Lush Singapore Haul (Online)

Friday, October 31, 2014
Weeehuuuu this is my first time purchased some stuff from Lush. Memang exited bila selalu tengok youtubers yang asyik review pasal Lush. Asal masuk season baru je, ada je la video Lush Haul! Nak tahu jugak best sangat ke?

My SIL, ada whatsapp yang dia nak bagi suprise sebab nak bagi Wa Lush, tak tahan sangat nak bagi tahu, dia tunjuk la gambar. Exited gila bila tahu!!! Siapa yang tak nak. Haha. So, after that Wa pun try nak beli by myself. 






Cara-cara nak order, just log in www.lushsg.com dan pick your order. Tekan butang checkout untuk buat pembayaran. Kesemua harga adalah dalam SG USD. Delivery charge S$13.20 lebih kurang RM33.86. Uols boleh refer rate dekat currency converter kat Google. Pembayaran boleh guna VISA/Mastercard, Debit Card pun boleh (ada logo Visa tu ok lah). Charge akan dikenakan untuk transaksi dalam RM3++ camtu. Nanti boleh cek dekat Online Banking uols. Macam Wa guna Debit Card, if takda PayPal, masa tu dia register terus. Pada pendapat Wa, proses pembelian online dia amat mudah.

Penghantaran, bagi dalam Singapore dalam masa 2 hari tapi untuk luar dari Singapore ambil masa 2-5 hari. Experience Wa dan SIL dalam masa 3 hari dah sampai. Dia guna agen kat Malaysia, contoh macam Nationwide. Once, Lush dah update tracking number, uols boleh cek kat website and ada contact number courier services (Aramex) dia kat KL and JB. So, senang nak track. Dan Alhamdulillah, barang semua ok dan tak pecah. Setiap item dah dibalut dengan plastik. Cuma ada 1 sabun je yang cair sikit. Mungkin panas ke, tak pasti. Then Wa letak dalam peti ais, ok balik. Oh hati-hati sebab bath bombs dia agak rapuh!


Ni barang yang Wa beli. ada 5, patut bagi lah Free Gift ke sample ke haha. Tak tahu lah kalau boleh request kan masa order tu (memang ada ruang untuk tulis if nak request apa2). So uols boleh tengok dalam website dia untuk tengok bahan-bahan semulajadi Lush ni. Or youtube! Memang fresh ingredient!

1) Cinders 



Heat up your holidays with this sweet and spicy bomb inspired by fireside gatherings with family and friends. We combine crackling vegan popping candy with stimulating cinnamon leaf oil to recreate the warmth of the hearth. With a bath so inviting, you can skip the open fire and curl up with this fizzer instead.

2) Creamy Candy


Our bubble bars are very gentle, even for sensitive skin and Creamy Candy is no exception. Lay back into sweet, frothy, and fluffy bubbles that smell like delicate vanilla candies and cotton candy. In fact, you’ll feel like you were bathing in your favorite sweet shop. Our sweetest bubble selection, Creamy Candy is for those who love their bubbles bright pink and delightfully sugary. It's a combination of luxury bath melt and bubble bar, loaded with generous chunks of cocoa butter to melt and softly moisturize your entire body while you bathe

3) The comforter



When life is getting you down, crumble The Comforter under hot, running water for passionately purple water and creamy, comforting bubbles. This massive slice of vibrant fruitiness gives you the feeling of being enveloped in a warm hug and gently consoled by the friendly fruity aroma of a blackcurrant candy. It was created to bring a real sense of comfort to people, just like a real comforter would. Snuggle in, and stay undercover until you’re ready to face the world once again. Even better, each bar creates two baths of fruity comfort.

4) Rock Star



There’s nothing hard rock or heavy metal about this soap. We’re serious about soap, but not too serious not to love our pink sudser. It’s unabashedly a best-selling pop hit that everyone, boys and girls, can’t wait to get their hands on. While you may object otherwise, once you try our pink, vanilla-scented cream soap you’ll be singing a different tune. Scented with real vanilla (the gorgeous stuff that comes from pods, not labs), and decorated with soap stars embedded inside you’ll want to give Rock Star a regular rotation in the soap dish.
5) The Godmother

We know some of you out there use dish soap to wash your hands. Consider this bar of pink, candy sweetness your hand washing fairy godmother and make the switch! Much gentler than the stuff by the sink; our Godmother will charm and enchant your entire body with the famous Snow Fairy scent of bubble gum and candy floss. Our loyal fans and customers wanted a soap that smelled like our famous Snow Fairy shower gel, and we just couldn't say no. Care for your skin and satisfy your sweet tooth all in one wash!

Nanti Wa review selepas guna! Owh btw, bau dia taklah nyummmyyyy sangat! Macam gula hacks pun ado ;P Now, thay had Free Shipping if more than $200!!

Resepi : Aglio Olio Seafood

Tuesday, October 28, 2014
Okayyyy ini entry kedua Wa share resepi! Nak kahwin ni kena asah bakat sikit-sikit even tak pandai sangat pun kan. Hehe. Btw, resepi yang Wa share mostly mudah dan senang nak buat. Uols pun harus cuba!


Bahan-Bahan **ikut selera anda
Minyak Zaitun
Bawang Merah
Bawah Putih
Spagetti
Udang/Sotong/Ikan/Ayam
Cendawan
Tomato/Lada Benggala
Serbuk Cili (Chili Flakes)
Lada Hitam

Mula-mula Wa akan rebus spagetti dulu untuk lembutkan. Masukkan garam dalam periuk rebusan tadi, dan biarkan sehingga lembut.

Kemudian, Wa akan potong cincang atau halus untuk bawang tadi. Kalau tak letak bawang merah pun takpa, tapi bawang merah boleh tambah untuk tambahan perasa. Potong halus ye. Masakkan dengan minyak zaitun sehingga layu.

Kemudian, Wa masak bersama kulit udang dulu untuk beri perasa ala "seafood" , lepas tu buang kulit dan masukkan air udang sikit di masak bersama cendawan, tomato. Last sekali masukkan udang. Bahan-bahan ikut selera ye. Saja je kasi UMPPH. Kalau nak sedap campur sotong dan ikan. Pastu gatal-gatal haha.

Bila dah cukup masak, Wa gaulkan spagetti tadi dalam adunan asas tadi, dan gaul sehingga rata. Masa ni tak dah tutup pun takpa sebab spagetti tadi masih panas.Untuk penutup, Wa tambah sedikit garam, lada hitam dan serbuk cili untuk lengkap kan rasa!! Siap!

Untuk siapa sukakan masakan yang simple dan ingin berdiet. Memang sesuai sangat. Lagi banyak cendawan lagi syok. Selamat mencuba!



Prosedur Kahwin di Selangor

Monday, October 20, 2014
Alhamdulillah, setelah selesai habiskan prosedur untuk borang-borang kahwin, lega rasanya!! Memula Wa pun agak confuse nak settle kan borang kahwin ni, tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar.  Proses mudah, Wa berkahwin dengan orang Selangor juga. Jadi proses nya simple. Apa yang perlu kita buat?

1) Kursus Kahwin
Maybe ada yang dah pergi kursus kahwin masa zaman study dulu dengan member. Tapi Wa tak pernah pergi lagi haha. So, Wa pergi kursus kahwin kat Presint 9, Putrajaya. If uols tengok website Jakim, ada senarai kursus kahwin setiap minggu. Google saja, berlambak tempat kursus kahwin. Ini contact number tempat kursus kahwin Wa, boleh tanya pada Kak Ana 012-978 3149. Yuran adalah RM80 seorang selama satu setengah hari. Makanan disediakan. Sijil akan siap dalam tempoh 1-2 minggu. Boleh call untuk semak.

2) Ujian HIV
Wa ada buat entry berkenaan ujian HIV. Ujian ini hanya valid dalam tempoh 6 bulan sahaja. Jadi pandai-pandai lah uols budjet. Dan hanya di klinik kerajaan. Salinan akan diberi 2 salinan untuk disimpan oleh anda dan untuk pejabat agama.

3) Borang Nikah Online (Selangor)
Borang nikah boleh didapati di website ini. Buat akaun dan boleh isi borang-borang iaitu borang 1, borang 2C dan borang 2D.

  • Borang 1 - untuk mastautin, jika I/C and a sama dengan tempat tinggal sekarang tak perlu isi
  • Borang 2C - berkenaan pihak perempuan, 
  • Borang 2D - berkenaan wali
  • Senarai Semakan - untuk penyediaan lampiran-lampiran seperti I/C pengantin, I/C wali dan 2 saksi, borang HIV, salinan sijil nikah ibubapa dan salinan sijil kursus kahwin. Jika, anda janda/duda perlu ada lampiran-lampiiniran lain. Boleh semak pada borang ini.
4) Penolong Pendaftar Nikah (Seksyen 9, Bangi)
Bila dah lengkap semua borang, boleh buat temujanji dengan Penolong Pendaftar Nikah yang dilantik, Anda boleh semak dengan Pejabat Agama yang berdekat atau dalam daerah. Dia boleh beritahu nama dan nombor telefon PPN di dalam kariah kita. Untuk Seksyen 9, Bangi Ustaz Said Othman. Atau boleh call pejabat masjid berdekatan.

Anda perlu datang bersama ;
  • Wali
  • 2 orang saksi
  • Lampiran-lampiran berkaitan termasuk pengesahan permohonan nikah pihal lelaki
Ada yang berpengalaman kena ditanya soalan-soalan berkaitan agama dan perkahwinan, Wa jumpa haritu tak kena pula, mungkin sebab ustaz nak cepat. Be prepare saja hehe :)) Bila borang dah lengkap PPN akan minta pengantin, wali dan saksi sign dihadapannya dan selepas itu baru dia sign.

5) Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), Hulu Langat
Bangi dibawah PAID Hulu Langat, jika anda tahu PAID Hulu Langat dan berpindah ke Bangi, dibelakang sekolah agama, satu deret dengan BOMBA, Balai Polis. Masa ni, ayah Wa yang pergi hantar borang. Tunggu untuk pengesahan oleh pegawai dalam 15-30 minit dan anda akan dapat borang kuning iaitu permohonan yang telah diluluskan. Masa ni boleh juga tanya jurunikah kawasan anda siapa? Ada yang booking awal sebelum hantar borang, kalau dah kenal-kenal tu lebih mudah urusan. Yuran RM10. Kelulusan borang nikah hanya valid 3 bulan saja ye!

6) Jurunikah
Selesai, borang tadi, serahkan borang-borang pengesahan tu kepada Jurunikah. Macam Wa, PPN yang sign tu adalah Jurunikah juga. Jadi senang lah kerja. Wa tak pasti lah kalau memang semua sama. PPN adalah Jurunikah, I dont really know. Uols kene semak and confirmkan dengan PAID ye. Apa yang perlu anda buat, call atau senang jumpa Jurunikah buat confirmation dan set date dan masa anda nikah. Pastikan dia catat dalam diary/telefon atau mana-mana. Kalau boleh tengok dia tulis (punya lah takut dia lupa ke kan haha) macam ayah Wa sampai minta dia semak buku dia depan kita, so, sama-sama nampak. Yakin lah sikit. Sometimes, orang nasihat remind Jurunikah 1 day before ke untuk reminder. InshaAllah, dipermudahkan.

Seterusnya, Wa akan sambung proses untuk Sijil Nikah, Kad Nikah. Pernah dengar intensif perkahwinan belia yang terima RM500?? Uols ada apply tak?


Kain Chiffon Silk

Thursday, October 16, 2014
Kita cerita benda lain pula. At this moment I'm craving lobak goreng kat Sogo! Kurang sebulan nak kahwin ni, macam-macam Wa craving. Paling best, our "honeymoon" trip pun banyak dalam plan nak makan-makan. And sampai Si Dia kata, diet lepas kahwin nanti. Lepas kahwin fikir boleh tak? Haha nonsene. Corset tu pakai nampak perut. Apakah??

Ni baru sebahagian T_T
Masa pergi Bandung, memang ada dalam checklist nak beli kain chiffon silk untuk buat baju kurung. Memandangkan Wa tak banyak pilihan baju kurung dalam wardrobe untuk pergi event, contohnya kenduri kahwin. Selalu pakai baju yang sama dan baju tu juga pakai pergi kerja. Which is Wa lebih suka, baju kerja adalah baju kerja. Selalunya, baju kerja Wa akan pakai baju kurung yang tahan lasak kainnya. Cotton atau kain yang tak perlu lining atau blouse dan seluar. Ini penangan berat badan naik secara konsisten sepanjang tahun. Baju memang tak muat aje!

Kain chiffon silk kat Bandung masa Wa pergi tahun 2010 dan 2012 banyak sangat pilihan. Dan memang berlambak atas lantai. Sama juga cotton. Tapi masa Wa pergi awal tahun ni, stok yang ada stok lama, dan tak banyak pilihan. Kebanyakkan yang cantik tak cukup 4 meter. So, agak kecewa lah, Wa ada borong juga even tak banyak pilihan sebab Bandung murah lagi kain chiffon silk berbanding KL. Wa dengar Bangkok pun banyak pilihan kain, designer ramai shopping sana. Uols pernah ke Bangkok??

Chiffon silk kat Jakel, kalau dia tengah rsale, boleh dapat Buy 1 Free 1 dengan harga Rm200++ tak ingat lah berapa tapi tak termasuk lining. Kat Jakel memang banyak pilihan! Kat Bandung less than RM100, kalau tak silap maybe dalam range RM70-RM90, tak ingat sangat, tapi sangat murah or maybe less than that. Dua kali juga Wa pergi Jakel mesti cair tengok kain-kain ni hehe. Masa tengah sale je Wa beli, share dengan Mama. Mama pun suka kain ni sebab corak dia abstract dan simple. Nampak tak terlampau sarat untuk pergi majlis.

Kumpul punya kumpul Wa ada lebih 5 pasang kain yang belum jahit T_T Mama kata lepas kahwin, elok buat baju baru-baru. Nak pergi majlis-majlis dengan keluarga bakal, takkan nak pakai baju lama-lama. Hmmmm lama juga termenung. Betul juga ya, kena jaga. Bukan tu saja, baju duduk rumah kalau boleh beli baru-baru. Errr really. Sebab kemungkinan duduk rumah Si Dia dengan ibunya sementara belum beli rumah lagi. This is totally add my wedding budget haha. Kain-kain tu Wa tempah sikit-sikit, kopak la nak tempah semua. Baju duduk rumah beli t-shirt murah2 RM10 ok lah. Just duduk rumah. No more baju lusuh-lusuh. Oh mamaku.

Camne uols buat persediaan nak duduk bersama. Contohnya duduk bersama ibu Si Dia. sebelum beli rumah sendiri. Uols ada tukar wardrobe tak hehe. Uols pakai apa kat rumah, maybe dulu pakai kaftan, sekarang pakai tshirt and seluar ke. Ada tak husband uols tanya soalan pelik, "Syg, u memang  pakai macam ni ke kat rumah?" haha Wa memang salu fikir bukan-bukan. Kikiki nervous tahu!  Sila lah share :)

Samping Nikah

Tuesday, October 14, 2014
As Salam uols. Nak tanya berapa ramai yang particular dengan samping nikah? Ada sesetengah pengantin tak ambil kisah pasal samping. Ada juga yang betul-betul ambil serius. Terpulang pada anda sendiri. Ikut bajet dan keperluan.




Pada Wa samping nikah tu sangat sentimental hehe :) Bila uols tengok samping tu akan datang, confirm mengembalikan nostalgia masa bernikah. Sebab samping selalunya, kita akan simpan lama, dan kadang-kadang jadi barang berharga untuk satu keluarga. Ayah Wa sendiri simpan samping dia masa dia budak-budak dulu. Samping nikah apatah lagi haha. So, Wa memang teruja pasal samping nikah!





Pada mulanya Si Dia agak hairan kenapa Wa beria nak beli samping baru. Sebagai seorang yang simple, bagi dia tak penting sangat pun, boleh pakai any samping yang ada. Tapi Wa berkeras juga mintak beli yang baru. Bila Wa explain, dia setuju. Nak beli samping Terengganu memang tak mampu. Mahal harganya setanding dengan kualiti samping. Kalau murah pun mungkin boleh dapat tapi hanya 1 warna. Nak yang bunga-bunga tu, confirm harga ribu-ribu.

Sekarang ni, ada alternatif lain. Samping India atau Pakistan memang banyak jual kat kedai-kedai. Even Jakel pun jual! Harga ada macam-macam jenis dari RM350 - RM850. Dan ada yang ambil kesempatan jual samping ni mahalnya seperti samping songket asli. Even Wa sendiri pun tak pandai beza. Kena hati-hati lah ye. Songket India di kata songket Terengganu. Maklumlah, corak dan pattern songket India memang seakan songket Terengganu. Bagi Wa, it's ok nak beli songket India pun. 






Songket India, kainnya tak sekemas songket Terengganu. Sometimes, bila pakai dia jadi kembang dan nampak garisan lipat. Dia ada juga gred-gred ikut benang yang digunakan. Lagi banyak warna benang, lagi mahal songket tu. Dan kebanyakkan songket India yang cantik-cantik ni, buatan tangan. Memang gila tengok songket! If perempuan patut ada gelang emas sebagai aset, I think lelaki perlu samping songket (Terengganu) sebagai aset juga. At least sehelai yang mahal!

Hish lupa pula nak snap gambar samping yang kami beli Y_Y Uols macam mane?

Inspirasi : Dekorasi Bilik Pengantin

Saturday, October 4, 2014
As Salam semua, dah lama menyepi. Maklumlah kurang 2 bulan lagi majlis. Perasaan tu memang rasa masih lagi blur. Ada juga beberapa masalah yang dalam mengharungi hari-hari majlis yang mendatang ni. Macam-macam dugaan sebenarnya. Apa yang dirancang tak selalunya kita akan perolehi kan. So, Wa cuba terima sebaik mungkin dan redha. Guna masa apa yang ada ni untuk teruskan!

Berbalik kepada tajuk kita, inspirasi dekorasi bilik pengantin. Siapa kata bilik pengantin tak penting kan? Selalunya, tetamu akan datang untuk berjumpa pengantin perempuan dahulu sebelum majlis nikah. Tempat yang pertama dituju adalah bilik pengantin! Selain dari mini pelamin lah jika ada dirumah. Disitu tempat ramai yang akan berkumpul, baik teman rapat, saudara dan lain-lain. Kat situ lah nak get ready dan bergambar sakan dengan semua. Oh, jurugambar jangan lupa. So, mesti kita nak bilik pengantin tu menarik. Kat sini Wa ada beberapa insipirasi yang Wa suka.

Warna Bilik 


Wa suka kombinasi Mint Green dengan Gold @ Peach @ Hotpink! Memula nak warna cream atau light blue tapi tukar idea pula, nampak mint green ceria sikit. Btw, Wa beli cat Nippon Paint warna mint yang pekat untuk feature wall 2 liter dan yang cair 5 liter. Kalau beli cat jangan lupa beli cat putih untuk tutup balik warna cat yang asal. Bila siap Wa akan share okay :)

Perabot
Perabot kalau boleh Wa nak warna putih lah, memandang kan if beli baru tak cukup space nak letak perabot lama. Jadi, my parent plan nak cat balik perabot lama tu. Set katil ni dari abang Wa yang sulung kahwin sehingga abang kedua. Tapi masih nampak baru dan elok. Jadi, upah Bangla tu cat balik warna asal, HITAM. Yup, mint green dan perabot hitam. If putih mesti nampak soft je kan. Tapi takpe lah, dah jimat sikit. 

Dekorasi/Perhiasan
Wa suka kalau letak fresh flower bunga daisy atau apa-apa bunga yang warna peach + hotpink ahaha. I love that combination. So, Wa tempah kat bridal untuk dua pasu. Harga RM80 untuk dua pasu. Pasu dia provide kan..



Lain-lain deko, rasanya takda, Wa suka simple je bilik. Cuma cadar Mama pilih mint green dan bunga silver grey. Mama rajin nak tambah pearls kat cadar hehe bagi nampak berseri sikit. Kusyen dua biji Wa akan beli warna purple/pink untuk tambah aksesori kat katil. Karpet maybe ambil grey atay purple. Langsir Wa pilih kat Tee Wah (murah langsir dia) warna silver. Tema agak campur sikit haha. Mint, silver, purple, pink! Will share the outcome soon :)