Muhammad Ziyad Youssef : 4 Bulan, Suka Berdiri, Mengiring, Menyiarap, Main Kaki, Melompat, Stroller, Hisap Jari, Underweight, Pakar Pemakanan Bayi

| On
2:52 PM

As Salam, masuk Ziyad 4 bulan, macam-macam ragam. Bulan ini mula lah dia suka berdiri, atau nak duduk. Kene pegang masa tengok tv, tak nak baring-baring. Sekarang ni juga dah pandai nak henjut-henjut kaki. Laju betul, kita yang pegang pun tak larat nak pegang dia. Sangat peramah dengan senyuman tu memang tak tinggal. Tak boleh nampak budak lain, dia sibuk nak ajak berborak. Rasanya dah besar mesti dia ni kaki sembang.

Pada awalnya dia main kaki, dah pandai mengiring ke kiri dan kanan. Mengiring sambil sibuk bermain dengan kaki. Masa memula dapat mengiring, ada juga nak menyiarap, tapi give up lah tangan tak dapat lepas, dan sampai sekarang Ziyad makin malas nak cuba menyiarap. Kalau letak saja, dia akan baring saja sambil main kaki. Mengiring pun tak selalu.

Sekarang, makin kerap hisap tangan. Macam lapar je. Masuk tangan tu hisap-hisap dengan kuat. Kadang-kadang bunyi sampai orang lain boleh dengar. Habit tidur pun dah tukar sikit-sikit. Nak kita dodoi dengan tangan. Buai tu selalunya siang kita tidurkan. Mengamuk makin dasyat haha. Nak-nak masa tengah malam, nak berjaga untuk susu. Tak boleh lambat, dia menjerit sekuat hati! Tapi yang best, Papa still tak terjaga.

Masa checkup 4 bulan, timbang berat badan hanya naik dalam 500gram saja. Agak kecewa juga sebab setiap bulan semakin sikit berat Ziyad naik. Macam tak cukup susu. Agak stress juga. Masa mertua jaga ada juga dia kata, Ziyad tak nak minum susu dan juga minta minum susu sangat kerap. Macam terlalu lapar. Puas fikir, dimana silapnya. Rupanya, puting susu ada tersumbat, memang la dia tak puas minum. Sikit saja dia dapat minum. Dan baru juga tau, puting sepatutnya tukar mengikut  usia bayi untuk kesesuaian bayi.

Mana taknya, masih pakai puting newborn. Penat lah Ziyad hisap tapi dapat sikit, mungkin dia giveup nak hisap susu. End up hisap tangan dengan rakus. Maka, Wa pun cepat2 tukar puting. Lepas tukar bagi susu 9oz, Alhamdulillah tak sampai 2 jam boleh habis! Dengan harapan, lepas tukar puting, Ziyad naik lah berat badan dengan baik. Selepas dapat tahu berat kurang memuaskan, Wa diminta berjumpa dengan Pakar Pemakanan. Memandang, nak jumpa doktor amatlah payah, sebab terlalu ramai dan line up nombor pun lama. Wa setuju jumpa pakar. Bila jumpa pakar, dia cek Ziyad tiada masalah kekurangan zat ke apa. Kalori mencukup bagi tubuh badan dia, jadi dia sarankan untuk tukar puting kepada yang sesuai dengan usia dan juga pantau berat dia selepas 6 bulan bila da cukup makan.

Harap-harap bulan depan naik lah banyak :)

Be First to Post Comment !
Post a Comment

EMOTICON
Klik the button below to show emoticons and the its code
Hide Emoticon
Show Emoticon
:D
 
:)
 
:h
 
:a
 
:e
 
:f
 
:p
 
:v
 
:i
 
:j
 
:k
 
:(
 
:c
 
:n
 
:z
 
:g
 
:q
 
:r
 
:s
:t
 
:o
 
:x
 
:w
 
:m
 
:y
 
:b
 
:1
 
:2
 
:3
 
:4
 
:5
:6
 
:7
 
:8
 
:9