Melaka Pre-Honeymoon Part 1

on
December 18, 2014
Alhamdulillah genap sebulan bergelar isteri. Banyak masih perlu pelajari. Untuk entry ni, Wa nak cerita jalan-jalan cari makan di Melaka. Orang kata Honeymoon tak rasmi haha. Ini adalah hadiah perkahwinan dari Baba. Setiap anak dia yang kahwin, mesti dia bagi bermalam di Melaka. Tiga hari dua malam di Ramada Hotel, Melaka. Maaf lah, kalau update Wa slow sangat pasal review vendor-vendor, Wa tak simpan banyak gambar, kene tunggu gambar dari photographer, cantik sikit :)

Selepas check out di Impiana Hotel, KLCC (ada cerita best!, later Wa share), kami singgah di rumah Bangi ambil barang sikit, jumpa parent Wa dan Hadiah hehe. Kami bertolak ke Melaka dalam pukul 3 petang, sampai di hotel pukul 5.30 petang. Untuk makluman, Baba ada voucher penginapan hotel ni, jadi setiap tahun akan dapat, voucher untuk diskaun, dinner, lunch, hi-tea, spa, gym, bermalam etc.

Executive Suite
Naik je tingkat suite level ni, rasa macam takda orang! Okay agak scary juga tau. Tapi lepas masuk je bilik rasa nak menangis T______T



video

So, this is me. Fatty Wa in da house ;P Enjoy

As you can see, katil memang besar, bantal banyak and lembut. Bilik pun besar, sorry gambar tak banyak. Permandangan bilik ni Bandar Melaka dan nampak laut. Perfect! Thanks Baba for the gift. Yang tak best, bilik air takda bath tub. C'monnnn bilik besar ni takda bath tub. I think if ada pun maybe price dia lain kot. Mini bar dia pun simple je. Btw, tv dia ada offer movie-movie yang baru, tapi kena beli, nanti masuk bil.


Club House Hi-Tea
Lepas dah puas tengok bilik, untuk suite akan selalunya akan dapat macam hi-tea percuma. So, we all pergi kat Club House Lounge. Untuk berdua makan sebigini?! Asyikkkkkkkkk dong. Owh ada lagi mihun goreng, air jus dan buah-buahan. Dengan permandangan laut, kami berdating hehe.



video

Paling best kat sini, coffee maker dia. Expresso, Latte, semua ada. So, haritu kami bermula lah episod jalan-jalan cari makan. Actually untuk malam, we all tak dinner. Saja nak round-round Bandar Melaka, lepak Hard Rock Cafe layan band.




Hari biasa di Bandar Melaka memang mati. Ramai pelancong yang jalan kaki ambil angin. Layan angin tepi sungai kat Hard Rock Cafe memang santai. Duduk dalam tu memang bising, plus tak selesa. You know what I mean. Wa tak minum apa pun. Kat luar tu just ada kerusi-kerusi santai. Si Dia minum air sambil melayan angin malam. Seronok even we all tak berborak pun. Just enjoy the scenery :) Lepas tu, we all lapar, pergi cari Roti John!!! Sambung next entry :) Wa recommend hotel ni, dia dekat dengan Kamping Morten, tapi nak pergi bandar kena naik kereta la, tak jauh pun. Ok daa


1 comment on "Melaka Pre-Honeymoon Part 1"

EMOTICON
Klik the button below to show emoticons and the its code
Hide Emoticon
Show Emoticon
:D
 
:)
 
:h
 
:a
 
:e
 
:f
 
:p
 
:v
 
:i
 
:j
 
:k
 
:(
 
:c
 
:n
 
:z
 
:g
 
:q
 
:r
 
:s
:t
 
:o
 
:x
 
:w
 
:m
 
:y
 
:b
 
:1
 
:2
 
:3
 
:4
 
:5
:6
 
:7
 
:8
 
:9