Wedding Review : Pelamin Sanding by Indahwedding

Wednesday, August 19, 2015
Wa sangat tertarik design pelamin Indahwedding. Pada Wa Indahwedding ni memang ada talent, yang bestnya idea dari golongan muda-mudi. Lebih kurang sebaya Wa mungkin. Wa tertarik dengan design moden dan simple, penggunaan pentas yang penuh, design flow curtain yang kreatif, kombinasi warna yang tak sarat dan design chalkboard yang menarik. Pendek kata, semua idea dan design yang ada, semua memenuhi citarasa. Kebetulan scroll punya scroll ada promotion untuk pelamin harga dalam RM3k. Wa pun minta quotation. Bila tengok pakej yang termasuk, standard lah walkaway, pintu gerbang, red carpet, renjis, pelamin penuh cover background pentas, lampu led etc. 

Salah satu dalam top list yang Wa suka
Wa suka backround lace panel tu. Unik sangat!
Not my favourite tapi masih menarik
Last but not least, Wa suka curtain dia bersilang macam ni. Jatuh cinta sangat
Standard pakej pelamin selalu macam ni, cuma kena hati2. Sesetengah vendor, ada tak bagi red carpet, ada tak bagi pintu gerbang, ada tak masukkan walkaway or etc, jadi memang kene cek satu2 ye. Sebab kita ni selalu assume, bila pakej dia termasuk semua. Itu penting minta quotation, so, very clear apa diorang provide. And if takda contohnya alat renjis, takda dalam pakej Wa, kene tambah RM30 contohnya. Throw pillow kena tanya berapa, contoh dalam quotation takda sebut, tanya dia bagi berapa. Atas pentas ada sesetengah vendor tak cover lantai. Bogel je nampak lantai kayu. So kene tanya vendor cover tak lantai. Luas mana dia cover...tanya depan pentas cover tak, sebab kadang-kadang pentas if  tengok dari depan..ada yang buruk tu vendor tak sediakan skirting. Ada yang kene charge tambahan. So kene la verify.  Vendor yang professional, dia akan letak exact quantity dalam quotation. For me, memang patut ada. Masa ni, kita kene tanya habis-habisan, dan demand selagi boleh masuk dalam harga tu haha. Nampak macam annoying betul dapat customer ni. Sesetengah vendor, request yang simple dan tak membebankan diorang absorb je dan tak berkira. Jadi masa ni lah kita pandai-pandai nego. 

Sebelum ni Wa memang ada booking Pakej Chalkboard jadi bila dah tambah last minit amek pakej ni pelamin dengan Indahwedding juga..Wa minta contra chalkboard tu dengan upgrade design pelamin dan beberapa tambahan. If not, pakej ni design pelamin dia sangat simple. Tak dapat lah design2 yang kat atas tu hehe. Takda panel2, takda lace panel, takda bunga2 sakura. Just backdrop curtain yang simple tapi boleh request la nak flow design camne. So, bila ada kelebihan sikit tu, Wa request design yang Wa suka. Cuma Wa minta panel lace tak dapat. Aduh frust. Sekali lepas wedding Wa, keluar promo pelamin panel lace tu harga sama juga!! Damnnnnn..



Wa pilih warna pastel. Memang Wa tak nak warna pelamin sama warna dengan baju atau tema dewan. Jadi wa minta untuk buat warna peach and pink. Kalau cantik semua nak putih. And ada curtain silver-silver sikit. Cantik juga. Tapi ubah fikiran pula. If putih semua, dalam gambar memang cantik! Untuk dewan, Wa pilih tema light purple. Sebenarnya nak very light purple. Tapi catering takda, so pakai apa yang ada je. Wa tak ambil warna combo sebab takut terlalu banyak warna. Untuk baju family, Wa dah ambil royal purple dan saudara-mara ambil warna maroon. Memang tak nak bagi sama. Jadi orang pun tahu mana keluarga pengantin.

Pelaminku di Putrajaya

Masa tempahan dewan, selapas frust tak dapat Dewan Siantan, Perbadanan Putrajaya...memang Baba terus decide dewan ambil Dewan Serbaguna Presint 8. So, sementara nak tunggu if ada orang cancel last minute ke kan..mana tau rezeki hehe. Padahal masa tu, bulan 12 kot Wa tanya PPJ. Dah fully booked. Nasihat Wa if nak booking dewan kat Putrajaya ni, especially kat Perbadanan Putrajaya booking 1 tahun la paling afdal. If lewat je, memang susah nak dapat dewan yang kita target. So, bila dah confirm, Baba ada call 1-2 minggu sebelum wedding untuk confirmkan persiapan nak mulakan kerja-kerja kenduri tu bila boleh mula. Person In Charge kata lepas solat Jumaat boleh mula masuk barang dan pasang pelamin. Cuma kawasan court badminton saja tak boleh diusik. So, bila vendor tanya. Wa pun update macam tu la.

Dugaan betul bila vendor call stress macam nak mengamuk. Dewan ada event, pelamin tak boleh pasang sampai petang. Boleh masuk malam saja.Wa masa tu dah gelabah! Lain yang di rancang lain yang jadi. Vendor agak bengang la..silap Wa juga tak call balik 3 days before. Vendor cuba cari solution lain, dia terpaksa pasang pelamin kat KL dulu dan somewhere in atas dari Damansara..tak ingat mana. So, last destination baru pasang Putrajaya. Itu pun tak janji pukul berapa. Oh my god. Memang seriau. Wa takut tak sempat. Dewan tutup pukul 12 malam..walkaway memang tak dapat pasang malam tu sebab selagi orang badminton tak balik, selagi tu takley pasang. So, nak tak nak diorang kena datang pagi Sabtu pasang walkaway. Kawan Wa, Kak Linda tenangkan Wa yang dah pucat masa tu. Macam-macam kata positif dia bagi. Maklumlah, benda macam ni nak jadi. Kawan Wa kata, kalau betul dia vendor yang professional, dia takkan biarkan client dia takda pelamin. Nak tak nak, die kene siapkan even susah macam mana pun sebab customer dah bayar.

Muka happy je. Haha oh I love my skirt!
Malam tu pukul 10 malam Wa sampai kat dewan. Ramai saudara datang untuk tolong bawa barang ke dewan seperti goodies etc. Dalam dewan tu ada bilik VIP, bilik untuk persiapan yang keluarga boleh simpan barang, bersiap atau solat. Dalam tu lengkap dengan toilet. So tunggu punya tunggu, dalam pukul 11 malam team pelamin sampai. Wa tak berapa ingat pukul berapa. Yang pasti tepat pukul 12 malam, pelamin siap! Memang cepat, dan kebetulan team mereka satu lagi juga datang tolong siapkan pelamin. Sebab tu cepat siap. Dan paling Wa lega, orang main badminto habis awal, jadi kerja siap sepenuhnya malam tu juga. Ya Allah lega sangat. Boleh Wa tidur lena. Demam tu jangan cakap lah haha. Wa puas hati sangat hasil pelamin tu. Warna dan design seperti yang Wa nak. Terima kasih pada team Indahwedding espeacially Ummi. Masa habis buat tu, Wa jumpa Ummi untuk bayar belance, Wa memang minta maaf banyak-banyak kat dia dan dia pun cool je. Alhamdulillah, dia pun nak deliver yang terbaik pada customer dan dia lega sangat semua berjalan lancar. Memang tuhan permudahkan urusan mereka. Esok lepas kenduri, awal-awal mereka datang dan packing balik setelah majlis selesai. Memang cepat. Apa-apa pun Wa salute kat team Indahwedding. Nanti Wa update chalkboard pula okay :)

Hasilnya memang memuaskan!

Complete! Love it!
You can find them at ;

Instagram @indahwedding
Email indahuntukmu@gmail.com
Facebook ; Indah Wedding Rental & Stationary

Wedding Review : Makeup Sanding by Ferrarossa

Sunday, August 16, 2015
Maaf ambil masa yang lama untuk update berkenaan makeup sanding. Masa makeup sanding ni memang sangat banyak dugaannya haha tapi hasilnya sangat berpuas hati. Wa suka sangat! Tq Farah, you are so amazing MUA. Tak rugi ambil dia. At the first choice, Wa ada tanya beberapa MUA lain untuk makeup sanding..maybe masa tu agak lambat juga kot, even sebenarnya lambat lagi before my wedding. Tanya Nuex, Erin, Shazreeyana, EmmaPesona...already full booking. Tarikh cantik mungkin, cepat di sambar orang. Then, masa tu terfikir nak tanya Farah. Actually, Wa lagi suka cara solekan kakak Farah, Shazreeyana. Wa juga pernah ikuti blog kakak dia and Farah pun ada, tapi tehy all dah tak active I think. Busy job makeup maybe :) But then, Wa jatuh cinta lepas tengok Instagram Farah, makeup soooo natural and glowing kat seorang model ni, Naddy Rahman. Nak scroll letak gamba kat sini, penat juga sebab gambar tu tahun lepas hehe.

Kita dah la berisi, for sure jadi pengantin XXL. If baju pun bergaya ada limit, tak nak lah makeup tu makeup ala kadar. Sebab tu la, Wa sangat memilih orang yang makeup hehe. Nak sangat nampak kita cantik dan tak seperti biasa kan kan. Alhamdulillah memang puas hati!

Wa paling takut if pakai liner bawah mata. Sebab if Wa sendiri pakai nampak garak. But, she's doin great! Kemas! Btw I'm wearing Lofa Lense in Pink. LOVE IT. Recommended. Selesa sangat.
Memang clean and very smooth je makeup dia kat Naddy tu. Terus Wa tanya and booking hehe. Luckily still available. Lega sangat! After that memang Wa takda contact Farah, since Farah dah confirmkan dalam calendar dia. Siap snapshot, yang dia dah save dalam calendar. Ok la, at least customer feel secure kat situ. 1 week before my wedding, Wa memang contact balik MUA untuk nak confirmkan date, venue, time semua. Tetiba ada satu number misteri msg kata Farah cari Wa. And siap buat iklan kat Instagram. Oh my, Wa rasa pelik and takut tetiba. Maybe Farah terhilang contact no Wa atau lupa nak save. So, Wa cepat2 whatsapp dia. So lega bila dah confirm semua.

On the day, sepatutnya MUA datang 2-3 jam sebelum majlis. Wa plan siap di rumah, since nak tangkap gambar dalam bilik pengantin yang penat Mama dan Wa siapkan! Konon nak abadikan dalam gambar lah. Tapi Farah agak terlewat, since dia dari tempat customer tu jauh sedikit. Tak ingat kat mana, perjalanan tu mungkin ambil masa sebab jemm ke kan. So, her friend datang dulu menyusul untuk bantu Wa dan tenang kan Wa hehe. If kawan dia bawak makeup tools maybe, if lambat sangat, kawan dia tolong la makeup kan kot. Tunggu punya tunggu tinggal 1 jam lagi. By the time if tunggu kat rumah takut tak sempat, nak g dewan lagi. Takut kelam kabut. Padahal team abang kamera dah tunggu kat bawah nak ambil gambar hehe tapi apakan daya, hajat nak bergambar kat rumah tak sampai.

Pika, Kak Linda, Fiza and Sarah
Syukur, ada kawan-kawan. My two friends pergi tolong pickup hand bouquet kat butik Wedding Galore (Wa tempah lain untuk sanding, fresh flower) and kawan Farah bawa Wa naik kereta dia pegi dewan. Masa ni Wa demam selsema haha, tapi ok sikit sebab makan ubat. Masa nikah tu kemuncak lah demam selsema, teruk sangat. So, bila sampai Farah still takda. Tunggu dalam 10 minit Farah sampai dan terus makeupkan Wa. Sempat berborak pasal makeup. For me, Wa tak marah pun and tak rasa tertekan pun. Wa taklah call2 or msg2 Farah push dia. But then Farah was soooo scared yang Wa marah kat dia. Siap bagi voice msg kata sorry and everything. Tindakan Farah hantar kawan dia bantu memang sangat membantu Wa. And they updating each other. Nampak Farah sangat responsible. So, Wa tak rasa paranoid and gabra. At least confident la sikit. Sebab tu Wa cool je. It was nice working with her.



Sampai terus makeup, masa tu ramai orang dah datang, yelah tengah hari kot. Wa sanding lepas Zohor. Nak lepaskan azan Zohor dulu. Wa memang tak tengok cermin sebab nak suprise la konon. And Wa tertengok pulak haha. Memula rasa cam OMG garangnya sebab dia buat ala-ala smokey.  Pastu rasa muka macam pondan sangat haha. Farah ada tanya, nak style macam mana. Wa kata up to you, Wa tak kisah sebab you yang tau apa sesuai dengan baju and muka I. Then dia tanya kenapa hire dia untuk sanding. Sebab ramai client ambil dia untuk nikah because of her talent makeup natural. Wa kata jatuh cinta dengan gambar seorang model dalam Instagram dia. Tapi Wa tak fikir pun apa-apa. Wa tau, for sure MUA if ada talent, she can do any looks for any event.


Memang tak bosan, sebab Farah sangat ramah bercerita, tambah ada kawan dia. Oh my.. tengok barang makeup dia, semua high quality. She is using YSL foundation on me huhu. Rasa muka mahal sekejap. Kami berborak2 la. Wa tak berapa sangat sebab tengah selsema haha. Wa paling risau time nak pakai bulu mata palsu. Masa MUA Vee, memang tak rasa apa bila dia pakaikan. Tetiba masa ni Wa rasa cam mengganggu sikit. But then, maybe lepas gam dah kering baru rasa selesa. Masa tengah touch up untuk last sekali, rombongan lelaki dah sampai!!! Haha kelamss sangat. Terus siap g pakai baju, kawan Wa tolong la pakai and siapkan. Masa tu baru nampak my makeup. Bukan puji diri sendiri ke apa, tapi memang nampak lain sangat Wa!! Ramai puji cantik. Bila dah blends well dengan baju and tudung, nampak menyerlah sangat makeup tu. Even memula nampak garang. Adalah tunggu 10minit Wa siap. Hehe. Ramai tolong masa tu, rasa macam princess sangat. Wa sempat cakap thanks kat MUA and kawan dia, and minta bagi goodies tapi lupa nak jemput makan sebab kalut sangat. Lepas tu terus makcik Wa tarik tangan nak pergi berarak.


Dupdap jangan ceritalah. Peluh nasib lah boleh kontrol. Selepas habis majlis, masa tu hujan lebat sangat, musim hujan pula masa Wa kahwin tu. Tak dapat nak buat outdoor. So, buat dalam dewan saja. Sedih memang sedih lah. Gambar tak berapa banyak sangat dapat capture dalam dewan. Agak terhad. Sampai petang dalam pukul 6 lebih macam tu sampai rumah. Makeup masih kekal cantik dan tak luntur. And sangat cantik sebab dah natural dengan kulit. Balik rumah, snap gambar sebab sayang nak tanggal kan. Terus bagi feedback kat Farah. Puas hati sangat. Makeup tahan lama. Ini lah hikmahnya. Wa memang tabik kat Farah. Kelam kabut pun still superb makeup dia. Sekarang if tengok IG Farah, memang ramai sangat followers dia. Skills dia pun dah superb! Tahniah Farah you memang terbaik.


Lihat lah dagu itu. Hasil untuk mengecilkan dagu hehe. But still love it!

You can reach her IG @ferra_rossa
Email : makeupbyferrarossa@gmail.com
Contact No : 019-442 2808



Pregnancy Update : 35-36 Minggu Kehamilan, Soalan Orang Ramai, Pilihan Hospital, Perut turun Sakit Pinggang Sengugut, Ngilu!

Monday, August 10, 2015
Semakin hujung kehamilan, makin penat. Masa ni ramai orang yang kita jumpa akan tanya soalan yang sama. Due bila? Bersalin hospital mana? Dah booking ke? Laki ke Perempuan? Nampak perut kecik/besar/turun bla bla bla.

Wa paling malas nak jawab, bersalin hospital mana. Dah booking ke? Sometimes soalan-soalan buat Wa rasa stress nak jawab. Bukan apa. Wa plan nak bersalin di Putrajaya atau Serdang. Either one. Memandangkan nurse dan doktor di KK Bangi suggest untuk bersalin saja di Serdang untuk memudahkan Wa pergi..jadi Wa rasa better decide terus. Nurse kata better ke Serdang, memandangkan kawasan Wa duduk di Bangi. 

Untuk elakkan apa-apa kemungkinan di tolak atau lain-lain. Sebenarnya kita bersalin mana-mana takda masalah. Cuma pilihan pertama tu biar lah yang lebih mudah untuk kita tuju. Right? So Wa dah confrimkan hospital kerajaan tak perlu di booking. Kecuali jika ada ambil pakej-pakej swasta dalam hospital kerajaan. Contohnya di Hospital Putrajaya. Wa pernah request untuk bersalin di Putrajaya bukan yang pakej swasta pada mulanya dan minta surat refer. Tetapi Doktor kata tak perlu surat-surat kecuali jika Wa ada risiko yang klinik tak dapat nak handle, then boleh dapat surat. Hospital memang takda monthly checkup ye. Yang ada cuma di Klinik Kerajaan saja. Maka, pilihan utama Wa bersalin di Hospital Serdang. If, nak amek pakej swasta itu memang kelebihan, bila kita daftar masuk dah ada katil untuk kita. Tak perlu tunggu. Tapi kena cek la sebelum daftar adak kekosongan ke untuk due date anda untuk booking doktor kalau tak silap. If baca review, deposit saja perlu letak RM3,000. Even my family risau bersalin di hospital kerajaan sebab takut takda katil. Hmm Wa hanya fikir logik saja. Andai la patient nak bersalin sangat-sangat, takkan lah teruk sangat hospital nak biarkan kita beranak depan pintu hospital? Ada katil ke takda katil, doakan lah supaya kita ni selamat bersalin. Tu pun dah syukur. InshaAllah dipermudahkan. Doa saja baik-baik.

Yang menjadi stress, bila orang lain. "Eh betul ke tak perlu booking?" Booking lah, nanti takda tempat bersalin" Selalu mesti kena tunggu sebab katil tak cukup"  Errr..tak paham kadang-kadang macam ni. Orang yang tanya tu, pernah bersalin kat hospital ke? If memang dia tak pernah bersalin di hospital kerajaan mungkin Wa fahamlah. Hospital kerajaan tak perlu booking, sebab Wa dah confirmkan dengan klinik. Hanya datang mana-mana yang berdekatan dan bawa buku pink dan surat nikah. InshaAllah, tiada masalah untuk bersalin di hospital tu. Contoh lah, duduk di Bangi, sakit bersalin kat Muar. Takkan nak kene balik Bangi, confirmlah kena beranak kat hospital berdekat kat Muar. Takkan nurse kata, tak boleh Puan kena balik sebab tak booking. Lagipun Puan duduk Bangi. Ada soalan tu " Bersalin kat mana? KPJ ke KPMC?" Wow, cakap siang pandang-pandang saudari. Tak semua orang berduit nak bersalin di swasta. Boleh aja nak kumpul duit, takda masalah tapi perlu ke tanya soalan macam tu.

Wa hanya berdoa saja, dimudahkan bersalin. Kat mana nak bersalin tu tak kisah. Kerajaan atau swasta. Janji keduanya sihat dan selamat. Tu paling penting. Ada katil takda katil, mungkin la kita risau kan, tapi cuba fikir positif. Takkan nurse nak kita bersalin atas lantai. InshaAllah, masing-masing ada tanggungjawab masing-masing. Masa ni perut Wa dah nampak turun sikit. Ramai juga perasaan. Dan agak rasa ngilu kadang-kadang dan sakit di celah kangkang bila berjalan. Wa dapat rasa baby dah mula berat dan menurun, mungkin sebab tu dia ngilu dan sakit. Pergerakan baby agak perlahan dan suka mengeras. Tapi bila dah mula bergerak, agak lama baru berhenti. Kadang-kadang ada 10min juga dia berjoget-joget dalam perut. Apa agaknya dia buat, mungkin baru terjaga dari tidur. Dia suka buat tarian tengah malam. Siang2 tidur mungkin. 

Ada satu malam, Wa rasa sakit pinggang macam sengugut. Sampai tak boleh tidur rasa sengal dia tu. Pusing sana pusing sini. Minta husband urut kan, lega tapi tak hilang. Mungkin macam ni rasa nak bersalin kot.  Dalam fikiran risau sangat sebab baru 36 Minggu. Cuma takda apa tanda bersalin yang lain. Cuma sakit pinggang saja dan kadang-kadang ngilu di kemaluan. Wa pun tak pasti, adakah itu dipanggil Braxton Hicks. Perut keras tu kerap. Sampai rasa macam bola melekat kat perut. Nak masuk 37 Minggu ni, berjalan pun rasa susah. Bukan apa, dah rasa berat dan sakit di celah kangkang tu. Rasa nak baring saja dan malas nak buat kerja. Niat di hati nak ambil cuti awal seminggu bersalin. Tapi nampaknya dah tak larat macam ni, macam nak ambil 2 minggu awal. Tambahan pula, staff yang ganti belum lagi habis diajar T_T sobs. Projek yang besar pun tak bermula lagi. Risaunya hati. Confirm time cuti bersalin, rasa macam berkerja. Office call tu memang pasti!

Wa dah tak drive since dah sarat ni. Mengantok yang amat sangat, sampai terlelap masa jemm. Bahaya sangat. So, Wa kene take a nap before balik untuk elak Wa tak mengantok. Then husband kata, dia akan hantar Wa sebab bahaya untuk Wa driving keadaan macam tu. Bila balik memang flat. Syukur duduk dekat dengan parent, if husband tak dapat hantar or ambil sebab full appointment, parent Wa akan ambil. Alhamdulillah, rasa macam budak-budak lagi hehe. Till then, kita jumpa lagi :)

Food & Travel : Babymoon At Avilion, Port Dickson

Wednesday, August 5, 2015
As Salam, Wa sihat Alhamdulillah. Di kala ambang menunggu kelahiran si kecil, kini Wa dah nak masuk 36 minggu pada hari Jumaat ini ! Oh my. Masa cepat sangat berlalu. Rasa gementar dan takut tu memang ada. Sampai jadi macam paranoid. Ok nanti kita cerita pregnancy update 35 minggu nanti. Apa yang jadi masa ni?? Especially mulut2 orang sekeliling yang asyik tanya itu ini sampai kita naik pening nak dengar. I bet ramai yang ibu-ibu lain yang first timer pun jadi macam ni hehe.

Nasib la da kasut Scholl yang sedap ni! Recommended for pregnant ladies!

As per 3rd trimester bermula, dan akan berakhir tak lama lagi. We planned to spend a holiday. Since lepas kahwin..lepas holiday kat Melaka dan Penang, dah tak pergi holiday lagi. Especially untuk berdua. Nanti lepas beranak, lain pula feel kan. So, we all saja cuba nasib tengok booking.com. Untuk check in hari Ahad, we all dapat RM349 tak termasuk tax. If termasuk ada dalam RM400 lebih sikit. Harga ni tak termasuk untuk breakfast. Harga ini untuk water chalet. Untuk garden chalet masa tu boleh dapat RM304 tak termasuk tax. For me, harga memang berbaloi. Kalau nak ikut kan pada hotel bertaraf 4-5 bintang.

Parking & Lobby
We all bertolak dalam pukul 12.30 tgh hari dan sampai di hotel lebih kurang pukul 1.15 petang. Ramai yang check out hari Ahad. Parking ada disedia kan di dalam kawasan hotel, tapi tak banyak space. Yang jauh sikit, ada banyak space cuma perlu jalan sedikit di sebelah lot hotel dan hadapan hotel. Guard ada jaga di dalam parking hotel, kata kan saja uols nak check in dan tunjukkan booking confirmation slip. Dia akan mudah beri kerjasama nanti tanpa banyak soalan hehe.

Kami perlu tunggu sekejap sebab bilik masih tak ready lagi. Dalam booking.com Wa ada minta husband note untuk special request untuk bilik yang dekat. Memandangkan bini dia yang montel ni dah tak larat nak jalan jejauh. Masa husband register kat counter pula Wa lupa nak pesan sebab dalam reservation online dia lupa nak letak. Maka, sesudah dapat kunci bilik (1.45 petang baru dapat kunci, check in pukul 2 petang patutnya), baru la menyesal dan teringat! Masya Allah dapat bilik hujung dunia. Nak jalan tu, memang azab le untuk ibu-ibu sarat macam Wa ni. Mengomel sepanjang jalan. Tapi gagahkan juga. Sakit kaki tahu!

Water Chalet and Garden Chalet
Untuk yang nak kan permandangan yang cantik, dengan laut terbentang luas dan perlukan privacy. Water Chalet memang pilihan yang tepat. Sebab kedudukan chalet yang diatas air dan jauh sedikit dari daratan (tak lah jauh mana haha) if uols dapat bilik yang scenary cantik, memang kena berkorban sikit lah nak jalan tu. Agak santai lah sebab boleh hirup bayu laut hehe. Sambil tengok permandangan indah laut. Tapi Wa gayat jugak tengok laut haha. Oleh kerana tempat entrance untuk chalet no 800-899 (kalau tak silap) sedang diperbaiki. Diorang sibuk tukar kayu untuk lantai. We all kena masuk dekat entrance chalet no 900. Bayang kan nak pusing chalet baru la sampai ke chalet kami. Agak jauh buat pusingan tu. Kalau malam rasa macam sunyi sangat. Hanya ada lampu hiasan yang tak berapa nak terang tu. Ala romantik la konon. If orang penakut memang tak jalan sorang hehe. Oh please dont, kawasan situ agak malap sikit cahayanya. Memang la mendatangkan mood romantik. Tapi..me? Naa-ahhh. For those yang honeymoon sangat sesuai.



Garden Chalet lebih murah harganya sebab letak di darat atau mungkin permandangan indah agak terbatas. Dia terletak dekat dengan food hall dan berhadapan dengan kolam mandi. If berkeluarga, memang Wa suggest ambil garden chalet. Tak perlu ambil water chalet pun takpa sebab diorang boleh enjoy sebab pool dekat sangat. Selain tu, gym dan indoor games, kids playroom, bilik movie pun dekat. Paling Wa suka dekat dengan private beach. So boleh turun, jalan di tepi pantai. Dekat sangat. Best kan?? Agak potong mood sikit lah sebab dapat bilik jauh even permandangan cantik. Tapi sebab sakit kaki dan penat, jadi spoil sangat. Plus environment terlalu sunyi tu buat Wa nervous haha. If memalam nak lepak jalan, kena fikir 2 kali nak keluar. If uols dapat bilik 300 - 799 maybe ok lagi la kot.



Kemudahan & Entertainment
Bagi Wa memang banyak kemudahan kat sini. Antaranya macam Wa sebut tadi, gym, indoor games, bilik permainan kanak-kanan, mini panggung wayang untuk keluarga, spa, mini zoo, kolam renang kanak-kanan dan campur dan kolam renang dewasa saja. Ini yang Wa nampak lah, tak pasti if ada entertainment lain. Ada juga untuk yang berminat nak main bot2 ni. Untuk kolam mandi memang besar dan sangat bagus asing kan. Yang untuk campur, biasanya keluarga, rasanya if weekend memang penuh kot. Tapi untuk kolam dewasa besar dan paling seronok burung merak bebas berkeliaran dalam kawasan hotel. Besar dan jinak, tapi nak pegang memang tak dapat hehe. Depa lari.

Ni pool yang boleh campur
Yang nampak bumbung merah 2 tingkat tu Garden Chalet
If uols ada tengok bangunan berkaca dan kerusi yang santai di tepi pantai, itu adalah tempat merehatkan diri iaitu Spa. Tak boleh masuk sesukati hati ye nak tangkap gambar. Uols kena ada Premium Card untuk masuk ke sana dan menggunakan service spa. Wa masuk la sekejap tanya di kaunter minta kebenaran nak tangkap gambar. Tapi tak kesampaian. Bau spa dia wangi! Uols try google Avi Spa, Port Dickson. Sorry gambar hilang sebab telefon hilang T_T

Breakfast, Seafood, others
Malam Ahad tu, lepas Isyak we all google cari tempat seafood. Kalau nak ikutkan banyak sangat seafood kat tepi jalan, tapi tak tahu yang mana sedap. Ramai juga yang post pasal Medan Ikan Bakar Majlis Port Dickson. Dalam fikiran Wa dah terbayang macam kat Kuala Perlis atau di kebanyakkan Medan Ikan Bakar. Mesti banyak pilihan. Bila sampai tengok ada dua kedai je yang bukak. Dan ikan tak banyak pilihan. Memang nampak fresh dan besar-besar. Kerangan pun tak ada sangat. Sebab ada pepahat kat kedai makan Samudra, we all plan makan situ. Kami pilih ikan siakap potong dua, masak stim limau dan bakar kosong. Sotong dua ekor (besar juga) masak celup tepung, udang harimau 4 ekor masak sambal dan pepahat masal sambal. Uols rasa berapa semuanya? Kalau nak ikut 2 perut memang la banyak sangat menu kami pilih haha. Sampai penuh meja. Ada la orang pandang-pandang. Yang Wa pelik nak mintak udang goreng butter berkuah dia taknak buat, dia kata kering sahaja. Pelik tak, tambah susu je padahal. Ish sabar je. Semua sekali RM95 macam tu. Husband kata murah! Apa uols kata? If nak kata sedap, hmmm tak recommend la rasa tu. Ada lagi sedap Wa pernah makan. Sotong celup tepung failed. Sayur kailan ikan masin memang sedap. Udang sedap la jugak sebab fresh.


Pagi isnin tu we all malas nak cari breakfast luar. So, we all makan breakfast dalam hotel. Kena bayar RM45 seorang dewasa. Makanan dia simple dan sama kebanyakkan hotel lain. Wa bagi 3/5 rate. Ok-ok saja tiada ada apa yang menarik sangat.

For all, holiday ni agar relax kan minda sekejap dari kerja. Cuma penat sangat Wa kena berjalan jauh. Jadi tak berapa nak relax untuk badan. Nak berenang takda baju mandi hehe. Ahad lepas telefon pula hilang. Habis gambar PD hilang. Trace balik tak dapat sobs. Selamat Berbabymoon!