Prengnancy Update : 29 Minggu Kehamilan, Sakit Kaki, Perut Keras, Panas Badan, Minum Air Gula Kedua, Berat Naik, Puasa, Baby Pusing

Tuesday, June 23, 2015

Untuk minggu ini, memang rasa tak banyak perubahan dari sebelum. Cuma rasa lebih berat! Suddenly nampak perut tetiba besar. Kalau dulu orang tak perasaan even Wa pakai baju biasa pun. Kali ni, orang nampak perut dah besar. Kali ini nampak macam orang mengandung! Haha kejam manusia. Jadi, next appointment bila timbang memang betul sangkaan. Berat naik mendadak sampai 3.5 kg. So far selalu turun bila timbang. Tapi tak membimbangkan, if turun 500g naik 500g balik. Tapi bila dah naik mendadak macam tu, nurse pun terkejut. So, bila nurse cek BP pun tinggi, takut ada kesilapan nurse mintak cek masa checkup. Kali kedua dalam bilik, memang mesin tu tak dapat baca. Nurse suspect memang tinggi, tapi Wa takda pening2 pun. Lepas guna manual baru lah bacaan tu normal. Nurse bagi list date untuk checkup Eclampsia. Setiap dua hari Wa kene datang klinik untuk ambil berat, BP dan air kencing untuk dipantau. Ada simptiom2 dia, pening, muntah, pandangan kabur atau pitam dll. Nurse kata takut ada possibility untuk sawan. Harap takda apa-apa. Buat masa ni dah 2 kali pergi checkup, turun 1 kg pulak hihi.

Selepas itu, Wa kene minum air gula untuk kali kedua bagi 3rd trimester. Memang la tak puasa haritu hehe. Untuk makluman, Wa berpuasa seperti biasa. Memandang percubaan hari pertama tiada masalah. Cuma agak berhati-hati dengan kiraan gerakan baby supaya cukup 10. Takut juga sebab ibu berpuasa, baby tak aktif. Buat masa ni, baby lambat sangat mulakan gerakan, dan gerakan tak berapa nak kuat. Kalau dulu pkul 7 pagi, 9 pagi, 11 tgh hari sangat aktif. Masa puasa ni, lambat sikit, pukul 10 pagi itu pun lembut saja tendangan. Agak risau juga. Ada sampai satu hari Wa ponteng puasa sebab pening kepala, penat yang rasa kehausan sangat sebab banyak kerja di luar. Takut pengsan ke dan baby pun tak banyak gerak. Alhamdulillah, lepas berbuka memang suka sangat dia, especially tengah solat. Bukan main dia dalam perut.

Lately, malam agak sukar nak lelapkan mata, even mengantok sangat. Rasa panas badan even dah bukak kipas dan air-cond. Sakit kaki tu jangan cakap. Jauh jalan sikit memang sakit sangat kaki. Bukan apa, takut bengkak. Bayangkan Wa gagahkan diri nak pergi Bazar Ramadhan Putrajaya. Haha punya jauh parking hujung dunia, nak menapak ke sana. Perhhh memang tak nak pergi lagi T__T Tunggu suami belikan makanan last2 sebab tak larat nak jalan. Tanpa rasa segan, Wa duduk tunggu bersila atas rumput. Masa balik rumah parent Wa, saja lah nak cuba solat terawikh. Mama bagi kerusi takut tak larat. Tapi lepas tu, memang penangan sakit kaki and celah kangkang tuhan je tahu. Malam tak dapat tidur dan bergerak sangat. Sakit sangat! If tak boleh buat jangan lah paksa.

Kemudian rasa perut selalu mengeras. Taklah sakit tapi rasa tak selesa! Macam rasa senak pun ada. Mula lah risau, eh nak bersalin dah ke T___T, tapi bila baca-baca dalam internet  memang ada juga pengalaman macam tu. Wa tak pasti ni Braxton Hicks ke bukan..tapi if kena memang rasa nak baring je, tak pun tak selesa Wa berdiri dan urut-urut perut. Pujuk baby, tak lama pun nanti ok balik. I hate that feeling :(

Cukup minggu ini, dah masuk ke 30 minggu sebenarnya. Wa plan nak scan 3D/4D. Kalau dulu baby sujud dan tak tunjuk muka. Kali ni, masa checkup kat KK doktor kata baby dah kepala ke bawah, jadi Wa harap scan kali ni boleh nampak rupa dia hehe. Gedik kan nak buat 3D/4D! So later Wa akan update untuk scan tu k :)

Post a Comment

Latest Instagrams

© Wakdingding. Design by FCD.