Suka dan Duka Bulan April Part 1

Tuesday, May 3, 2011
salam semua, sudah lama wa tak update blog. pertama sekali tahniah pada pemenang giveaway :) wa masih belum sempat nak pos di atas sebab-sebab tertentu. sebab itu, entri kali ni berkenaan suka dan duka. banyak perkara yang best bulan april ni. stage ada buat sale yang sangat murah dan wa borong sakan tak ingat dunia. rasa puas sangat beli. then, wa buat giveaway, di mana wa dapat ramai kawan-kawan blog :)

pada 19hb, nenek kesayangan wa meninggal dunia. al-fatihah kepada beliau. hanya tuhan saja tahu betapa kami rindukan beliau. beliau seorang yang peramah dan suka ketawa. semua benda mencuit hati beliau. beliau tidak boleh cakap dan bergerak kerana strok dan sakit tua. pada malam terakhir, wa sempat dodoikan tidur dan pegang tangan beliau. entah kenapa malam tu, rasa nak pegang tangan beliau sehingga beliau tidur.

malam tu juga, pakcik datang nak jaga bergilir-gilir dengan mama. sebab mama terlalu penat pada hari tu. pakcik wa cakap, malam tu rasa rindu sangat sehingga dia cium-cium sepuas hati. minggu tu juga, ramai yang melawat nenek. termasuk adik bongsu beliau, kerana toksu pernah mimpi gigi geraham patah.

tengah hari esoknya tu, mama panggil nurse datang rumah sebab nak sedut kahak nenek yang banyak sampai beliau sesak nafas. mama risau sangat, nurse datang seperti biasa. memang susah nenek nak keluar kan kahak kali ni, tambah-tambah lidah dah tak berfungsi sangat sebab strok. lepas nenek perah tenaga nak keluar kan kahak, dia terus pengsan. memang letih kalau nenek kene sedut kahak. nenek jangan salah faham ye, kami nak tolong nenek sebab kami tak nak nenek sesak nafas dan boleh tidur setiap malam.

waktu detik cemas, mama peluk erat nenek dalam kereta, walaupun sebenarnya nenek dah takde. mama kata pucat betul muka nenek, mama  cakap kat nenek, aku sayang mak..sedih betul wa dengar mama cerita. wa dapat tahu berita pukul 6.30 petang. memang nasib wa tak baik sebab bateri wa habis. nasib tergerak hati nak charge. malam tu juga kami balik kampung di muar.

saat nak mandi kan, mama menangis lagi, ni lah kali terakhir mama boleh mandikan nenek. selalu nenek mesti gelak-gelak sebab beliau rasa geli hati bila orang mandi kan dia. saat nak kafan, wa memang dah tak tahan sedih, ya Allah betul ke nenek aku. lepas ni aku tak dapat jumpa dia lagi. bilal perempuan suruh mama bedak kan beliau. memang terasa lain sebab wa selalu gelakkan nenek masa mama bedakkan beliau. comot betul mama bedakkan. mama akan bedak kan nenek satu badan macam baby lepas mandi. sedih nya. masa nak cium wa nangis sepuas hati, nek, wa sayang kan nenek, ampun kan dosa cucumu semasa menjaga mu. wa bertuah jaga nenek!

selepas tu wa tergiang gelak taw nenek. kalau tak kelakar pun beliau gelak sebab beliau ceria orang nya. kalau wa balik kerja, mesti wa jumpa beliau dulu. wa akan ganti mama jaga sampai insyak. kalau wa balik mesti wa tanya, kenal tak ni siapa?? mesti beliau tanya, kenallll azwa. lepas tu mesti beliau gelak. ya Allah rindu betul! sekarang rumah jadi sunyi. mama pun tak nak tinggal sorang-sorang dalam rumah, bukan takut. tapi mama tak nak terbayang kerana terlalu rindukan nenek. jadi, mama akan ikut wa pergi kerja, tumpang rumah makcik.

we miss you. al fatihah

No comments:

Post a Comment