Inpirasi : Baju Sanding

Sunday, May 25, 2014

Salam, untuk entry kali ni, Wa nak cerita inspirasi baju sanding pula. Memang dah lama suka kain jenis bertingkat ala RizmanRuzaini. I think diorang yang startkan trend kain bertingkat ni. Right? So, Wa memang set dalam mind, nak macam tu. Even though, design lace tu lebih kurang sama je dengan nikah haha, I hope tailor pandai lah beza-beza kan sikit. That's me, nak simple, jadi ideanya macam tu lah.

Untuk sebelah Wa, nak modern style sikit lah. Tapi kompang tak boleh tinggal hehe. Tol (orang johor) pun tak boleh tinggal hehe. Untuk sebelah si dia, baju berbaju melayu. Itu pun tak pasti nak songket ke tak. Still fikir lagi. Next week baru nak discuss untuk sebelah si dia. Btw, pakej bertandang sangat affordable! RM2,000 all in with new sewa baru! So, masa bersanding nanti..family Wa bertemakan royal puple. And dekorasi dewan tu, Wa pilih soft pink, and gold maybe? Still thinking. Nak match kan warna sangat pening kepala!


Warna

Rose Gold with slightly pink tone.

 
 


 Veil

Untuk sanding, Wa guna soft net. Nampak veil net dari IG FuzanaMokhtaza. Nampak cantik bila dia flowy gitu. Suka nampak belakang macam tu hehe. Cuma yang bawah tu chiffon, tapi suka style dia cutting tak sama. Lace terletak atas kepala.




Baju dan Kain

First time tengok gambar-gambar ni, memang paling Wa suka dengan warna merah jambu tu! Plus, modern songket design! Suka sangat, tapi dalam plan untuk pengantin lelaki Wa nak si dia pakai suit. Tak dinafikan if bertanjak lebih segak. Majlis sebelah dia, Wa pilih dia bertanjak, sebelah Wa moden style. Jaditak lah sama saje :) Yang penting kain net bertingkat haha!









** Gambar-gambar ini diambil dari IG seperti yang tertera!

Tempah kat Wedding Galore juga, hope baju tu Wa suka Y_Y risau sangat if tak memuaskan hati. Sebab lace manik tu beli sendiri huhu. Btw, dia bagi 3x fitting. 1st bulan 8, 2nd bulan 9 dan last fitting bulan 10. Majlis Wa bulan 11. Risau betul tak kurus-kurus haha. Memang kena struggle! Si dia dah masuk gym setiap hari, tunggu Wa ni haaaa banyak pula alasan haha. Bye!

Inspirasi : Baju Nikah

Thursday, May 22, 2014
Sebelum tempah baju untuk nikah/sanding. Mesti dah banyak berimaginasi atau berangan nak pakai baju yang macam mana. Wa jenis suka yang simple and sweet. Memandangkan Wa beli kain sendiri, jadi Wa nak baju tu nanti boleh dipakai selepas kahwin. Jadi, just nice if design yang Wa sendiri selesa untuk pakai.

Kebanyakkan design yang Wa suka jenis menggunakan kain chiffon silk plain, ada pacthing dengan lace, butang2, dan kain yang flowy. Wa rasa kebanyakkan design terkini memang jenis macam ni. Adore sangat dengan deisgn baju macam tu. Kain butter yellow macam ni, kain ni Wa jumpa masa pergi butik Mylea, Bangi. Actually kuning macam kayu yang kelima. Dalam ni nampak macam cream.

Warna



My favourite kebanyakkannya tengok design dari ;

Butik Pengantin ;
Arma Couture, Ari Wedding, Zaha Wedding Planner, Zamrima Touch,

Others;
Dwen Raha, Nurita Harith, Linda Rahim, Noreen Hashim, Mimpikita, Fuzana Mokhtaza, Najib Salman, Dorra

Kebanyakkan baju nikah if tempah butik pengantin kain sendiri RM500-RM700++ depends on design. If designer (jr.) can be upto RM900-RM1,500++ (kain termasuk). Harga-harga ni termasuk upah jahit baju, shawl, veil, upah workmanship. 

Veil


Suka dengan Arma Couture punya veil! This picture was taken from Arma's FB Page.Dia selalu pakai chiffon, nampak sweet, kemas dan simple! Veil atas punggung dan halfmoon. Lace patching lebih dari bahu, Wa tak berapa minat yang atas kepala saja. This one memang my inpiration nak tempah veil! Perfect :)

Baju




Baju ni pun dari Arma, tapi kebanyakkan design sekarang lebih kurang macam ni. Sorry gambar tak edit hehe. Suka double layer lace kat bawah tu. I'm planning nak buat macam tu, lace kat tangan dan dada macam 2nd picture. Butang kat belakang baju dan tangan :) Got my idea ? I bet uols dapat bayangkan. I love baju yang buat lace kat bahu tu..macam ni hehe, tapi since pakai tudung macam tak berapa nak berfungsi sikit lah lace tu kan. So, tukar lah nak design macam 2nd pic tu.


Kain

Semestinya flowy2 ala-ala princess. Tak nak meleret, just nice je. Kain ni dia panggil kain potong panel. Berapa panel ? Lagi banyak lagi flow dia cantik!



Last-last Wa pergi tempah dekat Wedding Galore. After all butik survey kat merata tempat..keluar masuk pameran, nampak dia banyak pengalaman dan harga reasonable. Butik dia berhadapan dengan PKNS Bangi. And paling senang nak pergi sebab dekat dengan rumah! Hope dia buat seperti yang Wa verangan kan!

** Semua gambar ini diambil dari Arma FB Page, IG individu.

Bandung : Kain Nikah, Lace, Chiffon, Satin, Silk etc

Wednesday, May 14, 2014
Just got back from Bandung. This trip paling tak best sebab masa sangat singkat. Tiket beli dah setahun, 3 orang pergi balik cost about RM300++. Memang murah habis! Yang tak bestnya, Baba beli tiket Ahad pukul 7mlm, and balik KL Rabu pukul 7pagi. Supposely, 4 hari 3 malam, tapi actually its only 2 days je!

Hari Pertama
Seawal pukul 10.00 pagi kami dah sampai di Pasar Baru, a bit late jugak, Pasar Baru bukak 8.30 pagi. Kami menginap di Hotel Perdana Wisata, dalam 1km dari Pasar Baru. Or maybe less. Kami bercadang nak jalan kaki saja, memandangkan kali ini, Baba tak hire supir untuk jalan-jalan. Jimat sikit, sebab nak pergi tempat pun tak banyak. Fokus utama memang Pasar Baru!

Sampai saja, terus menuju ke kedai yang satu ni, dulu nama dia lain, sekarang nama dia Famous. Rasanya ramai tahu kedai ni, die dekat hujung bangunan dan dekat dengan toilet. Kedai ni memang popular sebab besar dan banyak pilihan kain terutamanya lace bermanik. Angaran harga yang boleh dapat dalam lingkungan RM143 - RM172 ++ semeter ikut design dan jenis kain juga. Murah dari Malaysia mungkin. Satu meter 2-3 kali ganda mahalnya. Orang nak berniaga memang berbaloi.

Wa terus saja cari lace yang sesuai untuk kain nikah. Tema warna  light butter yellow (pastel), nak cari lace yang sesuai ala warna rose gold, or yellow. Dah berkenaan pula dengan lace bermanik, terus je pembantu tu kenakan dekat patung. Wa pilih dua corak. Sebenarnya, cantik lagi kalau warna kuning/krim laca dia if bermanik, nampak lagi sweet. Tapi entah kenapa, tak terfikir T_T dah balik baru menyesal. Hehe.




Agak lama meneliti, tak tahu mana satu, sementara tu, Baba pulak sibuk survey kain untuk family. Nak cari royal purple, yang cantik tentu lah kain satin silk. Tapi lebih dia berkenan kain cotton atau lebih tebal lagi tapi bukan satin. Kata dia kain pecah bila jahit sebab ada pengalaman sebelum ni. Warna tak agak royal la, jadi warna dark. Anyway kain memang kene pilih betul-betul. So, dapat kain baju melayu lelaki untuk family, dark purple, mint green and brown.



Side Mama, masih lagi blur semua yang tak berkenaan dihati. Hajat dihati, nak pakai chiffon beaded macam kain tunang Wa dulu, rupanya kat Bandung takda! Sangat frust. So, sesiapa nak cari chiffon beaded, chiffon plain silk ala baju Nurita Harith tu, memang takda! Balik kene pergi Jakel jugak. Round few kedai, lace memang banyak, nasihatku if ada masa, pergi banyak kedai untuk survey, sometimes design ada yang lagi cantik dari kedai besar-besar. Apa yang Wa boleh tengok, kali ni, cotton and chiffon silk corak  tak banyak pilihan. Kain lebih kepada cotton sulam, chiffon sulam, opel, dan corak tak menarik sangat, lebih design yang penuh dan macam sari. Tak puas la kali ni pergi Bandung. Dengan masa tak cukup dan pilihan tak penuhi citarasa.



Kedai yang kedua, Wa beli semi french lace dan kain baju melayu nikah. Satin Silk sangat murah, jenis kain Roberto Cavalli (amboi !) memang lembut dan sejuk warna butter yellow. Semi french lase ni pun warna yellow, beli untuk 2nd option hehe. Tapi last sekali, semi french lace ni Wa buat untuk nikah, beaded lace tu tempah untuk reception nanti, its to heavy for my nikah. Beli 2.5meter, harga semeter RM70! Tengok design juga. Wa tak pasti kat Malaysia berapa.


Kedai ketiga, haaa kedai ni memang banyak beaded lace cantik-cantik, tapi sayang Wa dah beli dulu hehe, kedai ni, kami beli kain untuk makcik-makcik nak pakai masa sanding. Baba decide semua adik-beradik dia pakai baju yang sama. Kat sini Wa beli kain Eye Lash Lace, first time dengar nama kain lace ni, tapi memang berkenan! 1 meter RM25.


Kedai keempat, recommended sebab pelayan dia peminat JDT hahahah. Nama kedai dia Bandung. Lawak dan sangat peramah pelayan dia. Wa beli kain untuk suit jenis kain Cartier (amboi!) warna hitam tapi nampak berkilat. Btw, reception Wa decide nak bakal suami pakai suit/blazer. 1 meter RM60.



Maaf lah, tak banyak tangkap gambar dalam kedai sebab busy sangat pilih kain, plus macam-macam perasaan ada! Takda mood betul cari kain kahwin sebab kesuntukan masa. 

My advise untuk beli Kain Nikah/Reception Bandung :
  1. Jumpa designer/tailor, minta advise, design yang sesuai or yang kita suka, tanya berapa kain kena pakai dan jenis apa. Pastikan design dan warna confirm betul-betul.
  2. If nak beli bukan di Malaysia, boleh survey dulu kat Jakel, Gulatis, Mayasilk etc, kain-kain yang kita nak beli. Set bajet anda!
  3. Lepas survey and set bajet, fokus pada jenis kain dan warna yang nak beli
  4. Set warna apa nak, dan design yang and suka
  5. Kain yang tiada, jangan membazir untuk beli sekadar ada. Balik Malaysia beli kat sini!