Pengalaman Bersalin di Hospital Putrajaya - Part 2

| On
2:38 PM
Sambungan...



Kira-kira 10 min menunggu, nurse panggil untuk masukk ke LR. Baring atas katil bersalin. Hmm keciknya katil ni, muat ke? Haha musykil sebab kita ni badan besar. Doktor pun datang bersama nurse-nurse. Cek-cek apa patut, masukkan air pastu ada tanya-tanya, tak ingat la pula apa. Pecah kan air ketuban. Lepas tu rasa lega sangat. Tapi tak sampai 5 minit, sakit menggila datang. Then tinggal kan sekejap. Tak lama suami masuk. Masa tu, sakit da tahap 9/10. Zikir pun dah tak ingat dalam kepala. Mengerang kesakitan je. Dalam 10 minit macam tu tahan sakit. Suami pula duduk macam blur haha. Sambil tu dia tanya-tanya sakit ke sakit ke. Wa rasa dia pun tergamam tengok keadaan Wa yang agak teruk tu haha. Tetiba rasa meneran-neran. Eh eh nak keluar dah ke baby? Nak teran tu macam automatik rasa nak teran. Tahan lagi, mana pergi doktor dengan nurse ni ?? Wa minta suami panggil sebab rasa tak tahan sangat. Rasa teran tu menjadi macam nak membuang air besar. Tambah lagi rasa macam rambut-rambut gitu.

Berlari-lari la nurse tadi. Rasa macam lawak pun ada. Macam pasukan sorak tolong bagi semangat tapi nurse-nurse ni memang pro sangat. Dalam serius buat kerja, memang bagi layan baik sangat. "Puan, rasa nak teran tu teran ye!" "Puan ni gas untuk tahan sakit, sedut kuat-kuat ye, jangan sedut kerap sangat takut pening nanti" Doktor cek laluan, dah 8cm. Maka, aku pun teran la sambil aduhhh aduhhh sampai nak menangis huaaaaaa macam tu haha. Ada seorang nurse kecik ni, "Puan jangan menangis puan, puan nak jadi mak kena kuat semangat" Masa tu bukan nak menangis, tapi tengah tahan sakit. Macam-macam bunyi keluar hehe. "Puan tak nak bersalin normal ke puan, sabar sikit ye puan" Paling kesian nurse-nurse ni agak susah nak tolong sebab kaki asyik nak kepit je, kaki besar jadi ruang tak banyak T_T susah sikit la nak buat kerja. Sampai nurse pasang tempat letak kaki tu hehe.

Sedut gas tu memang bagi khayal, plus rasa sakit tu kurang dan tak rasa sangat. Sampai nurse banyak kali remind, jangan sedut laju-laju. Wa sedut punya la laju sebab takut rasa sakit. Teran punya teran, datang hero nurse berbadan besar tolong. Dia bagi siku kuda-kuda dia kat perut, untuk bantu cepat bersalin mungkin. Masa tu tak cukup nafas rasa!!! Masa nurse gunting epi pun tak rasa sangat, rasa panas je. Tapi teran jugak panjang-panjang. Yang penting teran tu bagi panjang hehe. Kejap je rasa, tetiba baby keluar. Wa rasa dalam 15 min juga bertarung. Lepas baby keluar legaaaa yang amat. Hilang rasa sakit. Nurse tunjuk kat suami jantina, dan letak atas Wa sekejap sementara nurse nak mula cuci dan proses jahit. Ingat kan sakit tadi tu dah lega. Nak menjahit tu tuhan je tahu seksa. Lepas baby dah dibersihkan, ditimbang, dia tunjuk sekali lagi jantina kat Wa. Doktor dan nurse bertungkus lumus nak handle luka bersalin Wa. Nurse kata agak banyak perlu di jahit untuk luka dalam. Wa pun tak dapat bayangkan.

Berkerut muka nurse-nurse menjahit. Wa banyak darah yang keluar. Nak bersihkan agak lama, kemudian jahit dalam 1 jam. Lama kan? Nurse kata daging nipis, sebab tu bukaan pun cepat dan nak jahit memang susah sebab kerap putus. Benang tak lekat. Doktor tanya "Awak tak makan sayur ke? Pedas makan tak?" Wa memang takda masalah makan sayur dan pedas. Memang makan. Tapi Wa kuat minum berais! Betul orang kata, masa mengandung jangan minum ais, daging rapuh sangat. Seksa masa menjahit. Jadi, memang merasa lah. Masa jahit suami diminta keluar. Gas tu dah jadi sahabat sejati. Rasa sangat jarum menjahit tu even dah letak bius T_T ohhh masa tu fikir bila lah nak habis ni. Seksa dari bersalin tadi. Darah jangan cakap lah. Lepas settle nurse masukkan tampon.

Lama juga nak tunggu doktor datang cek jahitan. Suami dipanggil dan minta azan dan iqamat. Masa ni la baru sempat tengok muka baby. Alhamdulillah sempurna semuanya. Lepas tu, suami balik sebab kena tunggu esok pagi untuk datang ke wad. Doktor pun datang cek jahitan. Bila dia keluarkan tampon, rasa mengalir darah keluar T_T. Doktor siap jolok-jolok lagi nak cek jahit tu kukuh ke tak. Mak aih sakit kot. Dah kata banyak jahit di jolok laaa lagi. Nurse kecil yang banyak bagi nasihat tadi selalu ingatkan supaya jaga kebersihan dan tukar pad selalu. Dia takut ada jangkitan sebab luka dalam. Air milo yang dia buat pun tak lalu nak minum, minum air kosong je. Lapar tu memang rasa tapi memang tak lalu. Lepas cek jahit, doktor kata boleh proceed ke wad. Cek baby pun ok.

Dari pukul 3 pagi sampai pukul 7 pagi Wa duduk dalam LR tunggu di bawa ke wad berisiko rendah. Seorang nurse datang minta suami settlekan bayaran. Yang pelik, tak fikir ke suami dah balik, takkan nak kena datang balik semata nak bayar. Tunggu la masa pagi nanti. Tapi nurse berkeras kata, if tak settle Wa takkan di hantar ke wad dan LR perlu digunakan. Call suami, memang dia mengamuk lah. Patient lain ada GL, jadi diorang boleh proceed ke wad dahulu. Tunggu punya tunggu lupa nak susu kan baby. Nurse kecil tadi tolong angkat kan baby, Wa rasa nurse lupa nak minta susukan baby sebab LR memang penuh masa tu, jadi nurse memang menghilang lepas settle kes Wa. Baby hisap sekejap saja. Susu keluar sikit sangat.  Then kami tertidur. Nurse kecil datang kejutkan sebab ambulan dah sampai. Dia kata takpa suami datang kemudian bayar. Sabar je. Napa lah nurse tadi kejam sangat, if suami duduk jauh macam mana. Nak-nak memang suami dah tanya siap-siap perlu settle kan apa-apa ke sebelum balik. Semua kata takda apa, boleh balik dulu.

Turun katil dan berjalan sedikit keluar LR, aduhai takut sangat. Rasa sakit jangan cakap, ketat je rasa. Nurse sediakan kerusi roda. Tapi paling tak tahan nak angkat kaki naik ambulans. Tinggi jugalah. Kena pula tunggu beberapa patient lain, ada dua lagi untuk naik bersama. Aduh lama tunggu. Dengan tak selesai lagi, pangku baby lagi. Wa rasa, paling teruk kena jahit memang Wa hari tu T_T. Sampai di wad, Wa dapat bilik master sekali bilik air. Dalam pukul 8 pagi suami datang lepas settle kan bil. Semua sekali, RM380. Kos bersalin normal adalah RM300 dan kos wad untuk satu malam adalah RM80. Wa sempat tidur sekajap itu pun tak berapa lena. Baby tidur lena, tak berjaga-jaga. Wa ada juga kejut untuk menyusu, even susu tak bape nak keluar. Gigihkan juga, baby cuba menyusu dan Wa yakin dia dapat rasa walaupun sikit. Nurse ada suntik BCG masa kat sini. Sebelum keluar wad, doktor perlu cek keadaan ibu dan baby. Doktor cek balik jahitan, ya di jolok lagi. Sakit ya ampun. Doktor lelaki pula. Nurse minta patient buang air kecil untuk tahu jika masih berfungsi. Nak kencing punya takut sampai tahan-tahan nak keluar.

Sarapan, makan tengah hari dan minum petang tak berusik. Lapar sangat tapi tak berselera. Hampir nak Maghrib discharge. Sebelum tu dapat ceramah percuma dari nurse berkaitan dengan penjagaan baby dan ibu lepas bersalin. Memang bagus dan ramah. Dia siapkan semua dokumen untuk buku checkup anak, borang-borang discharge, borang untuk buat surat beranak dan ubat. Overall, Wa memang respect nurse-nurse yang handle bersalin. Diorang sangat bagus dalam kerja, dan banyak bagi semangat. Cakap pun still control professional dan beretika. Nurse kecil tu memang Wa tak boleh lupa, sebab dia paling banyak beri semangat dan nasihat kat Wa. Dari mula bersalin sampai lepaskan Wa dalam ambulans. Dia temankan Wa dalam ambulans sampai patient lain sampai. Memang bagus, dia nak kita selesa dan dia tau kita sakit! Tu yang penting. Seorang lagi nurse badan besar yang menyiku tadi haha, tu pun tak boleh lupa. Dia sangat tegas dalam masa sama melayan keluarga pesakit dengan ramah. Siap bawa tunjuk baby keluar kat family Wa. Kemudian nurse kat wad berisiko rendah. Nurse paling banyak tips, tak lokek share ilmu. If layan dia 1 jam tak habis. Overall semua bagus.



Terima kasih nurse-nurse dewan bersalin dan doktor. If takda nurse-nurse ni tadi, rasanya proses tak berjalan dengan lancar. 


4 comments on "Pengalaman Bersalin di Hospital Putrajaya - Part 2"
  1. hai sis.. kena book ke kalau nak bersalin di hosp putrajaya ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis stay kat mana tak payah booking ya?sebab baru je jiran bagitau kalo nak bersalin putrajaya kena booking..

      Delete
    2. Saya di Bangi. Kalau ikut plan awal akan bersalin di Hospital Serdang. Atas saranan nurse sebab dekat lagi dengan Bangi. Tapi renovation. Memang nurse & doktor KK kata tak perlu booking mana2 hospital kerajaan, melainkan ada surat dari doktor untuk bersalin kat hospital tertentu (kalau ada perkara serius yg memerlukan perlu bersalin di hospital berkenaan. contohnya operation ke, induce ke, etc)

      Hospital Putrajaya sama seperti hospital kerajaan lain. Bawa buku pink ya.. Saya pun di luar kawasan, disebabkan rezeki saya, labour room masih kosong dan bilik jga ada. Ada patient2 selepas saya tak dapat masuk sebab penuh semuanya. Memang diberi pilihan ke hospital lain spt Kajang,KL.

      Yang saya faham, booking2 ni kalau patient berminat nak ambil wad bayaran penuh (ala swasta). Boleh call hospital putrajaya untuk confirmkan.

      Delete

EMOTICON
Klik the button below to show emoticons and the its code
Hide Emoticon
Show Emoticon
:D
 
:)
 
:h
 
:a
 
:e
 
:f
 
:p
 
:v
 
:i
 
:j
 
:k
 
:(
 
:c
 
:n
 
:z
 
:g
 
:q
 
:r
 
:s
:t
 
:o
 
:x
 
:w
 
:m
 
:y
 
:b
 
:1
 
:2
 
:3
 
:4
 
:5
:6
 
:7
 
:8
 
:9