Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan di Klinik Kerajaan Putrajaya Presint 9

Monday, July 14, 2014

Bagi bakal pengantin, ujian saringan HIV diwajibkan untuk melengkapkan permohonan perkahwinan anda. Alhamdulillah, Wa dah selesai menjalani ujian dan negatif heheh. Ramai yang nak tahu proses ujian ni, macam Wa juga tanya macam-macam kat kawan. Ambil darah banyak ke? Lama tak tunggu? Kene bawak apa? Ada medical checkup ke? Wa akan cerita kan pengalaman Wa kat Presing 9, Putrajaya.

1) Telefon Klinik Kesihatan
Untuk kepastian, lebih baik kita telefon klinik tersebut untuk tanya beberapa soalan. Kene buat appointment ke? Borang apa nak bawak? Sebab tak semua klinik sama. Ada yang kene buat appointment atau walk in, macam dekat Klinik Kesihatan Bangi ujian hanya pada pukul 8-12 pagi sahaja. Atau mungkin Borang HIV perlu print sendiri ke, kene ambil kat Pejabat Agama ke?, semua ni kena tanya.

2) Bawa Borang 2C/2D untuk rujukan dan Kad Pengenalan
Bayaran RM1 dikenakan untuk pekerja swasta, kalau kerajaan tak pasti hehe. Mungkin sama bayaran atau percuma?

3) Ambil Nombor, dan tunggu dipanggil. 
Bila dipanggil, pihak kaunter akan tanya untuk apa, kerja kerajaan atau swasta, dan buat bayaran RM1 di kaunter tersebut. Kemudian dia akan bagi Kad Q. Kad tu ada nombor yang baru dan tunggu kaunter triage pulak panggil

4) Kaunter Triage
Bila nombor dah dipanggil, beritahu tujuan kita, dia akan bagi Borang HIV untuk diisi. Dan dia terangkan nak pergi bilik prosedur mana dan cara-cara.

5) Bilik Prosedur 21
Kat sini, Kad Q tu letak dalam bakul yang disediakan atau kalau jururawat ada dia ambil terus. Dia akan panggil dan ambil borang. Ambul darah sikit je, macam ambil darah untuk kencing manis. Titik jarum kejap tak sampail 10 saat selesai.

6) Bilik Doktor
Pergi ke kaunter (kalau tak tahu tanya jururawat kaunter mana nak pergi) sebab banyak kan. Scan Kad Q, dan tunggu sehingga nombor di panggil. Doktor akan semak keputusan tu dalam komputer saja. Jika, ok, dia sign dan pulangkan balik borang tu.

7) Done!


Resepi : Sotong Goreng Tepung (macam kedai) !

Sunday, July 13, 2014
Salam, berbuka apa uols harini. Well, harini kami berbuka simple saje. Bubur lambok dan beberapa side dish. Sebelum puasa my parent memborong seafood dekat pasar borong Seri Kembangan. Our family memang suka makan ikan. Ayam tu jarang-jarang ada.

So, my mum request sotong goreng tepung harini. Selalunya kalau nak makan sedap, kedai seafood atau kedai ala thai yang pandai buat. Kami pun beberapa kali cuba buat, kadang-kadang jadi, kadang-kadang tak jadi. Tepung tak lekat lah, sotong keras lah, macam-macam. Kali ni memang menjadi, family pun kata memang macam kedai! Jadi Wa nak share resepi :)


2 ekor sotong besar (ikut suka uols)
2 senduk tepung gandung
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil soda bikabornat / baking powder
1 biji telur

Memula gaulkan ramuan tepung tadi. Pecahkan telur di dalam mangkuk, Wa campurkan garam, black pepper dan ajinomoto sesedap rasa dan panaskan minyak.

Gaulkan sotong tadi dalam tepung, dan selup didalam adunan telur tadi. Kemudian gaul kembali ke dalam tepung dan goreng dengan minyak panas. Ulang sampai habis!

Senang kan? Hasilnya dapat lah sotong gebu gebas macam ni. Btw, goreng sotong tak perlu lama sangat, nanti liat dan tak lembut. Selamat mencuba!

Madison Scarf yang popular!

Tuesday, July 8, 2014

Madison Scarf by Sugarscarf
Just received my Madison Scarf by Sugarscarf today :) Exited gila nak try and I'm not a fan for this type of scarf. But it is nice to have in my collection. Wa rasa dahi tu jendul sangat haha. I love to try other colour tapi buat masa ni, nak try mahirkan selit-selit ala model tudung dulu. Wa punya anak rambut nampak sebab anak tudung dia bersilang macam tu, macam kelakar pun ada Y_Y Sumpah cantik collection Sugarscarf ni, Madison Classic dan Madison Satin memang attract Wa nak beli.

Btw, Sugarfscarf ada released Shawl Express Juliette (kalau tak silap) itu pun salah satu wishlist jugak sebab senang sarung dan tak perlu gosong sebab cotton/lycra. I'm planning to wear with top/blouse and jeans. If baju kurung macam tak kena right? Harga RM84 masa sale online 2-3 hari lepas. Wa pilih hitam sebab senang matching dengan baju. Muka terkeluar habis! Bulat haha.


Tudung Ariani
My favourite scarf/tudung adalah dari Ariani. Tak pernah pun shopping Ariani masa tak SALE! Hahah it's true. Sebab mahal, tunggu SALE baru mampu. Wa suka sebab kualiti awning tudung Ariani tu terletak saja pada kepala, dan muka. Nampak cantik dan kembang atau pun bulat bila kita pakai. Antara koleksi yang Wa suka chiffon silk plain ada layer. Suka kenakan dengan baju kurung if ada event. Pernah sekali SALE, beli 2 helai RM100. Jarang dapat harga tu. Banyak gambar Wa pakai tudung tu.

As for casual, Wa suka pakai tudung Ariani juga tapi yang bercorak. Selalunya masa SALE, harganya 3 helai RM100, cuma size agak kecil sikit dan kain cotton. Best dan selesa sebab if keluar pergi jalan-jalan berpeluh tu rasa selesa lagi. Corak-corak dia yang Wa suka abstract dan corak moden. Sometimes corak buah nenas pun ada! 







Yang lain, tudung syria, Wa lebih suka if pergi kerja or casual juga tapi jarang. Sama macam tudung bawal, ikut mood juga nak pakai. Yang pasti tudung ekspress macam Ariani or seumpanya memang pilihan Wa :) sebab tu bila Madison keluar rasa gatal je nak beli huhu sebab orang pemalas dan nak cepat macam Wa ni memang kena pakai gaya sarung! Apa favourite tudung uols! Dah try Madison ke? Wa teringin nak try pakai shawl satin, nampak orang pakai cantik!

Berbuka Puasa - Hotel Everly Putrajaya

Monday, July 7, 2014
Last Friday, kami berkesempatan untuk berbuka di Everly Hotel Putrajaya. Untuk yang tak tahu, Everly Hotel terletak berdekatan dengan Alamanda. If uols tengok wayang, keluar je panggung tu, pandang ke kanan, confirm nampak Everly!


If uols survey-survey lah kan, banyak jugak tempat buffet yang murah-murah contohnya AGC Putrajaya, Hotel Bangi-Putrajaya, Maeps etc. Mostly harga akan murah di minggu pertama puasa, atau pun tempahan awal (Early Bird). Masa ni lah nak berbuka bersama keluarga kan. Jadi bila dah nampak murah tu, kami pun plan untuk booking.







International Buffet, semuaaaa ada. Agak menarik juga bagi yang tak begitu memilih. Dekorasi tempat makan simple, menu pula banyak dan setanding lah dengan harga yang ditawarkan. Bagi yang pernah berbuka di hotel-hotel mewah pasti akan rasa tak menarik sangat. Jangan bandingkan dengan Shangri-La KL! Pehhhh tu bagi 5 jam tak habis pusing makan! Tapi bagi Wa memadai dengan harga. Ada Nasi Arab, Nasi Beryani Gam, Sushi, Seafood (Udang), Ikan Bakar, Sate, Pasta, Bubur Lambok, Kambing Panggang, Jeruk, Buah-Buah, Rojak, Cucur, ABC, Pemanis Mulut dll. 

Cuma yang agak terkilan, pinggan-pinggan yang dah digunakan agak lambat diambil, tak nampak ramai pekerja yang ambil pinggan-pinggan. Cuma nampak bila diakhir-akhir waktu. Ya, mungkin mereka sedang berbuka, tapi berilah kepada pelayan bukan Islam atau buat jadual giliran :) takut ada pelanggan yang menarik muka bila pinggan tak diambil, jadi kuranglah mood nak makan tu hehe.