My Job : Hectic Day !

| On
10:31 PM
hello semua. pagi-pagi wa kena pergi meeting kat sime darby subang. macam biasa, wa memang penakut nak drive pergi mana-mana tempat yang tak biasa. espeacially tempat yang banyak kereta. tak guna kau beli kereta mahal-mahal tapi bawak pergi balik kerja je! (i know, semua orang akan cakap benda yang sama hahaha). but that's me. if terpaksa or kene jerit ngan lady boss, baru wa terkedek-kedek cari map kat google. atau lady boss draw kan map. baik kan boss. sayang dia ! ouh, wa ada 3 boss iaitu, lady boss, ceo aka big boss dan bos project.

nasib ada officemate yang ikut pergi meeting. so suruh dia saja yang drive kan kereta. selamat wa! yang kelakar boleh sesat sekejap (sebab dia gelabah tengok aku cantik kot haha, perasan ). tapi sampai destinasi tepat pada masa nya. selalu wa pergi meeting..ehem ehem, wa jadi bos and lady boss jadi assistant wa. sebab selalu lady boss yang jawab semua soalan client. erk! wa jadi tukang angkat project file and teman makan je. paling best lepas meeting mesti lady ajak pi makan sedap-sedap dan kandang-kadang window shopping (empire gallery her fav place). selain dari kene bambu dengan client, masa lunch adalah saat yang di nanti. mata bersinar-sinar bila lady boss ajak makan :) ting ! (tu bunyi gigi berkilau)

kami lunch kat madam kwan's. lady boss punya favourite. lepas makan ,pergi ampang ambil document tender nak bagi ceo sign. sampai je office, huru hara sekejap. ada peraturan baru sekarang! ini lah jadi bila ceo masuk weekly meeting kat office tadi. macam-macam dia bagi syarahan. yang paling tak tahan pasal penjimatan. and suddenly, ceo ingat name wa (dia ni pelupa, paling susah nak ingat nama staff) haha. sebab tempat duduk wa paling hot sekarang ni.

Pesanan beliau :

1# JIMAT
print colour kene mintak kebenaran, photocopy tulis berapa helai, nama, sebab, buat buku telefon, lunch hour tutup lampu, balik office bukan sahaja tutup pc malah suis plug sekali, mengurangkan penggunaan kertas dengan menggunakan email.

2# CCTV
tempat wa adalah tempat tumpuan semua orang sebab ada mesin faks dan wa duduk di tengah-tengah antara semua. jadi, kalau staf lain datang, mesti singgah tempat wa. oleh kerana ceo rasa pelik kenapa tempat wa menjadi tumpuan, dan kadang-kadang tempat orang berkumpul untuk makan gorang pisang. jangan tanya kenapa? sebab apa-apa mesti orang letak atas meja wa terutama makanan. salah kan mereka hahah.jadi di tempatkanlah kamera CCTV di tempat wa. untuk memantau aktiviti staf dan wa. tempat strategik konon. tiada facebook lagi selepas ini :( ceo dengki.

3# LAMAN WEB
kini, hanya laman web yang berkaitan kerja sahaja boleh dibuka. jika selain dari itu, hendaklah meminta izin ceo. sekarang ni, semua kena minta izin ok ? kalau nak buka facebook pun kene minta izin ! haha just kidding. baik big boss, kami hanya menurut perintah. lepas ni, ceo suruh menggunakan server (yeke server,?) untuk mengenalpasti, laman web apa yang selalu di buka oleh staf dia..dia macam tahu je, wa selalu buka jawatan kosong. hahhaa. baik hati sungguh big boss. concern kat kami :) 


 tiba-tiba menjadi rajin. buat kerja semua !!


4# MINTA IZIN !!!
kami diajar untuk menjadi staf yang sopan lagi menurut perintah. anything about tender and quotation mestilah melaui ceo terlebih dahulu sebelum hantar ke client. ini kerana, ceo ingin tahu, hanya harga berpatutan sahaja yang harus di berikan pada client. kalau dulu, lady boss sahaja yang check price, kini ceo ingin mendalami juga. hmm bukan kah proses kerja akan menjadi lambat :( dia sangat cerewet orangnya. 10x bagi kat dia, semua dia tak approve. whyyyyyy whyyyyyy!!


di saat ini, wa hanya melihat kalender. kalau anda nampak. anda tahu kenapa wa lihat kalender :)

kini kerja ceo bertambah sibuk, kerana setiap hari  staf akan beratur masuk ke biliknya untuk meminta izin :)

ampun bos. we love you!
2 comments on "My Job : Hectic Day !"
  1. waa..nak taula waa kerje ape ek..eh..pg tak wedding ciut mingguni..kt s.alam.jom

    ReplyDelete
  2. wa kerja qs kat company id contractor.
    hmmm tak sure. wa takut sabtu tu keje balik lambat :(

    ReplyDelete

EMOTICON
Klik the button below to show emoticons and the its code
Hide Emoticon
Show Emoticon
:D
 
:)
 
:h
 
:a
 
:e
 
:f
 
:p
 
:v
 
:i
 
:j
 
:k
 
:(
 
:c
 
:n
 
:z
 
:g
 
:q
 
:r
 
:s
:t
 
:o
 
:x
 
:w
 
:m
 
:y
 
:b
 
:1
 
:2
 
:3
 
:4
 
:5
:6
 
:7
 
:8
 
:9