Photoshoot Oh Photoshoot

Monday, December 20, 2010








alhamdulliah, wa di beri peluang kedua untuk provide shawl untuk photoshoot. sebelum ni pernah terima, tapi memang tak sempat nak pergi. sebab tak dapat ambil cuti on weekdays and takda orang nak teman pergi. so, this time wa try jugak cuti. even happy dengan tawaran tu, tapi agak terkilan sebab mostly stock shawl wa banyak yang outdated sedikit. means, ada yang lebih baru 2-3 design lepas design shawl wa tu. and im not ready yet. maklumlah, hari sebelumnya busy dengan kerja. balik pun malam-malam, jadi memang takda persediaan nak praktis pakai shawl.

pada awalnya, wa hanya tahu 8 cara sahaja, tapi rupa-rupanya 10 cara. tuhan je tahu masa tu nervous gila! seram sejuk masa masuk dalam studio. tudung pun bawak cukup-cukup je. sebab stock da habis. jadi ambil mana yang ada je. first-first nak pakai, terus jadi blurrrr. emm mana satu eah? memang blur gila. agaknya angin je orang lain tengok. tak ready. wa siap lukis-lukis dalam buku cara-cara pakai. takut lupa. maklumlah 10 cara.

paling bertuah, sebab model cantik Vee sangat pandai pakai shawl. macam-macam idea yang dia buat. even bantai je lilit, tapi jadi juga. terima kasih Vee dan rakan. sampai dah kering idea nak buat. fuhhh, berapa jam dok studio. dari pkul 2pm sampai 6.30pm. wa hanya pandai jual je shawl tapi pakai fesyen-fesyen ni tak berapa nak pandai hehe. selalu pakai simple je.

anyway, pengalaman yang best sebab kak aza pun peramah. abg kamera pun ok. and tak sangka jumpa ina naim kat studio. dia ada photoshoot untuk majalah pa&ma. dah 2 orang anak dah. semua ikut muka suami dia. still maintain je badan taw. selesai je cara yang ke-10 lega la sangat. tak sempat nak berbual dengan kak aza. sebab masing-masing sibuk nak tangkap gambar.

apa-apa pun wa tak puas hati dengan apa yang wa buat. and because im not ready. if ada peluang lagi lepas ni, wa sure buat yang terbaik. thank you kak aza from majalah nur. im very appreciate :)

2 comments

Latest Instagrams

© Wakdingding. Design by FCD.