[Resepi] Resepi Sahur Paling Sedap !! Sambal Sardin + Telur Goreng bersama Kicap

Wednesday, June 15, 2016
Setelah sekian lama tak bersosial di dalam blog. Selamat berpuasa. Masih lagi bernafas untuk bertemu bulan yang mulia ini. Ok, cakap pasal bulan puasa, benda pertama kali mesti akan teringat menu berbuka dan juga bersahur. Lupakan pasal berbuka. Nanti kita cerita :) Wa nak share resepi paling Wa suka masa bersahur. Selain daripada Ayam Goreng panas dan Sambal Ikan Bilis, Wa suka kan Sambal Sardin! Rasanya ramai yang suka Sambal Sardin bersama kombinasi telur gorang dan kicap hehe. Nasi kene panas!! Ok, Wa nak share resepi simple ni. Memang semua pandai masak Sambal Sardin, mungkin kita punya resepi lain ke kan? So, boleh cuba!

Gambar dari http://uncleseekers.blogspot.my/2010_01_01_archive.html


RESEPI SAMBAL IKAN SARDIN

Bahan-Bahan
Ayam Brand Makeral (Ikan Sardin pun boleh, tapi Wa suka Makeral)
Sambal Blend (Blend sendiri sedap)
1 Biji Limau Nipis
Bawang Putih
Bawang Merah Besar
Cili Padi

Cara-Caranya

  1. Tumis bawang putih dan merah. Sehingga layu. 
  2. Masukkan sambal blend tadi, masak sehingga pecah minyak. Pecah minyak tu, tandanya sambal kita dah masak dan lebih sedap. Tak sakit perut makan. Biar sambal tu gelap2 merahnya.
  3. Kemudian masukkan 1 tin Sardin tadi, masukkan kuah dahulu. Kacau-kacau, biarkan ia sebati gitu. 
  4. Kemudian masukkan sedikit perahan limau nipis, boleh rasa takut termasam sangat ke, boleh repair balik letak garam atau gula.
  5. Dah rasa agak2 ok tu, masukkan lah ikan dalam tin tu. Dan ketuk-ketuk sikit cili api atau pun belah kan masukkan dalam 2-3 biji. Ikut kemahuan.
  6. Siap!
Kenapa Wa suka letak sambal, cili api dan juga limau. Sebab tak nak rasa hanyir sos ikan sardin tu. Kadang-kadang Wa tambahkan juga kicap sikit ( saja-saja haha). Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment