Wedding Preparation : Dekorasi Bilik Pengantin

on
December 14, 2014
As Salam, kali ni Wa nak share berkenaan dengan bilik tidur pengantin. Kalau dulu masa Wa pindah Bangi, parent Wa buat bilik bawah. Tak larat nak naik tangga. Jadi master bedroom ni bagi Wa. Bila abang Wa kahwin, jadi lah bilik dia. So, tahun ni Wa kahwin, Wa ambil balik bilik tu hehe. Alhamdulillah bilik ni luas, ada bilik air sekali. Selesa dah duduk berdua.


Warna Bilik
At first, memang susah nak cari warna yang sesuai dan kena dengan pilihan. Wa suka pastel dan soft colour. Kalau pergi kedai cat tu, banyak sangat warna. Warna asal dulu soft pink. Pilihan warna yang Wa suka, mint green, soft peach, and powder blue. Warna yang family Wa setuju adalah mint green. Feature wall tu letak pekat sikit dari wall yang lain. So, kami pilih yang ada shining sikit - Satin Glo. Bila cat nampak kemas dan tak berkapur sangat. Finishing Satin Glo ni memang cantik. Kebetulan masa beli cat ni kat Home Depo, Bangi orang Bangla yang angkat tu bagi nombor kalau nak upah dia cat. Satu bilik dalam RM150 kalau tak silap. Murah kot, Wa pun tak pasti kalau kat luar berapa. Lepas tengok dia cat kemas gila, Baba mintak dia datang lain untuk cat perabot kat rumah dan pintu bilik.


Perabot
Biasanya bilik pengantin perabot baru belaka. Hehe Wa tak beli pun. Perabot rumah penuh sangat. Jadi pakai saja yang lama. Cuma upah cat balik bagi nampak baru. Lagipun katil yang ada tu jarang guna. Mama tempah tukar kepala katil saja. Sebab kepala katil yang lama habis kene cakar dengan kucing. Tak cantik. Kalau perasaan dekat area Abdullah Chan, Bangi ada kedai yang boleh perbaharui perabot kita. So, hantar la kat sana. Ambil masa dalam 3-4 minggu. Boleh ikut design, matieral yang kita nak. Macam Wa, mintak dia tukar PVC dengan baldu dan tambah diamond. Service dia bagus, orang kilang akan sentiasa update dan call kita masa nak buat tu. Harga dia charge dalam RM300-RM400. Yang lain almari, meja makeup, side table cat baru warna hitam. Satu je tambah yang baru sebab bilik Wa kosong sangat. Beli console table nak tambah seri sikit hehe.


Langsir
Langsir ni, kami beli dekat Tee Wah, Mines. Tee Wah memang tempat langsir yang murah. Yes, murah! Pada mulanya, nak cari langsir warna dark purple. Sebab tema lebih kurang Mint + Purple. Tapi sebab tak jumpa. Wa berkenaan pula design langsir abstract ni. Warna silver. Bila fikir takut rasa pucat. Lepas siap, bila pasang memang pucat. Tapi kesan dia, bilik nampak cerah dan luas! Haha cuma kena cari satu element yang ceriakan bilik Wa. Apa uols rasa?

Hiasan
Untuk hiasan, Wa nak yang simple saja. Wa tempah fresh flower daisy in hot pink dua pasu. Satu letak pada console table satu di side  table. Tapi bunga yang dapat takda lah hot pink sangat. So, tak berapa nak jadi lah macam Wa nak. Cuma Mama ada beli daisy hot pink kat ikea. Yang fresh flower tu Wa lupa nak snap. Yang lain cuma hiasa simple2 je. Wangian Wa letak bunga rampai dan aromatheraphy stick je :)



Cadar & Bantal
Memang selalunya, cadar pengantin Mama akan beli dekat Sogo. Banyak pilihan dan harga pun ok. Masa beli ni tengah Sale. Tak ingat Sale apa, tapi uols tahu la kan, Sogo selalu sale hehe. Masa survey, Wa berkenan dengan cadar yang ada lace atau sulam kat hujung kain. Putih atau cream. Tapi Baba n Mama tak setuju. Tiba kat Madison & Co, ada 70% kira satu set tu harga dalam RM350-400. Berkenan sangat sebab warna Mint Green dan bunga dia Silver. Pada mulanya takut nak terlalu sama dengan langsir dan cat dinding. Tapi gagahkan beli. Mama decide nak tambah manik-manik warna purple bagi nampak lain hehe. Rajin sangat kan. Even masa Abang yang pertama kahwin pun Mama jahitkan manik! So, Wa tido kene terbalik kan sarung bantal tu. Kalau tak memang sakit hehe. Nanti Wa snap close up!
Be First to Post Comment !
Post a Comment

EMOTICON
Klik the button below to show emoticons and the its code
Hide Emoticon
Show Emoticon
:D
 
:)
 
:h
 
:a
 
:e
 
:f
 
:p
 
:v
 
:i
 
:j
 
:k
 
:(
 
:c
 
:n
 
:z
 
:g
 
:q
 
:r
 
:s
:t
 
:o
 
:x
 
:w
 
:m
 
:y
 
:b
 
:1
 
:2
 
:3
 
:4
 
:5
:6
 
:7
 
:8
 
:9