Kurap Susu (Ruam)

on
December 8, 2015
Masa Ziyad umur 1 bulan lebih, mula timbul kemerehan dekat pipi kanan. Pada mula tompok kecil saja dan kemudian menjadi semakin besar sehingga penuh di pipi kanan. Tak lama lepas tu, timbul pula di pipi kiri dan sama juga ia semakin memenuhi pipi. Semakin lama menjadi merah jika berpeluh atau pun Ziyad mula mengosok pipi. Selalunya dia akan menggosok pipi dalam tidur. Memang dia ralit sangat dan Wa tahu ia sangat gatal! Pada mula memang Wa tak berani nak sapu apa-apa krim atau pun ubat. Bila dah berjangkit ke sebelah pipi, terdetik dalam hati, I need to do something!





Masa checkup 1 bulan, nurse bagi nasihat untuk lap dengan air suam setiap kali minum susu dan sebelum tidur. Kurap susu terjadi apabila ada kesan atau lebihan susu yang tidak dibersihkan. Kulit baby memang sensitif terhadap benda yang tidak bersih. Senang saja kena jangkitan. Jadi tak perlu ubat atau krim katanya. Jadi Wa pun ikutkan, tapi lama-lama memang menjadi-jadi. Kesian tengok dia nampak rimas dan gatal. Lepas tu ruam hampir berjangkit di dagu dan juga area dahi dekat dengan anak rambut. Antaranya tips yang pernah Wa cuba ;

1) Susu Ibu
Kakak ipar ada beritahu tips yang berkesan dengan anaknya dan rasanya tips ni memang ramai yang guna. Sapukan susu ibu pada ruam tersebut. Wa memang cuba sapukan, dan nampak semakin kering..tapi agak lambat sikit nak hilang kesemua ruam.

2) Sebamed + Bedak Alken



Petua ni dari anak buah mertua. Setakat ni memang berkesan dengan anak dia dan jagaan dia. Mertua akan mandikan dengan sabun Sebamed untuk baby dan sapukan bedak tu buat macam bedak sejuk dan tepekkan pada ruam tadi. Pada mulanya nampak berkurangan, tapi Wa perhati bila panas dan berpeluh dia jadi balik ruam.

3) Aloe Vera + Herbal Essential Shaklee
Mak Wa ada juga tanya-tanya kawan di FB, ramai yang suggest sapukan krim Aloe Vera memandangkan krim ni semula jadi. Beli kat Watsons je krim Aloe Vera. Boleh dikatakan setiap jam sapukan pada ruam. Alhamdulillah ruam nampak kurang dan tak merah. 

4) Krim Elomet



Almaklum, Wa memang pengguna Elomet sekian lama. Masa nak beli yang baru, ada juga tanya pharmacist, dia kata boleh sapukan pada bayi cuma sapuan tipis saja. Btw, krim ni makin kecik! Harga masih sama. Hanya dengan sapuan 2 kali saja, ruam terus kering dan baik. Sememangkan krim Elomet ni sangat bagus until eczema atau kulit gatal2 berair. Kalau pakai memang kering. Lepas nampak dah surut tu, Wa tak apply lagi krim ni kat Ziyad. Wa continue pakaikan Aloe Vera saja.

Ibu-ibu kat luar sana, apa tips anda?
Be First to Post Comment !
Post a Comment

EMOTICON
Klik the button below to show emoticons and the its code
Hide Emoticon
Show Emoticon
:D
 
:)
 
:h
 
:a
 
:e
 
:f
 
:p
 
:v
 
:i
 
:j
 
:k
 
:(
 
:c
 
:n
 
:z
 
:g
 
:q
 
:r
 
:s
:t
 
:o
 
:x
 
:w
 
:m
 
:y
 
:b
 
:1
 
:2
 
:3
 
:4
 
:5
:6
 
:7
 
:8
 
:9