Chiffon Beaded : Baju Tunang

Saturday, December 21, 2013
Still in the mood. Even almost 3 weeks. Hari ini nak share my baju tunang. Wa ada cerita sebelum ni, macam mana wa dapat kain tunang ni. Soo unplanned. And satisfied at last. Maaf la, emosi. Memang jatuh cinta. Warna kain memang bukan choice utama, sebab dah suka beaded dia, jadi tak kisah pun warna apa.

Actually nak tempah kain chiffon beaded jangan hantar sebarangan. Sesetengah tailor taknak ambil sebab leceh nak jahit. Kene bukak beads dia dan jahit balik, dan ada tailor ambil dengan harga yang mahal. Wa ada tanya designer macam mimpikita (and some others), diorang tak terima kain untuk tempah, if nak tempah kena ambil kain dengan diorang untuk jaga kualiti dan nama. Oh baru ku tahu =.=. Since dah ada kain, tak boleh buat apa. Ada juga yang ambil contoh yang Wa ada tanya Ken Anwar dalam RM400++ huhu.

So, last decision Wa decided cuba dekat Dzul Classique kat Kajang. Butik ni popular dikalangan artis masa dulu-dulu, I think. Paling popular baju melayu. Bila pergi tempah kat sana, jumpe loyal customer masa tengah tunggu, dia kata dah 3-4 tahun tempah situ dan berpuas hati...Nahhh malas fikir, tempah..RM270 and satisfied, memang selesa. Yang best, dia cuma ambil ukuran panjang baju, bahu, panjang lengan, kain, pinggang je. Sampai confuse wa, napa ketiak tak ukur. Tapi bila dapat baju it was perfect measurement !
Boleh tengok close up kat sini :)





Anyway, warna biru ni bukan macam cyan blue, dia a very soft pastel blue. kata si dia, baju pengawas. humm suka hati la! Actually, susah nak cari warna yang seakan sama dengan warna kain ini, Sebab tu beli veil sampai 4-5 helai sebab nak matching. Lastly, decide je pakai last choice jumpa kat Jalan Tar. Warna dia agak terang lagi, tapi bila dah pakai, the colour blends well. So far, if any readers yang plan nak tunang, ada 3 option following your budget untuk cari baju/kain tunang ;

1 ) Ready Made
Banyak butik yang jual baju kurung moden chiffon bermanik yang harga jauh lebih murah dari tempah. Harga dalam RM100-RM300. Untung yang badan senang cari saiz :)

2) Kain dan Tempah
Ini pilihan Wa, since I'm a plus sizer, I'm prefer tempah. Lebih selesa dan puas hati. I'm a very picky juga, susah sangat dapat yang berkenan. Macam Wa kain dah siap manik, cuma tempah saja. Atau yang nak kain plain. Plain chifffon + inner maybe dalam RM200++ atau tempah kain + manik maybe dalam RM300 depends pada design, mungkin nak tambah veil. Survey harga untuk tentukan bajet anda. Ada yang DIY lebih jimat!



3) All in tempah pada designer
Ok, if ada lebih bajet, memang pilih option ni. Tapi bila kira kalau kita beli chiffon beaded dan tempah, kos dia lebih kurang sama dengan tempah 1 set dengan designer (bukan top designer la hehe) Average harga dalam RM1k ++ I think tu minimum. Depends on desgin + details jugak kan harga dia. Cuma yang puas, kualiti dan brand tu :) 

Keep survey and cari banyak reference. Make sure you puas dan suka! Good luck :)

Current Favourite Lipstick

Monday, December 16, 2013
Gedik bukan cerita pasal lipstick. Anyway, one of my hantaran ada set makeup & perfume. As you all know, Wa ada cerita dalam entry lepas, set RM200 from Estee Lauder. Great great deals! Few weeks time, I'm playing with my makeup hehe. Espeacially jatuh cinta dengan lipstick dan blusher. Yup, I'm addicted to lipstick and blusher. 



What I've got, Estee Lauder Pure Color Lipstick in Crystal Nude, here's some photo from other blog for better picture.

picture taken from here

And from mine, as you can see warna dia macam peachy nude shade. Not to pale and sangat natural. Untuk taknak nampak light sangat, Wa just dab another lipstick untuk nampak pink2 sikit.





What is your favourite lipstick ?!


My E-Day : Makeup by M.A.C

Saturday, December 14, 2013
Hi, I'm decided to choose M.A.C for my E-Day...Wa fikir tunang, nak simple je, dan senang. Tapi sebelum tu memang ramai makeup artist dah survey, harga boleh tahan! Boleh PM diorang if nak tahu harga mereka.

If korang nak berminat nak minta makeup counter make up kan, dorang ada service datang kat rumah jugak, Cuma mahal sikit, dalam RM400++ maybe ikut kawasan atau fix price, tu tak pasti. And I just paid RM180 if datang counter :) 



Ok lah, tak tebal sangat, just nice and simple. MA akan tanya warna baju apa, dan memang Wa bawak veil untuk tunjuk contoh bila pakai nanti, so dia terus bawak warna e/s yang sesuai letak kat tangan kita. If ok, dia akan guna warna tu. Wa minta sweet and natural. So pipi tu die pekat kan sikit. Kulit Wa agak kering dan susah make up nak stay longer. So die akan pakaikan moisturizer dan primer untuk tahan. Foundation memang nipis je, tak tebal.

Masa ni make up 45 minit dah habis. Wa tak pakai bulu mata palsu, die cuma pakai kan mascara untuk tebalkan lagi bulu mata. Kene tambah RM50 kalau nak pakai bulu mata. If bawak sendiri die tolong pakai kan. Majlis pukul 4.30 ptg, by the time, dia dah natural. Wa takda gambar close up. So, macam ni je dalam gambar, natural. Maybe lighting kuning tak berapa jelas :( yang pasti Wa berpeluh memang tak boleh tahan masa ni, sebab spotlight tu tepat kat muka. Habis makeup haaha.





My Engagement Day #30112013

Friday, December 6, 2013
Alhamdulillah, it was wonderful moment that I can't forget :) Such a blissful day. Agak terlambat untuk update tentang hari pertunangan. Akhirnya selesai pening kepala hehe. Mana tak, beli veil sampai 4 helai sebab tak puas hari cari yang matching. Perempuan kan?! So, kita share sikit gambar :)


















 Alhamdulillah, terima kasih semua. Next, akan share gambar lagi :) TQ