My Yellow Cat - Part 1

| On
8:57 PM
hampir dua bulan, kucing wa mati. kesedihan memang dirasai satu keluarga wa. tiba-tiba hari ni, rasa rindu sangat kat dia. kuning nama dia. sebab bulu berwarna kuning. simple name. haha. dulu masa dia kecik, mama nak bagi orang sebab banyak sangat kucing. masa tu ada 4 ekor. kalau termasuk dia jadi 5 ekor. sebab wa tengok dia..comelllll sangat, so pujuk mama ambil jugak. jangan bagi orang. akhirnya kami bela. bayangkan secomel ni!! gerammmmm





masa tu tak tahu nak bagi nama apa. mostly kucing yang kami bela nama sangat simple. berdasarkan warna atau fizikal. dia sangat manja dengan mama. lebih kurang anak bongsu mama. dengan mama je dia boleh di pegang. kalau dengan orang lain, cepat-cepat dia tolak badan kita. tidor dengan mama. paling comel, before tidur dia akan minta mama urutkan badan dia. sampai lentok-lentok kepala. lepas dia puas, baru die tidur. cholat suka manja kan dia. kuning suka tadah leher dia kat cholat, then cholat akan bersihkan kuning sampai puas. masa ni, bulu kuning tak kembang lagi. dia adik paling bongsu antara semua kucing, kalau nak pergi keluar, semua akan teman dia.



sikap manja dia, kadang-kadang buat kami ejek dia pondan. sebab dia sangat penakut dengan bunyi yang kuat, orang ramai dan dia sangat cepat terperanjat hahahaha. serius lawak. kalau kita tak sengaja nak kacau dia, dia akan lari masuk bilik mama. tu lah tempat persembunyian dia paling selamat. kalau orang datang rumah, memang dia kan sembunyi. sampai makanan dia pun kene hantar dalam bilik. alahaiii kuningggg. tapi sebab sayang, kami sanggup layan kerenah dia. adik bongsu la kata kan!



hobi dia, pagi-pagi ikut mama sidai kain dan siram bunga. lepas termenung kat tembok batu, tempat dia buang air, dalam pasu bunga mama atau pun dekat bunga pagar mama. memang dah tau la siapa yang berak. dulu masa mula pasang rumput carpet, tiba-tiba jumpa taik dia tengah rumput sebab dia pening tak boleh korek tanah. hahahahah lawak. lepas tu la dia cari port baru dalam pasu bunga. dan hobi paling dia suka, kacau mama. tengok mama nak menjahit dia kacau, mama nak buat bunga telur dia kacau. habis bunga telur mama dia main-main. macam mana nak buat kerja!!


nanti sambung cerita :) love you kuning. rest in peace. jumpa kita di syurga Allah dengan yang lain. InsyaAllah

Pin It
Be First to Post Comment !
Post a Comment

EMOTICON
Klik the button below to show emoticons and the its code
Hide Emoticon
Show Emoticon
:D
 
:)
 
:h
 
:a
 
:e
 
:f
 
:p
 
:v
 
:i
 
:j
 
:k
 
:(
 
:c
 
:n
 
:z
 
:g
 
:q
 
:r
 
:s
:t
 
:o
 
:x
 
:w
 
:m
 
:y
 
:b
 
:1
 
:2
 
:3
 
:4
 
:5
:6
 
:7
 
:8
 
:9