[Review] Mac Velvet Teddy vs Essencse XXXL Longlasting in Soft Nude

Wednesday, December 30, 2015

As Salam, lama juga post ni terperam, entah bila nak publish. Seperti yang ada di entry yang lepas, Wa ada buat makeup haul. Setelah sekian lama tidak melaburkan dan menghiburkan diri dengan makeup. Ramai yang suka dengan MAC Velvet Teddy, seluruh dunia kot dan most of MAC counter ada yang sold out. Katanya..haha.

Untuk makluman ini lipstick pertama Wa dari MAC. Memang teruja sangat, khabarnya shade ni memang natural! My lips but better kata makeup guru. Pada asalnya swatch kat tangan, memang warna kegemaran, ala nude lebih kepada brown based. Bila apply kat bibir, agak sedikit wash out warnanya. Hmmm agak kecewa sikit lah. FYI die jenis matte, which is Wa rasa tak kering. Memang suka sangat texture matte dia. Tak kering macam sesetengah brand. So, untuk mengurangkan warna yang agak pudar tu, Wa kene topup sikit dengan lip gloss lain.


Di sebelah kiri liptick, adalah lip gloss ala matte. Texture lipgloss ni memang tengah hot! Boleh dikatakan semua brand dah keluarkan benda yang sama cuma formula agak berbeza. Wa suka brand dari NYX, Bourjois dan Essence! Macam Wa pernah mention sebelum ni, Essense antara brand yang paling murah dan berkualiti! Tak percaya boleh beli masa ni harga dia RM10++ tak berapa nak ingat tapi ada promo. Actually ada lipgloss ini boleh dikatakan hampir sama warna dia dengan MAC Velvet Teddy bila dah apply kat bibir, you cannot tell which one is! Jadi, siapa-siapa yang nak bajet rendah tapi kualiti dan warna sama boleh lah beli Essence Lipgloss (Matte) in Soft Nude. Wa suka sangat dengan texture dia seakan mousse. Contoh bila apply kat tangan, nampak beza sikit tapi tak banyak sebenarnya. 


Ni Wa cuba tangkap gambar masa outdoor lighting, memang nampak macam tak pakai lipstick, masa ni Wa topup Essense Lipgloss. Memang natural je dan Wa suka kombinasi kedua lippies ni! Wa beli MAC Lipstick ni dekat Personal Shopper, dia duduk di Labuan. Bagus service dia, dan tak ambil charge yang terlebih2. Paling syok bila PS tu dah macam kawan-kawan je borak. You all boleh tengok kat IG dia @adlinahizan lepas ni nak try beli Mehr! Ada beberapa shade yang Wa nak cuba sebab tengok kat YT huhu antaranya MAC Syrup! Apa favourite shade MAC lipstick anda?



Post a Comment

Latest Instagrams

© Wakdingding. Design by FCD.