[Travel] Bangkok Day 2 : Platinum Mall, EveAndBoy, Hard Rock Cafe, Mango Tango, Siam Centre One, Lebua Sky Bar, Tom Yum Halal

Thursday, January 28, 2016
Bagi hari kedua, kami bersiap lewat sedikit. Tentatif kami memang nak menjelajah kawasan di Platinum. Di sana, terdapat mall yang besar dan hanya terletak berdekatan. Penat berjalan semalam masih terasa. Bangun lambat sikit ambil mood dan tenaga. Sarapan? Fikir lunch terus je. Haha. Kami tahan teksi ke Platinum Mall.

Platinum Fashion Mall



Setibannya di sana sekitar pukul 11 pagi. Memang teruja sangat kerana dengar-dengar cerita dan review di internet, mall ini terdapat banyak pilihan fesyen secara borong. Ala Kenaga Mall juga tapi serius BANYAK lagi. Kalau kata satu hari, memang tak habis nak tengok semua kedai. 

Tips ;
  • Cari barang yang berada di dalam shopping list anda dahulu. Jika tidak, anda akan membuang masa
  • Sampai di mall pagi, lebih selesa kerana tak ramai orang dan mudah dapat harga yang baik kerana anda pelanggan pertama. 


Boleh dikatakan semua ada, dari baju perempuan, lelaki, aksesori, beg, kasut, pakai kanak-kanak dan bayi. Harga? Apa yang Wa perhati, harga ditawarkan mahal juga, tapi jangan lupa untuk tawar. Ada baju-baju yang dijual harga murah tapi memang berbaloi kerana kualiti kain dia sangat bagus. Memang kat sini, kain baju dia terbaik. Kalau pun jumpa t-shirt harga RM10-RM15. Kain cotton dia masih lembut! Tak semua barangan murah. Jika anda beli dengan kuantiti banyak, akan dapat harga borong. Beli sehelai, dia susah sikit nak bagi discount, tapi cuba lah tawar lagi! 

Halal Food, Platinum Mall - Chicken Rice.




Di tingkat 5, ada food court. Terdapat 2-3 gerai yang menyediakan makanan halal. Oh ya, senang saja jumpa. Memang ada papan halal di depan kedai. Senang nak jumpa. Di sini, menggunakan sistem kredit. Beli kredit di kaunter contohnya dalam 300 Baht. Jadi anda akan diberikan kad. Masa beli, penjual akan swipe kad anda. Baki boleh semak di check point pada tengah ruang food court.
Di tingkat bawah, ada jual kebab yang halal. Boleh lah makan kalau tak cukup makan tadi. Bangunan kedua ini ada baju kanak-kanak dan bayi. Overall, baju budak memang best!

EveAndBoy



Selesai makan, sambung shopping sikit untuk Ziyad dan teruskan ke Siam Area. Di Siam Area memang banyak mall-mall yang berdekat dan boleh berjalan kaki saja sebab dia bersambung-sambung. Di sini kami tahan teksi. Lokasinya tak jauh sangat. Masuk di di kawasan Siam Area (Siam Square, Siam Paragon, Siam Centre, Digital Mall etc) betul-betul di hadapan tempat masuk (ada kene bayar parking) memang nampak besar board warna pink. Kedai ini memang  tak ubah seperti Sephora! Tapi lebih variety kepada affordable makeup. High end ada tapi tak banyak range, memang letak di dalam kaca tersusun rapi. Gila sekejap masuk sini, tak tahu nak pilih mana. Sebab terlalu banyak brand makup yang familiar dan local! Sama juga, tak semua murah, ada juga mahal. Yang best jika ada promo Buy 1 Free 1. 

Brand yang Wa teringin nak cuba 4U2. Nak ambil eyeshadow tapi warnanya dah habis. Overall, di sini Loreal, Maybelline, Revlon agak murah berbanding Malaysia. Yang lain seperti Sleek, NYX, Essense, Catrice etc mahal sedikit. Sempat juga grab untuk dijual boleh refer Carousell (@aznuad) atau Intagram Wa (@wakdingding). 1 jam pun tak cukup. Masa ni perfume banyak offer. Murah gila! Tapi perfume wa minat takda offer. Suami dapat grab Polo Red. Harga 100ml dalam RM200+



Hard Rock Cafe, Bangkok



Jalan depan sikit, akan nampak HRC. Nak grab t-shirt pun design tak berapa menarik. Maka tangkap gambar saja. Wa memang takda mood betul nak tangkap gambar sepanjang trip ni. Layan je lah en suami. 

Mango Tango







Memang ada dalam tentatif nak pergi Mango Tango. Tengok lah, segala-galanya mangga! Dah tau Thailand memang terkenal dengan mangganya. Kami hilangkan haus di sini. Harga boleh tahan juga!

Hello Kitty House, NYX Counter, Siam Square One






Rasanya disini tak menarik langsung. Mall yang sunyi dan tak happening. Terjumpa Hello Kitty House, dalam tak masuk. Nak cari kedai Nike. Abang minta tengok harga untuk Nike Air Max. Mahal kat sini. NYX Counter di sini ala-ala jenama mahal. Best juga, tapi tak ramai masuk. Harga lebih mahal more or less RM10 T_T memang tak recommend lah nak beli kat sini. Dah penat dan rasa takda apa nak beli lagi, kami pun balik. Memang ada lalu di mall lain, tapi memang tak berkenan. Teringat-ingat lagi Platinum Mall!!!



Lebua Sky Bar



\
Keesokkan harinya, hari jadi suami. Malam tu, kami nak makan angin ni atas bangunan. Di Bangkok, sky bar memang banyak dan popular. Pergi saja di website www.bangkok.com banyak senarai tempat untuk anda menikmati matahari terbenam. Tak jauh dari hotel kami berjalan dalam 5 minit. Bangunan terletak satu jalan ke Robinsons. Ramai rupanya yang nak naik Lebua Sky Bar ni. Beratur juga lah nak naik lift. Di sini, ada etika pakaian. Nasib lah lepas sebab pakai sport shoes je. Masya Allah cantik sangat permandangan. Kat sini memang sediakan minuman keras. Maklumlah bar. Kalau nak minum jus-jus pun kena order di tempat lain. Kami tak order lah. Cuma nak menikmati permandangan saja. Angin jangan cakap. Nak terbang rasa. Tapi memang best! Habis tangkap gambar, perut dah menyanyi

Halal Food, Silom - Deen Restaurant




Dari hotel kami berjalan dalam 10 minit, ke restoran ni, Ia betul-betul di hadapan Silom Village (tempat makan, kedai cenderhati etc). Kedai islam ini kecil dan tak berapa nak ekslusif la, agak low profile sikit. Tapi makan dia memang sedap. Tom Yam pada Wa tak berapa kaw sangat. Green curry sedap. Telor dadar recommended!!! Overall harga memang mahal, tapi takda pilihan dah. Takkan hari-hari nak belasah makanan arab T_T

[Travel] Bangkok Day 1 : From Malindo Air, DMK Airport, Jae Leng, Novotel Fenix Hotel and Asiatique

Wednesday, January 27, 2016
As Salam, permulaan tahun baru yang memang menyeronokkan dan hadiah hari jadi paling bermakna buat saya dan suami. Maklumlah January  babies. Lahir pada 15 Januari untuk suami dan 20 Januari bagi saya. Kami memilih untuk menyambutnya di kota Bangkok. Percutian yang sebenarnya agak berbelah bahagi kerana terpaksa meninggal anak huaaaaaaaaaa. Ibu mana lah tak rindukan anaknya, tapi Wa belum tahap menangis teresak-esak lagi. Rindu memang! Saat Wa berpantang, semua beri cadangan ingin ke pulau. Tapi, kurang memberi tarikan dekat Wa sebab Wa takut naik bot! Bayangkan si kecil masih lagi cukup sebulan dah merancang untuk bercuti. Hati ibu memang tak sampai hati. Akhirnya, berjaya booking tiket penerbangan dan penginapan di dalam website Malindo Air.

Tiket Malindo Air, ERL-KLIA2

Apa yang menarik, kami telah menempah 5 hari 4 malam dengan harga RM19XX untuk dua orang. Yang seronok bagasi 60kg untuk dua orang! Pergi ke website www.malindoair.com dan pilih butang Flight + Hotel. Banyak pilihan hotel dari taraf 2 bintang sehingga 5 bintang untuk kita pilih ikut kemampuan. Tapi hotel kat Bangkok memang cantik-cantik interior, harga pun murah! Kat sini boleh juga nak add-on untuk pakej aktiviti atau pun kereta sewa/teksi. Flight kami  seawal pukul 10 pagi di KLIA2. Kami menaiki ERL dari stesen Putrajaya sehingga ke KLIA2. Harganya lebih kurang RM9++ untuk seorang. Sampai di KLIA2, kami terus menuju ke tingkat atas untuk ruangan perlepasan. Tapi sebelum tu isi perut dulu dengan Burger King. Maklumlah awal pagi lagi dah bertolak dalam pukul 6 pagi, sampai KLIA2 ada kedai yang belum buka. Kami makan di Burger King dan bertolak ke sana.

Betul la orang kata KLIA2 ni jauh betul. Dari check-in bagasi (ke satu bangunan lain) sehingga lah masuk ke pintu ruangan menunggu, memang jauh! Jadi memang patut kena datang seawal 3 jam sebelum penerbangan. Jangan buat main weh, ni bukan naik bas. If orang tua memang penat juga lah, tapi dalam perjalanan tu banyak la cuci mata :) Oh, kat sini banyak juga ada trem kecil untuk naik hehe. Kalau tak larat boleh la naik. Penerbangan mengambil masa 2 jam 15 minit. Sempat jugalah tidur sekejap. Malindo Air akan sediakan air mineral dan roti hotdog untuk isi perut. Roti dia agak kasar juga hehe. 

DMK Airport, SIM Card, Unlimited Internet 4G

Sampai saja di DMK Airport, suasana seperti airport lama, ala tahun 70-an. Keluar saja dari perut kapal terbang, polis airport dah tunggu. Tanya beberapa soalan. Mungkin for security purpose.

Menuju terus ke kaunter imegresen untuk cop passport. Alhamdulillah orangnya menenangkan, berbanding dengan Vietnam, pegawainya amat garang dan sombong. Siap cakap "So slow, very fat" haaaaa tudia aku kena masa pi sana. Tapi kita senyum je. Kami memang hanya bawa beg galas yang sangat ringan isinya. Jadi terus keluar terus cari sim card. Sim card agak mahal di airport dalam RM15++ tapi kalau malas nak cari, beli je. Paling menarik plan yang ditawarkan adalah percuma internet 4G selama seminggu!!! UNLIMITED. Memang best kot! Topup habis pun internet laju je, 7 hari haha heaven.

Teksi, Jae Ling

Tunggu teksi di Jae Leng

Hasil rembatan


Wa nak pergi ke Jae Ling, mall kecil yang ada jual barangan kosmetik secara murah. Nampak dalam google map memang lah dekat, sekali kami berjalan adalah 15 minit, penat juga tak sampai-sampai. Teksi memang banyak! Jangan risau. Wa nasihat naiklah teksi yang pakai meter. Meter lebih murah berbanding jika anda tanya berapa harga terlebih dahulu. Memang mahal dia bagitau harga nanti. Dah penat berjalan, kami naik teksi, tak sampai 5 minit dah sampai. Kat sini jual banyak barang mandian, makeup, rambut, perfume etc. Kena hati-hati pilih sebab ada yang barangan lama dikilangkan masih dijual. Wa memang tak sempat nak tangkap gambar.Gaya kedai dia macam Mydin Mart. Ruangan padat dan agak sempit. Barangan yang dijual, ada Red Earth, Essense, Nyx, DollyWink, Revlon, Maybelline, Loreal, Olay, Nivea, Wella, Clinique, SKII, Estee Lauder, dan banyak lagi. Tak semua range dia besar. Produk Nyx memang tak banyak dan shade yang agak kurang popular. Tak semua harga murah dari Malaysia. Some of product sahaja. Lepas melepaskan gian, kami pun mengambil teksi untuk pulang ke hotel.

Novotel Fenix Hotel, Silom






Perjalanan ke hotel memakan masa lebih kurang 30 minit. Kami agak beruntung kerana tiba di sini pada hari Rabu. Jalan raya pun kurang sesak sebab pelancong kebanyakkan akan tiba hari Jumaat-Sabtu. Tiba di ruangan hotel, lega rasa. Penat berjalan tadi pun tak kurang lagi. Bilik pula agak kecil ssedikit dari biasa yang pernah Wa duduk, mungkin bilik air dia mengambil ruang yang banyak. Ya, bilik air dia memang besar. Yang tak tahan berkaca, boleh tengok lah orang mandi. Haha. Jangan risau ada curtain untuk cover. Taklah segan. Tapi okla biliknya setakat nak tidur dan hilangkan penat. Kami letak barang dan keluar untuk isi perut!

Halal Food, Silom - Taste of Mumbai Haji Ali





Roti ranggup habis, inti dia kentang kot, dengan cheese leleh. Tapi memang sedap.
Tak jauh dari hotel, ada beberapa halal food yang senang di cari. Kebanyakkan halal food di sekitar Silom adalah dari India dan Arab. Ada satu saja dari Thai. Nanti Wa review. Restoran ini memang teletak di lorong kecil, dan comel saja saiz kedai. Boleh buat setakat 4 meja bagi 2-4 orang. Restoran yang halal selalunya akan ditampal sticker Halal Thailand dan juga sijil halal. Untuk menu makanan, memang 100% vegeterian dan makanan berkonsep kan on-the go. Sandwich yang pelbagai rupa dan rasa. Lapar tu memang tak boleh kata. Makanan dia pun sedap! Boleh lah isi perut sementara jumpa kedai makan lain. Oh ye, makana halal kat sini memang agak mahal. 

Asiatique, Shuttle Boat



Selepas maghrib, kami bersiap untuk ke Asiatique. Kata pekerja hotel, boleh berjalan kaki, maklumlah nak naik teksi jalan ke sana agak jem. Baiklah, kami pun teruskan dengan berjalan kaki. Siap-siap lah ye pakai kasut sukan. Dalam perjalanan yang seronoknya dapat melihat budaya, street food, orang-orangnya. Memang cuci mata. Kat sini bersepah makanan di tepi jalan. Seolah, tiada Majlis Perbandaran nak halau. Ada tut-tut, teksi, lori sapu, macam-macam ragam. Dari hotel, kami berjalan sejauh lebih kurang 1km. Jika uols tengok, sepanjang jalan ini adalah kedai-kedai makan, kedai permata, Watsons, Boots, kedai cermin mata, dan ada Robinsons, 7 Eleven. Memang happening kat sini umpama di dalam suatu pekan yang sibuk. Memang tak suggest bawa kereta. Kami berjalan sehingga jumpa stesen keretapi semacam LRT. Stesen Saphan Thaksin. Agak gelap disini, kami agak ragu-ragu pada mulanya. Tapi nampak kelibat ramai pelancong yang lalu sehingga ke belakang stesen ini. Rupanya ada jeti! Ini yang kami cari. Jeti shuttle boat yang akan membawa kita ke Asiatique. Shuttle boat ini percuma. Last shuttle pukul 10 malam.



Lampu ketika malam disini agak malap. Kami mengikuti saja orang lain sehingga dihujung tempat, terdapat barisan panjang. Barisan ini lah untuk menunggu boat nanti. Free saja. Adalah lebih kurang 10-15 minit ke Asiatique. Memang cantik permansangan waktu malam. Setibanya disana, memang ramai sangat!!! Di depan jeti tempat orang bersantai, dan juga kedai makan, seafood. Boleh dikatakan disini tidak halal. Kami terus menuju ke tempat makan, jika anda terus menuju ke dalam, akan jumpa satu kawasan seperti Food Court. Disini banyak gerai makanan memang tak terpilih.




Halal Food, Asiatique - Siam India Restaurant

Macam biasalah, nasi bryani, roti-roti ni. Memang dah lapar, Wa order nasi  bryani bersama ayam. Suami pula nasi bryani pedas. Memang sedap, tapi tak puas sebab tekak Melayu! Haha lapar-lapar macam ni sedap cari Tom Yam. Masa ni suami demam, jadi kami pun tak berapa seronok sangat nak merayau semua tempat. Kebanyakkan kedai disini jual barang yang sama. Baju, beg dan cenderhati. Kalau nak tahu, barang-barang yang dijual di sini sama saja seperti di Platinum Mall dan juga ada di Chatuchak Market. Mungkin agak mahal sebab kawasan pun ala JPO Factory Outlet (cantik lagi!)





Fish Massage and Thai Massage & Gelato



Bila en suami tak sedap badan, jalan pun dah tak seronok. Kami pun mencari tempat urut. Dengan harap lega la sikit pening dan badan dia. Wa memang tak nak urut, hanya tunggu di luar dengan Fish Spa. Harganya lebih kurang 30 minit RM15. Thai Massage dalam 1.5 jam RM35. Ada bilik khas untuk urut ni. Sementera tunggu suami urut, Wa jalan-jalan berdekat sini. Suasana disini memang best. Terjumpa aiskrim! Maaf tak banyak snap gambar. Penat jalan sampai terlupa.



Tuk-Tuk

Setelah penat menikmati malam di sana, kami rasa memang tak sempat nak balik menggunakan bot. Tambahan, dah tak larat nak berjalan kaki ke hotel. Kami naik tuk-tuk! Seronok gila. Dapat tengok suasana malam Bangkok dengan angin sepoi-sepoi! Oh jaga handbag, telefon, driver memang bawak laju!

Muhammad Ziyad Youssef : 4 Bulan, Suka Berdiri, Mengiring, Menyiarap, Main Kaki, Melompat, Stroller, Hisap Jari, Underweight, Pakar Pemakanan Bayi


As Salam, masuk Ziyad 4 bulan, macam-macam ragam. Bulan ini mula lah dia suka berdiri, atau nak duduk. Kene pegang masa tengok tv, tak nak baring-baring. Sekarang ni juga dah pandai nak henjut-henjut kaki. Laju betul, kita yang pegang pun tak larat nak pegang dia. Sangat peramah dengan senyuman tu memang tak tinggal. Tak boleh nampak budak lain, dia sibuk nak ajak berborak. Rasanya dah besar mesti dia ni kaki sembang.

Pada awalnya dia main kaki, dah pandai mengiring ke kiri dan kanan. Mengiring sambil sibuk bermain dengan kaki. Masa memula dapat mengiring, ada juga nak menyiarap, tapi give up lah tangan tak dapat lepas, dan sampai sekarang Ziyad makin malas nak cuba menyiarap. Kalau letak saja, dia akan baring saja sambil main kaki. Mengiring pun tak selalu.

Sekarang, makin kerap hisap tangan. Macam lapar je. Masuk tangan tu hisap-hisap dengan kuat. Kadang-kadang bunyi sampai orang lain boleh dengar. Habit tidur pun dah tukar sikit-sikit. Nak kita dodoi dengan tangan. Buai tu selalunya siang kita tidurkan. Mengamuk makin dasyat haha. Nak-nak masa tengah malam, nak berjaga untuk susu. Tak boleh lambat, dia menjerit sekuat hati! Tapi yang best, Papa still tak terjaga.

Masa checkup 4 bulan, timbang berat badan hanya naik dalam 500gram saja. Agak kecewa juga sebab setiap bulan semakin sikit berat Ziyad naik. Macam tak cukup susu. Agak stress juga. Masa mertua jaga ada juga dia kata, Ziyad tak nak minum susu dan juga minta minum susu sangat kerap. Macam terlalu lapar. Puas fikir, dimana silapnya. Rupanya, puting susu ada tersumbat, memang la dia tak puas minum. Sikit saja dia dapat minum. Dan baru juga tau, puting sepatutnya tukar mengikut  usia bayi untuk kesesuaian bayi.

Mana taknya, masih pakai puting newborn. Penat lah Ziyad hisap tapi dapat sikit, mungkin dia giveup nak hisap susu. End up hisap tangan dengan rakus. Maka, Wa pun cepat2 tukar puting. Lepas tukar bagi susu 9oz, Alhamdulillah tak sampai 2 jam boleh habis! Dengan harapan, lepas tukar puting, Ziyad naik lah berat badan dengan baik. Selepas dapat tahu berat kurang memuaskan, Wa diminta berjumpa dengan Pakar Pemakanan. Memandang, nak jumpa doktor amatlah payah, sebab terlalu ramai dan line up nombor pun lama. Wa setuju jumpa pakar. Bila jumpa pakar, dia cek Ziyad tiada masalah kekurangan zat ke apa. Kalori mencukup bagi tubuh badan dia, jadi dia sarankan untuk tukar puting kepada yang sesuai dengan usia dan juga pantau berat dia selepas 6 bulan bila da cukup makan.

Harap-harap bulan depan naik lah banyak :)