Favourite of The Month - May 2014

Thursday, June 12, 2014
Selepas bertunang, dah rasa tawar hati nak pakai makeup. Tahu kenapa, malassssssnya lah nak pakai-pakai. Tapi nafsu membeli memang tak boleh padam. Paling kuat pun, Wa pakai foundation, compact powder, blusher and lisptick. Eyeliner yang paling suka gila masa dulu wajib pakai pun malas. Btw, Wa nak cari eyeliner yang mahal sikit kali ni, biar tahan lama dan berkualiti. Susah betul nak cari yang best. Try beli In2it, Silkygirl, Essense pun tak berapa nak berkenan dengan hasilnya sekarang. Stila dalam pot tu pun dah kering. Wa suka jenis marker eyeliner. Kat Watsons ada brand Jepun, tak ingat brand ape. Tapi harga dia boleh tahan mahal, lebih kurang RM40++. Any recommendations eyeliner yang best?

So, few months back. Rajin bermakeup dah kembali haha. So, ini lah yang Wa suka sangat pakai bila keluar jenjalan. If kerja, Wa selalu pakai bedak nipis dan lipstick Revlon tu je.


Nyx Runaway Collection, Stay Matte Powder 005, Estee Lauder Blusher, Rimmel Apocalips in Celestial, Max Factor Lighweight Foundation in 75 Brown Hessian, Body Shop Lip Balm in Strawberry, and Eubos Hand Cream

Exited sangat nak recommend dekat uols! If tak mampu beli Naked, Smashbox or any natural shades pallete. Boleh try NYX Runaway Collection! Seriously, if uols buat daily ke, bridal ke, shades dalam pallete ni memang sesuai. Very soft, buttery and pigmented. Murah je, tak sampai +-RM40 masa Wa beli. 


Then, Blusher dari Estee Lauder ni. Blusher ni Wa dapat masa hantaran bertunang haritu. Wa beli set makeup Estee Lauder. Best sebab shades blusher ni memang kena dengan warna kulit yang cerah dan gelap. Shade yang atas, lebih kurang NYX Bluasher in Pinched! Boleh tengok kat sini! Yang kat bawah tu, shade dia macam Elf Blusher in Mellow Mauve. More to plum or mauve colour. Combine dua ni memang cantik!


Untuk item ketiga, Wa suka pakai Rimmel Apocalips in Celestial. Kalau dulu Wa rasa pelik bila pakai, tapi sekarang suka pulak haha. If uols tahu NYX Matte Lip Cream dijual berlambak kat Instagram sampai fake pun ada!, yang ini versi bukan matte! Yang ni memang bagi lembab bibir anda. Foundation Max Factor tu beli masa nak raya tahun lepas. Sale sampai jatuh dalam RM35. Harga asal kalau tak silap RM70. If uols suka light to medium coverage. Foundation ni memang best. Nama pun lightweight foundation. Tak rasa tebal pun dan flawless. If ada parut jerawat memang takkan cover. Kena touchup dengan concealer. Tapi Wa suka pakai sebab tak heavy dan rasa kulit muka bernafas! Perfect combo if apply dengan Stay Matte Powder from Rimmel. Ok, memang setuju dengan review yang lain! Lembut dan sangat halussssss. Flawless sangat.Tanya Burr pakai ce korang tengok Youtube! Wa beli kat kawan blog :) Please tengok kat entry Rimmel Haul. ada details dia.

Lastly, very small and cute packaging. Lipbalm and Mini Hand Cream. Btw, Lipbalm ni, first suka bau dia Strawberry, 2nd cute, 3rd sebab Body Shop. Uols rasa apa tak yang I rasa? Hahah btw, It works well as it is. Bibir tak kering. If rasa kering, Wa akan apply je tak kira masa. Very handy, campak je dalam handbang. Plus dalam purse pun muat! (If purse besar yang boleh sumbat handphone tu). Eubos Hand Cream memang sangat berkesan. Wa beli kat Guardian harga RM5. Selalu kat kaunter bayar Guardian dia akan letak mini bottle yang kita tak tahan nak tengok! Compared to Soap & Glory Hand Cream, Eubos lebih beri kesan lembut kat tapak tangan. Wa punya kulit memang kasar as uols known, orang kulit kering kan. Please try Eubos!!!! Sangat bangus untuk kulit kasar. Ia agak mahal tapi berbaloi!!!!! Lupa kan Hand Cream yang fancy2, bau sweet2. Eubos is the best Wa cuba so far :)

Apa favourite uols lately?



Body Shop Sale 2014 - Haul

Sunday, June 1, 2014
Salam, asyik cerita pasa persiapan kahwin, lebih kurang 5 bulan lagi! I still cannot thinking huhu. Sebelah bertandang still tak booking lagi pakej pelamin and kad pun belum decide lagi. Btw, along my busy schedule..stress dengan kerja. For 2 weeks balik kerja after 7.30pm, sampai rumah dah pukul 8.30pm. Memang layu!

Sometimes nak something yang mengembirakan hati kan uols. Woman aka perempuan, confirm masa gaji nak spend sikit kat barang keperluan (tak perlu sangat pun) tapi surely ada sebab kepuasan.Tahun ni, Wa jarang sangat shopping baju, makeup, etc sebab nak cut expenses due to wedding budget. Lama sangat tak shopping. Nampak pula email, Body Shop buat sale!! Tak silap once a year 70%! Even body butter dulu pun tak habis pakai lagi, kali ni gila dengan perfume/body mist haha.

Body Shop makin galak mengeluarkan scent baru yang best! Honeymania, Shea, Rasberry, Strawberry (lama kot tapi sedap!), Satsuma, Pink Grapefruit White Musk pun dah macam-macam jenis etc. My friend 2 orang beli White Musk Libertin Body Mist and Perfume. Bau dia sangat soft. I bet uols suka! Tak fikir panjang, order online je, grab beberapa item. I'm a lip and blush junkie, hehe sempat masukkan order blusher in guava.

So, this is my haul ;



Body Mist White Musk Libertin 70%
Hair Serum Grappeseed  50%
All in One Blush in Guava 50%
Perfume Honeymania 30%
Lightening Touch 70%

Hair Serum tu recommended by kakak ipar. Bila dia pakai wangi sangat dan,  rambut lembut! Teruja bila tengok ada 50% memang grab terus. Wa dah try 2 kali, lepas mani rambut dah kering-kering sikit sapu kan kat hujung rambut dan akar rambut, atau paling best sebelum tidur. Bangun pagi lembut je rambut, tak kusut.White Must Libertin tu jatuh cinta selepas try bau dari my friends. Lalu tempat dia, confirm sembur sikit kat tangan. Tahan lama! Sure husband uols suka hehe. Pakai lepas mandi, memang best!

Honeymania tu bau dia unik, tak manis sangat, tak floral sangat.. very light and bau honey tu sangat wearable. Tolong la try bau huhu, susah nak kata. But, blusher tu silap. Wa ingat dia cream blush. Silap tak baca description and its too pink for me. Tapi bila apply natural je, taklah hot pink sangat. Just, Wa tak berapa puas beli yang tu. And Lightening Touch, I was wondering how its works?! Semalam cuba pakai, dia ada effect as highlighter, not as a concealer yang pasti. The shade is too light for me, and I don't feel pun ada different bila apply. Wa lagi prefer if highlighter dalam form powder!

Okayy, that's all for my haul. If ada yang tak tahu, Body Shop boleh purchase online. Delivery Chargers hanyalah RM10 saja melalui Pos Laju. So, if sale-sale macam ni, best if share dengan officemate. Actually Online selalu sangat buat Flash Sale! So, better uols subscribe Body Shop :) Bye!