Pengalaman Bersalin di Hospital Putrajaya - Part 1

Friday, October 2, 2015

Alhamdulillah, Wa dah selamat bersalin pada 6 September 2015 iaitu hari Ahad di Hospital Putrajaya. Seperti yang uols tahu, Wa patut bersalin pada 4 September 2015 dan juga disebabkan belum ada tanda bersalin, Wa dah siap dapat temujanji untuk induce. Impian termakbul kerana dapat pengalaman melahirkan secara normal. Pada mulanya, Wa plan nak bersalin di Hospital Serdang, tetapi oleh kerana sedang renovate, Wa try and error la juga di Hospital Putrajaya hehe. Kalau boleh tak nak bersalin di Hospital Kajang haha.

Terima kasih tuhan kerana permudahkan urusanku. Wa mula sakit bersalin hari Jumaat malam. Ya masa lepas Wa pergi checkup untuk air ketuban bocor. Pukul 10 malam macam tu tengah tengok tv, rasa sengal-sengal di pinggang lebih kurang rasa senggugut. Rasa sikit sangat, macam rasa tak rasa. Masa tu hanya terdetik, mungkin sebab duduk di kerusi sofa tak selesa. Sempat lagi cakap dengan suami mengidam nak Pisang Goreng Cheese Jakarta, kat Restoran Kelisa, Bangi. Pengaruh tengok iklan kat FB haha. Rasa tak selesa tu, Wa diamkan saja sebab memang tak fikir pun tu mild contraction.

Sehinggalah terjaga dari tidur pukul 9-10 pagi macam tu. Sakit senggugut tu makin kerap dan makin terasa. Masa ni memang terdetik mungkin ni contraction! Yang paling pasti sebab nurse cakap sakit tu sakit dari pinggang sampai ke belakang rasanya. Confirm, sakit pun makin kerap. Cakap dengan suami tapi Wa masih lagi boleh bertahan sebab tak sakit. Just macam period pain biasa. Sehinggalah Wa cuba untuk tidur sebelah petang, just take nap sebab rasa penat..memang tak boleh lena. Wa cakap dengan suami, this time rasanya tak boleh tunggu. Memang kena pergi hospital harini juga. Suami berkeras nak pergi beli pisang goreng yang Wa mengidam tu. Wa tak sedap hati sebab takut tak sempat haha. Sebab sakit makin kerap jadi 5 minit.

Pukul 6 macam tu suami keluar beli, siap sempat pergi jogging. Bertuah betul. Wa turun cakap dengan parent, nak pergi hospital tunggu suami balik. Sebab rasa makin sakit. Sakit tu kalau kira sekala 4/10. Still ok lagi. Wa call suami minta balik cepat. Balik rumah sempat juga merasa pisang goreng. Sedap panas-panas, tapi apakan daya. Contraction tu dah hapuskan keinginan nak makan haha. Sempat makan 3 keping je. Suami nak ambil mak mertua di Kajang, jadi parent Wa suggest untuk hantarkan ke hospital, jadi nanti jumpa di sana.

Tepat pukul 7 petang, keluar rumah. Rasa macam tak sempat sangat tunggu Maghrib. Maklumlah, anak pertama takda pengalaman. Jadi tak pandai nak agak masa. Sampai saja, macam biasa masuk Observation Room, nurse cek air kencing, BP dan CTG. Masa ni nurse tanya berapa kerap sakit dan berapa lama. Tak lama kemudian, doktor datang cek laluan. Ku sangkakan "mulut itik" lagi, tapi kali ni jari doktor seluk. Mak ai, dalam betul dia seluk sampai rasa bukaan tu. Doktor kata da buka 2cm. Lama juga tunggu dalam bilik tu, rupanya server down. Nurse nak register masuk dalam wad tapi penuh, jadi dia masukkan di hospital risiko rendah dekat Presint 8. 

Di sana, Wa bertuah dapat bilik kosong. Oleh kerana Wa tiada masalah kesihatan kecuali berat badan berlebihan, doktor suggest untuk masuk wad sana. Orang selepas-selepas Wa ramai yang di tolak ke Hospital Kajang atau KL sebab LR penuh, wad pun penuh! Lepas tu, bila da cukup bukaan, baru dihantar ke Hospital Putrajaya kembali untuk bersalin. Merasa lah naik ambulans. Jadi nurse minta duduk di ruang menunggu sementaran ambulans datang ambil. Masa nak pakai panties, Wa perasan ada tanda darah dan lendir. So, tunggu dengan family kat luar agak lama juga. Masa tu sakit dah tahap 6/10. Setiap kali sakit, badan dah tak boleh tegak menahan sakit. Muka dah tak boleh senyum. Mama tenangkan Wa gosok-gosok belakang. Agak lega sangat. Mak mertua bagi air selusuh. 

Setibanya ambulans, ada lagi seorang patient sama macam Wa dah buka 2cm, tapi relax gila. Siap makan roti dan minum air kotak slurppp slurppp bunyi. Relax betul minah ni. Apa tangkal dia pakai haha. Rupanya dah anak kedua. Sampai di sana, suami dan family Wa tunggu kat parking. Jumpa sekejap salam-salam. Sedih pula rasa. Wa minta suami tunggu di parking sehingga dibertahu untuk bersalin, kerana jangkaan Wa bersalin dalam masa terdekat. Sampai di wad dalam pukul 10-10.30 malam. Di sini, tak boleh ada orang teman dalam wad. Jadi keseorangan lah kita menahan sakit.



Masuk di wad, wad di rumah apartment. Jadi dalam satu 1 unit, ada 3 bilik. Memang tak boleh tidur lah malam tu tahan sakit sorang-sorang. Nurse minta tukar baju dan terangkan beberapa peraturan wad. Pukul 11 malam, suami Wa datang beli roti dan air untuk alas perut. Lega sekejap ada suami datang. Tunggu punya tunggu sakit, adoiii dah jadi skala 8/10 rasanya. Memang tak boleh baring. Menonggeng kat katil haha. Nurse kata doktor akan cek setiap 2-3 jam, tapi kalau tak tahan boleh panggil. Wa pun tak tahu masa tu nak panggil ke tak. Teragak-agak sangat. Sakit tu menjadi-jadi lepas Wa minum air selusuh. Pastu nurse datang, "Puan saya tengok puan macam tak tahan je, saya panggil doktor ye". Doktor lelaki muda pula tu.

Wa ni dah la pemalu, masa tu dah tak fikir malu dah. Sekali dia seluk, dah 4cm. Dia bagi sekali ubat buang air. Aduhai benci betul benda tu. Terus masuk bilik air membuang. Tak banyak pun. Tengok pad makin banyak darah T_T. Kemudian doktor masukkan jarum kat urat tangan untuk masukkan ubat nanti masa bersalin. Terus whatsapp group family minta stanby sebab dah ready nak ke hospital dalam pukul 12 malam macam tu. Dalam 12.30 malam sampai di hospital. Duduk dalam ambulan sikit je bontot kat kerusi sebab sakit sakit tahan sakit haha. Ambulans bawa pun relax je, alamak aih. Rasa nak tercabut dah pinggang. Masa tu family tak sampai lagi. Sempat jumpa husband sekejap sebelum masuk LR. Sementara LR di bersihkan, tunggu kat luar duduk. Duduk pun dah tak betul. Sakit nurseeeee tak boleh nak duduk dah rasa. Haha dalam hati sebab ada nurse tegur, tengok Wa duduk hujung kerusi macam nak jatuh....

Sambung entry seterusnya..KLIK SINI


Post a Comment

Latest Instagrams

© Wakdingding. Design by FCD.