[Review] YSL Rouge Volupte Lipsticn in #29 Opera Pink

Wednesday, December 21, 2016
Hi, As Salam. Dah lama nak review pasal YSL lipstick ni. FYI, Wa ada ceritakan dekat Bangkok Makeup Haul untuk post yang lepas. Selama ni tengok kat You Tube je ramai yang review pasal lipstick ni. Serba sedikit cerita masa nak beli lipstick nan mahal ni. Masa nak balik dari Bangkok ke KLIA, lepas je check in macam biasa ada banyak cosmetics & perfumes yang terjual kat luar ruang menunggu tu, ternampak la counter YSL. tak besar pun cuma 1 rak kecil je. Memandangkan masih ada lagi berbaki duit Thai, kira nak habis kan lah ni, plus frust menonggeng tak dapat shopping baju..jadi memang tak nak lepas kan peluang. 

Masa nak cari warna yang menawan hati, ada lagi beberapa 2-3 orang perempuan yang sibuk nak try2 juga warna kat tangan. Termasuk Wa jadi 4 orang, oleh kerana ruang yang agak sempit, tak berapa selesa kita nak ambil masa untuk try2 kat situ. Maka warna yang best2 pun dah lupa kod nya haha. Ambil saja apa yang cantik, tak dapat nak try banyak2, tambahan pula susunan warna kat situ pun tak teratur! Sample dia pun macam tak tersusun dalam kotak kecil plus, takda SA pun yang datang bantu. Berbanding dekat Sephora, Wa boleh habis kan masa 30min kat depan rak UD Vice Lipstick haha dengan bestnya untuk try2 kat tangan ni ha.

YSL Rouge Volupte Lipstick in #29 Opera Pink

Lihat saja kemewahan kotak dan tube lipstick ni. Berat memang berat and memang semua orang akan jatuh cinta dengan packaging dia. Sangat- sangat mewah! Suka betul bila buka tutup lipstick bila rasa smooth je dia tutup. Ada magnet gitu. Warna yang di tengah tube tu membawa kepada warna yang berada pada lipstick. I think memang sama betul!


Wa da love and hate relationship dengan texture lipstick ni. Memang sangat creamy & moisturizing tapi tak berapa nak long lasting. If nak compare dengan UD Vice Lipstick (if texture Sheer), for me YSL more pigmented and the texture memang sama lebih kurang Sheer punya texture. Wa tak pandai nak explain sangat, tapi itu yang Wa rasa bila apply. This kind of texture memang kene touch up la especially if lepas minum or makan.



Apa yang Wa tak suka bila pada mula Wa apply, warna dia agak tak berapa nak blend dengan warna bibir and not smooth if kita ada bibir yang kering. Tapi bila dah lama-lama pakai macam 30 minit ke macam tu, its look like magic. Very nice colour and suits with me! Dulu masa beli macam menyesal pun ada now I'm loving it :)



Favourite Perfume Of the Month : Still by JLO

Thursday, December 15, 2016


Hiiii, sorry for the late post. Rasanya Wa nak mulakan untuk share apa favorite perfume untuk uols. Sebab Wa ni memang suka dengan perfume, dah pun jadi penjual perfume pula hehe di @nu.shoppu. So, every month Wa akan share favourite perfume yang Wa akan pakai setiap hari by monthly. Bagi semangat juga untuk Wa lebih explore lagi perfume-perfume baru jadi boleh share dengan uols kan. Kebanyakkan kita agak kedekut nak spend duit untuk sebotol perfume. Betul tak?

Rasanya bila last kita beli perfume full size? Terus terang Wa katakan, last beli adalah 2 tahun lepas untuk hantaran kahwin sendiri !!! Haha tapiiiiiiii tak semestinya bila suka atau nak cuba-cuba kita kene juga beli full size, perfume ada banyak size dan juga ada sample! Harga pula lebih mampu milik :) ada je yang size 2ml hanya RM10. 

Still by JLO
Pertama kali bau perfume ni daripada cousin Wa. Dia mencari perfume ni untuk size mini tapi Wa takda jual. Bersungguh dia bagi Wa bau, tapi masa tu rasa bau yang belum jatuh hati. Sedap tapi tak fall in love lagi la kiranya. Kali kedua Wa bau terus jatuh hati sebab hadiah kan mak Wa untuk Hari Raya. Balik je rumah di Bangi suka betul pinjam perfume Mama. Nak keluar je sembur2 perfume Mama sebab parent Wa pun jenis suka beli perfume. Especially bila Baba pergi outstation, if dia takda apa nak beli kat Mama, perfume je dia belikan.

Berbalik kepada cerita Still by Jlo. Pertama kali bau, ia mengingatkan Wa something FRESH. Macam green tea! Seriously bau macam ni memang buat kita rasa baru lepas mandi sentiasa dari pagi sampai petang. Dah lama tu bau Wa bau floral. Agak jarang Wa suka bau-bau macam ni sebab selalunya Wa memang suka bauk sweet, fruity or musky. Wa suka pakai perfume ni bila pergi office especially waktu panas-panas kan. Kita tak rasa pun badan kita ni berbau sebab rasa fresh je.

Wa tak pasti berapa harga market exactly, tapi boleh dapat harga bawah RM200. Buat masa ni Wa takda jumpa lagi size miniature atau pun vial.