Wedding Preparation : Ananaz Medi Spa, Bangi

Friday, December 5, 2014
Perkara biasa bagi bakal pengantin akan pergi spa kan. Sekurang-kurangnya yang tak pernah pergi langsung tu, WAJIB pergi sebelum kahwin. Setuju? For my self, Wa tak pernah masuk Spa inikan pulak nak ambil bersesi-sesi. For the first reason sebab my skin condition. Selalu ada persepsi yang tak elok. Self confident memang kurang. Wa ada survey beberapa tempat di area Bangi, Kajang, Putrajaya dan Seri Kembangan, Shah Alam. Tak lupa juga yang paling Hot sekarang Hammam.

Apa perkara utama yang Wa survey ialah suasana spa tu sendiri. Contoh kalau interior dia tak menarik, memang Wa reject hehe. Memang lah kalau nak tengok, interior yang cantik selalu mahal-mahal. Tak juga. Wa akan survey based on blog, website, kalau takda unsur-unsur bali, terang lampu, takda privacy memang Wa tak berapa suka.

Mana yang dekat contohnya di Zouk Spa, Bangi. Ada private room, suasana gelap, interior ok, harga ok, cuma yang jaga spa tu lelaki hehehe. Spoil pula nak pergi situ, tetiba rasa tak selesa. Memang Wa akan minta untuk masuk dalam spa nak tengok bilik. Ada owner yang bagi, ada yang tak berapa nak bagi. Then, Wa pergi kat Dedaun Spa & Gym, spa ni ada gym sekali, dekat gila kat office. So, kalau nak express memang boleh je pergi sana. Wa pergi tengok dalam bilik, agak kecil, dan tiada private room. Yang lain ok. Reject.

Sebab apa Wa nak private? Sebab malu kot! And plus with my skin condition memang tak berapa confident nak share room dengan orang lain even tutup dengan langsir pun hehe. We need our space la bila ada kat spa untuk relax kan. So, at that time terfikir pasal Hammam. Memang la ramai yang kata best, even die pentingkan privacy pelanggan dia. Jauh kot nak pergi sana. So, masa survey2 ni..at that time Wa pergi dengan bestfriend Wa, dia nak pergi cuci rambut. Dia recommend spa selalu mak dia pergi untuk facial. Wa pun teman dia cuci rambut and Wa pun terpengaruh juga cuci rambut. Ambil pakej Yogurt Wash.





Ananaz Medi Spa, Bangi
Pengalaman semasa masuk dalam Spa ni, dalam hati "This is what I want!" Perfect! Even dekat kaunter pun dah rasa aura best haha. Gloomy, bersih, interior cantik! And banyak private room. Sangat luas. 


  • Yogurt Treatment
Akak ni akan explain pakej-pakej yang ada sambil tu dia bagi kita minum green tea, Untuk service yang biasa ni, junior stylist akan serve kita. Cuma apa yang Wa rasa, dia macam takut-takut sikit nak cuci rambut, takut kasar kot. Tapi kita boleh je request, bagi kuat sikit tonyoh haha. Yang best, selepas tu dia massage sikit kat kepala, leher dan belakang. Kasi pukul-pukul manja sikit. Syok! Harga dalam RM60-RM70 tak silap, ada monthly promo masa tu.


  • Body Scrub, Hydro Milk Bath, Facial Treatment
Wa pergi 3 hari sebelum hari nikah. Lepas buat cuci rambut, terus Wa booking appointment. Tak perlu deposit pun. Patut 3 bulan sebelum kene buat, every week atau once a month untuk consistency dan nampak kesan lepas tu. Masa hari appointment memang nervous habis! Sampai je kat sana, dia bagi minum green tea dulu. Lepas tu ajak masuk kebilik. Suasana yang gloomy dengan muzik yang mendayu-dayu memang buat mood kita rasa tenang. Masuk bilik dia minta kita tanggal kan semua. SEMUA! Ada spa yang Wa baca akan bagi disposal panties, tapi ni takda. Dia bagi kita kain batik untuk dipakai masa scrub. Segan sangat sebab banyak parut eczema T_T

Lepas tukar, akak tu pun masuk, minta kita baring. Dah cakap awal-awal pasal condition kulit. Dia kata jangan malu, dia faham. Even akak tu ada juga. Akak tu buat kita rasa selesa. Borak-borak pasal treatment, kulit, macam-macam. Btw, bilik tu terang cuma dari cahaya langsir. Itu pun langsir dia gelap dan tebal. Memang Wa sangat selesa macam tu. Meaning orang tu nampak kita pun samar-samar. Tapi takda lah tak nampak langsung. Dia scrub memang best sampai celah kangkang pun die seluk! Haaa time tu I malu habis haha, Ada jugak nak 1 jam dia scrub.

Lepas scrub, dia minta Wa pergi ke bilik depan, hallway kat spa tu ada lilin-lilin kat tepi, tak perlu pun ada lampu. So, if kita berkemban segan ngan orang lain, tak lah nampak kan. Masuk bilik untuk mandi susu hydro. Mandi susu ni special sikit sebab ada mesin yang ala-ala urut kita dalam air. Mesin tu akan buat kita rasa penat dan ia bersamaan dengan 30min bersenam (kalau tak silap, lupa) treatment ni bagus untuk slimming, detox, jantung dan macam-macam. So, dia minta kita buat beberapa aktiviti dalam bath tab tu untuk meratakan rawatan kat badan kita. Wa pun pusing kiri, kanan, cangkung, atas bawah hahaha sampai rasa penat. 1 jam jugak sambil tu gosok-gosok la kulit mati tadi. Memang berdaki kulit! Tak bersih rupanya kita mandi hari-hari.

Lepas 1 jam mesin tu berhenti, kene stay dalam bath tab tu 15min baru keluar. Dia bagi kita towel lain untuk facial pulak. Wa pergi bilik sebelah. Bilik facial ni ada dua katil, dia selimut kan kita dengan selimut tebal. Sejuk! Minum air green tea lagi.Then start. Dia urut-urut muka, bersih kan bagai sampai Wa nak tertidur. Sebab penat mandi tadi. Lepas buat facial, die urut pulak belakang kita. Syok! Then habis, Wa pergi tukar baju.

All the treatment, ambil masa lama juga. Wa pergi dalam pukul 9.30 pagi, habis dalam pukul 12 t/hari. Then dia sediakan air untuk penghabisan. Masa ni memang rasa fresh sangat. Tiga treatment Wa ambil dalam RM180 - RM230 macam tu. Wa rasa berbaloi. Pakej Pengantin lagi berbaloi! RM250++ dapat macam-macam dari head to toe. Cuma Wa tak ambil penuh sebab dah buat rambut, kuku dan kaki (foot spa) sebelum tu.

Apa-apa pun Wa memang recommend spa ni, kebersihan, interior, pekerja, harga memang terbaik. Bilik banyak rasanya lebih 10 bilik rawatan. Ramai juga customer dia especially masa Wa jumpa sebaya mak Wa datang inai rambut. Boleh dikatakan semua ada, ohhh waxing untuk that area pun ada. Plus, akak tu siap recommend sebab nak kahwin hahaha. Oh kakak, I malu!!!

Ada banyak branch, so sini Wa share info ;

Ananaz Medi Spa

36A, First Floor, Jalan Medan Pusat 2C
3b, Curve Business Park, Seksyen 9
Bandar Baru Bangi
** Atas Speed Mart, Near SBU Bangi

No. Telefon 03-89121878
Selasa - Sabtu 9.30 pagi - 7.30 malam
Isnin Tutup

Boleh cek harga kat website : www.ananazmedispa

No comments:

Post a Comment