Review : Plain Shawl from Purdy Petals, Anggun Zara, Cattleya Couture, Waffaa

Thursday, December 11, 2014
As Salam, baru-baru ni Wa mula balik nak pakai shawl, setelah sekian lama tak pakai. Masa zaman study dulu rajin lah lilit-lilit. Maklum lah masa tu memang baru sangat nak naik trend shawl ni, dan Wa pun memang ada business online.




Dah mula kahwin, ni nak tukar sikit lah cara penampilan. Si Dia selalu kata Wa pakai tudung Ariani macam orang tua T_T, Wa memang suka pakai tudung awning especially Ariani. Setiap kali Sale tu, memang susah nak missed. Confirm pergi, dah depan rumah je kan. Wa suka pakai Awning Chiffon if pergi event atau kenduri. Sesuai dengan baju kurung. Dan yang plain lycra dengan baju kerja, dan awning bercorak dengan blouse plain if nak pergi jalan-jalan. Memang praktikal la kalau nak travel ke kan. Tak perlu nak gosok-gosok. On the go punya style!

So, Wa berjinak-jinak nak try balik, and sekarang ni pun shawl punya size besar-besar. Wa ada beli beberapa shawl dari online. Kebanyakkan yang Wa minat, chiffon plain dan paling utama, jahitan tepi yang kemas. So, senang nak bentuk. Tu buat shawl laku dan cepat sold out berbanding dengan shawl jenis jahit mesin yang gulung tu (Wa pun tak tahu nama jahitan tu, tapi mesti uols tahu). So try review satu-satu ;

Purdy Petals - www.purdypetals.com
Warna memang banyak sometimes rasa nak beli semua! Lebih dari 30 warna kot! Yang bercorak pun sama, memang lain dari yang lain. Untuk size yang normal harga RM30. Wa nak bagi 5 bintang. Tak pernah lagi jumpa yang jahit sekemas Purdy Petals! Serius halus dan buat shawl kita senang dibentuk. Cuma if beli saiz normal tu, kecik la saiz dia. Kene la beli yg XL ke kan. Harga lebih sikit la. Patut yang normal tu saiz die lebarkan lagi, lebih selesa :)) Agak lambat sikit nak reply, kena faham lah ramai order. Tapi jangan risau, staff die akan reply. Sabar saja, giliran pasti tiba :)




Anggun Zara - www.anggunzara.com
Pilihan shawl masa Wa nikah. Potongan shawl dia besar dan bujur dihujung. Senang lah nak gayakan. Collection popular dia Kate. Plain shawl. Warna tak sebanyak Purdy Petals tapi menarik juga. Jahitan kemas halus tapi Purdy Petals memang champion lagi. Other option memang Wa akan pilih Anggun Zara. Harga RM35 sehelai, baru-baru ni promo 3 helai RM100. Kedai kat Seksyen 7, Shah Alam dekat dengan kedai Popia Ali. Recommended jugak!! Bagi 4 bintang. Service dia memang bagus, Sebelum pukul 12 Wa buat payment, haritu jugak dia pos. Esok dah dapat. Even staff dia salah pos shawl yang Wa nak, Wa email dan dapat reply cepat. Terus haritu dia pos shawl Wa dan duit untuk pulangkan shawl balik. GOOD SERVICE!!





Cattleya Couture - www.cattleyacouture.com
Wa follow instagram dia, baru-baru ni launch koleksi Diandra plain shawl. Memang tengah cari kan, so Wa grab 3 warna, Butik dia ada kat  Taman Impian Kajang. Untuk siaz dan kain dia memang Wa suka. Besar dan cukup dan tutup dada dan belakang. Harga dia mahal sedikit RM39. Mungkin bagi butik lain, saiz besar macam ni harga lebih kurang RM36-RM39 macam tu. Jahitan tepi agak tebalsikit. Kalau nak buat bentuk kat muka tu macam tak sharp sangat lah. Wa bagi 3.5 bintang.



Waffaa - www.lovewaffaa.com
Waffaa. Warna yang popular pun pastel. It's remind me Purdy Petals punya colour, soft and pastel. Jahitan tepi dia ok, halus lebih kurang macam Anggun Zara. Good choice jugak. Harga RM35 untuk large. Size dia tak kecik tak besar sangat. And saiz dia ikut panjang. Lebar dia sama. Nak beli kat website, boleh email atau kat nanavendor and lawalawalah (bangi) yang Wa tahu. Lambat sangat nak pos. Bukan setiap hari dia pos.



Next yang Wa berkenaan dari Bidadari Couture and other label yang uols tahu tolong la recommend :))

5 comments:

  1. Dear try Zawara..Hari tu pegi butik ramai grab shawl dia..
    Ok kot shawl dia..hehe

    ReplyDelete
  2. TQ dear! Zawara jubah dia pun cantik kan

    ReplyDelete
  3. Waa try tgk Intaisuri dgn properhijab dkt ig.. okay jgk shawl dorg

    ReplyDelete
  4. Cuba try Samarra Shawls, good quality & harga pon ok juga.

    ReplyDelete
  5. Thanx for sharing...Cuba try shawl from Bikaya...warna n jahitan dia superb!

    ReplyDelete