[Travel] Bangkok Day 2 : Platinum Mall, EveAndBoy, Hard Rock Cafe, Mango Tango, Siam Centre One, Lebua Sky Bar, Tom Yum Halal

Thursday, January 28, 2016

Bagi hari kedua, kami bersiap lewat sedikit. Tentatif kami memang nak menjelajah kawasan di Platinum. Di sana, terdapat mall yang besar dan hanya terletak berdekatan. Penat berjalan semalam masih terasa. Bangun lambat sikit ambil mood dan tenaga. Sarapan? Fikir lunch terus je. Haha. Kami tahan teksi ke Platinum Mall.

Platinum Fashion Mall



Setibannya di sana sekitar pukul 11 pagi. Memang teruja sangat kerana dengar-dengar cerita dan review di internet, mall ini terdapat banyak pilihan fesyen secara borong. Ala Kenaga Mall juga tapi serius BANYAK lagi. Kalau kata satu hari, memang tak habis nak tengok semua kedai. 

Tips ;
  • Cari barang yang berada di dalam shopping list anda dahulu. Jika tidak, anda akan membuang masa
  • Sampai di mall pagi, lebih selesa kerana tak ramai orang dan mudah dapat harga yang baik kerana anda pelanggan pertama. 


Boleh dikatakan semua ada, dari baju perempuan, lelaki, aksesori, beg, kasut, pakai kanak-kanak dan bayi. Harga? Apa yang Wa perhati, harga ditawarkan mahal juga, tapi jangan lupa untuk tawar. Ada baju-baju yang dijual harga murah tapi memang berbaloi kerana kualiti kain dia sangat bagus. Memang kat sini, kain baju dia terbaik. Kalau pun jumpa t-shirt harga RM10-RM15. Kain cotton dia masih lembut! Tak semua barangan murah. Jika anda beli dengan kuantiti banyak, akan dapat harga borong. Beli sehelai, dia susah sikit nak bagi discount, tapi cuba lah tawar lagi! 

Halal Food, Platinum Mall - Chicken Rice.




Di tingkat 5, ada food court. Terdapat 2-3 gerai yang menyediakan makanan halal. Oh ya, senang saja jumpa. Memang ada papan halal di depan kedai. Senang nak jumpa. Di sini, menggunakan sistem kredit. Beli kredit di kaunter contohnya dalam 300 Baht. Jadi anda akan diberikan kad. Masa beli, penjual akan swipe kad anda. Baki boleh semak di check point pada tengah ruang food court.
Di tingkat bawah, ada jual kebab yang halal. Boleh lah makan kalau tak cukup makan tadi. Bangunan kedua ini ada baju kanak-kanak dan bayi. Overall, baju budak memang best!

EveAndBoy



Selesai makan, sambung shopping sikit untuk Ziyad dan teruskan ke Siam Area. Di Siam Area memang banyak mall-mall yang berdekat dan boleh berjalan kaki saja sebab dia bersambung-sambung. Di sini kami tahan teksi. Lokasinya tak jauh sangat. Masuk di di kawasan Siam Area (Siam Square, Siam Paragon, Siam Centre, Digital Mall etc) betul-betul di hadapan tempat masuk (ada kene bayar parking) memang nampak besar board warna pink. Kedai ini memang  tak ubah seperti Sephora! Tapi lebih variety kepada affordable makeup. High end ada tapi tak banyak range, memang letak di dalam kaca tersusun rapi. Gila sekejap masuk sini, tak tahu nak pilih mana. Sebab terlalu banyak brand makup yang familiar dan local! Sama juga, tak semua murah, ada juga mahal. Yang best jika ada promo Buy 1 Free 1. 

Brand yang Wa teringin nak cuba 4U2. Nak ambil eyeshadow tapi warnanya dah habis. Overall, di sini Loreal, Maybelline, Revlon agak murah berbanding Malaysia. Yang lain seperti Sleek, NYX, Essense, Catrice etc mahal sedikit. Sempat juga grab untuk dijual boleh refer Carousell (@aznuad) atau Intagram Wa (@wakdingding). 1 jam pun tak cukup. Masa ni perfume banyak offer. Murah gila! Tapi perfume wa minat takda offer. Suami dapat grab Polo Red. Harga 100ml dalam RM200+



Hard Rock Cafe, Bangkok



Jalan depan sikit, akan nampak HRC. Nak grab t-shirt pun design tak berapa menarik. Maka tangkap gambar saja. Wa memang takda mood betul nak tangkap gambar sepanjang trip ni. Layan je lah en suami. 

Mango Tango







Memang ada dalam tentatif nak pergi Mango Tango. Tengok lah, segala-galanya mangga! Dah tau Thailand memang terkenal dengan mangganya. Kami hilangkan haus di sini. Harga boleh tahan juga!

Hello Kitty House, NYX Counter, Siam Square One






Rasanya disini tak menarik langsung. Mall yang sunyi dan tak happening. Terjumpa Hello Kitty House, dalam tak masuk. Nak cari kedai Nike. Abang minta tengok harga untuk Nike Air Max. Mahal kat sini. NYX Counter di sini ala-ala jenama mahal. Best juga, tapi tak ramai masuk. Harga lebih mahal more or less RM10 T_T memang tak recommend lah nak beli kat sini. Dah penat dan rasa takda apa nak beli lagi, kami pun balik. Memang ada lalu di mall lain, tapi memang tak berkenan. Teringat-ingat lagi Platinum Mall!!!



Lebua Sky Bar



\
Keesokkan harinya, hari jadi suami. Malam tu, kami nak makan angin ni atas bangunan. Di Bangkok, sky bar memang banyak dan popular. Pergi saja di website www.bangkok.com banyak senarai tempat untuk anda menikmati matahari terbenam. Tak jauh dari hotel kami berjalan dalam 5 minit. Bangunan terletak satu jalan ke Robinsons. Ramai rupanya yang nak naik Lebua Sky Bar ni. Beratur juga lah nak naik lift. Di sini, ada etika pakaian. Nasib lah lepas sebab pakai sport shoes je. Masya Allah cantik sangat permandangan. Kat sini memang sediakan minuman keras. Maklumlah bar. Kalau nak minum jus-jus pun kena order di tempat lain. Kami tak order lah. Cuma nak menikmati permandangan saja. Angin jangan cakap. Nak terbang rasa. Tapi memang best! Habis tangkap gambar, perut dah menyanyi

Halal Food, Silom - Deen Restaurant




Dari hotel kami berjalan dalam 10 minit, ke restoran ni, Ia betul-betul di hadapan Silom Village (tempat makan, kedai cenderhati etc). Kedai islam ini kecil dan tak berapa nak ekslusif la, agak low profile sikit. Tapi makan dia memang sedap. Tom Yam pada Wa tak berapa kaw sangat. Green curry sedap. Telor dadar recommended!!! Overall harga memang mahal, tapi takda pilihan dah. Takkan hari-hari nak belasah makanan arab T_T

1 comment

  1. wah~ refreshing juga view dekat Lebua Skybar tu. Lama dah x pegi tempat2 tinggi utk enjoy view. Nice!!
    Anyway, thanks singgah blog Mira. Mira da follow GFC, Google+, and Add Twitter. Do show your support among us beauty bloggers by following each other. :D
    Mira | http://lemieletlavanille.blogspot.my/

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Wakdingding. Design by FCD.