Pregnancy Update : 22-23 Minggu Kehamilan, Details Scan at Klinik Aisya Bangi, Gender, Air Gula, More Dancing!

on
May 22, 2015
Agak terlewat sikit Wa update minggu ke-22. Wa sekarang dah minggu ke-24 hehe. It's about end of my 2nd trimester. Minggu ke-22 Wa dapat appointment buat ujian air gula. Family Wa ada history kencing manis. Di KK Bangi, ujian ni dijalankan pada hari Jumaat. Macam biase appointment Wa pukul 8.30 pagi. Pagi ni, Wa terbangun lewat sikit, sampai klinik dalam pukul 8.45 pagi. Sampai2 bakul tempat letak buku merah dah takda. Wa tanya nurse, kat mana nak letak buku. Dia kata, puan ujian hanya bermula pukul 8.30 pagi saja. Kalau lewat kene buat appointment baru. Masa tu, dah fikir. Dah lama Wa ambil cuti, sia-sia cuti je. Then, dia tengok balik buku tanya nurse sebelah. Hmm boleh lah puan. Ada juga seorang yang lambat macam Wa. Dia minta buat appointment lain. Tapi kami berdua di beri peluang hehe. Alhamdulillah.

Ujian Air Gula
Kat KK Bangi if uols lambat, memang berderet turn nak tunggu. Selalu Wa sampai 15min atau 30min awal. Cepat habis. Tapi Wa rasa tak seramai kat KK Putrajaya if berderet pun. Lepas timbang dan ambil tekanan darah, nurse panggil untuk ambil darah. Kene puasa dari pukul 10 malam tau! Tapi Wa TERmakan haha dek tergoda jagung manis panas jiran depan rumah. Pukul 11 malam tibai 2 tongkol. Lepas tu baru lah ingat esok nak checkup gula. Redha je la. Diam-diam dengan nurse. Then pergi ambil air kencing pula. Nurse datang sediakan satu dulang penuh air gula guna cawan kertas yang selalu beli air kat pasar malam tu. Hm agak banyak jugak air gula. Wa pergi terus habiskan, tak nak tunggu lama. Rasa manis tu kalau tahap skala 10 paling manis, Wa bagi dalam 7. Tak la air gula melekit sangat tu. Masih boleh terima lagi. Contoh macam minum air guava dalam tin tu! Haaa manis macam tu. 

Lepas minum, tunggu 2 jam untuk ambil darah seterusnya. Wa tengok orang sebelah tu, suami pujuk2 minta habiskan. Sampai dia buang je kat tepi dinding hehe. Ingat orang tak nampak kot. Btw, patut nurse jaga kat air gula tu, siapa yang tak habiskan kene la habiskan. Sebab ada cawan yang tak habis pun. Banyak Wa baca minum air gula better masa suam2. Masa Wa dapat tu dah sejuk. Yela turn kita dah ke berapa. Habis satu dulang, baru nurse buat baru. Kita kene ingat pukul berapa minum air gula. Sebab tepat 2 jam, kita kene pergi kat nurse untuk ambil darah lagi. Then boleh balik. Disebabkan Wa ada appointment dengan doktor, nurse dah tersalah panggil. Patut lepas kencing Wa kene letak buku depan bilik rawatan, tapi masa Wa tu, nurse tunggu kutip buku untuk minum air gula. Jadi, Wa memang takda fikir apa. Then nurse ambil darah last tu perasan. Wa miss appointment. Terus dia minta pergi bilik rawatan untuk RME (ukur rahim, tanya apa masalah ibu, consult sikit, tanya ubat) dan terus minta jumpa doktor. Alhamdulillah keputusan Wa dapat normal (Lepas 1 bulan appointment)

Masa tu dah nak rehat, pukul 12.30 macam tu hari jumaat. Diorang cek punya cepat. Doktor pun scan gitu2 je. Wa sedih betul dengan scanner doctor. Dah la skrin tak tunjuk kat kita, doktor scan pun macam takda perasaan dan tak details explanation. Yang Wa tau ok, semua ok, normal. Then dia tunjuk la kat skirn lepas tu. Masa tu kita nampak kaku je dan tak faham pun gambar. Masa ni doktor tak nampak gender. Kerut-kerut dahi doktor tengok. Scanner pun jenis lama kot, tak berapa jelas. Wa macam tak puas hati kalau doktor tak betul2 explain.

Details Scan - Klinik Aisya Bangi
Selepas peristiwa tak puas hati masa scan tu (actually, MIL and my husband dah exited nak tahu gender masa Wa cakap ada appointment doctor), jadi Wa survey klinik berhampiran untuk buat appointment scan. Kebanyakkan yang Wa tengok, banyak klinik di Seri Kembangan area Taman Equine. Memang dekat sangat dengan office Wa. Mostly recommend ambil sanographer yang booking by online. Uols boleh refer website kat sini. Sanographer ni dia akan rotate duty kat klinik-klinik  terpilih. Contohnya area Bangi, Shah Alam, Seri Kembangan etc. Klinik Jameton memang popular di kalangan ibu mengandung. Ramai puji doktor dia bagus. Nak pergi sana kene buat appointment. Kebetulan masa Wa nak buat tu, Cuti Pekerja dan Wesak. Jadi klinik dah tutup hari Jumaat. So, call nak buat appointment Sabtu memang tak dapat. Then kebetulan  hari Ahad Wa saja call klinik di Bangi. Masa tu Wa tengok review klinik ni bagus. Sebab baru, islamic dan bersih.

Call dalam pukul 1 macam tu. Dia kata tak perlu appointment, walk in saja. Mungkin orang tak ramai. Klinik ni berada di sebelah Speedmart Seksyen 7, Bangi. Sampai je lepas Zohor memang tak ramai orang. Hajat di hati nak buat details scan 2D saja. Harga RM150. Standard harga di klinik lain juga. Uols boleh refer harga kat bawah ni.
Harga Ultrasound Klinik Aisya, Bangi - Picture taken by me
Canggih la juga, bagi IC je...data terus masuk dalam sistem patient dia. Huhu jakun sikit. Then dipanggil masuk. Doktor perempuan, umur dalam lingkungan 40-an kot. Lembut dan sangat tenang orangnya. Dr Lily namanya. Dia minta buku merah tapi lupa nak bawa. Dia pun tanya beberapa soalan, memandangkan tak bawa buku. Jadi dia perlu isi history dalam sistem dia. Lepas ambil tekanan darah, dia minta Wa baring. Lampu padam. Yang best ada skrin besar depan Wa. Even if bawak satu family pun, semua boleh tengok! Fyi, scanner machine dia memang yang latest dan baru. Bila scan saja. Perasaan tu lain sangat. Senyum je bila tengok. Ya Allah dah besar rupanya! Selama ni tak pernah tengok yang clear. Itu pun kejap je tengok dan tak faham apa. Kali ni, amekkkkk 45min tengok baby dalam tu! Puas hati.

Doktor cerita A-Z pasal baby. Details scan, boleh tengok kecacatan bayi. Itu paling penting nak buat details scan. Sumbing ke tak, jantung, perut, otak, tulang, saraf, jari, mata, hidung, telinga, semua! Paling tak sabar jantina! Masa ni baby tengah sujud, jadi agak susah nak capture muka dia. Paling comel, mulut dia ternganga je! Haha. Masa tengok jantina pun lawak, sebab nampak pistol terang benderang. Elok terkangkang luas. Jelas sangat pistol baby hehe. Alhamdulillah. Ingatkan awak perempuan hehe. Tapi apa pun syukur.


Masa tu doktor kata if nak capture muka, guna 4D jelas sikit. Masa 22 minggu ni baby tak tembam lagi, jadi gambar tak berapa cantik plusss tengah sujud, tak nampak muka. Puas doktor pujuk. Dia minta Wa jalan-jalan dalam klinik dulu. Datang balik pun sujud jugak. Takda rezeki la. Doktor kata datang lagi untuk 4D before 32 minggu. Hopefully, ada rezeki :) Klinik ni bersih, bilik rawatan besar, ada surau, bilik air memang lengkap sangat. Recommended!!! Wa selesa sangat dengan klinik ni.

Dancing Mode
Untuk minggu ni juga, Wa dapat tangkap video baby menendang! Syukurrr rasa macam heaven sangat. Sampai jadi ketagih haha. Even tak besar sangat or jelas sangat tendangan dia, tapi nampak kat perut tu. Teruja betul bila dapat tengok moment tu. I bet, ibu lain tu macam tu kan. So untuk minggu ni, memang aktif die menendang especially awal pagi dah kejut Wa bangun hehe. Lapar kot. Masa buat kerja lagi die kuat menendang. Then malam masa nak tidur. Tapi bila Papa dia nak tengok, dia diam T_T dah tidur agaknya. Kadang-kadang saja bagi dengar lagu or bacaan surah-surah. Nanti die mula tendang. Tapi halus sangat. Macam malas gitu. Ada satu malam tu, tengah leka tengok FB. Tersentak juga Wa dengan tendangan baby. Eh kuat betul dia tendang. Kaki kecik lagi tu. Lepas tu dia diam. Mengigau agaknya haha. Alahai baby. Harap baby sihat ok!

2 comments on "Pregnancy Update : 22-23 Minggu Kehamilan, Details Scan at Klinik Aisya Bangi, Gender, Air Gula, More Dancing!"

EMOTICON
Klik the button below to show emoticons and the its code
Hide Emoticon
Show Emoticon
:D
 
:)
 
:h
 
:a
 
:e
 
:f
 
:p
 
:v
 
:i
 
:j
 
:k
 
:(
 
:c
 
:n
 
:z
 
:g
 
:q
 
:r
 
:s
:t
 
:o
 
:x
 
:w
 
:m
 
:y
 
:b
 
:1
 
:2
 
:3
 
:4
 
:5
:6
 
:7
 
:8
 
:9