[RAYA 2016] Part 1 : Pengalaman Pertama Beraya Sebagai Ibu di Penang & Mamipoko :)

Thursday, July 21, 2016

Masih lagi mood raya. Blog hampir di lupakan. Kali ni Wa nak share pengalaman sebagai seorang ibu meraikan raya. Exited? Terlebih exited kot. Tahun lepas, masa ni Wa dah sarat juga dalam 7 bulan nak masuk 8 bulan. Jadi masa tu, Wa buat keputusan tak beraya di Penang takut melarat dalam perjalanan yang mungkin jem teruk. Masa travel ke JB pun dah bengkak kaki teruk, masa tu dah 5-6 bulan tak silap. Mama pun tak galakkan. Alhamdulillah suami dan mertua pun memahami. Kali pertama mengandung, kita pun tak tahu apa nak jadi, betterlah kita jaga sebaik mungkin. Kami beraya di Bangi, Muar dan Melaka. Bermalam 1 hari saja di Muar dan balik esoknya.

2 Julai, Sabtu - Nasi Vanggey, Sri Rampai & Jalan TAR



 Ziyad, Papa gigih dukung 2 jam dengan bersesak. One day you will appreciate that. Sorry Mama dah pecah kan belon Iron Man hehe

Kami berbuka di Restoran Nasi Vanggey, dengan kakak ipar and family. Rasanya ramai tak tahu, Nasi Vanggey ada bukak cawangan di Sri Rampai, KL. Kat Ipoh memang popular sebagai Nasi Ganja. For me, Ayam Goreng dia memang sedap. Makan dengan nasi panas, dengan kuah kari dia. Not Bad! Kemudian, kakak ipar ajak shopping di Jalan Tar. Kebetulan Wa tak beli lagi baju melayu untuk Ziyad dan ada lagi beberapa barang yang tak jumpa. Kononnya, plan hari Ahad nak pergi Alamanda/ IOI City Mall cari. Tapi dah alang-alang, ikut saja. Memang takut juga nak bawak baby. Tapi Ziyad alhamdulillah tak meragam. Wa doa banyak2 dalam hati, jangan la kena apa-apa yang tak diingini, maklumlah tempat ramai orang. He's a very well behaved. Enjoy je and memang teruja. Dapat la 2 helai baju melayu, 1 pasang kasut, 1 helai jeans. 

Will upload the picture soon :)

Baju Melayu Hijau RM50 - Kain satin lembut, tapi agak besar juga. Getah agak ketat, seeloknya gunakan getah yang kecil dan longgar. Bahagian leher pula besar sampai ke dada nampak. Jahitan memang kemas.

Baju Melayu Cotton RM40 - Overall memang berpuas hati. Option cantik-cantik. Nak beli dua tapi takut banyak sangat pula baju melayu

Jeans RM20 - Meterial cantik, cuma patut beli size besar lagi. Size beli muat-muat saja. Nak cari yang getah cotton kat pinggang takda.

Kasut - RM25 - Ala converse. Cantik tapi prefer yang tak bertali. Grab je sebab nak cepat haha.

Total Damage Jalan Tar - RM135



4 Julai, Isnin - Servis MYVI, Bergerak ke Penang

Jadi tahun ni giliran suami, kami balik ke Penang. Actually, memang exited beraya sebagai ibu tapi kami agak tak bersedia especially dari segi kewangan. Dua bulan sebelum itu, agak banyak juga perbelanjaan digunakan, dan kami bercadang untuk beraya secara sederhana. Yang penting keperluan yang wajib ada seperti anak, kereta servis, perbelanjaan pergi dan balik dari Penang cukup semuanya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Wa ambil cuti pada hari Isnin sehingga Jumaat. Kami pulang ke Penang pada malam Isnin. Pagi Isnin suami sempat hantar kereta ke Pusat Servis Perodua (Seri Kembangan) dengan temujanji yang Wa dah booking. Kemudian, packing, dan sempat berbuka dengan family Wa. Lepas berbuka, suami tidur untuk dapatkan rehat, dalam pukul 12 malam kami bertolak dari Kajang. Masa ni Ziyad tak tidur lagi, bukan main seronok dia nak balik kampung. Tapi tak sampai 30 minit dah tumbang haha. Sebelum bertolak wajib lah tukar pampers dulu. Wa & Suami memang suka beli Mamipoko EasyFit Pants, mudah nak pakai dan penyerapan pun bagus. So far tak pernah bocor lagi. Bayangkan dari Kajang-Penang almost 5-6 hours lampin tak bocor. Sampai di sana Wa terus tukar, tak bagus lama-lama kan. Memang kami setia pakai since Ziyad newborn. Cuma masuk dia umur dalam 3 bulan tukar pada Easy Fit.

5 Julai, Selasa - Check In Gurney Inn, Berbuka di Kapitan, Malam Raya di Gurney Drive

Alhamdulillah perjalanan sangat-sangat lancar. Rasanya ramai dah balik dari hari Jumaat sebelumnya. Kami tiba di Bandar Taiping untuk singgah sahur tepat pukul 4 pagi. Sepanjang perjalanan memang Wa dan Ziyad tidur hehe. Lepas bersahur Wa pula drive, bagi suami rehat. Alhamdulillah tiba di Seberang Prai rumah Aunty Pah (kakak mertua) pukul 5.30 pagi lebih kurang. Masa ni mengantuk tuhan je tahu, tapi tahan je mata. Segan pula nak tidur, orang lain sibuk nak memasak haha. Ziyad pula bangun awal aduhai, melayan lah dia kejap sampai la dia tidur. Wa pun apa lagi, tidur juga lah walau dapat kejap pun takpa. Rabak dah mata.


Kami check in di Gurney Inn, bajet hotel yang memang strategik. Satu malam dalam RM110++ tak silap. Bilik memang kecik dan sesuai untuk tidur saja. Masih selesa lagi la. Memandangkan kami pun hanya nak tidur saja. Tak perlu hotel mahal-mahal, save bajet. Lepas check in kami pun sambung tidur, penat tak habis lagi kotttttt. Pukul 6.30 petang kami bersiap berbuka di Nasi Bryani Kapitan. Siapa pergi Penang memang wajib datang sini. Cubalah Nasi Bryani Chicken Milani memang sedap!!!! Dan Susu Kacang Badam popular sini. Wa tak lalu hehe tapi suami memang suka.


Masa dia Ziyad tidur lama gila, sampai kat Kapitan tak sedar lagi. Nasib dah mandi siap.


Nasi Bryani Chicken Milani & Nasi Bryani Daging


Nasi Bryani Chicken Tandori & Cheese Nan Chicken Tandori 


Susu Kacang Badam

Kemudian lepas berbuka, kami dah takda destinasi lagi nak pergi. Nak cuci mata pun rasanya macam masih lagi penat. Agak boring juga malam raya duduk di hotel. Sedih pun ada. Mana rendang, mana ketupat, mana lontong, mana sup tulang haha. Malam raya memang patut dah rasmi dulu makanan ni. Tapi ini lah pengalaman. Dulu kita beraya dengan keluarga sini, dah kahwin kita dapat pengalaman baru. So, malam tu kami ambil angin jalan di tepi laut kat Gurney Drive, hajat hati nak pergi Gurney Paragon yang gah tu. Sampai saja kat sana (jalan kaki tahu) tutup haha. Cuma restoran kat bawah tu je buka. Takpa cuci mata.




6 Julai, Rabu - Raya Pertama, Ketupat Palas, BBQ Kambing, Padang Brown

Si dia memang tak setuju nak sedondon tapi dah berkeluarga, Wa suka sendondon. Walaupun selama ni Wa & Family tak pernah sedondon pun raya haha. Ini saja gambar raya kami. Teman hijau. Boleh la kan?





Masjid Jamek berdekat saja dekat hotel, suami jalan kaki. Selepas solat, Ziyad masih lagi tidur, tapi terpaksa juga kejutkan untuk bersiap. Emosi juga dia. Tapi happy la lepas tu nak pergi jalan. Tak lupa bawa bekal Mamipoko dia dan juga barang penting yang lain! Masa ni kami ke rumah Uncle Manap, flat berhampiran juga dengan Rumah P.Ramlee.


Selepas ke rumah Uncle Manap, kami beraya di rumah kawan sepupu suami dekat dengan Bukit Bendera. Rumah tepi jalan je. Sesak juga sebab orang jem nak ke Bukit Bendera.


Selepas tu kami beraya pula ke rumah Aunty Pah, di Seberang Prai. Rehat-rehat sebelum pergi ke Kedah pula. Masa ni gambar tak ambil pula. Penat juga jauh-jauh berjalan. Ziyad kene mandi bagi segar. Tapi dia ngan Mama bantai tidur dalam kereta hehe.


Otw balik ada juga singgah dalam 2-3 buah rumah lagi. Singgah Maghrib kat Aunty Pah, dan meneruskan misi BBQ Kambing. Sempat lagi!!!! Tapi seronok sebab, dah penat makan ketupat palas. Orang sini raya makan pulut banyak. Patut la cepat mengantuk, tambah malam makan kambing hehe. Tapi Wa memang rindu nak makan nasi kosong! Balik hotel, pengsan anak beranak.


Raya kedua, kita sambung PART 2. 

Post a Comment

Latest Instagrams

© Wakdingding. Design by FCD.