Wedding Review : Makeup Nikah by Vee Elfaiiziens

Friday, December 19, 2014

Entry ni paling Wa suka hehe. For me, makeup nikah dan sanding memang sangat penting dalam perkahwinan. If dapat hasil yang tak memuas memang hilang betul mood masa majlis tu kan? Serius and majlis tu pula once in a life time. We all bukan selalu makeup vogue2 kan?  So, Wa cuba cari yang terbaik untuk majlis Wa. Simpan sedikit duit untuk kepuasan diri, tak salah :)



Wa pilih Vee sebagai MUA untuk nikah. Untuk makluman, dari zaman Vee start blog lagi. Hari-hari tengok customer dia makeup. Cantik dan sweet je. Cousin kahwin, abang kahwin Wa siap promote lagi haha. Dan sehingga kini, makeup dia banyak sangat improvement. Simple, flawless, kemas dan perfect I would say. Dapat saja tarikh nikah, Wa cepat-cepat tanya Vee, sekarang ni nak booking kene pakai FB. Klik sini. Bayang kan awal bulan Januari Wa dah confirm booking sebab Wa takut sangat tak dapat. Tarikh Wa nikah tu macam ramai yang ambilkan. 

Alhamdulillah, dapat. Masa umur zaman belajar lagi dah aimed, Wa kahwin nak dia makeup!! Impian termakbul. Harga masih lagi mampu bayar, InshaAllah jangan takut tanya. She's very humble and soft  spoken person. Dua tiga hari sebelum nikah, Wa whatsaap Vee untuk remind alamat and time untuk nikah. Pada asalnya family Wa plan nak nikah lepas Zohor. Jadi janji dengan Vee dalam pkul 1.30 petang start makeup. Oleh kerana postpone ke lepas Asar, Wa start makeup pukul 3 petang.

Vee ada customer lain selepas tu, jadi dia pun tak banyak masa berlama-lama kat rumah Wa. Wa takut awal sangat dia makeup. Maklumlah masa tu mungkin start nikah pukul 5! Tapi percayalah, orang dah berpengalaman. Vee sangat punctual, tepat pukul 3 dah ada dalam bilik Wa. Wa yang masa tu masih berangan-angan dalam bilik. Masa tu ramai dah orang, Wa duduk dalam bilik baring untuk tenang kan hati dan cuba tidur. Lepas kawan Wa datang, borak-borak sampai lupa pasal nak ready makeup.

Vee whatsaap Wa sediakan beberapa pin shawl dan kerusi untuk makeup. Bila Vee sampai, Wa lupa pakai lense hehe. Punya gabra. Dah lama tak pakai lense. Vee relax je, tunggu sambil susun barang-barang dia. Ya Allah lembut betul tangan dia. Dia spray muka sambil tu borak-borak. Wa masa tu di ambang nak demam selesama, jadi tak berapa nak bercakap sangat. Dengan selsema lagi. Vee siap offer ubat selsema! Haha bagus betul.

 Close Up !



Apa yang Wa suka, memang cepat dia makeup, Vee cuma minta kita pandang kiri, pandang kanan, tengok atas bla-bla macam tu la. Tak rasa pedih ke, rimas ke. Nothing. Sangat comfortable. Masa tu cousin Wa dah ramai dalam bilik kecoh-kecoh. Vee tanya-tanya la Wa, baju warna apa sebab nak kena dengan makeup mungkin, nak macam mana. Wa serah kan pada dia je. Dia tanya macam-macam just nak buat kita selesa :) Paling ramai puji KEMAS! Bahagian hidung dan kening paling Wa tabik spring!!! 

Thanks Vee !

Masa makeup dia tanya jurugambar sebab masa ni selalu orang tangkap gambar. Jadi tak mahu lah moment tengah makeup tu terlepas. Then, dia tanya siapa lelaki yang masuk ni. Sebab Wa tak pakai tudung, mungkin dia concern juga :) Abang Wa kan photographer hehe. So, dia gayakan tudung lilit-lilit semua, yang best Wa suka style dia lilit tu, memang kurang nampak lemak kat dagu :) Dia kata memang trick style tu untuk hide lemak haha. Nampak sangat kannn di situ. Ini lah kebaikan kalau dapat MUA yang bagus dalam lilit-lilit shawl haha. Ok lepas makeup Vee nak cepat untuk next customer, maklumlah Wa dah ambil masa dia. Ramai pula nak bergambar dengan dia hehe.

Love the makeup soo much!

Turun je bawah, dengan ramai orang!! Hidung dah meleleh laju, Peluh pun sama. Gabra lagi. Dah pesan awal, kipas kasi Wa direct! Haha. Lap-lap tisu sikit, pudar sikit kemancungan hidung ku haha. Memang tak tahan masa tu. Dengan lense buat hal, mata merah berair-air. Menangis nye. Haru makeup Wa. I blame the lense!! But after all.... Highly recommended MUA for your wedding. Pada pendapat Wa, Vee makeup natural, jadi sesuai sangat untuk nikah. Kalau tak silap lepas ni, Vee akan based di Kuantan, Pahang. So, yang ada kat sana cepat reserve hehe.


2 comments

  1. Kita pun penah taye Vee ni ntok makeup time nikah tapi date kita tak available sedey..
    Cantik makeup ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe tulah Wa booking nak setahun, takut terlepas :) Tq dear!

      Delete

Latest Instagrams

© Wakdingding. Design by FCD.