Adakah anda sudah MenDURIAN?

| On
1:07 AM
yeahhh saya sudah!!! semua tahu kan, durian kini telah menjelma. ramai kata ni bukan musim durian, tapi wa pelik nape durian berlambak je. awal-awal keluar ni, mahal lah durian. sekilo rm6 paling murah wa tengok kat pasar malam. selonggok rm10 memang tak banyak jumpa. tunggu lah masa tengah banyak durain, semua jual selonggok rm10. hahahah seronok-seronok

berbalik kepada pangkal cerita, ahad yang lepas, kami satu pejabat bercadang ingin mencari durian. tunjang utama cerita ini berpunca dari bos projek kami. memang exited semua orang sebab nak pergi jauh cari durian. maklumlah lepas tengok 360 kat tv3 tu terus semua mengidam durian. kami bertolak seawal 9 pagi dan tiba di stesen petronas sebelum masuk exit bentong untuk berehat dan menunggu.. sebab kereta bos kami rosak. hmm dugaan pertama.


tunggu punya tunggu, tak kunjung tiba. maka kami pun bertolak dahulu. dalam perjalanan ke raub, macam-macam yang kami nampak. seperti histeria melihat banyak gerai jual durian!! mana tak histeria, dalam kepala lapar pulak tu! kami telah menjumpai durian di merata-rata tempat termasuk lah dalam bakul makcik ni. hehehheh




banyak lagi gerai, tapi ni je yang sempat tangkap. selepas itu kami tiba di pekan err tak sure bentong atau raub. yang pasti kami menunggu pula, orang yang bertanggungjawab membawa kami ke lata jerum untuk bermandi-manda sambil makan durian. wah! hebat betul bunyi. maaf gambar wa tiada sebab wa kelihatan gemok di sini hahaha XD



selepas puas menunggu kami pun tiba di lata jerum. tempat mandi sangat best gila, air sejuk nak mampuih. tapi sayang, tempat rekreasi ni tak berjaga langsung! bayangkan tandas semua rosak dan tiada air. malah, seperti dah bertahun tak diguna kan. wa memang pantang pergi tempat yang tiada kemudahan tandas macam ni. maklum la, perut wa cepat memproses. apetah lagi selepas makan durian. maka, wa bersama teman-teman yang mempunyai niat yang sama, pergi mencari tandas yang berdekatan. sanggup pergi naik kereta, dalam hati, doa-doa jumpa tandas surau atau masjid. kalau dah kata hutan lipur, memang susah lah nak jumpe :( nasib tak jauh dari situ, ada tempat air terjun yang berhampiran mempunyai tandas :). fuhh lega beb. baru lah lega nak makan durian dan ikan bakar!







baju hijau tu bos wa, project manager. sangat sempoi dan kadang-kadang anoyying di pejabat. hahaha XD pukul 6.30 petang baru dia sampai, setelah kami nak bersiap sedia nak balik. kereta rosak punya pasal, kami tunggu sehingga die selesai makan dan mandi sungai. nasib tinggal sabiji durian untuk dia. sorry bos XD memandang kan durian tak mencukupi dan tak puas makan, kami pun bercadang nak singgah gerai durian bila otw balik. dalam perjalanan, ada motorsikal accident depan kereta kami, nasib kami tak langgar dia. kami pun hantar dia balik ke rumah. nasib hanya cedera ringan. selepas tu, kami pun terus kan misi mencari. maklum lah hampir pukul 9 lebih, banyak gerai yang dah tutup. tiba-tiba terjumpa satu gerai durian yang berkilauan di hujung jalan!!!! banyak lori durian berhenti wooo. kami pun terjah!





murah !! sekilo rm2 tapi kene pandai pilih lah. kami pun berebut, masukkan durian dalam bakul masing-masing. satu bakul pula untuk makan beramai-ramai kat gerai tu. perhhhh memang heaven!!!! tip top durian yang bos pilih. anyway takda gambar tengah makan durian, sebab wa sedang menikmati :)))


Be First to Post Comment !
Post a Comment

EMOTICON
Klik the button below to show emoticons and the its code
Hide Emoticon
Show Emoticon
:D
 
:)
 
:h
 
:a
 
:e
 
:f
 
:p
 
:v
 
:i
 
:j
 
:k
 
:(
 
:c
 
:n
 
:z
 
:g
 
:q
 
:r
 
:s
:t
 
:o
 
:x
 
:w
 
:m
 
:y
 
:b
 
:1
 
:2
 
:3
 
:4
 
:5
:6
 
:7
 
:8
 
:9