Rimmel Haul

Wednesday, February 26, 2014
Ladiesss, lama tak cerita pasal makeup. Asyik pasal kesihatan je hehe. Tapi nak selit sikit ye. Alhamdulillah rezeki semakin bertambah. Bulan ni memang bulan cinta hehe. Terbaru dapat testimoni dari kawan office baru balik dari cuti bersalin, tapi dia tak beli dari Wa pun set berpantang and Wa tak tahu pun dia consume Shaklee. Datang je office, lepas 2 bulan bercuti, memang terkejut sebab muka dia berseri-seri dan fresh! Nak kata pakai foundation tak pula. Kulit die makin licin dan jeragat pudar. Tegur la dia lepas bersalin nampak kulit cantik, makan apa? Die kata Shaklee. Memang gelak besar haha. Cam tak sangka. Wa cerita ni berdasarkan apa Wa nampak dan dia cerita.

Dia kata BP die dari 8 jadi 12..Kulit lembut jeragat makin hilang, bertenaga lepas bersalin. Adik dia makan ESP kulit makin cantik, jerawat kecut. Alhamdulillah, gembira even tak beli dengan Wa pun tapi kesan positif ni membuktikan ada kebaikan. Apa dia consume, Vita-Lea, B-Complex, Vitamin C, Vitamin E, dan ESP. Lepas tu dia tanya nak naikkan berat badan husband dia, jadi Wa suggest, B-Complex dengan Vita-Lea dulu, share saja dengan stok dia. Bagi yang nak bertanya tu, Wa memang akan bagi Free Postage kalau first timer dengan Wa ye. Nak tahu harga jangan takut, supplement tak mahal pun, dan tak perlu pun nak makan semua, nak yang trial pun ada. Wa pun tak mampu nak beli semua. Jadi, Wa akan bagi option ikut bajet selalunya.

Berbalik pada Rimmel tadi. My blogger friend Nabilah selalu buat pre-order makeup, selalunya dari MySale dan ada dari website lain. Sebelum ni Wa pernah beli Foundation brand Borjois dari dia dan terbaru Rimmel. Nanti Wa review foundation tu, yang best bau buah! Rasa fresh je bila pakai.

The haul

 Lasting Finish by Kate Lipstick in 005 and 008

Swatch from the top ;
Lasting Finish Colour Rush Balm in 022 Rumour Has It
Lasting Finish Lipstick by Kate in 005
Lasting Finish Lipstick by Kate in 008
Apocalips Lip Laquer in 101 Celestial
Apocalips Lip Laquer in 303 Apocaliptic

Puas hati semua! Cuma yang Celestial tu macam tak kene dengan kulit Wa mungkin. Paling best balm tu sweet dan wangi compare dengan Revlon, Wa lagi suka Rimmel sebab dia lagi moist. Uols boleh follow blog Nabilah dan instagram dia @nblhismailjee. Okay da~

Minggu sihat pula, berjaya turun 2 kg!

Sunday, February 23, 2014
Hi Semua. Since last update, Wa dah start diet slowly. Alhamdulillah keep on going and better. Ambil nasi mula kurangkan sikit-sikit. Siapa yang ikut instagram @wakdingding, Wa ada update, dah turun 2kg!! Super exited sebab tak sangka sangat :) As uolls known, Wa ambil Set Slimming Shaklee + diet + exercise. Yang paling tak sangka dalam masa 3 minggu je turun 2kg. Btw, ada je makan nasi lemak, lunch nasi (nasi separuh) dan cheese nan. Haha sungguh tak sangka hasilnya. Plus jpgging, aerobic, walkathon and some outdoor activities. 

 Walkathon

Bukit Gasing Hiking 

Lepas Wa update, ramai tanya set apa dan macam mana. So Wa share jugak kat sini ;

My Dietary Routine

Breakfast
ESP + Peel Fresh Mango/ Nestle Bliss Strawberry
Vitamin C - 1 biji
Habis kan air minimum 1 liter hehe

Lunch
Nasi 1 senduk
Sayur dua portion atau satu portion sayur dan ambil ayam/ikan/daging
Kuah sikit je
Air Suam
Lecithin - 3 biji

Dinner
ESP + Peel Fresh Mango/ Nestle Bliss Strawberry
Nasi 1 senduk @ tak makan nasi @ meratah lauk
Lecithin - 3 biji

Before Tidur
Vitamin E - 1 biji

Weekend
Jogging/Aerobik/Outdoor

Alhamdulliah nampak perubahan even ada cheat day kadang-kadang kan. Breakfast makan nasi lemak, tapi lunch tak makan la, just minum ESP je ke, depends. And proses pembuangan Wa sangat lancar. Perut kempis dari dulu. Wa sangat lawas sebelum ni, tapi bila amalkan set slimming, memang lebih lancar lagi. Apa yang Wa nak kongsi sini bukan sebab ia busines semata, tapi ini yang Wa alami. Plus, my customer aka my bos pun turun 2kg after 1 month. It's a good news for me, even turun cuma 2kg. Tak perlu nak rakus sangat diet or slim. Just enjoy it. Tapi rasa satu pencapaian yang baik. So, kita dah boleh target dan mark berapa nak turun lagi!

My target 1 bulan 3kg. Wa ada 8 bulan lagi. So, mesti turun 24kg! Haha so, mark kat calender! Every week kene timbang dan catat. I hope I can do this! Nasihat Wa jangan depends on any supplement diet yang you ambil, tak kisah la Shaklee ke or any. Kene workout and jaga makan juga right! :) Supplement just to help you or support you in alternative way. Bukan cara utama. So if you are planning and interested, you can add this supplement to help you ! Tak perlu ambil semua sayangku. Pening badan nak proses hehe.

My Supplement intake for diet ;
ESP - Tambah energy, Sumber protein tanpa kolestrol, Mengenyangkan
Lecithin - Agen pemecah lemak
* We will suggest you to take supplement yang akan melawaskan anda. Since the theory, lemak di pecahkan dan akan dibuang melalui pembuangan air. Contohnya untuk lawas Alfalfa atau Herbalax. Since Wa sangat lawas hehe jadi Wa tak ambil.

Harga? Wa bagi first timer harga sangat affordable dari serendah RM40++. Jangan malu tanya Wa, selalunya Wa akan bagi 3 options untuk customer pilih. Set Lengkap, Set Keperluan, Set Bajet. So, senang nak pilih, mostly akan pilih Set 2 atau Set 3. Ramai yang nak cuba Set Bajet, so bila dah ada bajet, dia akan tambah lagi untuk kesan yang lebih efektif. It's your choice. Wa tak paksa. Set keperluan, tu macam based on your situation, condition badan contoh macam Wa tadi, tak perlu ambil Alfalfa or Herbalax. Ambil yang perlu or penting saja. Whatsapp me, 012-366 0408



Other workout plan ;
Wa baru install Blogilates, sangat bagus! Apps yang complete. Dia akan guide kita setiap hari, dan ada kalender and list yang perlu kita buat thru videos. Ada section jenis senaman, recepie, forum dimana uols boleh dapat inspiration yang ikut diet or video tu yang dah berjaya kurus! If nak search kat youtube pun boleh subscribe dia. And.....Wa baru beli yoga mat. Hehe, so boleh buat dalam bilik!


Spotted gyms around my working area and house. Bangi Fitness kat Seksyen 7, hari-hari update kelas dan bayaran pun murah. Kalau tak nak jadi ahli bulanan, just walk in dan bayar untuk masuk kelas. Tapi masih tak berpeluang nak pergi. Gym kat office baru bukak dan free membership. Hehe nak try tarik sorang kawan teman, baru best! So, bulan 3, Wa nak start dengan gym, InshaAllah. Jom kawan-kawan semangat untuk lebih sihat. Kalau pun tak diet or take supplement, tapi it's good for health kan kalau bersenam. Siapa yang lesu tu, try exercise, memang mujarab untuk segar dan tak mengantok!!!




Diet dengan protein

Saturday, February 15, 2014
Interesting topic kalau pasal loss weight! Haha ok rasa bersalah pula sebab entry lepas berkenaan Kerja Makan!! As uols known entry lepas-lepas, Wa ada cerita macam mana berat Wa naik mendadak. Lepas masuk sekolah asrama, dari 45kg naik sehingga 60kg ++. Balik rumah selalu takda baju sebeb semua tak muat! And Mama tempah baju kurung lebih 5 pasang untuk Wa bawa balik asrama untuk prep or event sekolah. Oh, baju Mama masa dulu-dulu pun bawak. Seluar jeans and shirt kene beli baru hehe.

My wieght naik dan naik sehingga kini lepas raya 2013, Wa baru sedar yang my weight was toooo over limit. Dah bertahun tak timbang, sekali timbang memang rasa nak pengsan! Pernah tak rasa bila kita cuak dan takut, rasa berpeluh-peluh. Haa camtu rasa takut Wa. Sebelum tu pernah Wa cuba Dr.Rozmey (masa tu gila popular kan sampai dia nak buat filem) sebulan Wa turun 3kg! Huhu sekotak Wa makan tak sampai sebulan habis. And that time gaji pun tak banyak, so stop macam tu je.

Berbalik pada cerita lepas raya 2013. Wa target nak turun berat dan semangat gila! Wa cuba makan Alpha Lipid SD2. Harga Jual Rm180 Ahli Rm150. Satu hari 9 scoop. Satu tin hanya tahan tak sampai sebulan. Bayangkan memang kenyang! Konsep dia, badan kurus tak perlu diet. Tapi ada pantang larang dia. Jaminan diberi kurus dalam masa seminggu 3-5kg! Susah nak percaya kan. Tapi tak tipulah, memang turun. Wa minum pagi, tenghari, malam, 6 bulan tak makan nasi, buah, makanan berminyak, dan makanan yang manis. Apa Wa makan? Protein sahaja. Wa makan ayam, ikan, telur or meratah sayur, lauk-lauk saja. Weekend pergi aerobik sabtu dan ahad kat Tasik Cempaka. 1 minggu Wa akan hilang 0.5kg. Setiap hari Wa akan timbang dan akan frust bila naik hehe. Sebab tu motivate kita untuk lebih usaha.

Hampir 6 bulan Wa minum dan berjaya turunkan 8kg. Kain longgar, seluar kerja longgar, seluar jeans longgar, sampai satu tahap asyik pergi beli baju je haha. Lepas tu usaha terbantut, motivasi kurang sebab rasa dah kurus haha. Jangan jadi macam Wa. Teruskan. Mungkin if teruskan sampai sekarang dah turun 20kg! Takpa turun berat lambat, asalkan enjoy, tak stress dan sihat! Pengajarannya kat sini, semua produk yang memberi anda kekenyangan tu bagus. Sebab ia memberi tenaga dan kenyangkan perut bagi elakkan anda mengambil makanan yang berlebihan. Ia bukan menguruskan anda, tapi ia membantu dari segi mengenyangkan. Kalau anda ikut program tu dengan ketat, memang akan turun seminggu 1-2kg! Diet Atkeins adalah diet yang tidak mengamalkan Karbohidrat dan makan lebih protein. Itu lah sebenarnya diet yang program diet lain amalkan, contoh SD2. Kawan Wa amalkan diet ni, serius kurus! Tak payah makan produk apa-apa pun!

Macam Wa sangat malas nak styling food, nak prepare salad, just instant je. Jadi sebab tu Wa lebih nak minum something yang terus buat kita kenyang. Since jumpa ESP Shaklee, Wa tengok harga ahli pun sangat murah, kalau jual kat market pun RM150, then boleh tahan 2 bulan. Banyak sangat jimat kat situ. Sebulan dalam RM75. Kalau ahli dalam RM60. It helps my diet yang malas nak prepare makanan ni hehe. Ni adalah alternatif Wa lah jimat dan kesan dia sama. Ini pendapat masing-masing ye, dan macam-macam cara sebenarnya kan nak diet. Ikut uols. Jadi Wa dah start semula ikut diet yang pernah Wa buat sebelum ni. Even if uols kental, tak nak ade pemangkin (diet products) or amalkan mana-mana produk pun boleh juga :)

Nak mulakan susah, tapi kita cuba perlahan-lahan.Ini cara yang pernah Wa amalkan ;

  • Elakkan karbohidrat seperti nasi, mee, tepung, roti, etc. 
  • Lebihkan protein seperti ayam bahagian dada, daging, telur, ikan. Meratah seekor ikan kembung stim limau pun sodapp. Atau Sup Ayam! Atau Salmon Grill.
  • Buah juga mempunyai kandungan gula yang banyak, kurangkan buah-buahan yang mempunyai gula yang tinggi, contohnya pisang dan durian! Makan buah yang berserat seperti tembikai! Ia rendah kalori!
  • Bersenam, berjalan, aerobik setiap minggu. Install Apps yang berguna untuk track aktiviti anda setiap minggu. Kalau minggu ni 5,000 langkah, minggu depan target 10,000 langkah!
  • Cari sahabat atau peneman anda untuk tambah lagi motivasi dan support! :)
  • Elakkan minuman berkafien, tukar kepada teh kosong tanpa gula
  • Minum air suam dengan banyak. Minum 3 liter sehari! 1 gelas, setiap 1 jam. dari pkul 7 pagi sehingga pukul 6 petang. Malam boleh rehat. Ia sangat membantu dengan mengurangkan anda mengunyah snacks yang tinggi kalori! dan sangat melawaskan.
  • Selain selfie, snap your food picture, and you will found guilty if makanan yang uols makan tu amatlah melemakkkkkan
  • Choose one day as cheat day! Hehe selalunya weekend lah kan. Tapi jangan melantak sakan. Make sure if Sabtu makan, Ahad work out balik untuk topup!
  • Puasa Sunat ! or Sebulan pun takpa :)
  • Kira kalori pengambilan makanan, Perempuan 1800-2000 kalori sehari sahaja! Belajar cara nak kira kalori. Wa tak buat pun tapi since tahu, setiap benda Wa akan tengok kat ingredient info. Satu kotak air milo berapa kalori?? So, kita boleh agak :)
  • Beli sehelai baju yang cantik dan mahal, ambil ia sebagai motivasi dan inspirasi. I bought one, it was from Mango and cost RM200. Satin Silk lagi! Haritu dah muat, tinggal kat punggung je ketat. Hehe sekarang kene workout dengan hardcore!!
  • Tukar sesuatu berkalori tinggi kepada yang rendah, contoh mee goreng kepada spagheti. Teh Tarik kepada Teh O, Ice Lemon Tea kepada Limau Suam, Nasi penuh pinggan, ambil pula suku saja atau 1senduk. 
Boleh share tips uols kat sini. Ini cuma cara diet Wa masa tu lahkan, and I need to do it again hehe. Kadang-kadang orang tanya camna kalau ada kenduri, event, yang wajib ada makan-makan. Senang je, makan lauk dan ambil PROTEIN! Ayam, Ikan, Daging, Sayur atau buah. Dessert, kalau dulu ambil 2-3 jenis kuih, kini ambil satu pun cukup atau makan separuh.. Kurangkan apa yang kita selalu makan. InshaAllah, kita akan biasa bila kita tak makan langsung! Take your time. Contoh makan kat KFC, ambil dada je, kulit buang. Makan pizza, buang sebahagian roti, kat tepi pizza. Makan MCD, buangkan roti atas saja atau dua-dua lagi bagus! Even tak drastik, tapi ia membantu sangat-sangat! Dan sabar tu penting. Outcome yang berkualiti perlu kesabaran yang tinggi :) Selamat mencuba!

Kerja Makannnnn je tau!

Friday, February 14, 2014
Ni sepatutnya entry yang lepas. Cerita lapuk pasal birthday. Alhamduillah Wa di sisi sahabat dan keluarga yang penyayang. Syukur dan terima kasih diatas peringatan. Setiap tahun biasanya celebrate simple je, yang wajib mesti dengan keluarga.

Celebration yang pertama bersama Si Dia di Tony Romas, uols boleh tengok entry lepas. Sebab nak celebrate sekali dengan birthday dia. Family pula tunggu parent balik umrah, jadi extend la. 

Kedua, celebrate bersama officemate. Sambil discuss pasal kerja, bos belanja makan hehe. Wa order Spinach Lasagna, hmm tak minat sebab makan lasagna tiba-tiba ada bayam pula T_T habis mood. Uols selalu order apa kat SR. Hmm boring juga menu dia hehe. Kek Durian memang wajib order!




Ketiga, celebrate lain sikit. Kami berempat adalah sahabat semasa sekolah menengah dari form 1. Kami bercadang nak picnic kat FRIM. Seronok sebab tak ramai orang! Masa ni cuti raya cina. Parking pun senang, dan nak cari tempat berkelah pun tak berebut hehe. Btw, kenalkan sahabat saya, Azhreen, Sarah dan Syafiqa. Kecik-kecik kan kawan Wa. Sobs! Kami buat potluck, dan Wa offer nak masak macaroni goreng. Senang je! Macam Wa suka pedas, jadi puri tomato tu kene tumis dengan lada blend dulu la. Uols buat macam mana?








Another outing with Si Dia, pergi makan kat Chilli's. Hmm betul ke, tetiba tak ingat. Our favourite dish. Suka sebab banyak udang hehe. Cheese meleleh. Ya Allah confirm la, kolesterol, lemak, karbohidrate berkumpul kalau makan macam ni!!




And last, my celebration with family. Si Dia tak datang sebab ish! Tak nak sebut. Kecik hati. Makan kat Steamboat Antarabangsa, Bangi. Anyway siapa yang suka steamboat boleh try kat sini. My opinion, just biasa-biasa saja. Wa suka pergi Flamming Sunway sebab banyak pilihan!!! and Seoul Garden, marinate meat dia memang best! Try la kambing dia, serius if bakar, terasa dia punya rempah. Sedappppp. Cuma Steamboat Antrabangsa ni murah among other steamboat. Kat UPM, tak best hehe. Kat RedWok, Bangi pun biasa-biasa saja. Tapi enjoy sebab suasana restoran dia luas dan selesa. Kat Steamboat Antarabangsa ruang sempit.






Ok berbalik pada cerita tadi, Alhamdulillah dapat hadiah dari keluarga, purse! Suka sangat sebab boleh isi telefon kat dalam purse tu. Suka purse macam ni, semua senang letak, kad, syiling, and banyak compartment. Syukur diatas peringatan. Terima kasih semua. Murah rezeki kalian!


Jangan lupa, kalau makan dah banyak macam ni, Wa amalkan Leitcthin. Atau Omega. Fungsi dia adalah untuk pemecahan lemak. Lemak yang berlebihan di kumpul dan seterusnya akan dibuang melalui proses membuang air hehe. Bila Wa consume ni, lepas buang air rasa kosong. Selalunya akan 2 kali untuk buang air besar. Setakat ni makan turun tu belum lagi, baru 2 minggu. Tapi berat tak naik-naik. Maintain berat asal. InshaAllah dapat mengawal berat badan daripada naik mendadak. Ia boleh dikawal dengan senaman dan mengambil makan yang sihat. Selalu kita makan, lemak yang tidak diperlukan, akan menjadi sebahagian dari pada badan kita, dan dapat lah penyakit sakit jantung, obesiti dan sebagainya. Selain berat badan dan kolesterol, ia juga bagus untuk kulit dan eczema. Wa cuba ambil Set Slimming Shaklee alternatif kepada cara diet yang dulu. Dulu amalkan SD2, turun 8kg-10kg dalam masa 3-6 bulan! Tak nafikan memang berkesan. Bagi Wa produk kesihatan semua bagus kalau kita ikut cara dengan betul. Kesan akan dapat rasa 1 bulan lepas consume. Tapi Wa berhenti sekejap makan SD2 sebab kuantiti produk sikit dan tak tahan lama, sekejap je habis tak sampai sebulan T_T. Harga boleh tahan kopak poket. 1 bulan hampir 2 tin. Wa akan cerita pengalaman diet menggunakan Protein nanti okay?

Jumpa lagi!

Masalah Period Tak Teratur

Salam semua,

Harini Wa nak berkongsi masalah yang Wa hadapi pass 2 years. Actually, masalah ni Wa tak ambil serius sehinggalah 1 bulan tu, Wa kene period 2 hari saja. Tiba-tiba rasa takut. So, kita buat research sedikit kenapa period berkurangan. Ada banyak punca tapi ini berkaitan dengan Wa. Input yang Wa dapat ;
  1. Masalah Berat Badan
  2. Suka minuman berkafein
  3. Stress
Memang betul, kenaikan berat badan punca haid tak teratur. Yang utama, pemakanan yang tak terkawal, lemak, karbohidrat yang berlebihan. My weight increasing since Form 4. I was 45kg masa Form 3. And period Wa teratur dalam jangkaan 5-7 hari sehinggalah masuk universiti. Di akhir semester sebagai pelajar Ijazah, period mula menjadi dalam lingkungan 4 hari minimum. Orang kata stress sebab Final Project mungkin. Bila consult dengan doctor pun cakap macam tu, stress dan kenaikan berat badan !

So, it's continue until Wa start kerja, it's become shorter until 2-3 days only. Memang terkejut ! My friend suggest GLA from Shaklee untuk mengatur semula jadual period Wa. Apa yang Wa nampak kesan kulit tumit kaki makin licin dan tak kasar. No wonder la sebab ada Vitamin E! Tapi period Wa tetap singkat. I was afraid sampai fikir, boleh ke pregnant T_T ohhh seriously, I'm gonna marry soon. God please help. Wa ada baca dalam paper, period yang singkat adalah normal ! Wah that article totally brighten my day. And kakak ipar pun doktor, dia kata if my cycle tetap, its considered as normal. Alhamdulillah, memang tetap, just tempoh period tu singkat. Memang marking dalam calender. Nak tengok if lewat sangat ke atau tak datang langsung. Itu tak normal.



Wa nak share satu testimoni officemate Wa sendiri. Maaflah, takda screenshot bagai, sebab ni perbualan :) Semalam, dia datang kat Wa happy sangat mintak pad. Sebenarnya, lupa yang dia ni tak period-period, lewat beberapa minggu. Lepas keluar toilet, perbualan kami lebih kurang macam ni ;

" Alhamdulillah kak, happy sangat !! Saya dah period"
Aku buat muka blur "Kenapa sebelum ni awak tak period ke?" Punya lah kerja banyak, sampai aku totally lost. Lupa dia pernah beli GLA !
"Apa la akak ni, kan saya cerita period saya tak datang, saya jumpa doktor ingat tak? Doktor kata saya stress, dia cek takda apa-apa, tapi lewat sangat. Dah dua kali kene macam ni.
"Oh baru ingat, sebab tu awak order GLA. hehe"

Syukur, ada kesan. Dah 2 bulan period dia lewat dan tak tetap. Wa minta dia habis kan GLA tu untuk tengok cycle die selama 2 bulan lagi. Jika dah tetap, Alhamdulillah berjaya. Ramai antara kita yang mempunyai masalah yang sama. Di pasaran, memang banyak jual Evening Primrose Oil (EPO), Wa pernah makan juga ni sebab dah habis, tu makan Shaklee! Masa nampak kesan kat kulit terus nak sign up jadi ahli hehe. GLA dah habis lama, then period dah normal, Wa fokus ambil Set Skincare ( Vit C + Vit E + ESP). Untung ambil GLA sebab dia 2 dalam 1! Siapa ada masalah period and eczema/kulit memang sesuai sangat!


Apakah perbezaan EPO dan GLA?
EPO juga mengandungi GLA (Gamma-Lenolenic Acid) tetapi untuk produk Shaklee, dia diambil dari Borage Seed Oil. Selain itu, mengandungi Vitamin E dan Sunflower Seed Oil. Kandungan GLA ini lebih banyak dari EPO.

Siapa yang perlu ambil ?

  • Masalah period tak teratur
  • Masalah kesuburan
  • Masalah Eczema, kulit kering
  • PMS
  • Kencing manis, Darah Tinggi, Kolesterol Tinggi
  • Menopouse
  • Dan banyak lagi
InshaAllah, kita cuba ikhtiar. Kadang-kadang semua cara kita cuba untuk dapatkan yang terbaik. Makan itu ini, tapi satu pun tak sesuai atau tak berkesan. Jangan putus asa. Mana tahu, ini jalan penyelesaiannya kan? On the top of that, please consult from your doctor before consuming any supplement products :) Boleh whatsapp Wa untuk tanya, jangan segan. Harga boleh dirunding, yang 1st timer amatlah dialukan.


Surprise Birthday Gift

Sunday, February 9, 2014
Okayyyyy, Wa hutang 3 entry untuk Si Dia. Since he is stalking my blog, dia dah pandai demand entry untuk dia. Hehe. Well, this is for you. Since earlier kenal si dia...dia selalu buat kejutan.

First yang paling Wa tak boleh lupe, dia datang Sarawak, dengan Mum dia. Dia ada cakap, tapi Wa tak percaya. Dalam hati, "Takkan dia nak fly datang sini semata nak celebrate birthday aku!" That day, Wa ada kat Pizza Hut dengan team member lepas pergi buat case study. 

And... "You kat mana? "
" I kat Pizza Hut tengah makan. Why? "
" Wait there, I'm coming"
Dalam hati, "What!?"

Guess what, tak sampai 5 minit, dia ada depan Wa. Memang terkejut dan tak percaya. Haha impressed and terus cair. Two days spend time together, memang seronok even sekejap. Hadiah dia bagi, small teddy bear yang di spray bertalu-talu dengan perfume dia. Haha supaya tak hilang rindu katanya. Jiwang.

Lagi surprise dia buat...Gelang tangan cube kecil yang ada huruf tu, balik naik train dia call, masa tu cari telefon dalam handbag, tetiba jumpa kotak kecil. Sambil jawab telefon Si Dia... sambil bukak kotak. Masa tu happy gila sebab, gelang tu memang dah lama suka. Asal lalu depan kedai tu je, cakap teringin..haha. Memang terkejut masa dia bagi. Patut la asyik nak pergi toilet je. Ehem masa ni zaman awal 20-an jadi taste budak-budak, tak kenal Pandora lagi.

Then, dia bagi BB. Tu lagi nak memangis, and it's not my birthday pun. Sampai rosak pakai.  Big thanks to him T_T...touchinggg. This year, birthday gift agak lambat. Bukan setiap tahun pun ada hadiah, kadang-kadang ada miss juga, tapi makan wajib ada! Last 2 days, dari pagi dia asyik kacau Wa kat office. Call and Whatsapp tak henti. Apsal mamat ni ! I don't expect anything, just wondering kenapa dia pelik. Malas layan dia, balik office dia kata nak datang rumah bagi something. Hmmmmmmm..ok.

Dia datang bagi dan blah. "Bukak pukul 12 malam tau. Hadiah birthday you" Errr. dalam hati, dia bagi apa ni? Keras kotak kat dalam. Dalam hati, PANDORA!! or music box. Lama nak tunggu, tetiba dia Whatsapp minta buka. Heehe anddddddddddd. Jerit dalam hati! Wayyy more better.




SubhanaAllah, tak sangka sangat. Memang bukan design yang di idam haha but for me, cantik sangat sebab diberi oleh tunang tersayang, tapi bersyukur sangat-sangat. Speechless. Tenung lama sangat jam tu, sampai kata dalam hati. Why he did this. Mahal sangat rasa macam membazir. Hehe dan bertahun-tahun tak pakai jam since, jam Adidas putus masa diploma lagi. It was given by Mama sebab dapat masuk Universiti. Sampai sekarang tak berani pakai sebab takut calar la ape lah. The card..pilih no.1 tau hahahha.





Dear Fiance, 
It's been 7 years kita kenal, and you always made me surprises. Thank you very much. Please make it more hehehe. Sayang you.

I know you read this!

Bold Lips

What do you think ?

#1
Wet & Wild - 911D Spotlight Red




#2
Wet & Wild - 918D Cherry Bomb




#3
Last sekali, pakai soft pink je pergi wedding hehe.
Revlon Balm Stain - 025 Sweetheart
Revlon Super Lustrious - Pink Pop


Makeup Details ;
Foundation - Max Factor Weightless Foundation in Brown Hessian 75
Compact Powder - In2it in #32
Blusher - Sleek in Flushed 935
Lip Balm - Body Shop in Strawberry
Highlighter - Sleek Glo in Peach Shimmer
Eye Liner - Essence in Black
Mascara - Maybelline Rocket Mascara
Eye Brow - Random Dark Brown e/s

Gatal dan Parut cepat sembuh !

Saturday, February 8, 2014
Rasa seronok nak share pengalaman sebulan amalkan set vitamin untuk kulit dari Shaklee.Untuk pegetahuan, Wa dah amalkan sebulan Vitamin C dan Vitamin E untuk kulit. As you all known, Wa ada eczema dan kulit sensitif dengan habuk, panas..(bukan gedik ye haha) cepat je naik gatal-gatal and maybe bulu kucing (tapi bela je hehe), dan tinggalkan parut. So far, makanan ok lagi, ada juga yang gatal tapi tahap biasa. Doktor kata, if ada asma, selalunya ada eczema, it's come and go. Asma Wa kene masa kecik sampai darjah 6, and start Eczema lebih kurang umur 23 tahun. Penyakit ni susah baik cuma kita kena sentiasa cari jalan untuk kurangkan gatal-gatal tu lah. Contohnya, berpantang makanan gatal (telur, certain jenis ikan, ayam etc), bersih, rumah takda carpet, kucing, banyak lagi. Lain orang lain cara kan. Macam kawan Wa, punya lahh pantang makan, pun still menjadi-jadi, memang teruk, lepas bersalin, terus baik Eczema, tinggal parut je. Tu tak pasti kenapa hehe. Sedih weh ada penyakit cam ni. Lari laki sobs. Jadi En.Nasri if you read this, I tak tipu I tak boleh kene panas and habuk T_T.

Jadi macam-macam lah Wa pakai untuk kurangkan kesan parut dan nak rawat atau kurangkan gatal-gatal tu balik. Contohnya, Bio-Oil, Krim Elomet, Sabun Marine Essense (mahal T_T tapi best wangi tahan lama!), Losyen jangan cakaplah memang macam-macam brand (nak lembabkan kulit, bila kering ia akan jadi lebih gatal), Gel Rumpai Laut (borong kat Sabah), Sabun Susu Beras + Colegen,  tapi belum pun cuba supplement, yang merawat dari dalam. Ada diantara yang Wa masih amalkan sampai sekarang, contohnya Bio-Oil dan Krim Elomet, Bio-Oil kesan dia lambat, tapi bagi Wa die memudarkan parut dan stretch mark. Krim Elomet tu, dia mengeringkan kurangkan inflimasi tapi wa berhenti pakai sebab nak tengok kesan Vitamin ni. Sabun Susu Beras + Colegen dah pakai 2 buku, so far ok la, tak alergi pakai sabun tu nak berbanding beli Sebamed atau Oilatum. Mahal sayangku!

Girls, I'm not kidding hehe berlambak Losyen (ada lagi brand skinlabs dah habis), Bio Oil, Elomet

Vitamin C dan Vitamin E

Kenapa pakai macam-macam tapi susah nak baik. Satu je sebab, bila gatal kita akan garu. Dan..inilah hasilnya..ambil masa 1 minggu lebih je nak kering! Jangan lah pelik, gatal yang Wa alami sangat kecik dan akan menjadi sebesar duit 10sen dan tak mustahil besar bulatan gelas. Tangan kiri Wa dulu sampai besar bulatan gelas, berbulan-bulan nak ambil masa untuk hilang tau! Seksanya nak menulis, sebab kertas akan basah dan gatal sangattttttt. Wa kidal. Ini kerana, faktor-faktor yang Wa kata tadi, dia akan basah-basah dan kering, baik kejap, jadi balik..Jadi tempoh untuk kering tu selalu yang lambat dan lebih melarat sebab kita sentiasa rasa nak garu. I've some few dots macam ni kat betis dan peha saiz dah besar 20sen. And the results sama. Kering jugak :) Alhamdulillah. Jadi next target kita nak tengok samada dia akan kurang kan parut dalam berapa tempoh pula. Parut takes long time nak hilang kan!


Wa consume vitamins sebab nak fokus untuk penyembuhan yang cepat dan kurangkan parut. Jadi untuk sesiapa nak kurangkan alergi atau eczema, ada set lain yang sesuai (Alfalfa + Vit C + B-Comp + Herbal Blend). Alhamduillah, even tak ambil set alergi atau eczema, gatal-gatal pun kurang juga. InshaAllah membantu sikit. Wa perasaan kat kulit muka, tiada lagi kering kat tepi hidung dan kat kening Wa. Selalu kat situ spot kering kat muka Wa if tak pakai moisturizer. Merkah dan putih-putih. Ehem dah lama tak pakai moisturizer hehe, bagun pagi lembut je kulit muka. Selain dari tu, ramai amalkan set kulit cantik ni untuk jerawat di muka. Antara testimoni uols boleh google ye. Nak letak dalam blog, bukan customer Wa pulak hehe. Segan nak sharing customer orang lain hehehhe T_T Banyak yang berjaya dengan menggunakan set ni. Customer Wa baru je guna, jadi belum dapat feedback lagi. InshaAllah kalau ada Wa akan share kat blog. Wa selalu nasihat kat customer, before beli banyakkan buat research, tengok testimoni, positive and negative feedback kena ambil kira. Bila yakin, baru kita beli. Itu yang Wa buat sebelum cosume product Shaklee or any product pun. Sebab ini bukan ubat, ia adalah supplement. Ingat, jika ada penyakit, jumpa doktor dahulu!

Opps! Got new message from my friend just now! New update!








Sup Ketuk @ Sup Tulang Merah

Monday, February 3, 2014
Salam, dah lama peram kisah sup tulang merah! Ini first time Wa cuba..rasanya ni popular kat Singapore. Yeke? Sebelum ni, ada pernah makan Mee Rebus Sup Tulang kat JB, hmmm tak ingat nama, Sup Tulang ZZ, cam tu lah, tapi sure ramai tahu.

geylang kopitiam gamit memori 
Picture taken from here

Geylang Kopitiam ni terletak di TTDI Jaya, dekat sangat sengan Glenmarie, Shah Alam. Si Dia lah yang ajak, pekena Sup Ketuk ni. Siap bagi straw besaqq lagi. Rasa cam manis-manis, tapi sedap. Kuah pekat yang amat cam kuah Mee Rebus. Kacang Phol pun sedap cicah ngan roti. Baru tahu rupa kacang phol cmne. Betul ke eja?

 Sup Ketuk

 Kacang Phol

 Mee Rebus

Blurp!

Memang siap pesan bungkus sup ketuk tu. Tulang sampai 4 ketul and banyak kuah dia, jangan tamak sangat makan sorang hehe. Harga pun memang reasonable. Hm tak smpai RM30 kami makan rasanya. Mungkin lebih sikit. Overall, sedap cuma Mee Rebus tu Wa rasa Adami punya rencah lagi sedap! hehe sumpah tak tipu. Siapa orang Muooo dia tau la tu. Serius if korang nak try makan Mee Rebus atau Mee Bandung terbaik, cari lah rempah Adami, kat supermarket dah banyak ada. Dah popular tau. Dulu nak cari kene kirim masa balik kampung hehe.


Muncit ni, makan banyak!

Pemenang My 2nd Giveaway

Saturday, February 1, 2014
Salam,

Seperti yang dijanjikan, Wa umumkan pemenang bagi My 2nd Giveaway adalah ;

.
.
.
.


Hadiah Utama
Lilyn
Blog : http://warnawarnithecolorz.blogspot.com/
Instagram : @lilynnsham

Saguhati
Nina Zee
Blog : http://ninazee.blogspot.com
Ingtagram : @ninazeeisme



Tahniah kepada pemenang.
Harap anda sukakan hadiah tu, boleh la share moment indah kat Blog & Intagram :)
Salam perkenalan buat semua yang join giveaway ini.
Alhamdulillah, kita share-share la hobby lepas ni sama-sama.

Oh, saguhati tu last minit nak tambah :)
nu.shoppu hadiahkah lipstick holder ye !
Support nu.shoppu kat instagram @nushoppu

InshaAllah, tahun depan ada lagi.


Mohon email details ;
aznuad@yahoo.com