Gatal dan Parut cepat sembuh !

Saturday, February 8, 2014

Rasa seronok nak share pengalaman sebulan amalkan set vitamin untuk kulit dari Shaklee.Untuk pegetahuan, Wa dah amalkan sebulan Vitamin C dan Vitamin E untuk kulit. As you all known, Wa ada eczema dan kulit sensitif dengan habuk, panas..(bukan gedik ye haha) cepat je naik gatal-gatal and maybe bulu kucing (tapi bela je hehe), dan tinggalkan parut. So far, makanan ok lagi, ada juga yang gatal tapi tahap biasa. Doktor kata, if ada asma, selalunya ada eczema, it's come and go. Asma Wa kene masa kecik sampai darjah 6, and start Eczema lebih kurang umur 23 tahun. Penyakit ni susah baik cuma kita kena sentiasa cari jalan untuk kurangkan gatal-gatal tu lah. Contohnya, berpantang makanan gatal (telur, certain jenis ikan, ayam etc), bersih, rumah takda carpet, kucing, banyak lagi. Lain orang lain cara kan. Macam kawan Wa, punya lahh pantang makan, pun still menjadi-jadi, memang teruk, lepas bersalin, terus baik Eczema, tinggal parut je. Tu tak pasti kenapa hehe. Sedih weh ada penyakit cam ni. Lari laki sobs. Jadi En.Nasri if you read this, I tak tipu I tak boleh kene panas and habuk T_T.

Jadi macam-macam lah Wa pakai untuk kurangkan kesan parut dan nak rawat atau kurangkan gatal-gatal tu balik. Contohnya, Bio-Oil, Krim Elomet, Sabun Marine Essense (mahal T_T tapi best wangi tahan lama!), Losyen jangan cakaplah memang macam-macam brand (nak lembabkan kulit, bila kering ia akan jadi lebih gatal), Gel Rumpai Laut (borong kat Sabah), Sabun Susu Beras + Colegen,  tapi belum pun cuba supplement, yang merawat dari dalam. Ada diantara yang Wa masih amalkan sampai sekarang, contohnya Bio-Oil dan Krim Elomet, Bio-Oil kesan dia lambat, tapi bagi Wa die memudarkan parut dan stretch mark. Krim Elomet tu, dia mengeringkan kurangkan inflimasi tapi wa berhenti pakai sebab nak tengok kesan Vitamin ni. Sabun Susu Beras + Colegen dah pakai 2 buku, so far ok la, tak alergi pakai sabun tu nak berbanding beli Sebamed atau Oilatum. Mahal sayangku!

Girls, I'm not kidding hehe berlambak Losyen (ada lagi brand skinlabs dah habis), Bio Oil, Elomet

Vitamin C dan Vitamin E

Kenapa pakai macam-macam tapi susah nak baik. Satu je sebab, bila gatal kita akan garu. Dan..inilah hasilnya..ambil masa 1 minggu lebih je nak kering! Jangan lah pelik, gatal yang Wa alami sangat kecik dan akan menjadi sebesar duit 10sen dan tak mustahil besar bulatan gelas. Tangan kiri Wa dulu sampai besar bulatan gelas, berbulan-bulan nak ambil masa untuk hilang tau! Seksanya nak menulis, sebab kertas akan basah dan gatal sangattttttt. Wa kidal. Ini kerana, faktor-faktor yang Wa kata tadi, dia akan basah-basah dan kering, baik kejap, jadi balik..Jadi tempoh untuk kering tu selalu yang lambat dan lebih melarat sebab kita sentiasa rasa nak garu. I've some few dots macam ni kat betis dan peha saiz dah besar 20sen. And the results sama. Kering jugak :) Alhamdulillah. Jadi next target kita nak tengok samada dia akan kurang kan parut dalam berapa tempoh pula. Parut takes long time nak hilang kan!


Wa consume vitamins sebab nak fokus untuk penyembuhan yang cepat dan kurangkan parut. Jadi untuk sesiapa nak kurangkan alergi atau eczema, ada set lain yang sesuai (Alfalfa + Vit C + B-Comp + Herbal Blend). Alhamduillah, even tak ambil set alergi atau eczema, gatal-gatal pun kurang juga. InshaAllah membantu sikit. Wa perasaan kat kulit muka, tiada lagi kering kat tepi hidung dan kat kening Wa. Selalu kat situ spot kering kat muka Wa if tak pakai moisturizer. Merkah dan putih-putih. Ehem dah lama tak pakai moisturizer hehe, bagun pagi lembut je kulit muka. Selain dari tu, ramai amalkan set kulit cantik ni untuk jerawat di muka. Antara testimoni uols boleh google ye. Nak letak dalam blog, bukan customer Wa pulak hehe. Segan nak sharing customer orang lain hehehhe T_T Banyak yang berjaya dengan menggunakan set ni. Customer Wa baru je guna, jadi belum dapat feedback lagi. InshaAllah kalau ada Wa akan share kat blog. Wa selalu nasihat kat customer, before beli banyakkan buat research, tengok testimoni, positive and negative feedback kena ambil kira. Bila yakin, baru kita beli. Itu yang Wa buat sebelum cosume product Shaklee or any product pun. Sebab ini bukan ubat, ia adalah supplement. Ingat, jika ada penyakit, jumpa doktor dahulu!

Opps! Got new message from my friend just now! New update!








Post a Comment

Latest Instagrams

2024 © Wakdingding. Design by FCD.