Suka dan Duka Bulan April Part 2 - Sabah Trip

on
May 4, 2011

2 minggu  kemudian, wa buat persiapan untuk ke Sabah pada 26hb. tiket dah lama booking seawal bulan 3 lagi. kalau nak di ikut kan hati, memang berat je tak nak pergi, tapi ba kate dah booking, pergi je lah. kesian pula kat mama, tinggal kat rumah. wa ambil cuti 5 hari, hahahah ramai kate kenapa cuti lama sangat?? takpe lah, nak holiday sekali sekala. banyak tempat-tempat menarik yang kami tak pergi. takde masa, bayangkan 5 hari tu, kami keluar hotel dari pukul 10 pagi sehingga pukul 12 malam baru pulang ke hotel. budget kami ke sana hanya rm350 termasuk semua kecuali duit shopping hehe. 4 orang tau pergi ni.

Hotel
kami banyak refer internet untuk dapat hotel yang murah. kami booking melalui booking.com kerana harga lebih murah 3 malam kalau tak silap wa, dalam rm110 ++. ok la not bad ada 3 katil single. lokasi hotel sangat strategik sebab boleh jalan kaki je. penat la jugak nak jalan tapi area town jugak la. sebelah dbkk je. nama hotel Pantai Inn. kat sini banyak hotel budget, jangan risau kebanyakkan hotel memang murah, ikut lah budget kita.

Kereta
kami sewa kereta gen2 berharga rm100 sehari. murah gila sebab ni harga member-member. condition ok lah tapi agak semput naik gunung hahaha. di nasihat, anda cek la condition kereta ni, sebab kita nak jalan jauh-jauh kan.

Jalan-jalan
if korang jenis adventure memang banyak tempat menarik kat sini. mat salleh ramai datang sebab diorang suka cycling, jungle tracking, climbing dan macam-macam lagi. sukan lasak lah senang cakap. tapi kami semua tak minat. paling lasak kami pergi, naik kereta daki ke kundasang dan ranau. tempat-tempat yang wa lawati :)












































kalau nak cerita memang banyak sangat !!! banyak lagi gambar tapi ni je yang wa boleh tunjuk setakat ni. yang paling rugi wa xdapat pergi ialah 3 pulau yang cantik, tak silap nama dia pulau manukan, pulau sapi dan pulau....hmm tak ingat.

Shopping
kat KK memang banyak juga shopping complex, tapi if holiday kita bukan nak pergi shopping complex kan. banyak jugak yang standard. ada times square lagi huhuh. paling best beli mutiara kat night market. memang murah-murah. tapi lebih elok anda kenal jenis mutiara dulu before kene tipu. mutiara ada 2 jenis air masin dan air tawar tak silap. berbeza dari segi bulat, kilat dan ketahanan. before beli tanya-tanya lah dulu. memang murah lah kalau nak beli cenderahati. if di pasar filipina, lebih mahal tetapi lebih berkualiti. kebanyakkan sama dengan night market juga. harga lebih mahal sedikit. paling penting pandai tawar menawar :) nak seafood?? berlambak gila. if nak yang fresh pergi lah pasar pagi. wa pergi pukul 4 nak beli udang harimau. rm60 sekilo. besar la jugak. lebih kurang size tapak tangan. if nak yang frozen lebih senang, tapi mahal la jugak. rm78 sekilo dan besar gila. size piring cawan pun ada!!! memang best lah. lobster banyak gila jual.

Makanan
sepanjang kami di Sabah, kami tak boleh sangat terima kalau makanan yang order-order ni. maklum lah selera kita lain. memang tak rasa lah. pedas tak masin tak. hahha plain je rasa. ada juga tempat makan yang menarik. lagi best if ada kenalan orang sabah yang bawa. wa banyak habis kan masa makan fast food and seafood. seafood wa makan kat pasar filipina dan tanjung aru. ada seorang makcik ni jual murah gile 6 cucuk udang size m rm12 saja. orang lain 1 cucuk rm5. memang setiap malam kami dok makan kat makcik tu. kepak panggang and bontot ayam memang bersepah lah kat sana. heaven!!!! if naik minum try la jus avocado :) sangat sedap k. tapi bandung punya avocado lagi best lah hahaha. paling best nak before pergi airport kami singgah nak beli air dulu takut kempunan hahaha. and kakak tu bagi FREEEEEEEE :)

wa nak pergi dengan family lepas ni!!! XD

1 comment on "Suka dan Duka Bulan April Part 2 - Sabah Trip"
  1. leh kasi contact tuk sewa kerete tu tak? email kat ssalwa@yahoo.com

    ReplyDelete

EMOTICON
Klik the button below to show emoticons and the its code
Hide Emoticon
Show Emoticon
:D
 
:)
 
:h
 
:a
 
:e
 
:f
 
:p
 
:v
 
:i
 
:j
 
:k
 
:(
 
:c
 
:n
 
:z
 
:g
 
:q
 
:r
 
:s
:t
 
:o
 
:x
 
:w
 
:m
 
:y
 
:b
 
:1
 
:2
 
:3
 
:4
 
:5
:6
 
:7
 
:8
 
:9