Diet dengan protein

Saturday, February 15, 2014
Interesting topic kalau pasal loss weight! Haha ok rasa bersalah pula sebab entry lepas berkenaan Kerja Makan!! As uols known entry lepas-lepas, Wa ada cerita macam mana berat Wa naik mendadak. Lepas masuk sekolah asrama, dari 45kg naik sehingga 60kg ++. Balik rumah selalu takda baju sebeb semua tak muat! And Mama tempah baju kurung lebih 5 pasang untuk Wa bawa balik asrama untuk prep or event sekolah. Oh, baju Mama masa dulu-dulu pun bawak. Seluar jeans and shirt kene beli baru hehe.

My wieght naik dan naik sehingga kini lepas raya 2013, Wa baru sedar yang my weight was toooo over limit. Dah bertahun tak timbang, sekali timbang memang rasa nak pengsan! Pernah tak rasa bila kita cuak dan takut, rasa berpeluh-peluh. Haa camtu rasa takut Wa. Sebelum tu pernah Wa cuba Dr.Rozmey (masa tu gila popular kan sampai dia nak buat filem) sebulan Wa turun 3kg! Huhu sekotak Wa makan tak sampai sebulan habis. And that time gaji pun tak banyak, so stop macam tu je.

Berbalik pada cerita lepas raya 2013. Wa target nak turun berat dan semangat gila! Wa cuba makan Alpha Lipid SD2. Harga Jual Rm180 Ahli Rm150. Satu hari 9 scoop. Satu tin hanya tahan tak sampai sebulan. Bayangkan memang kenyang! Konsep dia, badan kurus tak perlu diet. Tapi ada pantang larang dia. Jaminan diberi kurus dalam masa seminggu 3-5kg! Susah nak percaya kan. Tapi tak tipulah, memang turun. Wa minum pagi, tenghari, malam, 6 bulan tak makan nasi, buah, makanan berminyak, dan makanan yang manis. Apa Wa makan? Protein sahaja. Wa makan ayam, ikan, telur or meratah sayur, lauk-lauk saja. Weekend pergi aerobik sabtu dan ahad kat Tasik Cempaka. 1 minggu Wa akan hilang 0.5kg. Setiap hari Wa akan timbang dan akan frust bila naik hehe. Sebab tu motivate kita untuk lebih usaha.

Hampir 6 bulan Wa minum dan berjaya turunkan 8kg. Kain longgar, seluar kerja longgar, seluar jeans longgar, sampai satu tahap asyik pergi beli baju je haha. Lepas tu usaha terbantut, motivasi kurang sebab rasa dah kurus haha. Jangan jadi macam Wa. Teruskan. Mungkin if teruskan sampai sekarang dah turun 20kg! Takpa turun berat lambat, asalkan enjoy, tak stress dan sihat! Pengajarannya kat sini, semua produk yang memberi anda kekenyangan tu bagus. Sebab ia memberi tenaga dan kenyangkan perut bagi elakkan anda mengambil makanan yang berlebihan. Ia bukan menguruskan anda, tapi ia membantu dari segi mengenyangkan. Kalau anda ikut program tu dengan ketat, memang akan turun seminggu 1-2kg! Diet Atkeins adalah diet yang tidak mengamalkan Karbohidrat dan makan lebih protein. Itu lah sebenarnya diet yang program diet lain amalkan, contoh SD2. Kawan Wa amalkan diet ni, serius kurus! Tak payah makan produk apa-apa pun!

Macam Wa sangat malas nak styling food, nak prepare salad, just instant je. Jadi sebab tu Wa lebih nak minum something yang terus buat kita kenyang. Since jumpa ESP Shaklee, Wa tengok harga ahli pun sangat murah, kalau jual kat market pun RM150, then boleh tahan 2 bulan. Banyak sangat jimat kat situ. Sebulan dalam RM75. Kalau ahli dalam RM60. It helps my diet yang malas nak prepare makanan ni hehe. Ni adalah alternatif Wa lah jimat dan kesan dia sama. Ini pendapat masing-masing ye, dan macam-macam cara sebenarnya kan nak diet. Ikut uols. Jadi Wa dah start semula ikut diet yang pernah Wa buat sebelum ni. Even if uols kental, tak nak ade pemangkin (diet products) or amalkan mana-mana produk pun boleh juga :)

Nak mulakan susah, tapi kita cuba perlahan-lahan.Ini cara yang pernah Wa amalkan ;

  • Elakkan karbohidrat seperti nasi, mee, tepung, roti, etc. 
  • Lebihkan protein seperti ayam bahagian dada, daging, telur, ikan. Meratah seekor ikan kembung stim limau pun sodapp. Atau Sup Ayam! Atau Salmon Grill.
  • Buah juga mempunyai kandungan gula yang banyak, kurangkan buah-buahan yang mempunyai gula yang tinggi, contohnya pisang dan durian! Makan buah yang berserat seperti tembikai! Ia rendah kalori!
  • Bersenam, berjalan, aerobik setiap minggu. Install Apps yang berguna untuk track aktiviti anda setiap minggu. Kalau minggu ni 5,000 langkah, minggu depan target 10,000 langkah!
  • Cari sahabat atau peneman anda untuk tambah lagi motivasi dan support! :)
  • Elakkan minuman berkafien, tukar kepada teh kosong tanpa gula
  • Minum air suam dengan banyak. Minum 3 liter sehari! 1 gelas, setiap 1 jam. dari pkul 7 pagi sehingga pukul 6 petang. Malam boleh rehat. Ia sangat membantu dengan mengurangkan anda mengunyah snacks yang tinggi kalori! dan sangat melawaskan.
  • Selain selfie, snap your food picture, and you will found guilty if makanan yang uols makan tu amatlah melemakkkkkan
  • Choose one day as cheat day! Hehe selalunya weekend lah kan. Tapi jangan melantak sakan. Make sure if Sabtu makan, Ahad work out balik untuk topup!
  • Puasa Sunat ! or Sebulan pun takpa :)
  • Kira kalori pengambilan makanan, Perempuan 1800-2000 kalori sehari sahaja! Belajar cara nak kira kalori. Wa tak buat pun tapi since tahu, setiap benda Wa akan tengok kat ingredient info. Satu kotak air milo berapa kalori?? So, kita boleh agak :)
  • Beli sehelai baju yang cantik dan mahal, ambil ia sebagai motivasi dan inspirasi. I bought one, it was from Mango and cost RM200. Satin Silk lagi! Haritu dah muat, tinggal kat punggung je ketat. Hehe sekarang kene workout dengan hardcore!!
  • Tukar sesuatu berkalori tinggi kepada yang rendah, contoh mee goreng kepada spagheti. Teh Tarik kepada Teh O, Ice Lemon Tea kepada Limau Suam, Nasi penuh pinggan, ambil pula suku saja atau 1senduk. 
Boleh share tips uols kat sini. Ini cuma cara diet Wa masa tu lahkan, and I need to do it again hehe. Kadang-kadang orang tanya camna kalau ada kenduri, event, yang wajib ada makan-makan. Senang je, makan lauk dan ambil PROTEIN! Ayam, Ikan, Daging, Sayur atau buah. Dessert, kalau dulu ambil 2-3 jenis kuih, kini ambil satu pun cukup atau makan separuh.. Kurangkan apa yang kita selalu makan. InshaAllah, kita akan biasa bila kita tak makan langsung! Take your time. Contoh makan kat KFC, ambil dada je, kulit buang. Makan pizza, buang sebahagian roti, kat tepi pizza. Makan MCD, buangkan roti atas saja atau dua-dua lagi bagus! Even tak drastik, tapi ia membantu sangat-sangat! Dan sabar tu penting. Outcome yang berkualiti perlu kesabaran yang tinggi :) Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment