. yes, setiap kali die kejut mesti pukul 6.30 pagi hingga 7 pagi. then lepas wa mandi, dia akan tunggu depan pintu, dan kami turun pergi breakfast sama-sama. haha how lovely she is! 
dia peramah. selalu tegur wa. wa balik dari office, turun je dari kereta, mesti dia tegur :) dan dia akan ikut wa sampai masuk rumah. of course dia lari terkedek-kedek pergi kat pinggan dia. nak suruh bagi makan la tu..if korang suka kucing, korang akan tahu perangai kucing masing-masing. setiap kucing ada personaliti masing-masing :) 
 

Bila Lunch bersama Lady Boss

salam, how's your day? im in honeymonn for 1 week. hahaha sebab? big boss berada di china. kini, pejabat menjadi lebih tenang. peacefullllll :)

lunch hour lady boss ajak makan. memang selalunya, wa ngan kawan yang lain pergi lunch dengan lady boss. this time, lady boss ajak selain daripada tempat yang selalu kami pergi. bosan lah makan hari-hari kat sana. kami pergi cari nasi arab. area seri kembangan banyak kedai arab espeacially dekat area south city.







lady boss order makanan macam tak ingat dunia ! kami hanya berlima. if korang pernah makan makanan arab. memang order 1 menu, boleh share dalam 2-3 orang. wa tak ingt apa name dia tapi ada kambing, ayam, humus and bread, kuah daging cincang ala kari hahah. mostly, sedap :) serius. paling sedap air buah dia. pekat gila. memang fresh betul dan cuma letak ais. wa order air mangga, boleh bahagi 2 gelas dan letak ais. 

terkejut tengok makan, sebab terlalu banyak nak di habis kan. tapi jangan terkejut memang habis. ada suku nasi je tak habis sebab kami memang tak larat. penuh perut! siapa yang tak minat briyani memang tak masuk lah makanan arab. setengah orang kembang tekak jugak, kambing pun berbau hahhaa. if makanan yang grill kene tunggi 1 jam baru siap. ok da kenyang jom balik! 

p/s : jangan lupa, join giveaway :)

My First Giveaway :)

Monday, March 28, 2011
hye, first time wa buat giveaway ni :)


sebab wa buat giveaway ni, hanya nak tambah kenalan and boleh share opinion masing-masing mengenai apa-apa pun especially about life and beauty!

just follow the instruction to get in :

1) be my follower at OOW and Paradiscarf2u too
2) post an entry about this giveaway

3) give me your own every day's look on that entry (with make up, tak kisah natural look, just eyeliner or else) you can see an example at my personal blog
4) please link your entry at the comment below.

tarikh tutup 15hb April 2011

anda semua wajib mengikuti instruction yang telah di berikan. keputusan bergantung pada pihak penganjur.

thank you!

Sama Tapi Tak Serupa

Thursday, March 24, 2011
 stage in truffle || elf in pebble

hampir sama kan?


 my look for today 




CHURP CHURP
oh anyway, wa nak promote pasal churp2. korang register la churp2, setiap hari wa dapat earning. berbanding dengan nuff, agak lambat sket lah nak dapat earning. bukan susah pun nak register :) just click here.

My Job : Hectic Day !

Wednesday, March 23, 2011
hello semua. pagi-pagi wa kena pergi meeting kat sime darby subang. macam biasa, wa memang penakut nak drive pergi mana-mana tempat yang tak biasa. espeacially tempat yang banyak kereta. tak guna kau beli kereta mahal-mahal tapi bawak pergi balik kerja je! (i know, semua orang akan cakap benda yang sama hahaha). but that's me. if terpaksa or kene jerit ngan lady boss, baru wa terkedek-kedek cari map kat google. atau lady boss draw kan map. baik kan boss. sayang dia ! ouh, wa ada 3 boss iaitu, lady boss, ceo aka big boss dan bos project.

nasib ada officemate yang ikut pergi meeting. so suruh dia saja yang drive kan kereta. selamat wa! yang kelakar boleh sesat sekejap (sebab dia gelabah tengok aku cantik kot haha, perasan ). tapi sampai destinasi tepat pada masa nya. selalu wa pergi meeting..ehem ehem, wa jadi bos and lady boss jadi assistant wa. sebab selalu lady boss yang jawab semua soalan client. erk! wa jadi tukang angkat project file and teman makan je. paling best lepas meeting mesti lady ajak pi makan sedap-sedap dan kandang-kadang window shopping (empire gallery her fav place). selain dari kene bambu dengan client, masa lunch adalah saat yang di nanti. mata bersinar-sinar bila lady boss ajak makan :) ting ! (tu bunyi gigi berkilau)

kami lunch kat madam kwan's. lady boss punya favourite. lepas makan ,pergi ampang ambil document tender nak bagi ceo sign. sampai je office, huru hara sekejap. ada peraturan baru sekarang! ini lah jadi bila ceo masuk weekly meeting kat office tadi. macam-macam dia bagi syarahan. yang paling tak tahan pasal penjimatan. and suddenly, ceo ingat name wa (dia ni pelupa, paling susah nak ingat nama staff) haha. sebab tempat duduk wa paling hot sekarang ni.

Pesanan beliau :

1# JIMAT
print colour kene mintak kebenaran, photocopy tulis berapa helai, nama, sebab, buat buku telefon, lunch hour tutup lampu, balik office bukan sahaja tutup pc malah suis plug sekali, mengurangkan penggunaan kertas dengan menggunakan email.

2# CCTV
tempat wa adalah tempat tumpuan semua orang sebab ada mesin faks dan wa duduk di tengah-tengah antara semua. jadi, kalau staf lain datang, mesti singgah tempat wa. oleh kerana ceo rasa pelik kenapa tempat wa menjadi tumpuan, dan kadang-kadang tempat orang berkumpul untuk makan gorang pisang. jangan tanya kenapa? sebab apa-apa mesti orang letak atas meja wa terutama makanan. salah kan mereka hahah.jadi di tempatkanlah kamera CCTV di tempat wa. untuk memantau aktiviti staf dan wa. tempat strategik konon. tiada facebook lagi selepas ini :( ceo dengki.

3# LAMAN WEB
kini, hanya laman web yang berkaitan kerja sahaja boleh dibuka. jika selain dari itu, hendaklah meminta izin ceo. sekarang ni, semua kena minta izin ok ? kalau nak buka facebook pun kene minta izin ! haha just kidding. baik big boss, kami hanya menurut perintah. lepas ni, ceo suruh menggunakan server (yeke server,?) untuk mengenalpasti, laman web apa yang selalu di buka oleh staf dia..dia macam tahu je, wa selalu buka jawatan kosong. hahhaa. baik hati sungguh big boss. concern kat kami :) 


 tiba-tiba menjadi rajin. buat kerja semua !!


4# MINTA IZIN !!!
kami diajar untuk menjadi staf yang sopan lagi menurut perintah. anything about tender and quotation mestilah melaui ceo terlebih dahulu sebelum hantar ke client. ini kerana, ceo ingin tahu, hanya harga berpatutan sahaja yang harus di berikan pada client. kalau dulu, lady boss sahaja yang check price, kini ceo ingin mendalami juga. hmm bukan kah proses kerja akan menjadi lambat :( dia sangat cerewet orangnya. 10x bagi kat dia, semua dia tak approve. whyyyyyy whyyyyyy!!


di saat ini, wa hanya melihat kalender. kalau anda nampak. anda tahu kenapa wa lihat kalender :)

kini kerja ceo bertambah sibuk, kerana setiap hari  staf akan beratur masuk ke biliknya untuk meminta izin :)

ampun bos. we love you!

My Room Smells Like Vanilla

Tuesday, March 22, 2011
salam, cuba bau ?! hurfmfmmm (camne nak buat tanda tarik nafas ? haha ) sabtu lepas, wa pergi ikea. setelah sekian lama tak pergi. last pergi masa berbuka puasa pada tahun lepas. boleh bilang dengan jari wa ke ikea. setahun ada lah 2 kali. maklumlah, jauh. lagi satu kalau pergi, memang nak beli something je. you know, if pergi ikea mana cukup pergi 1 jam atau 2 jam. paling sekejap wa pergi 3 jam. itu pun hanya sekali pandang je.

fyi, ikea ada sales ! weehu, memang ramai. macam sardin. paling padat kat food court. tempat dimana ramai orang membedal meatballs and daim cake. wa orang yang tergolong jugak lah. sorry tiada gambar, camera tertinggal. but anyway wa ternampak wanie rosli.  siapa ? alaaaaa..yang menawan tu. well, she's look gorgeous in a real life. tak sah if pergi ikea tak beli apa-apa. selalu, mesti capai something kan. barang under rm10 banyak buat nafsu shopping tewas. kan kan kan. wa sempat ambil lilin, memang dah lama nak beli. kat living room ada lilin bau macam orange. so kali ni, wa beli yang bau vanilla dan epal. sumpah sedap ! macam gian je. wa nak letak kat bilik tidur :) my parent pulak, cari outdoor table set. percaya tak stools RM12 ++ je!! memang murah.



ermmm tiba-tiba rasa nak makan membuak-buak pulak. ni, lilin punya pasal. nasib tak beli bau cokelat ! da~

My Haul Review

Monday, March 21, 2011
this is my first time purchase stage cosmetics product. most of their products only cost RM12 each. cheap?? ahh semua orang tahu sebab apa. yang pelik masa wa masuk, langsung takda orang.. first thing that caught my eyes, the lipgloss. hehe i know, i know. i love lipgloss :) wa tak tahu nak pilih !! semua nak. i nak ni, i nak ni, i nak ni, hmm argghh semua lawa. penuh tangan kene conteng haha. biasa lah kan, perempuan.


temptress not tempress, truffle not triffle. persephone not presepstone. sorry for the spelling error.
wonderlust moisturizing lipstick in gisele (love!)
wondergloss high shine lipgloss in persephone (love!)
eye shadow mono in ceramel and truffle (both matte) (love!)
prime time eye pefecting base in almond ) (love!)
picture perfect foundation in tempress (love!)

i dont really like their matte lipstick, its very dry. ( yeah, matte lipstick kan) bagi sesiapa yang tak suka lipstick matte, sesuai ambil wonderlust. sangat moisture dan tak payah pakai lipgloss :) as you can see, gisele more to natural earth colour. yeah, wa suka warna more to brown + rose pink colour. next, their lipgloss was sooo pigmented, and  err sticky and maybe long lasting too. my picked was coral reddish tone (apekah ??) sedap mulut je cakap hehe. pelik bila wa pakai sebab tak pernah ada lipgloss warna terang macam ni. even my revlon lipgloss pun tak semerah ni. bila pakai, my lips turn to be natural red colour. love it :)
for the eye shadows, i wanna try matte eye shadows. and im in love with it. wa banyak sangat, shimmer eye shadows, dan kadang-kadang rasa rimas bila apply sebab wa ada oily lids and its become messy. so, wa pilih warna yang natural (err again) because i think half of their collection banyak earth colours especially brownish tone. warna lain, banyak pastel je. the SA recommend eye primer for long lasting. for the foundation, wa pilih natural finish. very light foundation !

bila sampai rumah, mengomel seorang diri, nape la beli lipgloss satu je :(, nape la tak beli concealer, nape la tak beli eyeliner. ok kalau boleh semua nak beli. tamak !! jangan jadi tamak seperti wa. ehem.. siapa nak pergi bagi tahu, wa nak kirim lagi. hahah! da ~

Stage Sale : RM12 each !

Sunday, March 20, 2011

review later :)

My Job : Site Visit at Tanjung Malim

Hari khamis yang lepas, my boss suruh wa pergi site visit dengan project manager and my officemate. sebenarnya, wa tak tahu menahu projek ni sebab wa di ajak hanya untuk meneman kawan wa. boleh tak macam tu hehe. perjalanan yang indah, sebab highway ke utara lebih cantik permandangan daripada highway selatan kan. nampak bukit-bukau, bukit batu, aihhh hijau semua.


ini lah bukit batu yang wa cakap tu haha. perjalanan mengambil masa 1 jam dan kami selamat sampai pukul 1. sampai je kat upsi kampus baru, kami tunggu arkitek projek untuk bagi briefing. actually kami dapat offer untuk supplier furniture, even tak semua furniture tapi memang banyak. bayangkan kan satu bilik nak pakai whiteboard dan meeting table. so, tujuan kami datang nak confirm kan finishes apa nak guna untuk furniture. kami bawak sample untuk arkitek pilih. maklum lah arkitek ni cerewet. uhuk2 maaaf cik arkitek.

setelah di beri sepatah dua kata, kami pun bergerak ke site. perghhh, memang besar gila kampus ni. memang berpeluh-peluh ! naik dari blok ke blok, dari satu tingkat ke satu tingkat. kami perlu buat measurement terlebih dahulu, biasalah dalam drawing lain, pergi site lain. so, untuk pastikan measurement tu tepat, kite kena ambil tape dan ukur! even, nak buat meja pun kene ada calculation space taw! sebab nanti buat-buat meja, aihh tersempit pulak bilik. tiada istilah ter ter dalam bidang ni. salah ukur, tanggung la rugi ye.

setelah habis satu blok kami jelajah, tekak pun da kering. kami minta untuk pergi makan tengah hari. destinasi kami keYik Mun The Famous Pau in Tangjung Malim. wahhh, hebat name kedai makan ni. wa sebenarnya, memang tak tahu tanjung malim ni terkenal dengan pau hahaha. patut la bos wa asyik promote pau je.


ini lah pau yang famous tu. lembut gila la!! memang sedap. yang bestnya, wa lupa nak beli yang frozen untuk my mom. too bad :( harga kat kedai ni memang agak mahal sedikit. maklum lah kedai dia ni famous jugak, selalu masuk paper. for me, menu dia nampak menarik cuma presentation makanan agak simple. tak macam harga dia. ok la not bad, wa order nasi ayam. selepas makan, kami sambung kerja yang tertangguh. penat lohhh. my boss asyik gelak je, tengok my friend and i mengeluh penat.

tak habis pun semua blok. kami hanya sempat ambil measurement 16 bilik sahaja daripada 44 bilik. itu pun dah lembik k! oleh sebab AV engineer yang teman kami tu ada meeting, so kami tak dapat terus kan kerja kami sebab kami pun tak tahu mana bilik-bilik tu dan hanya dia saja ada kunci. ok, the best thing is, kami balik hahaha. dalam kepala wa, kalau dapat air kelapa kan sedap. my boss pun agreed. few minutes after bertolak, terjumpa orang jual air kelapa !!! horeyyy, sumpah sedap. ni memang fresh sebab tak guna air. pure air kelapa. ouh heaven! kami pun terus kan perjalanan dengan senang hati sambil layan lagu jamal abdillah. after that, wa kate ' en.t****, kan best kalau makan durian kan ??!' my boss pun cakap ' hang ni memang la, salu buat aku terliuq la. hang nampak je orang juai hang bagi taw awai2'. hahha best dapat boss cam dia. baik dan murni budi pekerti.


ok saat ni, anda semua jangan confuse. sebelah kanan berwarna hijau seperti bola tu bukan durian hahhaa. tu perut my boss. dia nak beli durian untuk bini dia. last-last tak jadi sebab durian dia semua buruk, rugi :( wa pun tak jadi nk beli makan kat situ. so, kami pun terus kan perjalanan balik ke ofis tercinta. dan kami tidur dengan nyenyak sehingga tiba. dan boss wa jadi driver kami. thank you boss!


RM35 for Manicure + Pedicure + Hands Paraffin + Hands & Feet Massage + Hands & Feet Cuticle Treatment at Harmony Nail Salon

Thursday, March 17, 2011





girls ! this is a great deal. only RM35 for all in one package. for you yang bakal pengantin dan bakal bertunang, amat sesuai ambil pakej ni. berbaloi sangat. kalau yang bukan bakal pengantin pun boleh. i pernah tengok dekat nail saloon ada juga manicure dalam rm30. only manicure sahaja ! wa pun berminat !!!! jom ajak kawan-kawan pergi. it will be fun :)

so, what are you waiting for ?! see the details here :)

Penelope's Giveaway!

Wednesday, March 16, 2011


again ?! this is awesome giveaway. as you can see, each of the them are quality product. i would love to have it :) ouh please please choose me haha. i'm crazy already.

as usual, a very simple instruction to follow before you get in the giveaway. please read below :)



How to enter:

1. Be a Follower of my blog via Google Connect
2. Simply Comment leaving your email address, and answer the following question - 'What is your all time favourite beauty product?'

* To get an extra entry, either post about this giveaway or mention it in the sidebar of your blog (but please inform me if you have done so, to make sure I've got you down for an extra entry!)

This Giveaway ends on the 1st of April. 

Full List of Products:

Nars Blush in Deep Throat

Sleek i-Divine Palette in Storm

Sleek Pout Polish SPF15 in Powder Pink

Accessorize Merged Blusher in Pretty Pink

Accessorize Nail Polish in Coral Flair

The Body Shop Lip and Cheek Stain in Bronze Glimmer

Clinique High Impact Mascara (travel tube)

Avon Super Shock Eye-Liner Gel Pencil

Samples:

Chanel Vitalumiere Aqua B30

Shu Uemura High Performance Balancing Cleansing Oil

Shu Uemura Vitalizing Line Reducing Eye Essence

The Famous Covergirl Mascara

finally, i've got my covergirl lashblast volume mascara. yup, they are famous among beauty guru's and had many good comment about the mascara. wa beli kat sgdrugstore dengan harga RM30 tak silap. nasib ada readystock. if you all nak try boleh beli kat ryan sgdrugstore nanti.



 sebelah ada eyeliner, sebelah tak hehe

after try, wa dapat rasa my lashes lebih panjang daripada nampak tebal. and i think my maybelline magnum volume mascara works better for the volumize. ouh, i'm in love with  the brush. it catch all my lashes and works very nice with no clumpy. compared to revlon grow luscious, the brush is hardly to catch all the lashes. this is my opinion compared to my other two mascara.

for neutral lashes, i recommend revlon grow luscious :) what is your favourite mascara ?

Wanna Pampered Yourself at only RM58 for Full Package !

Tuesday, March 15, 2011


RM58 instead of RM395 for 2.5 HOURS of Essential Facial + DNA Eye & Ampoules + Neck Treatment + Seaweed Mask + Traditional Body Massage + RM30 Cash Voucher at TWO Locations of ZENSE.

We are starved by the lack of public holidays and the trickling leaves, so let's escape and retrieve your Zen mode at Zense! Plump your face and loosen your muscles with an additional RM30 voucher to spare!

interested ? click here for any details !

Simple and Wearable

Monday, March 14, 2011

  

Double Date

Sunday, March 13, 2011
hari ni si dia ajak pergi tengok wayang cerita merong mahawangsa. kali ni bukan kami berdua, tapi berempat. yes, double date :) tak pernah lagi keluar bercouple-couple dengan orang lain. tiba-tiba rasa cuak pulak. si dia nak kenal kan pada kawan sebab selama ni, ramai yang tak tahu si dia ada gf. 'pemalu' la kate kan. nasib baik kawan si dia banyak cakap, takde lah kaku nak berbual. gf dia pun ngam ngan wa.

fullhouse wayang hari ni, tapi sebab nasib kami dapat tiket reserve. pujuk punya pasal dapat hehe. terima kasih pada orang yang lambat amek tiket tu. hehe. in my opinion, ok jugak lah cerita dia. masih boleh di perbaiki. sometimes nampak sangat props tu di buat-buat, and ada yang nampak real. sometimes terfikir jugak, macam mana lah diorang bina kapal kayu tu. memang gempak. paling wa tabik masa action time. diorang lawan memang nampak real. macam filem kungfu pun ada. babak heroin pulak, sekejap sangat. cam watak embok tu, tak menyerlah..story line cerita simple dan mudah faham. tu la yang wa boleh bagi komen. for me, bukan 5 star lagi tapi it's a good start to make it as 5 star.

after makan, kami semua minta diri. we decide to go around putrajaya. sambil-sambil teringat zaman bercinta dulu selalu naik bas nadi putra haha. rindu zaman tu k. dan sangat skema sebab kami takda transport masa tu. suddenly we saw, pekan sehari sebelah masjid besi. wa exited gila sebab dah lama nak naik paddle boat!! ada promotion oleh cruise tasik putrajaya, rm10 for 30 mins. tapi si dia beria nak naik cruise tasik, rm15 for a ride. before promotion rm30 ! ok lah wa mengalah :(

 tahukah anda ini rumah lim kok wing ?!

ini pula rumah percutian tun dr. mahathir


can you believe, my Churp Churp increase everyday ? yippie !

Friday, March 11, 2011
pernah dengar churp churp ? dia lebih kurang macam nuffnang. senang je masuk churp churp ni. sebab dia facebook and twitter friendly. kita bileh iklan kan dalam facebook dan twitter kita. dengan hanya satu klik, kita boleh earn money. 

bukan 1sen atau 5sen/klik, tapi serendah 20sen. setiap hari rabu akan ada promotion setiap klik 40sen. so kalau rajin kita iklan kan, lagi banyak orang klik, lagi banyak earning. bukan susah pun :) duduk-duduk main facebook tak dapat apa-apa baik kita masuk churp-churp untuk dapat duit. 
ajaklah kawan-kawan masuk churp churp. lagi ramai kawan, lagi bagus. sebab kita dapat reward :)

setiap hari earning saya meningkat !! seronok  gila. tak percaya ??

jom churp churp!!

klik pada gambar untuk keterangan lanjut