Wedding Review : Baju Nikah by Wedding Galore

Wednesday, December 31, 2014
As Salam. Penat betul balik dari bercuti. Wa, Si Dia dan MIL balik kampung ke Penang. Sambil berkenalan dengan saudara sambil ambil angin. Tak sabar nak share cerita bercuti kat Penang. Sebab....banyak pasal makanan! Ok, back to the topic. Dah basi agaknya cerita pasal wedding Wa hehe. Too much pending entry nak post actually. 

As you all known, Wa beli kain lace di Bandung pada awal tahun 2014. Kain lace yang Wa beli ni warna cream ke kuning cair. Boleh refer entry yang lepas . Kain chiffon untuk lapik Wa beli di Jakel. Masa ni untuk kain saja, Wa habis dalam RM300++. Pada mulanya kat kedai memang nampak cantik soft je design. Tapi if uols nak beli, jangan beli sebarang. Kene tengok design sesuai tak dengan design baju kita nak. Macam lace Wa tak berapa sesuai kalau nak buat patch lace. Lace tak naik. Sesuai buat full lace macam tailor Wedding Galore suggest kan. Tapi sebab nak jugak design Wa suka, dia buat saje lah hehe.

This is my full dress ;





Wa suka cutting kurung moden yang baju dia atas lutut. Nanti nampak uols tinggi even uols berisi macam saya ni hehe. Kain potong 8 tu memang trend kan sekarang. Lebih kurang 4 meter pakai kain saja. Masa Wa beli kain chiffon ni dalam 8 meter. 2 meter untuk baju dan lebih buat veil. Shawl Wa beli lain sebab warna nak cair sikit bagi kontra. Wa pilih warna ivory/cream. Shawl by Anggun Zara. Memang material best, design shawl pun jujung potong bujur jadi senang nak gayakan, tambahan lebar kain dia. Highly recommended.

Wa jumpa Kak Dila, dia yang responsible untuk tempahan baju untuk Wa. Baik, peramah dan layanan pun ok. Untuk tempahan baju nikah macam Wa termasuk manik adalah RM700. Service manik dan patch lace tu yang buat harga tempahan mahal. Plus baju berlining. Kalau dulu baju tunang Wa tempah jahit baju kurung moden saja dalam RM300-RM400. Memula rasa agak mahal, hmm macam tak berbaloi. Tengok harga butik lain pun dalam range yang sama.


Hasilnya Wa macam tak berpuas hati. Memang betul kata Kak Dila, lace tu cantik buat full. Tapi Wa takut nampak gemuk nanti. Veil pun patch macam malas. Manik tak penuh pada veil dan labuh bawah punggung. Wa minta dia buat balik, patch kasi penuh dan tambah manik pada baju. Lepas siap tu, just okay-okay saja. Takda lah rasa macam WOW! A bit sad. But over all bila tengok dalam gambar, not too bad. I was happy that moment sampai lupa pasal baju haha.







Nanti detail baju yang closeup Wa akan tangkap gambar ye..Takda pula simpan..





Paling Wa suka, bunga tangan Wa tu memang penyeri baju Wa :) Thanks for Fahrenheit69. Sangat cantik dan suka gila warna pink!!! Memang padat habis bungat tangan ni. Sayang sangat bila dah layu T___T


Melaka Pre-Honeymoon Part 3 : ASAM PEDAS MELAKA LOT 85 & CAPATI KARI KAMBING PULAU GADONG

Saturday, December 27, 2014
Sambungan dari cerita Roti John...Esok pagi tu, kami bersarapan di hotel. Selepas tu jalan-jalan di Dataran Pahlawan. Tak naik pun Menara Taming Sari. Jalan-jalan cuci mata saja. Si Dia nak cari kasut Vans, Wa pula nak beli barang emas untuk mas kahwin. Orang tua pesan elok beli barang emas. Wa pun tak pasti. Tapi ikut saja lah.


Selepas tu, kami menuju ke kedai Lot 85, di Persiaran Hang Li Po. Pak Cik Wa yang introduce tempat ni. Parent Wa kalau datang Melaka, wajib singgah sini kalau nak makan tengah hari. Wa pula kali pertama nak mencuba, tapi nasib tak baik. Lauk banyak dah habis. Wa pergi dalam pukul 2.30 petang. Asam Pedas Ikan Pari je yang ada. Tapi sedap! Makan dengan nasi panas memang best. Sayang tak banyak pilihan masa ni.


Selepas makan, Wa nak pergi melawat ke rumah Pak Lang di Limbongan. Nak beli Kuih Keria Antarabangsa (Popular, tapi Wa tak pernah rasa lagi) tapi dah habis. Borak-borak sambil dijamu makan sekali lagi. Ok, Mak Lang punya Asam Pedas memang lagi sedap haha pekat gila!




Ya Allah, memang kenyang! Lepas Maghrib kami balik ke hotel rehat kan diri yang dah kenyang ni..tengok movie dalam bilik, tidur kejap sebab dah mengantuk then Si Dia kejut sebab lapar haha. Jadi, malam tu kami cari supper. Si Dia selalu lepak makan dengan geng motor. Jadi dia suggest nak makan capati di Pulau Gadong.


This is highly recommended! Gerai dia terletak kat betul-betul depan signboard Taman Pulau Gadong. Takda nama kedai ni, kami pun beberapa kali asyik terlepas. Agak ramai juga yang datang makan lewat malam. Wa tak pasti dia tutup pukul berapa. Yang best lauk nak cicah tu!! Wa sampai sini dalam pukul 10.30 - 11 malam. Lauk kami order kari kambing dan sardin...tapi sayang asam pedas ikan duri dah habis. If makan 10 keping pun tak perasan! Both cicah memang sedap gila. Ni orang melayu yang buat. Homemade capati. 

Si Dia memang tak suka duduk hotel kalau bercuti. Kerja berjalan saja, ada je nak makan hehe. If uols malam-malam pukul 10 keatas tu bosan dok hotel tengok tv, apa kata uols turun cari supper macam roti john and capati ni!! Ok da... Last entry untuk jalan-jalan di Melaka, lagi satu kedai Asam Pedas nanti Wa akan share. Bye!

Wedding Review : Pelamin Nikah by Fahrenheit69

Tuesday, December 23, 2014
Sebelum ni, Wa ada sedikit kekeliruan untuk pilih nikah di masjid atau di rumah. Kalau ikut kan ramai suka di masjid sebab senang, tak perlu nak sepah-sepah rumah. Kenduri juga, selalunya masjid ada sediakan pakej makanan atau tempat sahaja. Pada mulanya, abang Wa suggest untuk nikah di Masjid Besi, Putrajaya. Memandang Mama tak berapa nak setuju sebab takut susahkan orang, dan fikir orang-orang tua yang nak pergi. Dengan transport lagi, agak sedikit kelam kabut. Jadi, Mama stay plan nikah di rumah.

Tambahan pula, Baba ada tanya imam di masjid, kebanyakkan orang Bangi suka nikah di luar seperti Putrajaya atau rumah. Rumah Wa dengan masjid tu, memang boleh kira 300 meter kot. Dan Masjid sekarang dah ada protokol sendiri. Tak boleh hias, tutup aurat, buat bising dan ada yang tak benarkan jurugambar yang ramai. Aktiviti agak terhad, kira lepas nikah terus balik! Ada tak uols jumpa macam tu. Ini kerana nak menjaga kesucian ketertiban masjid tu. Hmm Wa sokong juga. Lastly, Baba pun minta nikah di rumah. Abang Wa punya team yang akan amek gambar, memang diorang tahu betapa susahnya nak snap gambar yang cantik kalau nikah di dalam rumah yang sempit. Dugaan ramai jurugambar, nak snap banyak penghalangnya nanti. Jurugambar susah nak dapat posisi menarik. Haa tu sesetengah jurugambar rasa agak mencabar sikit.

Bermulanya pencarian pelamin nikah di rumah. Wa ada tanya beberapa vendor lain seperti Azmah Ahmad Wedding Deco (AAWD), Zaifie Zainal (pernah buat pelamin tunang Wa), BeautyMe Wedding (buat Liyana Jasmay kenduri baby dia, Eyka Bridal Bangi, beberapa lagi yang Wa jumpa dalam Instagram. On the top list AAWD selepas Wa jumpa di festival Jom Kahwin, Shah Alam kerana suka dengan platform hantaran transparent! Survey di Eyka Bridal, pakej sangat menarik, pelamin cantik, harga cantik, tapi masa tu platform hantaran tu dia takda buat lagi (recommended tau, pelamin dia cantik2)

Yang lain harga tak munasabah RM1k hanya pelamin sahaja T_T Yang murah pun, just sangat simple, prop cincai punya. Wa ada tengok kawan kahwin, kebetulan Wa ada follow IG Fahrenheit69. Tengok pelamin yang sama Wa suka. Jadi Wa terusnya ambil dia.





Fahrenheit69
Nama owner dia Ramzee. Very professional and bagus. Dia akan bagi suggession yang uols akan rasa nak ikut je cakap dia. Haha he's very talented la. Young and high motivation person. Tabik kat dia. Dia kira baru jugak bukak business ni. Benefit bila kita ambil vendor yang macam ni, fresh, young, creative and talented adalah diorang tak berkira. Sebab nak beri yang terbaik dekat client diorang. Yes true. Even my family sukat sangat hasil kerja dia.

Pakej Pelamin Nikah
Pakej pelamin yang Wa ambil ada ; pelamin, bunga fresh flower 4 pasu, platform hantaran, FOC bekas hantaran,FOC hand bouquet dan set meja nikah bersama bantal. Harga kesemua adalah RM1k. For me, its a bonus to get that price untuk fresh flower. Most of pelamin nikah, harga artificial pun dah hampir 1k. Plus, Wa ada request nak tambah side wall curtain.

Design Pelamin Nikah
Masa discussion, Wa ada bagi beberapa contoh design yang Wa suka. Especially bahagian flow curtain tu. Hehe Wa minta refer pada gambar ni. Tapi tak sama sikit haha.






Wa suka clean and white. If dulu takda curtain kat side wall, jadi Wa tambah bagi nampak sama semua. Nak tangkap gambar nanti cantik lah. Bunga tu Wa bagi tema warna apa. Basically, bunga Wa tak kisah pun, if pakej macam selalu ada limitation lah. Bunga mahal dia tak masukkan. Paling best karpet die bagi full satu hall. Lampu LED warna pun ada sekali. If berminat boleh follow IG @fahrenheit69 !
Wa belanja gambar okay :)



Enjoice!

Melaka Pre-Honeymoon Part 2 : Roti John Barkat & Ayam Golek, Melaka

Saturday, December 20, 2014
Kalau tak cerita pasal makan memang tak sah! Si Dia ajak makan tempat selalu geng motor dia lepak. Orang motor ni memang pandai cari tempat makan. Serius nih. 

Kalau uol tahu Giant Bachang, haa kat situ lah. Rasanya yang kat situ kedai baru. Mungkin ada tempat lain. Kalau google ada kat Tanjung Kling, Wa pun tak pasti. Apa yang istimewa roti dia ni, adalah Roti John Asli. Wa tak tahu apa beza asli dengan tak asli heheh. Yang Wa tengok roti ni takda mayonis, timun, or  sayur2, and telur pun mungkin tak banyak. Sos cili diberikan asing. Inti ikan bilis yang garing dan ramuan yang Wa tak pasti.

Picture taken from www.vkeong.com

Roti dia garing dan telur macam tak rasa sangat sebab dah garing, macam roti telur garing cicah sos, macam Wa rasa. Ramai yang suka. Pada Wa okay-okay saja. Wa suka lagi Unan Roti John! Haha. Bau mentega saja dah beratur satu Putrajaya (ececeh tipu saja) Its too plain for me. Ayam golek dia pun okay-okay saja. Masin sikit pada Wa. Overall, okay la nak lepak, tapi untuk puas makan nak mengidam sampai datang Melaka. Belum lagi tahap tu :)

So, orang Melaka ada lagi Roti John yang best? Wa dengar ada orang cakap belakang Hospital? Wa just baca-baca saja. Or yang bukan di Melaka? Tolong suggest ok, Wa memang peminat Roti John. Yang Wa tahu Unan Roti John saja hehe.

video

Wedding Review : Makeup Nikah by Vee Elfaiiziens

Friday, December 19, 2014
Entry ni paling Wa suka hehe. For me, makeup nikah dan sanding memang sangat penting dalam perkahwinan. If dapat hasil yang tak memuas memang hilang betul mood masa majlis tu kan? Serius and majlis tu pula once in a life time. We all bukan selalu makeup vogue2 kan?  So, Wa cuba cari yang terbaik untuk majlis Wa. Simpan sedikit duit untuk kepuasan diri, tak salah :)



Wa pilih Vee sebagai MUA untuk nikah. Untuk makluman, dari zaman Vee start blog lagi. Hari-hari tengok customer dia makeup. Cantik dan sweet je. Cousin kahwin, abang kahwin Wa siap promote lagi haha. Dan sehingga kini, makeup dia banyak sangat improvement. Simple, flawless, kemas dan perfect I would say. Dapat saja tarikh nikah, Wa cepat-cepat tanya Vee, sekarang ni nak booking kene pakai FB. Klik sini. Bayang kan awal bulan Januari Wa dah confirm booking sebab Wa takut sangat tak dapat. Tarikh Wa nikah tu macam ramai yang ambilkan. 

Alhamdulillah, dapat. Masa umur zaman belajar lagi dah aimed, Wa kahwin nak dia makeup!! Impian termakbul. Harga masih lagi mampu bayar, InshaAllah jangan takut tanya. She's very humble and soft  spoken person. Dua tiga hari sebelum nikah, Wa whatsaap Vee untuk remind alamat and time untuk nikah. Pada asalnya family Wa plan nak nikah lepas Zohor. Jadi janji dengan Vee dalam pkul 1.30 petang start makeup. Oleh kerana postpone ke lepas Asar, Wa start makeup pukul 3 petang.

Vee ada customer lain selepas tu, jadi dia pun tak banyak masa berlama-lama kat rumah Wa. Wa takut awal sangat dia makeup. Maklumlah masa tu mungkin start nikah pukul 5! Tapi percayalah, orang dah berpengalaman. Vee sangat punctual, tepat pukul 3 dah ada dalam bilik Wa. Wa yang masa tu masih berangan-angan dalam bilik. Masa tu ramai dah orang, Wa duduk dalam bilik baring untuk tenang kan hati dan cuba tidur. Lepas kawan Wa datang, borak-borak sampai lupa pasal nak ready makeup.

Vee whatsaap Wa sediakan beberapa pin shawl dan kerusi untuk makeup. Bila Vee sampai, Wa lupa pakai lense hehe. Punya gabra. Dah lama tak pakai lense. Vee relax je, tunggu sambil susun barang-barang dia. Ya Allah lembut betul tangan dia. Dia spray muka sambil tu borak-borak. Wa masa tu di ambang nak demam selesama, jadi tak berapa nak bercakap sangat. Dengan selsema lagi. Vee siap offer ubat selsema! Haha bagus betul.

 Close Up !



Apa yang Wa suka, memang cepat dia makeup, Vee cuma minta kita pandang kiri, pandang kanan, tengok atas bla-bla macam tu la. Tak rasa pedih ke, rimas ke. Nothing. Sangat comfortable. Masa tu cousin Wa dah ramai dalam bilik kecoh-kecoh. Vee tanya-tanya la Wa, baju warna apa sebab nak kena dengan makeup mungkin, nak macam mana. Wa serah kan pada dia je. Dia tanya macam-macam just nak buat kita selesa :) Paling ramai puji KEMAS! Bahagian hidung dan kening paling Wa tabik spring!!! 

Thanks Vee !

Masa makeup dia tanya jurugambar sebab masa ni selalu orang tangkap gambar. Jadi tak mahu lah moment tengah makeup tu terlepas. Then, dia tanya siapa lelaki yang masuk ni. Sebab Wa tak pakai tudung, mungkin dia concern juga :) Abang Wa kan photographer hehe. So, dia gayakan tudung lilit-lilit semua, yang best Wa suka style dia lilit tu, memang kurang nampak lemak kat dagu :) Dia kata memang trick style tu untuk hide lemak haha. Nampak sangat kannn di situ. Ini lah kebaikan kalau dapat MUA yang bagus dalam lilit-lilit shawl haha. Ok lepas makeup Vee nak cepat untuk next customer, maklumlah Wa dah ambil masa dia. Ramai pula nak bergambar dengan dia hehe.

Love the makeup soo much!

Turun je bawah, dengan ramai orang!! Hidung dah meleleh laju, Peluh pun sama. Gabra lagi. Dah pesan awal, kipas kasi Wa direct! Haha. Lap-lap tisu sikit, pudar sikit kemancungan hidung ku haha. Memang tak tahan masa tu. Dengan lense buat hal, mata merah berair-air. Menangis nye. Haru makeup Wa. I blame the lense!! But after all.... Highly recommended MUA for your wedding. Pada pendapat Wa, Vee makeup natural, jadi sesuai sangat untuk nikah. Kalau tak silap lepas ni, Vee akan based di Kuantan, Pahang. So, yang ada kat sana cepat reserve hehe.


Melaka Pre-Honeymoon Part 1

Thursday, December 18, 2014
Alhamdulillah genap sebulan bergelar isteri. Banyak masih perlu pelajari. Untuk entry ni, Wa nak cerita jalan-jalan cari makan di Melaka. Orang kata Honeymoon tak rasmi haha. Ini adalah hadiah perkahwinan dari Baba. Setiap anak dia yang kahwin, mesti dia bagi bermalam di Melaka. Tiga hari dua malam di Ramada Hotel, Melaka. Maaf lah, kalau update Wa slow sangat pasal review vendor-vendor, Wa tak simpan banyak gambar, kene tunggu gambar dari photographer, cantik sikit :)

Selepas check out di Impiana Hotel, KLCC (ada cerita best!, later Wa share), kami singgah di rumah Bangi ambil barang sikit, jumpa parent Wa dan Hadiah hehe. Kami bertolak ke Melaka dalam pukul 3 petang, sampai di hotel pukul 5.30 petang. Untuk makluman, Baba ada voucher penginapan hotel ni, jadi setiap tahun akan dapat, voucher untuk diskaun, dinner, lunch, hi-tea, spa, gym, bermalam etc.

Executive Suite
Naik je tingkat suite level ni, rasa macam takda orang! Okay agak scary juga tau. Tapi lepas masuk je bilik rasa nak menangis T______T



video

So, this is me. Fatty Wa in da house ;P Enjoy

As you can see, katil memang besar, bantal banyak and lembut. Bilik pun besar, sorry gambar tak banyak. Permandangan bilik ni Bandar Melaka dan nampak laut. Perfect! Thanks Baba for the gift. Yang tak best, bilik air takda bath tub. C'monnnn bilik besar ni takda bath tub. I think if ada pun maybe price dia lain kot. Mini bar dia pun simple je. Btw, tv dia ada offer movie-movie yang baru, tapi kena beli, nanti masuk bil.


Club House Hi-Tea
Lepas dah puas tengok bilik, untuk suite akan selalunya akan dapat macam hi-tea percuma. So, we all pergi kat Club House Lounge. Untuk berdua makan sebigini?! Asyikkkkkkkkk dong. Owh ada lagi mihun goreng, air jus dan buah-buahan. Dengan permandangan laut, kami berdating hehe.



video

Paling best kat sini, coffee maker dia. Expresso, Latte, semua ada. So, haritu kami bermula lah episod jalan-jalan cari makan. Actually untuk malam, we all tak dinner. Saja nak round-round Bandar Melaka, lepak Hard Rock Cafe layan band.




Hari biasa di Bandar Melaka memang mati. Ramai pelancong yang jalan kaki ambil angin. Layan angin tepi sungai kat Hard Rock Cafe memang santai. Duduk dalam tu memang bising, plus tak selesa. You know what I mean. Wa tak minum apa pun. Kat luar tu just ada kerusi-kerusi santai. Si Dia minum air sambil melayan angin malam. Seronok even we all tak berborak pun. Just enjoy the scenery :) Lepas tu, we all lapar, pergi cari Roti John!!! Sambung next entry :) Wa recommend hotel ni, dia dekat dengan Kamping Morten, tapi nak pergi bandar kena naik kereta la, tak jauh pun. Ok daa


Wedding Preparation : Dekorasi Bilik Pengantin

Sunday, December 14, 2014
As Salam, kali ni Wa nak share berkenaan dengan bilik tidur pengantin. Kalau dulu masa Wa pindah Bangi, parent Wa buat bilik bawah. Tak larat nak naik tangga. Jadi master bedroom ni bagi Wa. Bila abang Wa kahwin, jadi lah bilik dia. So, tahun ni Wa kahwin, Wa ambil balik bilik tu hehe. Alhamdulillah bilik ni luas, ada bilik air sekali. Selesa dah duduk berdua.


Warna Bilik
At first, memang susah nak cari warna yang sesuai dan kena dengan pilihan. Wa suka pastel dan soft colour. Kalau pergi kedai cat tu, banyak sangat warna. Warna asal dulu soft pink. Pilihan warna yang Wa suka, mint green, soft peach, and powder blue. Warna yang family Wa setuju adalah mint green. Feature wall tu letak pekat sikit dari wall yang lain. So, kami pilih yang ada shining sikit - Satin Glo. Bila cat nampak kemas dan tak berkapur sangat. Finishing Satin Glo ni memang cantik. Kebetulan masa beli cat ni kat Home Depo, Bangi orang Bangla yang angkat tu bagi nombor kalau nak upah dia cat. Satu bilik dalam RM150 kalau tak silap. Murah kot, Wa pun tak pasti kalau kat luar berapa. Lepas tengok dia cat kemas gila, Baba mintak dia datang lain untuk cat perabot kat rumah dan pintu bilik.


Perabot
Biasanya bilik pengantin perabot baru belaka. Hehe Wa tak beli pun. Perabot rumah penuh sangat. Jadi pakai saja yang lama. Cuma upah cat balik bagi nampak baru. Lagipun katil yang ada tu jarang guna. Mama tempah tukar kepala katil saja. Sebab kepala katil yang lama habis kene cakar dengan kucing. Tak cantik. Kalau perasaan dekat area Abdullah Chan, Bangi ada kedai yang boleh perbaharui perabot kita. So, hantar la kat sana. Ambil masa dalam 3-4 minggu. Boleh ikut design, matieral yang kita nak. Macam Wa, mintak dia tukar PVC dengan baldu dan tambah diamond. Service dia bagus, orang kilang akan sentiasa update dan call kita masa nak buat tu. Harga dia charge dalam RM300-RM400. Yang lain almari, meja makeup, side table cat baru warna hitam. Satu je tambah yang baru sebab bilik Wa kosong sangat. Beli console table nak tambah seri sikit hehe.


Langsir
Langsir ni, kami beli dekat Tee Wah, Mines. Tee Wah memang tempat langsir yang murah. Yes, murah! Pada mulanya, nak cari langsir warna dark purple. Sebab tema lebih kurang Mint + Purple. Tapi sebab tak jumpa. Wa berkenaan pula design langsir abstract ni. Warna silver. Bila fikir takut rasa pucat. Lepas siap, bila pasang memang pucat. Tapi kesan dia, bilik nampak cerah dan luas! Haha cuma kena cari satu element yang ceriakan bilik Wa. Apa uols rasa?

Hiasan
Untuk hiasan, Wa nak yang simple saja. Wa tempah fresh flower daisy in hot pink dua pasu. Satu letak pada console table satu di side  table. Tapi bunga yang dapat takda lah hot pink sangat. So, tak berapa nak jadi lah macam Wa nak. Cuma Mama ada beli daisy hot pink kat ikea. Yang fresh flower tu Wa lupa nak snap. Yang lain cuma hiasa simple2 je. Wangian Wa letak bunga rampai dan aromatheraphy stick je :)



Cadar & Bantal
Memang selalunya, cadar pengantin Mama akan beli dekat Sogo. Banyak pilihan dan harga pun ok. Masa beli ni tengah Sale. Tak ingat Sale apa, tapi uols tahu la kan, Sogo selalu sale hehe. Masa survey, Wa berkenan dengan cadar yang ada lace atau sulam kat hujung kain. Putih atau cream. Tapi Baba n Mama tak setuju. Tiba kat Madison & Co, ada 70% kira satu set tu harga dalam RM350-400. Berkenan sangat sebab warna Mint Green dan bunga dia Silver. Pada mulanya takut nak terlalu sama dengan langsir dan cat dinding. Tapi gagahkan beli. Mama decide nak tambah manik-manik warna purple bagi nampak lain hehe. Rajin sangat kan. Even masa Abang yang pertama kahwin pun Mama jahitkan manik! So, Wa tido kene terbalik kan sarung bantal tu. Kalau tak memang sakit hehe. Nanti Wa snap close up!

Review : Plain Shawl from Purdy Petals, Anggun Zara, Cattleya Couture, Waffaa

Thursday, December 11, 2014
As Salam, baru-baru ni Wa mula balik nak pakai shawl, setelah sekian lama tak pakai. Masa zaman study dulu rajin lah lilit-lilit. Maklum lah masa tu memang baru sangat nak naik trend shawl ni, dan Wa pun memang ada business online.




Dah mula kahwin, ni nak tukar sikit lah cara penampilan. Si Dia selalu kata Wa pakai tudung Ariani macam orang tua T_T, Wa memang suka pakai tudung awning especially Ariani. Setiap kali Sale tu, memang susah nak missed. Confirm pergi, dah depan rumah je kan. Wa suka pakai Awning Chiffon if pergi event atau kenduri. Sesuai dengan baju kurung. Dan yang plain lycra dengan baju kerja, dan awning bercorak dengan blouse plain if nak pergi jalan-jalan. Memang praktikal la kalau nak travel ke kan. Tak perlu nak gosok-gosok. On the go punya style!

So, Wa berjinak-jinak nak try balik, and sekarang ni pun shawl punya size besar-besar. Wa ada beli beberapa shawl dari online. Kebanyakkan yang Wa minat, chiffon plain dan paling utama, jahitan tepi yang kemas. So, senang nak bentuk. Tu buat shawl laku dan cepat sold out berbanding dengan shawl jenis jahit mesin yang gulung tu (Wa pun tak tahu nama jahitan tu, tapi mesti uols tahu). So try review satu-satu ;

Purdy Petals - www.purdypetals.com
Warna memang banyak sometimes rasa nak beli semua! Lebih dari 30 warna kot! Yang bercorak pun sama, memang lain dari yang lain. Untuk size yang normal harga RM30. Wa nak bagi 5 bintang. Tak pernah lagi jumpa yang jahit sekemas Purdy Petals! Serius halus dan buat shawl kita senang dibentuk. Cuma if beli saiz normal tu, kecik la saiz dia. Kene la beli yg XL ke kan. Harga lebih sikit la. Patut yang normal tu saiz die lebarkan lagi, lebih selesa :)) Agak lambat sikit nak reply, kena faham lah ramai order. Tapi jangan risau, staff die akan reply. Sabar saja, giliran pasti tiba :)




Anggun Zara - www.anggunzara.com
Pilihan shawl masa Wa nikah. Potongan shawl dia besar dan bujur dihujung. Senang lah nak gayakan. Collection popular dia Kate. Plain shawl. Warna tak sebanyak Purdy Petals tapi menarik juga. Jahitan kemas halus tapi Purdy Petals memang champion lagi. Other option memang Wa akan pilih Anggun Zara. Harga RM35 sehelai, baru-baru ni promo 3 helai RM100. Kedai kat Seksyen 7, Shah Alam dekat dengan kedai Popia Ali. Recommended jugak!! Bagi 4 bintang. Service dia memang bagus, Sebelum pukul 12 Wa buat payment, haritu jugak dia pos. Esok dah dapat. Even staff dia salah pos shawl yang Wa nak, Wa email dan dapat reply cepat. Terus haritu dia pos shawl Wa dan duit untuk pulangkan shawl balik. GOOD SERVICE!!





Cattleya Couture - www.cattleyacouture.com
Wa follow instagram dia, baru-baru ni launch koleksi Diandra plain shawl. Memang tengah cari kan, so Wa grab 3 warna, Butik dia ada kat  Taman Impian Kajang. Untuk siaz dan kain dia memang Wa suka. Besar dan cukup dan tutup dada dan belakang. Harga dia mahal sedikit RM39. Mungkin bagi butik lain, saiz besar macam ni harga lebih kurang RM36-RM39 macam tu. Jahitan tepi agak tebalsikit. Kalau nak buat bentuk kat muka tu macam tak sharp sangat lah. Wa bagi 3.5 bintang.



Waffaa - www.lovewaffaa.com
Waffaa. Warna yang popular pun pastel. It's remind me Purdy Petals punya colour, soft and pastel. Jahitan tepi dia ok, halus lebih kurang macam Anggun Zara. Good choice jugak. Harga RM35 untuk large. Size dia tak kecik tak besar sangat. And saiz dia ikut panjang. Lebar dia sama. Nak beli kat website, boleh email atau kat nanavendor and lawalawalah (bangi) yang Wa tahu. Lambat sangat nak pos. Bukan setiap hari dia pos.



Next yang Wa berkenaan dari Bidadari Couture and other label yang uols tahu tolong la recommend :))