The cutest handbage ever :)

Saturday, December 25, 2010
yaiikkss! exited gila bila handbag dah sampaiiii. wuhuuu dah lama wa cari handbag ni sebab sangat comel. before ni wa ada pernah nampak kat kedai accesories, tapi tak ingat kat mana. ada juga jumpa kat alamanda tapi more quality leather dia. actually bukan real leather lah. mahal dalam RM60++. tapi tak nak beli sebab wa pernah jumpa lebih murah.

so, ternampak kat The Long Sleeve Closet blog. RM35 each and ada 4 warna yang available iaitu pink, beige, chocolate dan merah. and wa beli yang merah. wuuhhuuu, rambang mata nak ambil yang mana. beige pun cantik tapi wa dah ada lain warna beige. tapi esoknya, sekali nampak orang lain jual promotion RM29.90 je! ok, tak boleh menyesal. hehe malah nak beli lagi. ish, tahan tahan!!!




Do you have muffin top belly ?

Wednesday, December 22, 2010
anda tahu, dekat badan kita pun ada muffin. bukan muffin kenny rogers tapi muffin top. apa tu? pernah tak tengok muffin? bila dia masak, dia akan terkeluar sedikit dari bekas dia kan. haa macam ni. ok, tak nak lah tunjuk yang real punya kan. agak memalukan hehe.


ok, burukkan. macam tu la if ada yang mengalaminya sekarang. bukan sahaja ada pada orang berisi tapi orang kurus pun ada jika pakai seluar terlalu ketat. selalunya, anda di nasihatkan untuk tidak memakai seluar yang ketat. seluar yang ketat tak baik untuk kesihatan kerana kulit memerlukan udara dan senang untuk pergerakan. pemakaian seluar yang ketat, boleh menyebabkan selulit juga terutamanya pada bahagian perut.

pernah tak tengok, perempuan pakai seluar jeans ketat naik motor tonggek tu. masa tu muffin melimpah-limpah masak. kalau dah tahu, pakai lah baju longgar sikit. ini, baju pun singkat. kita tengok pun malu. jika ada muffin top secara semula jadi walaupun tak pakai seluar ketat, itu maknanya berat badan anda meningkat! yes. saya mengalaminya. and i hate it. lepas ni kene makan jusmate5 balik. tunggu gaji!

jadi pengajarannya di sini, jangan pakai seluar ketat :)



Photoshoot Oh Photoshoot

Monday, December 20, 2010







alhamdulliah, wa di beri peluang kedua untuk provide shawl untuk photoshoot. sebelum ni pernah terima, tapi memang tak sempat nak pergi. sebab tak dapat ambil cuti on weekdays and takda orang nak teman pergi. so, this time wa try jugak cuti. even happy dengan tawaran tu, tapi agak terkilan sebab mostly stock shawl wa banyak yang outdated sedikit. means, ada yang lebih baru 2-3 design lepas design shawl wa tu. and im not ready yet. maklumlah, hari sebelumnya busy dengan kerja. balik pun malam-malam, jadi memang takda persediaan nak praktis pakai shawl.

pada awalnya, wa hanya tahu 8 cara sahaja, tapi rupa-rupanya 10 cara. tuhan je tahu masa tu nervous gila! seram sejuk masa masuk dalam studio. tudung pun bawak cukup-cukup je. sebab stock da habis. jadi ambil mana yang ada je. first-first nak pakai, terus jadi blurrrr. emm mana satu eah? memang blur gila. agaknya angin je orang lain tengok. tak ready. wa siap lukis-lukis dalam buku cara-cara pakai. takut lupa. maklumlah 10 cara.

paling bertuah, sebab model cantik Vee sangat pandai pakai shawl. macam-macam idea yang dia buat. even bantai je lilit, tapi jadi juga. terima kasih Vee dan rakan. sampai dah kering idea nak buat. fuhhh, berapa jam dok studio. dari pkul 2pm sampai 6.30pm. wa hanya pandai jual je shawl tapi pakai fesyen-fesyen ni tak berapa nak pandai hehe. selalu pakai simple je.

anyway, pengalaman yang best sebab kak aza pun peramah. abg kamera pun ok. and tak sangka jumpa ina naim kat studio. dia ada photoshoot untuk majalah pa&ma. dah 2 orang anak dah. semua ikut muka suami dia. still maintain je badan taw. selesai je cara yang ke-10 lega la sangat. tak sempat nak berbual dengan kak aza. sebab masing-masing sibuk nak tangkap gambar.

apa-apa pun wa tak puas hati dengan apa yang wa buat. and because im not ready. if ada peluang lagi lepas ni, wa sure buat yang terbaik. thank you kak aza from majalah nur. im very appreciate :)

Being as Plus Sizer

Sunday, December 19, 2010



being as Plus Sizer amat lah menyusah kan. paling seksa saat-saat nak pilih baju. tak semua baju kita boleh sarung seperti orang yang size nya normal. and sometimes, ia mengalang kita dari berfesyen. tapi zaman sekarang, ramai plus sizer yang tak kisah dan even more fashionable! the key is kita kene berani yakin dengan diri sendiri. biar apa orang nak kata. we should proud of ourself kan. we are unique!

tak semua brand yang sediakan size XXL, XXXL and so on. paling besar pun XL tapi tu pun kadang-kadang muat badan je pakai. anda pernah berada dalam situasi begini? mungkin tidak. jadi, orang comel seperti kami kadang hanya beli brand tertentu sahaja. and because we are unique, the price could be expensive too.

itu pun nak cari baju/seluar bukan sebab cantik tapi sebab ada size besar...kejam betul?! memang tak puas kalau nak shopping kalau jadi macam ni. simpan dalam hati je, bila kita pergi fitting room baju yang kita suka sangat tu, tak muat. sedih tuhan je tahu. jadi, kat mana nak cari baju yang sesuai dengan harga yang berpatutan?

1# reject shop, FOS
kat sini banyak blouse, kameja yang suits dengan size besar. kadang-kadang size L pun fit untuk yang size XL. anda design blouse dan kameja pun cantik-cantik. senang nak cari pilihan kat sini. harga mostly around RM29 - RM59. depends on the material juga. untuk yang XXL, jangan risau. selalunya, sure besar dari your own size.

2# VOIR, CheetahPlus
selalu VOIR mesti ada sale. kat sogo selalu la nampak orang kerumun kat VOIR. kemeja paling ramai orang rembat sebab murah. also their jeans pun murah. size jeans paling besar i think 38. woah, jangan risau nak cari jeans lepas ni! cheetahplus, design sangat cute and very young design. most of it, remaja beli. tapi tak salah if kita nak try kan :)

3# Nichii
siapa yang tak suka shopping kat nichii kan? meeeemmmang banyak choices. percaya atau tidak, size XXL pun ada. eventho, kita nampak kedai ni macam takda harapan untuk plus size tapi jangan takut nak masuk taw. suka gila shopping kat nichii. harga mahal sikit tapi puas. sebab banyak baju yang tendy untuk size yang besar :)

4# scarlet by jusco
scarlet sendiri ada special brand untuk plus size named scarletplus. size samapai XXXL pun ada. tapi wa tak pernah beli scarletplus sebab tak banyak yang berkenan. scarlet lebih banyak pilihan. size XXL pun ada. baju-baju kat scarlet sangat murah! paling best ada RM19 blouse/shirt. so, if anyone yang suka branded maybe tak layan brand scarlet ni :)

5# ms.read, big brown bag
mostly untuk orang yang bekerja and pertengahan umur sesuai untuk these brand. more to formal dress up and santai but a lil' bit pricey too.

memang best. wa dah dua kali beli kat sini. all kind of fashion can fits your size. don't worry. ada legging untuk XL to XXXL, belt and more.

sebenarnya ada banyak lagi tempat lain tapi ni je tempat yang wa selalu drop by. if ada yang menarik untuk plus sizer. jangan lupa share!

Mama, saya mahu ini untuk birthday saya :)

Saturday, December 18, 2010

 fantasy from britney spears


any watch that have same design

always heard many people keep talking about macarons
really wanna it!

photo by : max goh
celebrate my birhday at delicious
oh. thinking of their yummy carbonara!

the most wanted!
hahaha.


its ok if not all of them
satu pun boleh. please please :)


My First MakeOver

Sunday, December 5, 2010
it was like, hahahhaa. macam bapok kayh! but this is fun! you can try any high end make up products on your face. this is what im look like :)







www.taaz.com/makeover