Pregnancy Update : 27 Minggu Kehamilan, Kaki Bengkak, Sakit Pinggang, Kerap Terkucil, Gatal.

on
June 9, 2015
As Salam, diam-diam perut berisi. Hehe. Alhamdulillah masuk ke trimester ke 3. Selepas scan jantina dan cek kesihatan baby, agak banyak perubahan fizikal yang berlaku.

Sejak akhir-akhir ni, pinggang dah mula sakit. Kalau bangun dari tempat tidur, memang sakit pinggang dan celah kangkang. Sakit tu macam ngilu-ngilu gitu. Jadi betul lah, orang ajar nak bangun tu ada caranya. Tidur pun kene mengereng. Lemas tidur telentang. Plus, tak elok untuk ibu juga. Masa jumpa nurse bulan lepas, dia ada cakap minum juga susu putih even tak boleh. Dia tak sarankan ibu-ibu ambil kapsul kalsium. Erm, dah la Wa baru juga beli. Dia kata beli susu kotak low fat, tak bau sangat. FYI, Wa memang tak minum susu. Sebab bau tu tak boleh masuk. Jadi cuba gagahkan hati, beli. Sebab dah rasa kesan sakit-sakit pinggang dan kaki. Hehe rupanya not bad pun. Wa beli susu HL tu rasa cam ok-ok saja. Boleh masuk. Tapi kene telan sekali gus hehe.

Baru-baru ni, Wa pergi ke Johor Bharu untuk ke majlis pertunangan anak buah suami. Perjalanan ambil masa 3 jam sewaktu pergi, dan balik lebih dari 3 jam sebab jem sedikit dan singgah di Kluang untuk makan tengah hari. Memandangkan rumah sepupu suami ni 3 tingkat, lokasi dapur pula di tingkat 2 (tempat saudara berkumpul juga) maka hari-hari la Wa turun naik tangga. Tak larat sungguh. Sakit kaki, kadang-kadang Wa banyakkan baring dalam bilik kalau dah tak larat. 

Semasa majlis, Wa tak dapat nak buat kerja. Hanya duduk dan berjalan sikit-sikit saja. Sebab kaki dah rasa sakit sangat. Pada malamnya memang tak dapat nak tidur. Kaki sakit semacam. Macam baru lepas merentas desa. Letak minyak angin, urut baru lega sikit. Esoknnya masa nak balik KL, sampai rumah baru perasan kaki dah macam kaki gajah. Bengkak! Yang tak tahan dua-dua kaki tak sama besar bengkak dia haha.

Panik dan takut pada masa yang sama. Beritahu Mama, dia kata rendam dengan air panas, tidur tu letak tinggi-tinggi kaki. Kemungkinan dalam kereta tu lama sangat kaki terjuntai, darah tak berjalan. Lepas tu, mungkin duduk lama sangat masa majlis tu. Tak buat apa. Tu bengkak. Malam tu Wa letak bantal tinggi-tinggi. Esok pagi tengok dah surut sikit. Lega sangat hati. Tapi lepas dari trip tu, if Wa jalan banyak or turun naik tangga especially kat office, rasa jugak sakit kaki tu. Ya Allah, permudahkankan. Raya kalau balik Penang, tak tau la besar mana kaki ni. Sobs, en suami kalau awak baca ni..kita raya KL je la tahun ni k. Hehe takut terberanak dalam kereta!

Bila dah berat perut ni, baby tu dah ke bawah agaknya. Kerap sangat nak ke toilet. Kadang-kadang dah buang, lepas bangun tu rasa lagi nak buang. Tapi takda pun. Penat nak ke toilet tu satu hal. Si Dia pula ingat kita ni sengaja je. Tak boleh tak jumpa toilet. Haha sabar je. Dia tak rasa apa kita rasa kan. Kalau boleh malam-malam tu malas nak pergi toilet. Tapi apakan daya, sekali dua tu memang wajib ke toilet memalam hari.

Masa ni, kulit Wa cepat sangat rasa gatal. Wa dulu ada eczema. Semenjak kahwin, lama tak kena. Cuma ada satu bekas eczema tu tu tak baik-baik lagi, Wa pun jarang-jarang dah pakai cream dan bio oil.  Banyak parut pun dah pudar, tapi lately gatal balik. Tak pasti sebab kucing ke, habuk ke. Memang habis kaki Wa berparut. Kat bilik, memang ada kucing duduk. Kadang-kadang dia melepak atas katil. Jadi, memang kena kibas cadar sebab dah sensitif macam ni.  Harap cepat la elok. Malulah nak bersalin kaki banyak peta. Haha. Tak fokus doktor nanti

So, next week ada appointment doktor, macam biasa. Mungkin akan buat ujian gula ke-dua untuk 28-30 minggu dan repeat scan untuk 30-32 minggu. Wa nak minta surat refer hospital putrajaya untuk bersalin. Kalau ada rezeki, kalau tak bersalin di hospital serdang saja. Dengar nya kalau bersalin di Selangor, anak Selangor dapat insentif RM1,500. Wah!! Siapa yang ada dapat?? Rezeki anak. Barang baby tak beli lagi. Target bulan 6 ni nak beli. Rasa macam dah lambat pula. Sebab takut juga, harap-harap baby keluar cukup bulan ye. Barang awak tak beli lagi ni hehe. Apa-apa pun, we all dah dapat nama untuk baby. Tak sabar pulak hehe! Ok jumpa entry selepas ni. Nak share pasal makeup masa bersanding!

4 comments on "Pregnancy Update : 27 Minggu Kehamilan, Kaki Bengkak, Sakit Pinggang, Kerap Terkucil, Gatal."
  1. kaki dah mula membengkak ye..urut-urut sikit, nanti susut..tidur pun tinggikan kaki tu..
    untung yr anak selangor dapat insentif 1500.banyak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah surut. Cuma if jalan jauh tu terasa sakit juga kaki :) Terimak kasih. Kahwin dapat RM500, dapat anak dapat RM1500. Untung orang Selangor ye.

      Delete
  2. awak dpt baby boy ye? mine is baby girl. eh kita duduk dekat la. due pon lebih kurg kot? hehe.

    ReplyDelete
  3. Yeke, tah2 pernah je jumpa haha. Yep baby boy! Syok dapat girl, baju cantik2!! Selamat merambang mata!

    ReplyDelete

EMOTICON
Klik the button below to show emoticons and the its code
Hide Emoticon
Show Emoticon
:D
 
:)
 
:h
 
:a
 
:e
 
:f
 
:p
 
:v
 
:i
 
:j
 
:k
 
:(
 
:c
 
:n
 
:z
 
:g
 
:q
 
:r
 
:s
:t
 
:o
 
:x
 
:w
 
:m
 
:y
 
:b
 
:1
 
:2
 
:3
 
:4
 
:5
:6
 
:7
 
:8
 
:9